Thursday, March 31, 2011

BeRsAnDinG : BoLeH Ke X??

bismillahirahmanirrahim...
setelah lama meninggalkan aktiviti berblogging,saya sedar,saya tidak istiqamah..
mungkin tiada tajuk tuk dibahaskan or maybe malas or tiada masa (tipu lah..) ^_^
dalam cuti yang lepas,memang banyak majlis2 or kenduri kawin yang diadakan..tp yang sempat saya hadiri hanyalah satu majlis..
n yang sebenarnya saya amat tidak suka kepada kenduri kahwin...
bukan apa,sebab apa yang lihat,ratanya akan membuat persandingan di atas pelamin di hadapan khalayak ramai..
tapi saya hanya bersangka baik lah bahawa mereka yang membuat hal2 yang sedemikian tidak tahu akan hal yang sebenarnya..
orang selalu berkata, pengantin itu
RAJA SEHARI…tapi apa yang saya lihat ramai pengantin jadi PATUNG...
masa majlis perkahwinan pengantin hanya duduk dan diarah itu dan ini oleh pengapit…itukah dinamakan raja?
n ada juga yang membelanjakan beribu2 ringgit semata set pelamin and etc kerana bagi mereka majlis perkahwinan hanyalah sekali dalam hidup..kan membazir jer namanya..
sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Isra' ayat 26 yang bermaksud:
“Janganlah kamu membazir secara melampau.” 
bukankah hukum sebenar membuat kenduri adalah sunat..? nabi pernah bersabda:
“Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.”
islam benarkan persandingan..tapi ada syaratnya..jom kita baca dulu artikel di bawah ni..


*membazir jer..
Utusan Malaysia : Hukum bersanding

Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.

SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.
Jawapan:
Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.



dan saya pernah mendengar dari ustaz azhar bahawa tepak sireh juga haram dihantar oleh pihak laki2 mahupun perempuan..melainkan pihak laki2 or pihak perempuan suka makan sireh..kerana itu juga menyerupai amalan hindu.

*dengar molek!


Wallahu ‘Alam.

Monday, March 21, 2011

11 aMaLaN YaNg BeRtEnTaNgAn Di MaLaYsiA..

bismilahirrahmanirrahim..
pagi yang hening..burung2 berkicauan..
waktu yang sesuai tuk menghiup udara segar(di kampung aje ye)..
dan di kesempatan tu,kita ber'blogwalking' dari satu blog ke satu blog yang lain n ambik input2 yang menarik..sambil menghirup air milo panas..slurppp...pergh memang 'umphh' lah kata orang..
dan terjumpa artikel yang menarik tentang amalan harian kehidupan masyarakat kini..
bila baca point pertama,dalam hati terdetik: 
"a'ah la..memang btol masyarakat sekarang memang begitu.."
tertarik pula pada artikel tu..komenku bila selesai baca: 
"semua ni memang btol..kita dah menyimpang dari amalan yang diajarkan Rasul kita yang tercinta..
kalau benar kita cinta,mana buktinya? 
cinta Rasulullah bukanlah bermusim..bukan setakat pada bulan Maulidurrasul sahaja..
malah mestilah sentiasa segar dari hari ke hari..jom kita telusuri sirah nabawi setiap pagi sambil menghirup udara segar dari beranda rumah..=)

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.. 
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. 
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. 
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidak kah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.




6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.




11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas.. 
Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. 
Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. 
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita... 

akhirul kalam,
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

credit to:my cousin for the good article.