Saturday, March 27, 2010

anTara baBy2 yg x bEsAlAh...









pElAjAr SeKolAh BuAng BaYi...



PELAJAR sekolah agama (kanan) dipercayai membuang bayinya
diiringi polis ke Mahkamah Majistret Alor Star semalam.
ALOR STAR - Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.
Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.

Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.


Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.

Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.


Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.

"Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain," jelasnya yang enggan dikenali.


Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

"Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka," ujarnya.


Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.-KOSMO.

Monday, March 22, 2010

KuiZ RaMaLan NaSiB Di FacEbOOk...

kuiz



Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.
Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain. 
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:
ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.
KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH
Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).
HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.
Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.
Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.
SEKADAR MAIN-MAIN
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?
Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Thursday, March 18, 2010

tAtKaLa Di DaLaM KubUr....



Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur? 

Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? 
Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. 
Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit? 
Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit.

Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. 

Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak. 
Terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? 
Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut:

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)


Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal! 

Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. 

Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini. Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. 
Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga.
Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :

Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidaklah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya.
( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)


Tuesday, March 16, 2010

kEcOmeLaN Yg MeLaMpAu..

riNdU...sinGgAh JaP...buSy...

bismillahirrahmanirrahim..
just a little bit post i think...
da bersawang da pon blog ni..
x diupdate2...
rindu nak post somthing...
i think just forget bout it...
you know why?
huh..-mode bengang-
sbb x dpt internet walaupon guna broadband..
it is a weird thing i guess...
n then,kekangan mase yg dialami...
short sem..hemmm...i think this is a great speed semester...
sgt laju n x smpat nak goyang kaki..
lagipon sem ni bermula lah 1 langkah baru bgku sbagai student farmasi..
alhmdulillah..moga2 tercapai cita2ku..insyaAllah...

--------------------------------------------------------------------

actually ni ngah wat keje..
curi2 mase cket..
i miss blogging...!
hu2..
ni pon pinjam laktop lisa...
hu2..alhamdulillah..bes duk 1 room...
anyway,lisa,thanks 4 everything..
oh,i think i have to proceed to my work now...
till then...
wassalam...


Friday, March 12, 2010

tiDuR IkUt SUnNAh..




Seorang yang berusia 60 tahun akn mghabiskan masa lebih kurang 20 tahun
untuk tidur...

ntah2 lbih drpada itu...tpuk dada,tnyela dri sndri..
Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadat...

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan
dengan ikhlas...

Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur...
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah ini sangat besar...
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga...
senang kan? so,saya mgajak sahabat2 sumer pakat ikut sunnah nabi..
x payah pon..mudah n senang..
rasenyer,x patah pon tgn n kaki..x gtu?

tyme tidur sendiri pon ada banyak Sunnah yg kite bley buat...

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan..
sia2 jer lau x ikut sunnah..
n mybe anda sumer dpt mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi...hu2..

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur... 

Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)..
tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga...

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat...

Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati...

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia
akan dikira sebagai mati syahid... 

tahu x pe Tasbih Fatimah??
Subhanallah 33 X,Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X...

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia...

biar la ape org nak kate..tp jgn ler tiup smpai kuor air liur..mau x geli roomate nengoknyer..hu2..

5. Niat untuk bangun Tahajjud... 

niat pon dapat phala tau...
Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam... 
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang...

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat...

sunat taubat tu pnting...lau x terjaga esoknyer,cner?
bersediakah anda sumer mengadap Allah ngn byk dosa,sedangkan kita dtg k dunia ni tnpa dosa sdikit pon...
so kmbali kpadaNya,msti la ngn tiada dosa..
tp jarang orang yg bley kmbali ngn tiada dosa..
hnya nabi n rasul jer..sbb mreka maksum...

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur...

kna ikhlas ler..

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi... 

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan...x gtu?
n lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.

n lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur...

Peringatan : 

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki...
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur... bgitu jugak ngn perempuan..
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina...
Tidur dgn tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain... 




tu je la,nak post..
sekian wassalam...

Thursday, March 11, 2010

bEngAnG + TeNsIoN + pEnIng = sAbAr...

bismillahirrahmanirrahim..

9.00mlm..

adui..tension + pening...0_o..
tension sbb ura2 yg aku dgr bhwa result yg aku dpt sblom ae kamis adalah x rasmi lagi..
kna cek skali agi..dah la sampai detik n saat ini,aku x dpt bkk lgsung..
harap2 aku x shock sgt tgok result kali ni..

------------------------------------------------------------------
iklan..

em,akhirnya aku ade mase jugak tuk tukar layout baru..
sape2 yang x berkenan ngn layout baruku ni,tlongla diam dri jer..
jgn bg aku trsinggung..ngee..:D.

------------------------------------------------------------------
setibanya di rumah tok...

1 lagi..pening sbb aku bukak laktop lam kreta..
mmg aku da tau x elok tuk mate..

-----------------------------------------------------------------
10.30 mlm pas tgok cter antu..

bengang +_+..
hnya Allah yg tau cner bengangnyer aku kt lmn web uia ni..
line bz lagi...
-----------------------------------------------------------------
11.00 mlm..


cek lagi..walaupon lampu da ditutup...
amaran!
jgn tiru keje ni kat umah la~
bukak laktop lam gelap..
mmg x jaga mata tol...aiseh...
so,tido la aku ngn resah nak tau result..
ape2pon,sabar itu penting..
aku pegang janji Allah..innalla ma'as sobiriin...

---------------------------------------------------------------
10.00 pagi..

finally..
aku tau gak result ku..hu2..
xde maknenyer x same..hampeh..
sme jer result yg aku cek aetu..
anyway..Alhamdulillah...



Tuesday, March 9, 2010

x TaHu TAjUk MeNdEr...

hari 1st blik..excited tgok aku agknyer..


assalamualaikum..
adus..ujian sunnguh la nak blogging ni..
da 2 kali letrik terputus..
ngah syok duk typing,tup!terpadam laktop serta lampu blik sekaligus mmbuatkan bilikku mnjadi gelap serta merta...
mlm yg gelap,lam situasi kepanasan n so on..bla..bla..
tau2 je la aku x suka pakai bateri  bila pasang laktop,pakai letrik aja..
so mau  padam ape yg aku tulis..
seb bek lar blogging ni jenis mg'save' ape yg aku tulis tiap ayt...
alhamdulillah..x terpadam..

xde letrik kali kdua agk lmer cket..
smpaikan aku g usha adek2 aku kat bilik depan suh tman aku cucuh api kat dapor..ha2..
bukan pnakot,tp sunyi..
gelap sgt..xnmpak pape..seb bek adk2 aku x tido lagi..hu2..xde la jht sgt akaknye ni eh..heh2..
bile da ade chaya lilin,adush panas la plak..
capai jek majalah esti dot my untuk dijadikan kipas tgn..
sememangnya family aku da sgt lali xde letrik ni..xtau nape..
mybe pedalaman sgt kot..hu2..biase la umah kg...

ah,forget bout xde letrik..
skang da ade blik..smbung blogging...ngee...:D
what a wonderful oliday...
duk umah,x gerak mane2..
laen la kwn2 aku yg g mlncong sana sini sinu...
x heran la..sbb aku lbih suka duk umah..Rumahku Syurgaku..x g2?
lgpon,tyme cuti ni la nk duk umah puas2..

plik tgok adek..

tgok,buat muke..

sedar x sedar,da nak abes cuti da..
tggal bape ari lagi nk g uia blik tuk mulakan short sem..
huh...malas nk g..
kdg2,x sbr2..x ttp pendrian...ngee...:D



cfs yg dirindui..hu2..

anyway,aku bakal mulakan sem baru ngn bnda yg baru..
bilik baru..of course roomate baru..tp bkn baru sgt pon..
da lamer brsahabat..LISA...
xtau la cner aku bley hidop ngn dia lam 1 bilik..ha3
mau x pecah bilik..aku pantang jumpe lisa..jmpe siket,xsah lau xde gurauan..
org kate,gurau senda bley eratkan hbgn..x g2?
eh....sape kate tuk hbngan suami isteri jer..ngn sahabat pon yer jugak..

------------------------------------------------------------------
no


anymore...

deactive ats sebab2 tertentu...

xtau bile nak reactive..

tgok bile ade mood blik..

 mood da ilang lpas tgok result...
shock kot..tp masih mampu mnyebut Alhamdulillah....

especially sub kimia..x cpai target..
(to Mr Haswaneezal: thanks ajar lelah2,tp xdpt A pon..sedey..-_-..)


ckup la sampai disini...
da nak tido..
lewat..
wassalam...
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

CiNtAkAn DuNiA,TaKoTkAn MaTi..

Berlari-lari di kebun bunga,



Nampak pula bunga serai,
Apalah guna harta dunia,
Badan dan nyawa kan bercerai........


mmg x bley dinafikan bahawa CINTAKAN dunia dan takutkan mati adalah antara penyakit yang menimpa umat Islam kini.. 
i think aku pon tergolong drpdnya..
sume takot mati kan? knapa?
sebab amal x cukup ag..
dah,bila nak tgkatkan amalnyer??
mase mude ni la..tua2 kekgi nyanyuk plop..
ingat pesan nabi,datang 5 perkara sebelom 5 perkara..
muda sblom tua..
kaya sblom miskin..
lapang sblom busy..
sihat sblom sakit..
n last but not least,hidup sblom mati...
n nok kabonyer,2 nikmat yg manusia sering hanyut dlmnyer adalah nikmat sihat n mse lapang..
bila sihat,lupe Allah..tp bile sakit,bru lah terjerit2 sebut name Allah..
naluri org sakit ni ade se jah..nok baek..
pas nok baek,nok g surau,nok g dengor...
bak kate ustaz azhar,"berat nannang la pok2 ni"...
mase lapang pon same..bile xdop kije wat bnde sia2..
bknnye wat bnde yg bley tlong kite kat akhirat 6t pon..
astaghfirullahalazim..pringatn buat diriku n org len gak,yg sering terlalai ngn nikmat yg Allah bg free tuh..


berbalik pada agenda utama kite..sal nyakit cintakan dunia n takotkan mati ni..
ini berdasarkan peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya pada akhir zaman...
Penyakit itu berbahaya.. 
sebbnya, bley beri kesan buruk kepada keutuhan dan kesatuan ummah...

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, 
lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? 
Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. 
Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. 
Lantas sahabat bertanya lagi: 
Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? 
Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." 
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) 


nah...tgok hadis 2..
tgok la skang senario yg berlaku kepada umat Islam kini..
bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW... 
Biarpun, jumlah umat Islam di seluruh dunia melebihi 1 bilion,2 billion,4 juta billion sekalipon...
mereka tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan mentadbir alam ini...

tgok r skang..kuasa besar yg jd raja dunia berpihak kpada Amerika dan Eropah..

bukan negara Islam... 
tanbah2,mereka jugak ler yg menguasai sumer lapangan hidup dari aspek ekonomi, 
politik, sosial serta pendidikan... 
As a result, umat Islam jd begitu lemah dan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.. 
begitu mudah ditindas kuasa Barat...cam tindas kutu..nyek! 
so,x heran la negara umat Islam ni mudah dijajah musuh dan mereka xde kekuatan mempertahankan tanah air, apatah lagi menangkis serangan bertubi-tubi yang dilancarkan terhadap mereka.

Lebih pelik agi, umat Islam hok kna tindas g mitop plop bantuan ketenteraan daripada Barat yang sememangnya bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan Islam dan umatnya...

adui la..punoh janang la negara islam ni..


so,tgok pada senario nih, 
apakah punca atau sebab umat Islam kini berkeadaan seperti itu? 
Rasulullah SAW menjawab persoalan itu melalui sabda.. 
bahawa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati membarah dan menular dalam jiwa umat Islam..


Cintakan dunia ni maksudnye keadaan manusia yang hanya tumpukan seluruh detik dan kehidupannya kepada dunia semata-mata, 
dunia adalah kehidupan awal dan akhir,
untuk mencari keseronokan dunia tanpa noktah dengan tidak mengambil kira batas agama yang digariskan Allah...istighfar..
n mmg x ley nafi doh yg "cintakan dunia" adalah sifat semula jadi yang memang ada pada semua manusia..



Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: 
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah ali-Imran, ayat 14)


kna tegaskan bhwa cinta dunia ni dilarang Islam..
yakni cinta yang keterlaluan sehingga meminggirkan ajaran Islam... 
tgok r budak2 zaman skang..sungguh keterlaluan...
Budaya berpeluk, bercium dan berpegang-pegangan sebelum kahwin ni,macam dah jadi darah daging remaja kini..
tp certain je la..bkn sumer... 
aku dah muak ngn sumer bnde ni... 
tapi apakan daya, masalah yang kita rasa muak nak dengar tulah yang bermaharajalela di atas bumi ALLAH hari ni..
2 la jadi bila agama ditolak ketepi..sedih aku tgok..
sorang2 dari kaum sejenis aku yg bunting..pastu msti ade jer kes buang bayi..
lagi la sedih..sian kat baby2 yg x bersalah..


mybe inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia seperti firman-Nya yang bermaksud: 
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid, ayat 20)


Di samping itu(ayt skema bm), orang yang cintakan dunia ni digambarkan sebagai yang xde matlamat dan hala tuju kehidupan sebenarnya..
Oleh itu, Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang cintakan dunia ni seperti buih di lautan yang begitu mudah dibawa arus ke mana saja tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai...
so, apa guner jika seseorang ader tubuh badan gempal dan sasa tp iman n takwa di jiwanya kosong, 
mudah rapuh apabila dihempas badai cubaan dan cabaran mendatang...

Penyakit takutkan mati plop adalah kesan secara langsung berpunca daripada cinta keterlaluan kepada dunia. 

sebab sayangkan ape yg dia ada..
contohnyer harta bertimbun, anak pinak, pangkat dan keturunan membanggakan buatkan seseorang 2 menghidap penyakit takutkan mati..

biasenyer, manusia yang takutkan mati ni lemah iman dan kurang takwa.. 

n mreka jugak lupe asal usul kejadiannya daripada tanah dan diciptakan Allah untuk beribadat kepada-Nya di dunia yang bersifat sementara ini.-Az-Zariyat,56-

Sedangkan kematian ni adalah peringkat yang pasti ditempuhi setiap insan bernyawa. 

Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian." (Surah ali-Imran, ayat 185) 
Mereka yang sokmo ingat mati akn sediakan bekalan amalan solih sebanyak mungkin semasa hidup di dunia..
orang yg buat persiapan mengadap Allah adalah orang paling bijaksana di kalangan orang mukmin... 
Ini berdasarkan hadis diriwayatkan Ibnu Majah apabila ada seorang Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW: 
"Wahai Rasulullah! Siapakah daripada kalangan kami yang paling bijaksana dan teguh imannya? 
Ujar baginda SAW: Iaitu orang yang paling banyak ingatkan mati dan juga paling banyak membuat persiapan dengan amal salih untuk menghadapi kematian. Mereka itulah kalangan orang mukmin terhormat yang datang mengadapku dengan kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Begitulah cintakan dunia dan takutkan mati yang dianggap sebagai penyakit ummah menimpa umat Islam kini... 

x cukup sekadar tuh, Islam ade sediakan jawapan atau jalan penyelesaiannya bagi mengubati penyakit berkenaan... 
Umat Islam dituntut berpegang teguh dengan Islam serta ajarannya yang suci dan aplikasikannya dalam seluruh ruang lingkup kehidupan sejagat nie.. 
nilah formula dan rahsia bagaimana generasi Rasulullah SAW dan sahabat mencapai kemuncak kegemilangan pada masa tuh.


Sepatotnyer umat Islam hari ni menjadikan Islam sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan.. 
n sentiasa menetapkan matlamat mencari keredaan supaya mampu berjaya dan cemerlang bukan saja di dunia, juga akhirat..insyaAllah..

ni puisi untuk kite same2 hayati..




Cinta dunia ini..
Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.


Cinta dunia ini..
Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.


Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.


Ya Raqibb..
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.


Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy..
Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..


Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.
 






“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “
(QS. Ali Imran:8) 

Glosari:
• Tamiz=keunikan
• Alwani=warna-warni
• Alaa’=nikmat
• Ubaidah=ibadat
• Mauhibah=pemberian
• Sa’diah=kebahagiaan