Tuesday, May 18, 2010

MaLu SeBaHaGiAn CaBaNg ImAn...


Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. 
Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud:
 "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. 
Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.
Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. 
Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah.
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. 
"engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". 
Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, 
"Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)
Kedua-dua hadis diatas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita tetapi mesti ada pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.
-----------------------------------------------------------------------
*JENIS-JENIS SIFAT MALU
Sifat pemalu ada dua jenis. 
Pertama, malu untuk kebaikan 
kedua, malu yang bersifat kejahatan. 
Malu yang baik ialah malu hendak melanggar peraturan Allah dan RasulNya manakala sifat malu yang dibenci Allah adalah seorang yang malu hendak mengikut perintah Allah dan RasulNya. sebaliknya tidak pula malu menjadi seorang yang ingkar akan perinyahNya.
Contoh sifat malu yang baik dan diredhai Allah adalah seorang yang beriman membina peribadi mulia mengikut yang diperintahkan Allah dan Rasulullah. Mereka (lelaki atau wanita Muslim) malu hendak melakukan perkara yang dibenci Allah kerana di akhirat nanti setiap perbuatan dosa-dosanya akan ditayangkan semula dihadapan Allah dan semua umat manusia pada hari pembalasan. 
Adakah rasa malu yang lebih hebat dari itu?
Mereka yang ada sifat malu akan sentiasa mengikut segala yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul-Nya. 
Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, dan setiap perbuatan biar sekecil kuman sekalipun akan tetap disoal dan diberi pemberi pembalasan oleh Allah.
Jadi lebih tebal rasa malu seseorang, sebenarnya akan lebih mendekatkan dia dengan kasih sayang Allah. Adakah perkara yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang dan perlindungan daripada segala yang berkuasa iaitu Allah?
----------------------------------------------------------------------
*MALU DALAM MASYARAKAT
Dalam masyarakat juga perlu ada sifat malu. 
Sama ada dalam perhubungan ibu dengan anak, suami dan isteri, adik-beradik, saudara mara dan jiran tetangga. 
Seorang anak yang beriman dan ada sifat malu tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan hati ibu dan bapanya, 
Seoarang isteri tidak akan membuat perkara yang tidak menggembirakan hati suaminya dan begitu juga sebaliknya.
Seseorang yang telah hilang rasa malu menunjukkan bukti kelemahan imannya. 
Adalah sangat dilarang seorang Muslim itu apabila ia enggan mematuhi apa yang dianjurkan oleh Islam supaya dia melakukannya kerana malu dilihat oleh orang lain. 
Malu yang utama ialah malu kepada Allah yang Maha Mengetahui akan semua perkara.
Dalam mengutamakan kehidupan akhirat, seseorang itu tidak patut malu mencari guru untuk dia belajar bagi mengatasi kejahilannya. Ini adalah kerana ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang menjadi bekalan untuk akhirat.
Ini bermakna seseorang yang malu atau takut untuk mencari ilmu mengenai Islam akan bimbang terhadap mafhumNya di dalam Al-Quran, kerana seseorang Muslim itu digalakkan mencari ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain.
Dari segi pekerjaan dari pandangan Islam, seorang guru itu dipandang tinggi berbanding pekerjaan lain yang bersifat keduniaan. Seorang guru itu lebih dipandang mulia disisi Allah berbanding dengan seorang yang hanya duduk menghabiskan masa beribadat dan berdoa sepanjang hari.
Islam tidak pernah memisahkan agama dengan kehidupan dunia. Sebab itulah daripada Rasulullah, Islam telah dilengkapkan kesemua sekali, baik dari segi perundangan, perniagaan, sains, perhubungan sosial, pengurusan harta dan lain- lain. Tetapi, kita masih malu untuk mengikuti apa yang diperintahkan Allah. Malu sebeginilah yang ditegah oleh Allah dan Rasulullah.
--------------------------------------------------------------------------
*MALU PADA KAUM WANITA
Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dalam cara berpakaian. Ramai yang megenakan seluar ketat, mendedahkan bahagian perut dan pusat, berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah. 
Ramai yang sudah hilang malu, menonjolkan diri untuk memancing pandangan semua orang. Ini termasuklah bebas berdua-duaan bersama-sama pasangan yang bukan muhrim mereka. Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana-mana jua.
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
Begitu juga dengan kes-kes sumbang mahram yang amat memalukan kita khususnya umat Islam. Perbuatan ini amat hina kerana sanggup menodai dan memakan darah daging sendiri yang sepatutnya adalah amanah Allah kepada bapanya, abang datuk dan bapa saudara memelihara kehormatannya.
Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:
"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)
Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. 
Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang percayakan ada pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda, zahir dan batin.
Hadis riwayat Anas bin Malik,Rasullullah saw bersabda:
"Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah."(Tirmidhi)
-----------------------------------------------------------------------
*DI ZAMAN RASULULLAH
Orang beriman pada zaman Rasulullah apabila baginda membacakan ayat tentang hijab yang diturunkan kepadanya, semua orang Quraish dan Ansar berlari pulang ke rumah masing-masing memberitahu isteri, anak perempuan dan saudara perempuan mereka mengenai perintah Allah dan Rasulullah supaya menutup aurat dan kepala mereka. Bagi yang sudah memakai tudung kepala, segera membetulkannya dan mereka yang masih belum memakai tudung, mencapai kain atau apa saja kain buat menutup kepala mereka.
Ini diterangkan dalam hadis riwayat Aisyah,
"Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin. Apabila ayat 'dan mereka hendaklah melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka' dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka".(Abu Daud)
Seorang muSlim patut faham, tiada sifat malu itu samalah kita mengikuti jalan syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Malik bin Uhamir yang mendengar Rasulullah bersabda:
"Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh".
Kami Bertanya: 'Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?'
"Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya".
Maksud melayani ini ialah si isteri dibiar atau dibiarkan mempamerkan kecantikkannya pada khalayak ramai (tidakmemakai hijab). Bermakna dia bebas dipandang oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
Al-Mughira meriwayatkan:Sa'd bin Ubada berkata,
"Aku tidak akan teragak-agak membunuh isteriku dengan pedangku sekiranya aku melihat dia dengan lelaki lain." 
Berita ini disampaikan kepada Rasulullah saw dan Baginda bersabda:
"Kamu semua terpegun dengan harga diri dan kemuliaan Sa'd. Demi Allah, aku ini lebih mempunyai harga diri dan kerana Allah itu lebih mempunyai harga diri. Dia mengetahui segala dosa dan perkara yang memalukan dilakukan oleh kamu baik secara terang mahupun tersembunyi. Dan hendaklah kamu kembali kepadanya dan memohon keampunan Allah dan untuk itu Dia membawa berita gembira dan amaran. Dan tiada yang lebih suka dipuji melainkan Allah dan untuk itu Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang membuat kebajikan."
Abdul Malik berkata,"Tiada siapa yang lebih malu berbanding dengan Allah."(Sahih Bukhari)
Rasulullah saw bersabda:"Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam." ATAU
"Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam adalah malu". (Abu Dawod)
Sifat malu itu hanya membawa kepada kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(Bukhari)
Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga. Rasulullah saw bersabda:
"Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)
Rasulullah bersabda:"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Bukhari)
Wallahu a'lam..

Monday, May 17, 2010

mY MeMoRy...

berselerak...
group kami..
tp my desk pling kemas..ngee~~




bismillahirahmanirrahim..
terpanggil tuk berkongc cerita cerituk zaman2 muda yg pnuh kgembiraan..
tp kini hanya tinggal kenangan..
oh my God,i really2 miss that tyme..
n actually sayang nk brikan pkaian seragam sekolah dulu..
tp nak wat cner,org lain lagi memerlukannya..
ku berikan ngn rela hati,tp lam keadaan trpaksa..
tringat tyme sekolah menengah dulu..
btol kata org,zaman sekola adalah zaman yg pling kite suka n ingat..tol x?
including me..yes,i admitted it!
sekolah...mmg xde bnde sngt nk cter..
blaja..blaja..rehat...n then blaja lagi..n blik..
tp dlm pmbljaran tu la terselit sedikit kenangan yg x bley kite lupe..

n 4 me,i lbey suka perihal asrama..
i really love n miss hostel smkwa!
hidup berkelompok yg same jnis ni amt2 la mnyeronokkan..
sape stuju,angkat tgn!heee..
mana x nya,kite bley berinteraksi sesame kite tnpa ade prasaan konservatif...

form 3 ibnu amir..


DeWan MAkAn..
"lapa nyo...kno cepak nih! kalo dop gak,panje la.. brato..",getus seorang pelajar aspuri..
bile trdgrnye deringan loceng,kami segera bergegas n tergesa2 mnuju ke dewan makan..
n then mkn bersama2..
ade jer bnde yg nak dibualkan..pot pet pot pet..
bising..riuh..n so on la..tp masih terkawal..
2 sebabnye dewan makan aspuri terpisah ngan dewan makan aspura..
lau gabung,mau sopan budak2 aspuri ni ..hu2..

kat dewan makan..
really miss it!


tv mnjadi santapan mata kami..
lauk mnjadi santapan mulut..hi2..
tp bilangan plajar aspuri berkurangan bile tyme mkn mlm(6.30 ptg)..
sebab pe nak tau?
sebab pertama,mybe sudah kenyang..
sebab kedua,kerana mreka memilih lauk..adoyai..
lau selain drpd aym gulai,ayam merah, n lauk2 ayam la,mereka x akan turun makan punyer la..
bila jam merangkak ke pukul 7,sumer bergegas ke masjid..
bkn per,sebab takot gate ke masjid tutup..
ajk2 kerohanian akan mgmbil peranan bile ade je org yg dtg lwt ke masjid..

DoRm..
dlm dorm,maunye x bising.
mcm2 ragam n agenda yg tersendiri..
ade yg buat keje sekola,iron baju,n pling pnting tido..
tido da memang sinonim ngn  pelajar asrama..
saye brani jamin n cop la..hu2..
waktu petang bkn la wktu wajib riadah bg plajar aspuri..
so ade je yg mgmbil pluang yg ade ngan tido..
tp ade je yg jenis x lekat kat lam dorm..
diorang p mana?
of course la ramai yg tgok tv ptg2..cter Indon gtu..
n lau x pon,basuh baju..
including me..
tiap2 ari bsuh baju..
maklumlah xde washing machine..
mmg rajin la warga aspuri ni..sampai xde ampaian nak jemur..

MaSjId..
kat cni la kami byk mnjalankan aktvt kerohanian..
mgaji,berzikir,solat berjemaah..
mmg x ley lupe la..
bile tyme zikir la,sume semangat..
sebab leader zikir bes...hu2..salah konsep tol..nakal2..
n also solat berjemaah..
mmg ade feeling la bile imam bace ayt2 yg smpai mnyentuh kalbu...
insaf..T_T...
n yg herannya,knpa sume masjid bising yer?
ade jer cter yg nk di bualkan..
kesimpulannya,kurangakanlah berbicara ttg hal dunia..
bersamalah kita mgembalikan fungc sebuah masjid sebagai rumah Allah..

anyway,ku amat2 rindukan kenangan ketika di zaman sekolah dulu..
especially my class in form 5...

form 5 ibnu sina..

Sunday, May 16, 2010

TeRImA KaSiH,CiKGu!!



bismillahirrahmanirrahim..





tanggal 16 Mei ini,
mmori mgimbau lagi,
terhadapmu insan misali,
jasamu tetap bersemadi,
nasihatmu laksan kemudi..


dirimu kuhormati,
kukenang hingga akhir nanti,
hanya seulas bicara hati,
"selamat hari guru" mampu kuberi..

demikianlah luahan rasa pghargaan buat insan yg bergelar guru wherever mereka berada..
pd kesempatan ini,mari kite imbau jasa n bakti pndidik kpd kite selame ini..
andainya pd hari ini,kita mlihat berdrinya seorang pemimpin yg berwibawa di persada tmpuk pmrinthn ngra,
percayalah bhw itu adalah berkat didikan insan mulia yg bergelar guru..
dlm lmbaran sirah Islam,guru amt memainkan peranan pnting dalam mlhirkan ulama terbilang di seantero dunia..
dgn jasa guru jugak,maka lahirlah tokoh2 besar..
bkn hnya dlm bidang fiqah,tauhid n tasawuf..
bahkan lam bidang math,astronomi,botani,prubatan n so on..
without teacher yg x pernah knal erti jemu npenat lam mndidik ank bgsa,
sudah pasti x akn wujud golongan cendekiawan..
pernah terpikir x?
golongan cendekiawan nilah yg bkl mewarisi ilmu yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kpd seluruh umat manusia di sepanjang zaman...
so,oleh sebab tu la,kerjaya guru di pandang tinggi oleh masyarakat..




actually,guru ni amt pnting lam msyarakat...
guru mrupakan individu yg bertgunggjawab mmbentuk insan yg seimbang dr segi rohani,jasmani,intelek n also emotion..
generasi mase dpn ni la yg bakal mncorakkan suasana msyarakat pd suatu hari 6t.
masyarakat yg terdidik mmpu mmbezakan antara prkara yg benar n salah.
ngan ilmu yg diterima,mreka dpt kuarkan diri dari dibelenggu kjahilan yg mnyekat kmjuan negara n bgsa..
sebaliknya,lau kite blaja tnpa guru,ape yg jadi?
syaitan laknatullah yg sedia mgajar kita myimpang dr ajaran sebenarnya n mmbuatkn seseorang itu berada lam kesesatan...
lam persoalan memilih guru ni,kite perlu pastikan bhwa guru tersebut baik tuk diikuti...
n ajrannya plak bertepatan ngan ape2 yg dibawa oleh Rasulullah...




oleh sebab itu,Islam iktiraf guru2 sebagai pnyampai misi dakwah Rasulullah SAW...
malah baginda diutus sbg pmbimbing manusia kearah memahami kandungan Al-Quran yg diturunkan sbg pnduan..
tugas Rasulullah SAW ini diteruskan oleh insan yg bergelar guru demi kbaikan manusia sejagat..
sumbangan yg besar ini bakal di ganjari ngan pahala oleh Allah Taala..
hal ini da dijelaskan oleh Rasulullah lam hadis yg bermaksud:

"Sesiapa yg mgajak ke jln mgerjakan sesuatu amal yg baik,adalah baginya pahala sebanyak pahala org2 yg menurutinya,dengan tidak sedikit pun pahala itu daripada pahala2 mreka;dan (sebaliknya) sesiapa yg mgajak ke jalan mgerjakan sesuatu amal yg myesatkan,adalah ia menanggng sebanyak dosa org2 yg menurutinya,denagn tidak mengurangi sedikit pon dosa itu daripada dosa2 mreka."
(Riwayat Muslim,Abu Daud dan TIrmizi)

Rasulullah SAW jugak pernah mnyebut bhw 1 drpd 3 perkara yg ganjrannya bkl dinikmati terus menerus oleh si pelakunya walaupon dia sudah mninggal dunia ialah ilmu yg dimanfaatkan..
ilmu pgetauan yg disampaikan dan seterusnya diamalkan oleh anak didiknya mnjadi aset yg cukup2 berguna buat bkln pd hari kmudian..
setelah kite sedar hakikat ni,kite sewajarnya hargai pgorbanan yg tlah diberikan oleh guru kite tu..
cmne cara tuk kite tunjukkan rase pghargaan itu?
tentunya sewaktu kat sekola dlu,ade lam klgn kite yg blom memahami erti pgorbanan guru..
nmun bgitu,kite msih blom telmbat nk wish thank u pd guru kite..
seandainya beliau masih hidup,lawatilah,n ucapkanlah ungkapan pghargaan itu..
mohonlah kemaafan daripadanya atas segala kesilapan yg pernah dilakukan..
jika beliau sudah tiada lagi di dunia ini,mohonlah doa buatnya..
semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..




teringin saya nk berkongc sedikit kedukaan saya n sahabat2 ktika masih dlm tingkatan 2 Shafie dlu..
first time mnerima kmatian guru tersyang amtlah mnyakitkan..
lbih2 lagi beliau mrupakan guru klas kami pada ketika itu..
bkn hnya atas dasar name guru klas sahaja,bahkan beliau bagaikan ibu kdua bg kami smua..
seorang guru bahasa arab yg x pernah jemu mgajar lughowi n nahu2 arab..
n jujur saya katakan,hingga kini saya masih minat bahasa syurga itu adalah kerana  kpandaian bliau mgajar kami,
mmbuatkan kami tertarik n tekun blajar arab,walaupon pada ktika itu arab la subjek yg paling x digemari plajar..
ketika kami mgetahui brita kmatiannya,kami sedaya upaya menerimanya..
kerana baru kelmarin kami bljar dengannya,tnpa ada sakit2..
n kami diberi makluman bhw bliau mgadap Ilahi dalam keadaan tersenyum..Subhanallah..
alangkah amannya pemergiannya..
kpda pmbaca budiman skalian,sedekahkan al-fatihah kpda bliau..
semoga beliau ditempatkan dlm golongan org2 yg solehah...


n x lupe gak kpd guru2 yg pernah mgjar saya hgga berjaya..




bersama ustazah Saodah..
kuih deram tetap di hati...



sempena sambutan hari guru,marilah kite bersama2 mgenang bakti guru yg pernah mndidik kita..
seandainya kini,kite trbg tinggi di langit biru,usah la dilupakan mereka yg pernah mgjar kita mmbca buku..
sedarilah bahawa siapalah kita tanpa guru..

Friday, May 14, 2010

kReAtiF X?

bismillahirrahmanirrahim..
sajer nak release tension..
biar la entri kali ni mnagrut cket...
jom kite tgok seni jari jemari dibawah....ZoOm In....


juru muzik kot~

main piano elok2 ey..

jadi kapur pon bley...

~burung merak yg angkuh~

~si kakak tua~

blur...(-_-).. xtau bnda pe..

burung nuri kot..

~malaysia vs. japan~

yuh,beratnyer....

~kelasi kapal kot~

zebra..~

gol,gol,gol...

~comel~

ular tedung..ssssssss

anjing 101..

dog..~

elephant~

helang~

ni helang jgk kot~

....xdpt ditafsirkan....

Thursday, May 13, 2010

CoReAtaN HaTi di HaRi LaHiR..



Dengan name Allah yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani..
Entah mgapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali...
Ucapan hari lahir yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah..
Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. 
Apakah aku masih tidur?
tidur yg sangat pnjang kurasakan...dkat belasan taun ku rasakan ku hanyut tnpa ade pelabuhan yg tetap..
Teringat pula kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”
Ya, hari ni(13 Mei ) ulang tahun kelahiranku... 
Sudah 19 taun aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah.
Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. 
Alangkah alpa dan berdosanya aku. 
Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi... Aku tidak pasti.
Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. 
Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? 
Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. 
Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. 
Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. 
Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua... Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. 
Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. 
Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. 
Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. 
Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. 

Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. 

Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. 
Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? 
Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. 
Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. 
Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. 
Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal... 
Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. 
Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. 
Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah.
 Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. 
Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. 
Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.
Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. 
Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. 
Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin inipunmasih dari terowong jiwaku yang gelap gelita.)…

“Marilah kita hidup…
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu…
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…
itu lebih bermakna!” 
Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. 
Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. 

Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!


p/s: tq aina for the wish in ur blog..
i'm really appreciate it..
uhibbuki lillahi taala..