Sunday, September 18, 2011

Puasa Syawal dan Puasa Qadha’..



bismillahirahmanirrahim..
sepanjang cuti 3 hari ni (weekend 2 hari plus Hari Malaysia),mesti banyak cerita nak dikongsi kan..
tapi berbeza pula ngan saya yang stayyy je dekat UIA Kuantan,tanpa keluar memane pun..baikkan??
maklumlah amat sayangkan UIA sampai tak boleh nak berpisah..hehe..:D
open house pun mesti merata alam orang buat time cuti2 ni..
sampai naik buncit duk makan jer memanjang..
citer bab makan sampai x hengat dunia ni,dah puasa 6 belum? 
haaa...tambah2 pulak awak tu orang perempuan..mesti ada beberapa hari nak kena ganti kan..? ganti kan lebih afdhal dibuat dulu dari yang sunat..
so,tahu2lah awak membajet hari di kala 19 syawal dah ni..
hanya tinggal 11 hari je lagi nak puasa..
sempat ke tak? perlukah combine??
ok,jom baca artikel ni sampai habis..yosh! ^_^V

Pendahuluan 



Puasa 6 hari di bulan Syawwal adalah termasuk di dalam ibadah puasa Tathawwu’ (amalan ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah). Kebanyakan ahlil ilmi mengatakan sunnat berpuasa 6 hari di bulan Syawwal termasuklah Ibn Abbas, Thaus, Sya’bi, Maimun bin Mahran, Ibn Mubarak, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain.

Imam Nawawi mengatakan: Hadith ini (iaitu hadith Abu Ayyub al-Anshari di bawah) jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (di bulan Syawwal).

Puasa ini seolah-olah seperti ucapan selamat jalan (taudi’an) kepada bulan Ramadhan dan boleh menampal (jabran) kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa fardhu tersebut.

Sesungguhnya puasa selama 6 hari di bulan Syawwal mengandungi pahala yang sangat besar sekali. Ini adalah berdasarkan hadith daripada Abu Ayyub al-Anshari, sesungguhnya Rasulullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Mafhumnya:Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka baginya pahala seumpama mengerjakan puasa sepanjang tahun.
Sebahagian ulama menafsirkan, mengerjakan puasa sepanjang tahun ini merujuk kepada ganjaran kebajikan yang ada pada puasa wajib di bulan Ramadhan dan puasa sunnat di bulan Syawwal ini. Ini lebih jelas disebutkan di dalam hadith daripada Thauban, daripada Rasulullah, sesungguhnya Baginda bersabda:

مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ، مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشَرَ أَمْثَالُهَا
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa enam hari selepas Eidul Fitri (Hari Raya Puasa), adalah (seolah-olah mencukupkan puasa) sepenuh tahun. Barang siapa yang melakukan satu kebajikan, maka baginya (digandakan) sepuluh kebajikan sepertinya.

Oleh kerana itu, puasa sebulan di bulan Ramadhan seolah-olah berpuasa 10 bulan (atau 300 hari kerana 30 hari x 10), dan puasa 6 hari Syawwal seolah-olah berpuasa 2 bulan (atau 60 hari kerana 6 hari x 10) yang menjadikan jumlahnya setahun (atau 360 hari dan setahun mengandungi 360 hari).

Di dalam hadith lain daripada Ibn Umar berkata: Rasululullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa Ramadhan dan mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, keluarlah dosa-dosanya (sehingga dia menjadi bersih dari dosa) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

Waktu dan perlaksanaannya


Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Muhazzab: Telah berkata Ashab kita (iaitu ulama’ Syafi’iyyah): Dan disunnatkan puasa enam Syawwal itu berturut-turut pada awal Syawwal dan jika dicerai-ceraikan dia (iaitu puasa itu) atau dita’khirkan (dilewatkan) dia daripada awal Syawwal nescaya harus.

Ibn Mubarak memilih awal bulan dan beliau mengatakan jika bercerai-cerai harus.

Afdhal



Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Muslim: Telah berkata Ashab kita: Bermula yang afdhal bahawa puasa ia enam hari berturut-turut mengiringi hari fitrah (iaitu bermula dari 2 Syawwal).

Qadha’ puasa dan puasa sunnat Syawwal


Mengqadha’kan puasa bulan Ramadhan adalah sesuatu yang wajib. 

Jika ia dilakukan secara berasingan (separated) dengan puasa sunnat Syawwal, maka ia jelas difahami akan bolehnya. 
Persoalan timbul apabila ia dilakukan sekali gus (combined) dengan puasa Syawwal dalam bulan Syawwal. Para ulama’ khilaf mengenainya.

1) Imam Syamsuddin al-Ramli mengatakan:
ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء، حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد رحمه الله تعالى تبعًا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرامي وغيرهم، ولكن لا يحصل له الثواب الكامل.
Maknanya: Dan jika seseorang berpuasa pada bulan Syawwal secara qadha’ atau nazar atau selain keduanya atau pada hari seumpama hari 'Asyura`, hasil baginya (dia mendapat) pahala puasa sunnat hari tersebut seperti mana telah difatwakan oleh ayahku (iaitu ayahanda Imam al-Ramli iaitu Imam Syihabuddin al-Ramli) kerana mengikut fatwa Imam al-Barazi, al-Ashfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Sholeh al-Hadhrami dan selain mereka, akan tetapi tidaklah hasil baginya pahala (puasa sunnat) yang sempurna.


Rumusan:

1- Jika puasa qadha’ atau nazar dilakukan pada bulan Syawwal atau hari Asyura, orang tersebut akan mendapat juga pahala puasa sunnat hari yang dia berpuasa itu (dia akan mendapat pahala puasa sunnat bulan Syawwal atau puasa hari Asyura).

2- Walau bagaimanapun, dia tidak akan mendapat pahala puasa sunnat yang sempurna.

Pendapat Imam Syaikh Ramli ini diikuti oleh ramai ulama termasuk ulama di dunia Melayu. Di sini, dinukilkan pendapat mengenainya seperti yang termaktub di dalam 3 kitab Jawi besar dalam fiqah di dunia Melayu yang menjadi rujukan oleh kitab-kitab fiqah lain.

2) Kitab Sabil al-Muhtadin (di alam Melayu dikenal dengan kitab Sabilal Muhtadin), karangan Al-Alim al-Allamah Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Beliau menulis:


(Soal) Jika seorang puasa qadha’ atau nazar atau lainnya di dalam bulan Syawwal, adakah hasil baginya puasa sunnat Syawwal atau tiada? 


(Jawab) Kata Syaikh Ramli di dalam Nihayah: Hasil baginya pahala sunnat Syawwal, jika tiada diqasadnya mengerjakan puasa sunnat Syawwal itu kemudiannya (selepasnya). Dan jika diqasadnya mengerjakan dia kemudian (selepas) daripada umpama qadha’ itu, maka tiadalah hasil baginya pahala sunnat Syawwal kerana diqasadnya akan yang demikian itu jadi sharif (pemalingan) daripada menghasilkan dia daripada puasa Syawwal, maka pada ketika itu hendaklah dikerjakannya puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha’ umpamanya, jika ada lagi tinggal bulan Syawwal. Dan jika tiada, maka sunnat mengqadha’ dia pada bulan Zulqaedah.

Rumusan:

1- Jika dia puasa qadha’ atau nazar tanpa sebelumnya ada niat puasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’ atau nazar itu, dia akan mendapat pahala puasa sunnat Syawal. Jika dia ada niat seperti itu, maka dia tidak mendapat pahala sunnat Syawwal.

2- Oleh kerana jika dia sudah berniat berpuasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’, hendaklah dia berpuasa sunnat Syawwal tersebut dalam bulan Syawwal itu juga.

3- Jika bulan Syawwal sudah selesai, maka sunnat dia mengqadha’kan puasa sunnat Syawwal itu di bulan Zulqaedah.

3) Di dalam kitab Bughyah al-Tullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi al-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Faththoni, beliau menulis:
(Dan jika ada) padanya puasa qadha’ atau nazar atau lainnya, maka jika ada niatnya hendak puasa sunnat Syawwal itu kemudian daripadanya, maka tiada hasil sunnat Syawwal serta qadha’ atau nazar itu. Dan jika tiada seperti ia niatkan serta qadha’ atau nazar, sunnat syawwal, hasillah pahala keduanya, atau tiada diniatkan puasa sunnat Syawwal serta qadha’ atau nazar itu, lepaslah tuntutannya, yakni tiada dituntut puasa sunnat Syawwal lagi. Demikianlah disebut pada Mudabaghi tempatnya. Hasilnya itu, jika tiada diniatkan puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha’ atau nazar…

Rumusan:

1- Jika dia ada berniat untuk berpuasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’ atau nazar, maka dia tidak mendapat mendapat pahala sunnat Syawwal, cuma mendapat pahala puasa qadha’ atau nazar sahaja.

2- Jika dia berniat puasa qadha’ atau nazar sahaja, maka dia mendapat pahala puasa kedua-duanya (pahala qadha’ atau nazar dan pahala puasa sunnat Syawwal).

3- Jika dia tidak berniat puasa sunnat Syawwal ketika melakukan puasa qadha’ atau nazar, maka dia tidak dituntut untuk menunaikan puasa sunnat Syawwal.
4) Kitab Al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Shafi, karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni. Beliau juga menukilkan pendapat Imam Ramli dalam tulisannya:
(Tanbih) Jika puasa ia di dalam bulan Syawwal itu akan puasa qadha’ atau puasa nazar atau lainnya, nescaya hasil baginya pahala sunnatnya atau puasa ia di dalam umpama hari 'Asyura` akan puasa qadha’ atau puasa nadzar atau lainnya nescaya hasil baginya pahala sunnatnya, seperti yang difatwa oleh Syaikh Ramli Kabir (yakni ayahanda Imam ar-Ramli) mengikut ia akan Syaikh Barazi dan Syaikh Ashfuni dan Syaikh Nasyiri dan al-Faqih Ali bin Shalih al-Hadhrami dan lainnya. Tetapi tidak hasil baginya pahala yang sempurna yang diperaturkan atas yang mathlub (yang dituntut dalam hadits).


Rumusan:

1- Seperti rumusan pada qawl (pendapat) perkataan Imam Syamsuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj di atas.

Natijah:
Daripada perbincangan para ulama’ (di dalam kitab-kitab yang telah disebutkan di atas), dapat diambil panduan hukum iaitu:
-Seseorang mendapat pahala puasa qadha’ dan pahala sunnat puasa 6 Syawwal walaupun tidak sempurna pahala sunnat puasa 6 itu, sama ada – semasa puasa itu – berniat qadha’ sahaja atau niat qadha’ serta sunnat puasa 6 sekali gus, dengan syarat dia tidak berniat terlebih dahulu untuk puasa 6 Syawwal selepas berpuasa qadha’ itu. Ini adalah pendapat Imam al-Barazi, al-Ashfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Sholeh al-Hadhrami, Imam Syihabuddin al-Ramli (Syaikh Ramli al-Kabir) dan anaknya Imam Syamsuddin al-Ramli (Syaikh Ramli al-Shaghir), termasuklah sekumpulan ulama mutakhir seperti Imam al-Khathib al-Syarbini, Syaikh Arsyad al-Banjari dan Syaikh Muhammad bin Ismail al-Fathoni dan lain-lain.

Penutup


Beberapa perkara yang boleh dinyatakan di dalam persoalan puasa qadha’ Ramadhan yang disertakan (combined) dengan puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal antaranya:


1) Ia adalah antara perkara khilaf di kalangan para ulama’.


2) Kebanyakan para ulama mengatakan seseorang mendapat pahala puasa qadha’ dan pahala sunnat puasa Syawwal dengan syarat dia tidak berniat terlebih dahulu untuk puasa 6 Syawwal selepas berpuasa qadha’ itu. Justeru, boleh menggabungkan puasa qadha’ dan puasa sunnat Syawwal sekali gus.


3) Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat hanya mendapat pahala qadha’ sahaja dan tidak mendapat pahala sunnat 6, jika hanya berniat qadha’ dan tidak berniat puasa sunnat. Walau bagaimana pun, jika dia berniat qadha’ serta sunnat sekali gus, maka tidak sah dan tidak mendapat pahala untuk kedua-dua puasa tersebut. Ini adalah pendapat Imam Nawawi dan Imam Asnawi. Ada juga ulama yang mengatakan dia hanya mendapat pahala qadha’, tidak mendapat pahala sunnat, melainkan jika ada niat puasa sunnat itu. Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami.


4) Bagi pandangan al-Faqir- setelah merujuk kepada panduan pendapat para ulama dan masyaikh di dalam kitab dan perbincangan mereka-, 
-jika bulan Syawwal masih panjang, adalah lebih baik menunaikan puasa qadha’ dahulu dan selepas itu menunaikan puasa 6. Ini adalah kerana mengikut kaedah: مَا أَكْثَرَ فِعْلاً أَكْثَرَ فَضْلاً (Apa-apa yang banyak dibuat, maka banyak pula fadhilatnya). Ia juga sebagai suatu ihthiyath (berhati-hati) memandangkan ada pendapat yang tidak membolehkan menyertakan sekali kedua-dua puasa ini. 


-Jika bulan Syawwal sudah di penghujung, maka menggabungkan di antara puasa qadha’ dan sunnat Syawwal adalah baik. Wallahu a’lam.


5) Berusahalah bersama-sama agar kita tidak terlepas untuk menunaikan puasa 6 hari Syawal ini sebagai taqarrub (untuk menghampirkan diri kepada Allah) di samping ganjaran yang besar seperti yang disebut di dalam riwayat hadith.

والله أعلم بالصواب

(Petikan Teks daripada Al-Fadhil al-Ustaz Muhadir Haji Joll, UIAM)

Friday, September 16, 2011

EpiSoD BaRu BeRmuLa..

bismillahirrahmanirrahim..
1st of all,rasanya belum terlewat kot nak ucapkan tahniah kepada sahabat2 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti masing2..
di kesempatan waktu yang sedikit lapang pada hari weekend ni,teringin plak rasenye nak update blog..
alhamdulillah dirafakkan kesyukuran pada Ilahi kerana masih hidup dalam 2 nikmat terbesar,iman n islam..:D
semoga hari2 yang mendatang bermula saat ini,sekurang-kurangnya buatlah satu kebajikan..
biarpun kecil,mungkin besar di sisi Allah,insyaAllah..


alhamdulillah,i'm officially as a pharmacy student at IIUM,Kuantan..year 1..terasa muda biarpun sudah tua..:))
setelah menjejakkan kaki,first impression nampak admin building yang tersergam indah,besar,aku rasa 
"waa..besarnya UIA Kuantan..penat jalan kaki la nampaknya..:(("..


yep,mmg x diragui,letih teramat kalau berjalan kaki dari kuliah ke kuliah yang lain..
hanya kesabaran tersemat dalam hati..menguji keimanan seorang pelajar..
n bila dapat kunci bilik,terus down..
"muka aku ni,muka level 4 agaknya.."  =_='' sejak di foundation lagi kot.
....
...
..
.
..ok,saya sabar..dan saya yakin memang ada hikmahNya..
alhamdulillah..memang ada..! (membuatkan saya sayang Allah lebih la..!!) 
setelah diberitahu bahawa student farmasi SAHAJA yang dibenarkan tinggal di dalam UIA..course lain tinggal di asrama luar,yang jaraknya agak jauh jika berjalan kaki (tp bas disediakan)..
*walau apapun terjadi,ingatlah Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..walau sehebat mana kita merancang,namun perancangan Allah yang terhebat..*


4 years to go..mungkin memakan masa yang lama bagi pelajar untuk habiskan tempoh ni..
tp bagi pendapat saya sendiri,jika kita isi 4 tahun ini ngan kerja2 yang bermaanfaat selain belajar,ia akan menjadi satu tempoh yang sekejap cuma..
insyaAllah,doakan kami agar dipermudahkan segala urusan menyelesaikan ijazah kami ngan jayanya..
mungkin alasan terlalu lama selesaikan ijazah mnjadi sebab ramai senior2 yang kawin muda..agaknya kot..
ok,agak teruja sebenarnya..sebab UIA adalah satu-satunya universiti yang menyediakan pinjaman bagi pasangan2 yang nak kawin..siap ade kelas parenting lagi..bolehlah usha2 karang lau nak kawin..:D
azamku: nak grad dulu! tp,KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku...:))
boleh la usha2 blog Hilal..agak terinspirasi sedikit ngan penulisan sal kawin awal ni..


p/s: insyaAllah pasakkan niat di hati belajar kerana Allah,bukan kerana yang lain..
bukannya "aku nak course medik ni,sebab course ni famous..course ni salary die tinggi..bla..bla.."


pp/s: mungkin kita boleh menggondol semua A dalam semua mata pelajran di dunia,tp akhirnya apabila diperiksa di akhirat,tiada A dalam jiwa..


wallahua'lam..

Sunday, August 14, 2011

Jom Sertai Saffmuslim..:D

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Image

Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi hendaknya, InsyaAllah.. 

Tinggal lagi beberapa hari lagi ya,bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan yang bakal dirindui semua akan pulang..:(
Subhanallah..rasa sekejap sahaja 15 hari puasa sudah pun berlalu..
harapnya hari2 yang berlalu,amalan kita diterima Allah..insyaAllah..
walaubagaimanapun,harapnya 15 hari yang tersisa ini,kita usahakan untuk lebih beristiqamah dan banyakkan amal ibadat..pahala digandakan..

Biasanya, baki2 hari di bulan Ramadhan ni, ramai orang berlumba-lumba untuk berbuat amal kebaikan dan kebajikan, masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk mengumpul pahala. Alhamdulillah... 
Nampaknya, kian ramai yang mengerti anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan sepanjang bulan penuh keberkatan itu. Alhamdulillah...

Sempena Ramadhan yang bakal berlabuh tirai juga, suka saya mengajak sahabat-sahabat yang dikasihi Allah luangkan sedikit masa untuk mendekati dan mengenali forum SaffMuslim.
Biarpun usianya baru setahun jagung, namun syukur alhamdulillah, dengan sokongan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, biarpun terpaksa merangkak dari bawah, SaffMuslim masih tetap mampu bertahan dan makin mendapat sambutan. Alhamdulillah.

Namun begitu, memandangkan antara sebab SaffMuslim ditubuhkan adalah untuk perkongsian ummah, jadi adalah lebih bermakna sekiranya SaffMuslim dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai sahabat Muslimin dan Muslimah, lebih ramai, lebih meriah. Kan? ;)

Bak kata pepatah yang pernah saya baca suatu ketika dulu.

Jika Ali ada sebiji epal, ingin bertukar epal dengan Amin. Maka masing-masing memilik satu epal. Tapi, jika Ali ada satu idea/pandangan, ingin bertukar idea/pandangan dengan Amin. Masing-masing akan memiliki dua idea/pandangan. Itu baru Ali dan Amin. Bayangkan betapa banyak idea yang kita ada jika lebih ramai yang ikut sama berkongsi.. Jom sama-samalah kita renung-renungkan.

Ilmu yang bermanfaat - hanya bermanfaat kepada orang lain bilamana ia dikongsikan.. Tak gitu?

Ayuh sertai kami di Forum.SaffMuslim.Com...
Ajak dan perkenalkan pada sahabat-sahabat yang lain juga. Mungkin kita sekarang lebih gemar memanfaatkan internet untuk chatting atau melayari facebook, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk berukhwah dan berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat forum pula. 

Mungkin pandangan/idea yang kita rasakan kecil dan tidak bermakna - besar maknanya kepada adik-adik / sahabat user yang lain, dapat membantu mereka meringankan beban menyelesaikan permasalahan, siapa tahu, kan? 
Dan tentunya, Allah tidak pernah tidur dan Maha Mengetahui, setiap segala yang kita lakukan, ada ganjaran dari sisi-Nya.

Jom, manfaatkan segala ruang yang ada sebaik yang mungkin untuk mendapat redha Allah. Ayuh sucikan hati, bersihkan niat. Rapat-rapat dan lurus-luruskan saff.
Image

Selamat berforum =)

artikel asal:dari global mod Saffmuslim..

Monday, August 8, 2011

Perempuan Haid & Solat Yang Wajib Digantinya..

bismillahirahmanirrahim..
suka saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya rasakan para muslimat masih ramai lagi yang tak tahu/tak belajar/tak ingat n etc la..
iaitu bab HAID..dan para muslimin juga wajib mengetahui n belajar yer pasal ni jika nak kawen..
jangan ler beralasan die tu lelaki melepaskan tanggungjawabnya untuk belajar bab haid..
bagaimana nanti kalau isteri tanya itu ini..mau tak masak kita nak jawabnye..entah2 ade yang goreng ikut akal jer tanpa merujuk kitab2 muktabar yang melambak2 di kedai..
merujuk bukan sebarang rujukan..tapi rujuk kitab dengan berguru yer..
saya syorkan kepada sape2 nak belajar bab haid,beli kitab Sabilal Muhtadin(sama tebal ngan Quran)..
penerangan yang cukup details..tp kena berguru sebab ayat2 kitab adalah bahasa zaman dahulu kala,dibimbangi kesalahfahaman fakta..
ini sedikit yang boleh saya kongsikan dari hasil peng'copy'an ke'paste'an dari sumber yang benar..


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Credit to:Ustaz Al-Bukhari Ibnu Al-Razi

p/s: malu belajar sesat jalan..
ingat,kejahilan atas 2 sebab jer di maafkan:

1)jauh dari ulama seperti tinggal di kawasan pedalaman orang asli yang jauh dari ulama dan para alim untuk belajar..

2)baru memeluk agama Islam..

nah..yang pertama tu sah2 kita bukanlah tergolong dalam orang asli yang tiada kemudahan ataupun ustaz2 /para alim..
within just a few minutes,just 1 klik,maklumat ade di hujung jari ..maka jika tidak tahu atas sebab kita malas nak belajar adalah tidak dimaafkan..sibuk belajar fardu kifayah,sampai lupa fardu ain,itu yang salah..yang wajib untuk individu ditinggalkan..berat nanang sungguh la..
ustaz Azhar pernah kata sape yang tak habis belajar bab haid,tak payah nak menggatal nak kawen..lelaki mahupun perempuan..

yang kedua,kejahilan dimaafkan atas sebab baru peluk islam..so, adakah kita ni muallaf?
adapun saya malu kepada muallaf yang belajar sungguh2 pasal islam,hukum2 feqah n etc..
mereka lebih tahu drpd kita yang sudah sekian lama islam..
tengoklah kes2 buang anak zina yang top dahulu kala tu..rasenye semua adalah orang islam..
anak muda sekarang jahil atas sebab sibuk..
sibuk mengejar harta /keduniaan sampaikan tiada masa untuk belajar yang wajib..
inilah dia negara yang islamophobia..

sesiapa yang tidak tahu atas sebab selain 2 perkara di atas,hendaklah dia bertaubat..
mudah-mudahan Allah menerima taubatnya..insyaAllah..Allah maha Penerima Taubat dan maha Pengampun..
dan berusaha mengqada' sekadar yang dia rasa sudah cukup dan memadai untuk solat2 yang pernah ditinggalkan..

wallahua'lam..

Thursday, August 4, 2011

Checklist Ramadhan..:D

bismillahirrahmanirrahim...
macam mane puasa setakat hari ini?? harapnya ok je eh..
sibukkan diri dengan benda2 bermanfaat..bukan asyik membuta je eh..-_-
mesti orang2 yang gunakan Ramadhan ngan sebaiknya dah ade checklist nak buat itu ini kan..
jom kongsi checklist sama2 untuk Ramadhan..




4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.



2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.


4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat belajar. Melangkah ke tempat belajar dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan pelajaran


12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."


kredit to islam.net..:D

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Mubarak!

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah tergerak jugak nak update blog..
setelah lama menyepi dari post2 terbaru..asyik2 post sama je bila bukak..adeih..
oke,saya mulakan dengan kalamullah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183).

Alhamdulillah..sedar tak sedar,sampai juga kita dalam bulan Ramadhan pada tahun ni..
Bersama amalan puasa dan ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah, siapa yang sanggup menolaknya?. Allahu Allah..

mungkin sahabat2 semua sudah setkan azam Ramadhan kali ni..
mungkin juga tidak kan..dek sibuk dengan kerja dan juga belajar..
azam?? perlu ke? mungkin ada yang berfikiran sebegitu..
tapi bagi saya,azam ni menunjukkan kita bersungguh2 untuk mempertingkatkan kualiti dalam ibadah bulan barakah ni..
insyaAllah kita sama2 tingkatkan kualitas ya..
kalau kita nak tahu adakah berkesan ke tak bulan Ramadhan tahun lepas untuk kita,jom check it out..
yosh,scroll down sampai abis oke..

terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan:

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya


Agak-agaknya kita masuk dalam kategori mana untuk Ramadhan tahun lepas? 1,2 atau 3?
Alangkah bahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama kan..
koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan kali ni yer..
Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui..(insyaAllah,mudah-mudahan)

sebab tu la pentingnya azam kan..nampak tak kesan azam di situ? jom set azam sekarang..

1)....
2)...
3)..
4).

haa..ni satu lagi..bila tibanya Ramadhan,mulalah surau atau masjid2 penuh kan..
terkejut bilal2 dan imam2 masjid kat kampung dek jemaah yang ramai sampai ke beranda masjid..(hiperbola)
oke,saya tak kata itu tak bagus..tapi wujud kesalahfahaman masyarakat di sini..
antara salah faham masyarakat yang harus diubah:

1. Ramai yang berpusu-pusu untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih berjemaah di bulan puasa, sedangkan tak ramai yang berkejar-kejar untuk Solat Fardhu berjemaah di bulan yang lain...
Sesungguhnya kita sendiri kan sudah tahu, pahala orang Solat Fardhu berjemaah bersamaan dengan solat sunat sepanjang malam!
Antara fardhu dan sunat, sudah tentu fardhu yang perlu diutamakan.ke bagaimana? btol x?

2. Makan di tengah malam, bukanlah dinamakan sahur. Ia dipanggil supper, yakni makan lewat malam..
Sahur ini di penghujung waktu. Mengikut sunnah Rasulullah,sememangnya kita sukar untuk bangun bersahur. Namun, keberkatan yang ada tidak terhitung banyaknya.Subhanallah..

3. Puasa bukan alasan untuk kita tidak produktif dalam kerja seharian.
Bila ada saja Muslim yang letih, lesu apabila berpuasa, jangan disalahkan puasa itu.
Salahkan orang yang berpuasa. Sedangkan para sahabat dulu boleh pergi berperang semasa di bulan Ramadhan yakni dalam perang Badar..

nah..apa yang saya nak sampaikan adalah janganlah menjadi insan Ramadhaniyyah,tapi jadilah insan yang Rabbaniah..keep smiling :D



pernah dengar tak hadis ni?
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan”.
berbeza pandangan dalam menentukan maksud kiasan ini..
Sekurang-kurangnya terdapat dua pendapat dalam menentukan maksudnya.

Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi.
Beliau mengatakan “ada kebarangkalian bahawa maksud “syaitan dibelenggu” ialah “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan berzikir”.
Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan digari”.Ungkapan ini membawa makna “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.

Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi ‘Iyadh.Beliau berkata :
“Ada kebarangkalian ungkapan “pembelengguan syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan manusia”.


wallahua'lam ..jika nak tahu lebih details lagi,sila rujuk pada mana2 pakar agama..:D
so,tidak hairan jika masih terjadi maksiat dalam bulan Ramadhan..
hah,tapi bagaimana pula dengan orang yang berpuasa,tapi dalam masa yang sama dia melakukan maksiat?
itu maknanya dia tidak puasa sepenuhnya..hanya berpuasa di mulut,tp bukan berpuasa nafsu..

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadits ini shahih lighairih)
sebagaimana Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183).

Ibadah puasa bertujuan membentuk manusia beriman agar bertaqwa..
Itulah pesan yang terdapat dalam ayat di atas..yang juga menjadi instinbat hukum mewajibkan puasa kepada semua orang yang beriman..
tp adakah Ramadhan yang lalu memberi impak kepada kita untuk 11 bulan yang lainnya?
oke,nak cerita satu antologi mengenai Ramadhan:
sebuah syarikat memerlukan kakitangan yang lebih bagus,cekap,pintar n effisien untuk melakukan kerja2 syarikat..untuk itu,manager atau big bos perlu lah mengadakan kursus supaya dapat menjadikan kakitangan syarikat tu seperti yang disebut itu..
nah..begitulah juga Ramadhan..ramadhan ibarat kursus yang dapat mendidik dan mentarbiah seseorang muslim ke arah yang lebih baik untuk di masa akan datang..bukan hanya sebulan tu ja..

sebenarnya puasa ni sangat berbeza dengan amalan rukun islam yang lain..
kerana ia menjadi rahsia manusia dengan Tuhan-Nya... 
kalau solat,bayar zakat,buat haji n amalan2 lain amat zahir jika dilakukan..dan amalan2 ni adalah untuk diri kita sendiri yang melayakkan kita ke syurga..
tp puasa,hanya dia dan Allah yang tahu..
Dalam sebuah hadits Qudsi dijelaskan: 
“Setiap amal anak Adam bagi dirinya, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang menanggung pahalanya.“ (HR.Bukhari)

Maka untuk menjadikan puasa yang kita lakukan tetap bernilai dan jauh dari sia-sia. 
berusahalah untuk:

1. Tundukkan pandangan. 

Ingatlah bahawa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja,tp juga menahan untuk melakukan perkara mungkar...

dariapada Jabir bin ‘Abdillah:

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Lihat Latha’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)


Dengan menundukkan pandangan, mata akan terjaga dari segala hal yang tidak halal dilihat. Segala yang haram itu menjurus ke arah melalaikan hati dari dzikrullah. 
Ingat sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, 

“Pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah Iblis, semoga Allah melaknatinya. Barang siapa meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah memberinya keimanan yang merupakan kelezatan dalam hatinya.” (HR.Hakim)

2. Jaga lisan dari perkataan yang tidak diridhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Seperti berdusta, ghibah, bergunjing, memaki, bertengkar, banyak bersenda gurau, berdebat, serta segala hal yang mengundang kebencian dan permusuhan...
seeloknya diam dari bercakap kosong dan lebih utama bila lisan disibukkan dengan dzikrullah serta tilawah Qur’an...(maka berazamlah untuk khatam Quran yer..)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa maka jangan berkata kotor dan jangan bertindak bodoh. Jika ada seseorang menyerang atau mencaci, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

Dalam riwayat lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim)

3. Jaga telinga dari perkataan dan pembicaraan yang dibenci Allah. 
Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan bahwa kedudukan orang yang suka mendengarkan berita bohong sama dengan orang yang memakan barang haram. “Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong. Banyak memakan yang haram.” (QS. Al-Maidah: 42)

Dalam ayat lain: “Mengapa orang-orang ‘alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram?” (QS. Al-Maidah: 63)

Mendiamkan ghibah juga dilarang. Allah berfirman, “Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian tentulah kamu serupa dengan mereka.” (QS. An-Nisa:140)

4. Tahan setiap anggota tubuh dari berbuat dosa. 
Hindari tangan, kaki, dan semua panca indera lainnya dari hal-hal yang diharamkan, walaupun telah berbuka sekalipun...
sia2 lah sepanjang hari menahan diri dari makan n minum, tp setelah berbuka melakukan hal-hal yang dibenci bahkan diharamkan pulak. 
Orang seperti inilah yang dibenci oleh Rasululkah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. “Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (HR. Nasai dan Ibnu Majah)

5. Jangan makan berlebih-lebihan ketika berbuka yer..:)

Sebab seburuk-buruknya wadah adalah perut yang penuh makanan.. 
Tujuan puasa kan adalah menundukkan hawa nafsu untuk memperkuat jiwa mencapai taqwa... 
Bila dari pagi hingga petang perut dikosongkan, tapi kemudian dipenuhi berbagai makanan lazat saat berbuka, maka syahwatnya akan bangkit..
macam video ni lah..ingat,jangan jadik macam kartun merah tu..hehe




6. Penuhilah hati dengan perasaan khauf(takot) dan raja'(mengharap)

Sebab tak ada yang tahu adakah puasa kita diterima dan termasuk golongan muqarrabin, atau ditolak sehingga termasuk orang-orang yang dimurkai?

Ada satu riwayat dari Hasan bin Abul Hasan Bashri. Suatu hari ia berjalan melepasi suatu kaum yang tengah tertawa. Melihat akan hal itu ia berkata, “Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan melakukan keta’atan bagi makhluk-Nya. Kemudian ada orang yang berlumba hingga menang dan ada pula yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi yang sangat mengherankan ialah pemain yang tertawa di saat orang-orang berpacu meraih kemenangan.” Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Puasa adalah amanah maka hendaklah salah seorang di antara kamu menjaga amanahnya.” (HR. Al-Kharaithi dan Sanadnya Hasan)

Semoga segala amalan kita di bulan puasa ni diterima Allah mudah-mudahan..
andai ada salah dan silap,secara sedar mahupun tak sedar,saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf..
selamat berpuasa yer semua..:D

Saturday, July 16, 2011

JoM MeNgHiDuPkAn mALaM NisFu sYa'BaN!!



bismillahirahmanirrahim..sedar tak sedar dah masuk 15 sya'ban dah malam ni..
dan kehangatan bulan barakah Ramadhan al-Mubarak semakin terasa..
oke,tak nak cerita panjang..
ana hanya ingin kongsikan cara untuk menghidupkan malam nisfu sya'ban ni..
dipetik dari risalah malam nisfu sya'ban yang dikarang oleh ustaz Muhadir,ustaz ana di UIA..
lepas baca,insyaAllah boleh amalkan..
ni risalah penuhnya,boleh download kat SINI yer.


Di dalam kitab Lathoif al-Ma’arif disebutkan:


“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali telah keluar pada malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”


Di kalangan Tabi’in dari negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. 
Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam ini….Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya termasuklah Atha’ dan Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya dari fuqaha’ Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah.”


Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:


1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. 
Adalah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah). Ia dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di dalam Masa’ilnya.


2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i, Imam penduduk Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah…”


Solat


Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. 
Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali adalah antara ulama’ yang menthabitkannya.
Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun.
Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara’.


Membaca Surah Yaasin


Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali dengan niat pada bacaan:
yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, 
yang kedua dengan niat menolakkan bala’
yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa cukup dan tidak meminta-minta dari manusia. 


Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ mu’tabar. Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadith yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an dan Surah Yasin adalah termasuk dari surah-surah di dalam Al-Qur’an. Membaca Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya.
Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya.


Doa


Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia memberi pengertian perlu dan berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah tanda tadharru’ (merendah diri) seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat kehambaan dari hambaNya.


Tanbih


Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini, mereka selalu berdalilkan pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah. Jika diteliti, Syaikh Ibn Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini malah memujinya.



Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu’ Fatawa beliau menulis maksudnya: 


"Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemuliaan dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan Salaf bahawa mereka menunaikan solat khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama’ Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat..” 


Wallahua'lam..