Tuesday, June 29, 2010

WuDuK n SaInS

Sains Wuduk
Oleh
Danial Zainal Abidin
 
 
SECARA dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. 
Berhubung dengan anggota anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,
 
"Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua  dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali."
 
Selain anggota yang wajib ini, ada juga anggota lain yang sunat dibasuh air semasa berwuduk. 
Dalam sebuah hadis sahih, Humran melaporkan bahawa, 

"Uthman bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air untuk mengambil wuduk, lalu dia pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua-dua tapak tangannya tiga Kali, kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga Kali, membasuh tiga Kali tangan kanannya dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh tiga Kali kaki kanannya meliputi buku lali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Sesudah itu dia (Uthman bin Affan) berkata, 'Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini'." 
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhad dan Muslim. Hadis ini menceritakan berkenaan cara berwuduk yang sempuma sebagaimana yang pemah dilakukan oleh Nabi.
 
Di samping itu, semasa berwuduk anggota anggota badan yang berkenaan hendaklah diusap dan digosok dengan tangan. Antara hadis yang menjelaskan berkenaan keadaan ini ialah sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi yang bermaksud, "Apabila kamu berwuduk maka gosok gosoklah antara jari tanganmu dan kakimu." Dalam dwayat yang lain oleh Daraqutni, sahabat Uthman bin Affan berkata, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu cara berwuduk Rasulullah? Lalu dia membasuh mukanya dan tangannya sehingga dia menyentuh hujung lengannya, kemudian dia menyapu kepalanya, kemudian dia mengusap kedua-dua telinganya dan juga janggutnya dan kemudian membasuh kakinya."
 
Berwuduk mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Dalam artikel bertajuk Muslims Rituals and their Effect on the Person's Health (lbadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang) oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi PerubatanDaghestan State, melaporkan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenal sebagai "Kawasan Aktif Biologi" (Biological Active Spots).
 
Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji berkenaan ilmu sains refleksologi. Orang Cina meyakini sekiranya "Kawasan Aktif Biologi" dirangsang, ia akan merangsang sistem saraf dalam badan. Hal ini sekali gus memberikan kesan positif terhadap kesihatan seseorang.
 
Menurut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberikan kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama umat Islam. Lagi lima berada di kawasan di antara buku lali dan lutut, iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.
 
 Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, "Antara kamu sesiapa yang mampu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya." Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa

Manakala tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kawasan siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali, iaitu antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebutkan dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A. Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. Di samping itu, berwuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit.
 
Seterusnya Dr. Magomed Magomedov berkata, apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf untuk memberikan kekuatan baharu (mengecas semula) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf.
 
Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf untuk mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
 
Di samping itu, menurut Mukhtar Salem, dalam buku beliau bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body, berwuduk mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini disebabkan mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wuduk membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.
 
Berhubung dengan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwuduk, menurut kajian yang dijalankan oleh para doktor dari Universiti Alexandria, perbuatan ini mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung. Hal ini dilaporkan oleh Lamya Taufik dalam The Preventive and Healing Wonders of Ablution di IslamOnline.net, 30 April 2003.
 
Perbuatan berkumur semasa berwuduk membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi. Ditambah pula dengan galakan Nabi supaya setiap Muslim bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk. Berhubung dengan hal ini, 
Nabi bersabda, "Sekiranya tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka berwuduk setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka bersiwak semasa berwuduk." Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih. 

Menurut Malaysia Healthcare Guide terbitan tahun 1997, antara cara terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang dengan berkumur mulut.
 
Wuduk dan Membasuh Tangan Secara umumnya, umat Islam berwuduk paling kurang sebanyak lima kali sehari sebelum melaksanakan solat fardu. Di samping itu, umat Islam digalakkan berwuduk sebelum tidur (mengikut riwayatAhmad dan Bukhad), selepas bersetubuh dan sebelum mandi wajib (menurut riwayat Bukhara dan Muslim), semasa hendak menjamah makanan, selepas mengadakan hubungan seks (mengikut riwayatAhmad dan Muslim) dan yang seumpamanya.
 
Antara perbuatan yang diulang-ulangi semasa berwuduk ialah membasuh tangan. la dilakukan sebanyak tiga kali pads peringkat permulaan berwuduk dan diulangi lagi tiga kali pads peringkat pertengahannya.
 
Menurut kajian yang dilakukan ke atas 305 pelajar sekolah di Detroit, kanak-kanak yang membasuh tangannya sebanyak empat kali sehari kurang mengambil cuti sakit disebabkan sakit perut. Mereka juga kurang mengambil cuti sakit disebabkan penyakit saluran pernafasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang membasuh tangan. Hal ini dilaporkan oleh Online Wellness CenterVanderbilt University,Tennessee, di vanderbiltowc. wellsource. com.
 
Pada bulan Februari 2003, dunia dikejutkan dengan serangan wabak SARS, iaitu sindrom pernafasan akut yang teruk (severe acute respiratory syndrome). la berpunca daripada kuman virus yang dikenal sebagai koronavirus (SARS-CoV) dengan manifestasi seperti demam (melebihi 38 darjah Celsius), pening dan sakit anggota badan, dan akhimya pesakit meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 8098 orang dijangkiti virus ini di seluruh dunia dan daripada jumlah ini, 774 orang meninggal dunia. Menurut pakar, salah satu cara yang perlu dilakukan untuk mencegah merebaknya penyakit ini ialah kerap membasuh tangan. Dr. Julie Gerberding, Pengarah Disease Control and Prevention (CDC), Amerika, berkata, "Pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegah merebaknya kuman kuman."
 
Tabiat kerap membasuh tangan secara sempurna mampu menyelamatkan lebih kurang satu juta kanak-kanak bawah lima tahun, terutamanya di negara miskin. Hal ini disebabkan ada dua jenis penyakit yang kerap membunuh kanak-kanak ini, iaitu cirit birit dan radang paru-paru (pneumonia), dan membasuh tangan dapat mencegah penyakit ini daripada merebak. Hal ini disebutkan dalam Medical News Today (Online) di bawah tajuk Handwashing Could Save One Million Children's Lives Each Year, 11 Jun 2004.
 
Berwuduk amat relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Yang paling penting ialah wuduk merupakan ibadah yang di wajibkan Allah ke atas umat Islam. Hujah sains digunakan bertujuan hanya sebagai sokongan bukan sebagai dalil dan nas.
 
Dr. Dania) Zainal Abidin doktor perubatan, pakar motivasi, dan penulis buku.
 

Monday, June 28, 2010

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?"




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.



"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

Friday, June 25, 2010

kaYu SuGi: 1 pEmBuKtIan sAiNtiFiK




bismillahirrahmanirrahim..
terasa nk post something yang menarik lam blog ni...
tentang siwak...
ape itu bersiwak?
adakah same itu bersiwak ngan memberus gigi?
siwak menurut istilah syarak ialah penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.

Jika kita perhatikan dengan baik maksud siwak menurut syarak, maka secara langsungnya berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang juga termasuk di dalam penggunaan siwak.
Hatta para ulama Islam membahaskan adakah boleh seseorang tersebut menggunakan hujung kain yang kesat bagi bersiwak. Para ulama mazhab Syafie menyebutkan bahawa perkara ini juga boleh dianggap bersiwak.



bila kita disunatkan bersiwak ni?
Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :

1. Ketika ingin menunaikan solat

2. Ketika sedang berwudhuk

3. Ketika gigi berubah menjadi kekuningan

4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)

5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

Waktu yang makruh untuk seseorang berpuasa (samaada sunat atau wajib) untuk bersiwak menurut Mazhab al-Imam Syafie ialah selepas tergelincir matahari. 

Tetapi menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, tidaklah menjadi makruh kepada seseorang yang berpuasa untuk bersiwak walaupun setelah matahari tergelincir.


Kepentingan bersugi dalam Islam ?


Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : 


“Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat”(Hadis riwayat Al-Bukhari).




Tahukah Anda Punca Gigi Berlubang?



Penyakit karies (caries) atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. 
Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu karbohidrat yang dapat diragikan.

Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. 
Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. 
Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.

Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. 
Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. 
Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). 
Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.

Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):


  1. Host : Gigi & saliva
  2. Agent : Bakteria kariogenik
  3. Environment : Substrat (Sukrosa)
  4. Time

Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. 
Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.

WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.



Kerisauan Yang Berasas..



Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. 
Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP),



“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”




Disaat umat islam dilanda dengan kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik hampir 1400 tahun yang lalu. 
Perlu kita diketahui bahawa pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.

Contoh barangan yang disyaki mengandungi bahan beracun


Sejarah Siwak



Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. 
Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica)
Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam
Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. 
Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak(Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis)
Akar tanaman Senna (Cassiva vinea)digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba)digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.





Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.

Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis


Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999)cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.

WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.






Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):


  • Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva. 
  • Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
  • Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
  • Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
  • Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
  • Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
  • Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
  • Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
  1. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
  2. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
  3. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
  4. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
  5. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) danthiocyanate (SCN-).



Peranan Siwak Sebagai Anti-karies



Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadapStreptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test)


Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutansyang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.

Cara Penggunaan Siwak




Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:


1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stickkayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya.Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.


2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stickyang akan di pakai sahaja.


3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.


4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.


5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.


Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi






Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, penulis akan memetik kenyataan Dr. M. Ragaii El-Mostehy dan rakan-rakan dari Kuwait dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation):


“It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”


Namun, perlu kita sepakati bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relative dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan hadith nabi memberikan kita hakikat yang final dan mutlak iaitu fakta bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya! (hadith)


Wallahua’lam.


Rujukan:
  1. Sayyid Quthb, Fiqhud Dakwah: Maudhu at fi ad-Dakwah wal Harakah. Alih bahasa: Abdul Majid, Lc. Aku Wariskan Untuk Kalian!
  2. Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.
  3. Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal
  4. Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.
  5. Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.
  6. Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.
  7. Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.
  8. Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.
  9. Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.
  10. Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.
  11. Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.
  12. Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.
  13. Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores
  14. Siwak as an oral health device (preliminary chemical and clinical evaluation)
 http://msaidhawwa.blogspot.com/