Wednesday, June 23, 2010

kIsAh pEnJuAL TeMpE..




Dalam sebuah kampung ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun dengan keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanan ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin..". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terpaku seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawannye yg sama-sama menjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak jual tempe yang belum menjadi? Dari pagi tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. 

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. 

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. 

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan... 


moral of the story is:
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Yakinlah kita bahawa REZEKI itu di tangan Tuhan...Wallahua'Lam ^_^

Tuesday, June 22, 2010

mEnGaPa mEnGelUh?



Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya. 


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?


Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?


Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?


Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?


Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45) 


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?


Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?


Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!


Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!


Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?


Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)





Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. 
Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. 
Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. 
Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.



Ayat Seribu Dinar


"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)


Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris. 

Saturday, June 19, 2010

imPiAnku MeNjAdi MuSLImAH SoLeHah..

Wanita??Perempuan??Muslimah??...


Aku tertarik bila cerita tentang wanita..sebab ape?? 
mungkinkah aku juga seorang wanita juga seorang muslimah...
juga menginginkan Muslimah yang bergelar solehah..

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku, 
yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, 
jantungku untuk berdegup, 
kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, 
telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.

Entah mengapa jiwaku meronta. Aku wanita inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan. 
Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku...
Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan. 
Janganlah kerana diri ini yang lemah kau anggap daku tidak punya perasaan. 
Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan. 
Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu layak di hormati
Mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar lelaki? Bukan niatku sebagai wanita untuk di sanjung. Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. 
Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa. 
Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah kalian.
Tapi aku ingin berada di samping mu wahai Adam supaya kalian boleh memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada wanita sepertiku.




Ya benar!! Wanita sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak. 
Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu. 
Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang wanita yang solehah. 
Tapi, aku ingin menjaga maruahku!! 
Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh manusia seperti kalian. 
Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku. 
Mengapakah kalian tidak memahami hati ini?? 
Mengapakah kalian tidak boleh membantu diri ini??
Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan kalian untuk mempergunakan kami sebagai wanita??

Bagaimanakah agaknya bila ibu kalian, kakak kalian atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti kalian???
Sanggupkah kalian?? Ya benar. Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa. 
Bilamana di bandingkan antara kalian, kalian tidak dapat mengatasi kekuatanku ini. 
Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar. 
Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain walaupun setiap detik yangku lalu memberiku erti sebenar hidupku. 
Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku. 
Dan SENYUMAN.. senyuman yang diukir dari bibir juga dapat menenangkan segala yang menimpa diriku ini walaupun perit untukku hadapinya dari saat ke saat. 
Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar menghadapi ujian yang ku rasa adalah ujian yang memang itulah yang telah dialirkan dalam hidupku..



Tidak ada sesiapa pun wanita di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian. 
Aku, seorang wanita tetap menginginkan perhatian. Janganlah kalian terkejut atau terkilan bila aku katakan bahawa setiap wanita menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak. 
Ingin disayangi, ingin didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari walaupun tidak setaraf dengan usia. 
Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. Begitulah juga dengan wanita sepertimana diibaratkan wanita ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok. 
Maka kalian wahai Adam lah yang sepatut meluruskannya. Itulah yang daku maksudkan. Bukanlah daku tidak mengizinkan kalian untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin boleh menimbulkan luka dalam hati kerana diriku seorang Wanita..
Yang ingin juga dihormati walaupun tidak selayaknya buatku. 
Bila wanita sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam. 
Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung. 
Tapi dengan satu pujukan sahaja boleh mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. 
Betapa lembutnya hati seorang yang bernama WANITA..

Justeru aku merayu, bantulah insan-insan sepertiku. 
Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini. 
Jiwaku ingin meronta. Aku tidak ada sesiapa melainkan kalian wahai Adam, melainkan DIA. Kalian lah pemimpin kami. Dan kepada kalian lah aku bergantung. 
Bantulah diriku wanita yang lemah. Pimpinlah aku ke arah keredhaan-Nya. 
Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa kalian untuk membimbing diriku untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahan yang aku ada.
Sedarkanlah diriku dari lena yang penuh dengan kelalaian, yang penuh keseronokkan, yang penuh kealpaan duniawi.
Jangan biarkan aku di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaanku atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan kami ke jalan yang benar yang diredhai, yangku impikan dalam hidupku hingga ke Firdausi. 
Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku...



Aku juga seorang WANITA...
dan aku juga MUSLIMAH yang mengimpikan kebahgiaan dalam hidupku.. 
yang ingin juga bergelar SOLEHAH buatmu wahai Adam.. 
bukan untuk dipermainkan diriku ini sementara hidupku di dunia ini, bukan juga di campak ke sana sini cerita hidupku, yang ingin ku hindari dari fitnah duniawi yang tidak akan berhenti.. Lindungilah diriku dan bawalah aku kejalan yang diredhai..
Yang telah Engkau janjikan buat hambanya yang SABAR menghadapi tipa ujianMu...

Monday, June 14, 2010

aDe ApE NgAn bUlaN ReJAb?

ADA APA DENGAN BULAN REJABPrint
Rejab ertinya mulia atau agung. 
Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. 
Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'

2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah

3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan

4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                         (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
 
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)

Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya

"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"
Nabi bersabda, "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?
Kata lelaki itu "semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "
Maka tanya Rasulullah SAW
"Kenapa kamu seksa diri kamu?
Lalu sabdaNya, "Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan
"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! ujar lelaki itu ..
"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi...
"Tambahlah lagi"..Mohon lelaki itu pula. 
Maka Nabi SAW bersabda
"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)

*tiada kaitan*

  
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

wallahu a'lam..