Thursday, December 30, 2010

UkHwAh BaGai TaSbiH~

bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku, 
yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, 
jantungku untuk berdegup, 
kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, 
telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya...


*mode ukhwah~



memandangkan esok dah nak masuk tahun baru kalendar bukan islam,hari ni saya post ler satu entry buat pembaca setia blog ni..
menulis ni bukanlah satu kerja yang mudah..cemburu  melihat sahabat2 blogger yang lain yang lebih mantap penulisan mereka,lebih banyak isi di entry mereka..
salah satu blog yang saya kunjung tetap ni..KLIK SINI..
blog yang membuat saya tertarik untuk membacanya..
kerana apa? kerana 1st saya bukak,tengok ada amaran..
amarannya berbunyi: 

Amaran: Sila tinggalkan blog ini jika anda tidak sukakan puitis dan romantis. Penulis sekarang sedang menulis jurnal untuk tatapannya bersama zawjah penulis apabila berumahtangga kelak. Dan sesiapa yang telah memasukkan blog penulis ke dalam bloglist, sila padamkan blog penulis jika anda kurang selesa dengan pembawaan penulis.

cool kan? tu baru baca amaran..belum lagi entry2 kat situ..
bak kata penulis tu,'romantikus-bilitikus' habis lah..
saya tersenyum sendirian bila membaca  entry2 di situ..=p

sorang lagi Hilal Asyraf..
beliau jugak merupakan salah seorang yang saya amat kagumi penulisannya..
mantap! amat mantap..
yer lah,penulisan anak muda memang pekena lah ngan jiwa kita ni..
antara banyak2 novel yang dia buat,satu jer yang saya baca..
mungkin tak tergerak hati lagi kot nak beli..tapi amat2 mau beli novel beliau yang lain..!
malangnya hanya dapat membelek dan membelek..kerana pe?
yer lah,mana tak pikir 10x nyer..satu novel mencecah 20 ke 30 ringgit..

ok..dah2..actually nak citer sal novel yang saya bace tuh..
secara peribadi,banyak message yang boleh saya ambik dari novel tu..lagipun nak dapat dia punya message uh senang jer..penulisan yang mudah nak paham..

antara dialog yang saya suka dalam Sinergi..





"Em, aku nak tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persahabatan kita atas dasar keimanan?" Asid bertanya kepada Irfan.



"Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa hingga ke akhirat. Rumah, harta akan hancur. Rupa paras akan hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah SWT. Redha Allah, kita akan kejar sampai mati, dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu, persahabatan kita ini, Allah kira sebagai ibadah."



"Kalau macam itu, apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"



"Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk

menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga."




indah kan?
persahabatan berlandaskan keimanan..
tertnya,"adakah aku juga bersahabat atas dasar iman?"
tepuklah dada tnya iman masing2..


satu lagi scene yang aku suka..


*******************


"Eh, kau mahu ambil jurusan agama? Kalau macam itu, aku pun mahu!"

Irfan menggeleng. "Tak boleh. Kau perlu ambil Perubatan."

"Hah, kenapa? Aku tak boleh berbakti kepada Islamlah macam itu." Asid tidak puas hati.

"Asid, berbakti, menyumbang untuk Islam ni, tak semestinya di tangan pelajar agama sahja. Betul, pelajar agamalah yang akan menjaga agama kerana mereka mendalami agama itu. Tetapi kami ini ibarat pertahanan akhir. Yang berperang di barisan paling hadapan adalah orang-orang yang menjadi doktor, jurutera dan sebagainya."

"Kenapa begitu?"

"Sebab orang-orang itulah yang diperlukan dalam bilangan ramai. Orang agama, sikit cukup, sebagai rujukan. Berapa banyak mazhab dalam Islam?"

"Empat yang utama."

"Ya, nampak? Empat sahaja mazhab, diasaskan oleh empat orang Islam. Tetapi bolehkah ada empat sahaja hospital dalam dunia ini? Dan setiap hospital dijalankan oleh seorang doktor sahaja?"

Asid menggeleng.

"Jadi di sini, kita perlukan doktor-doktor yang bukan sahaja Islam, tetapi juga mempunya sahsiah yang baik. Menjadi contoh kepada orang sekelilingnya, kepada pesakitnya, kepada rakan sekerjanya agar semua hospital di dunia ini bergerak atas syariat Islam. Sebab itu, Asid, kau perlu jadi doktor. Dan jangan jadi doktor yang biasa. Jadi doktor pakar. Sebab orang Islam itu adalah yang tertinggi dalam semua perkara."

"Oh, bagus idea itu. Kau tempat rujuk aku. Aku, kau punya barisan penggempur."

"Lebih kuranglah."



*****************************************

lepas baca part ni,terasa berkobar2 la pulak nak jadi doktor..haih~ *sigh
kata hatiku: "udeh2 ler nak berkhayal cita2 jadi doktor..tengok darah pon da lembik~*sigh again"
mana tak nyer..orang luka sikit,kita yang lebih2 lembik..aduh..
insyaAllah..bakal pharmacist 2016 (erk,ye ker? hentam aja laa)..
manusia hnya mampu merancang,tapi kepada Allah jua lah yang maha menentukan..*jika itu yang terbaik buatku*
termelalut dah ni..


secara khulasahnya,saya sayang sahabat2 saya..
tak kira lah sahabat2 di sekolah rendah,menengah,u n whoever yang pernah jadi sahabat saya..
Ku mahu kau tahu yang ku amat2 menyayangimu..(aiseh,muslimat jer ye..)
ahh...teringat pula 'ku mahu ku tahu'... pon masih terbengkalai penulisannya..aduh..
kata hatiku:"bila agak2 nya mahu diteruskan..kerja takde lah bnyak sngt pon!"


ok lah..perut dah berbunyi lagu rock kapak da ni..*mau breakfast*
saya tinggalkan entry kali ni ngan satu dialog yang memayat menayat menyayat hatiku...

*edited version












"Sampai bila ukhuwah kita akan berkekalan?" ku bertanya.



"Sampai salah seorang daripada kita tercabut keimanannya."



"Aku takkan benarkan itu berlaku," ku berjanji.





Tuesday, December 28, 2010

SuBhAnALLah..SuNgGuh InDaH AlaM CiPtAAnMu..

Bismillahirahmanirrahim..
Lama sungguh tidak menginjak kaki di sini...
Bersawang sana sini...
Berdebu dan berhabuk di segenap ruang teratak...Sehingga kekadang terbersin pula..
ok..nampak tak layout baru tu..sempat pula kali ni tukar menukar layout..
yer lah,dah nak dekat tahun baru..kena lah tukar yang baru...^_^

Harap maaf atas lamanya tidak mengkhabarkan diri buat sementara waktu...
Belakangan ini, masa yang ada dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sama ada di u mahu pun di rumah...
ok,sebelum saya proceed,saya selitkan sikit post kali ni ngan satu nasyid dari Alar Me..tajuknya keindahan alam..hayati kejap..


Subhanallah....
hu.. u.. u....

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu


Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu


Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah


Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu


Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu


Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah


Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah


Indahnya bintang begemerlapan,
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya.. Allah...



ok,kenapa saya coretkan nasyid ni kali ni?
pasal keindahan alam lah..pasai pa lagi kan..
Subhanallah..!!
Indah dan cantiknya ciptaan Allah, tiada yang lebih cantik kejadian hanyalah Allah sahaja yang mampu menciptanya...
Sekali lagi saya menjejakkan kaki di pantai Bukit Keluang (jer...?) mencari ketenangan dan menghirup udara segar di waktu pagi hingga ke tengahari..
Tidak ada apa yang ingin di coretkan hanyalah ingin memaparkan keindahan pantai...keindahan ciptaan Allah!
Aku rasa kagum!! Rasa takjub...
Subhanallah! Begitu indah dan cantik sekali pemandangan ini... .
jom..hayati sama2..



 *gambar curik kat google..bkn pantai bukit keluang yg sbnar..


Alhamdulillah.. Tercapai juga akhirnya hasrat hati untuk pergi ke pantai..
Pada mulanya kami ber'enam' merancang untuk pergi pada hari ahad , namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah jualah Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya..
Hari Sabtu (25/12/2010) , kami pun bertolak ke destinasi yang ingin dituju…
Pantai Bukit Keluang jer..tak mampu gi jauh....

idea asalnye daripada sahabat saya lah,yg sangat amat teringin nak jumpa sahabat2 lama yang termasuklah saya..(eh,lau masuk exam bm,fail laa guna ayat cenggini)
so,sementara saya available(cuti sem),saya setuju je lah..
sape tak nak kalau org ajak gi makan kan? hu2..lagipun saya pun dah lama tak jmpa diorang,rasa rindu turut terpalit apabila tetibe menatap gambar kita bersama2 sewaktu masih memakai pakaian sekolah dulu..
cewah,berdrama la pulak....
ok,idea asal tu actually nk makan kat bandaraya jerteh jer..
tapi idea tu dibungakan lagi oleh idea sahabatku sorang lagi yg mncdgkan latar pantai untuk pertemuan ukhwah kami kali ni..
tup tap tup tap....pantai yg terdekat mnjadi pilihan hati kami..

*pantai bukit keluang..


Bila aku lihat gambar ini, terbit rasa insaf dihati... Betapa agungnya Dia menciptakan sekalian alam... 
Tanpa cacat dan cela... Malah, kesemua hasil ciptaanNya mengagumkan!! 
Tidak ada alat atau mesin yang boleh melakukan semua ini... Sememangnya ciptaan yang tiada tandingan...


*i like dis pic..walaupon tak jadi cam bintang pon..


Namun, saya masih lagi tidak faham... Dalam kita mengagumi hasil ciptaanNya, masih ramai antara kita yang ingin memusnahkannya...
Lihatlah dunia kita sekarang... Sana sini kemusnahan alam sekitar dapat kita lihat... 
Ambil contoh paling dekat... Di negara kita saja, habis hutan kayu balak ditebang dan dibersihkan... 
Semuanya untuk apa? Untuk kesenangan dan kemewahan golongan orang tidak bertanggungjawab... 
Hasilnya, kita semua yang merana kerana terpaksa menanggung impak hasil dari penebangan hutan tersebut... 
Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya seringkali terjadi... Sistem alam semulajadi kita terganggu gara2 aktiviti seperti ini...
Begitulah sifat manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada... 
Sentiasa mencari sesuatu yang lebih demi untuk memuaskan kehendak hati... 
Bagi memastikan apa yang dihajati tertunai, mereka sanggup melakukan apa sahaja... 
Segala masalah yang bakal timbul tidak pernah difikirkan dan ditolak ketepi...
 "Ahhh... itu boleh difikirkan kemudian"... 
Begitulah tanggapan mereka bila diminta supaya bertanggungjawab atas segala tindakan yang diambil... 
Mereka seringkali memandang remeh perkara sebegini...

Apa yang merisaukan saya, satu ketika nanti kita tidak mempunyai apa2 lagi untuk meneruskan kehidupan... 
Generasi kita akan menghadapi ancaman yang besar... 
Malapetaka dan bencana alam pasti akan berlaku jika kita tidak terus mengekalkan keindahan alam sekitar kita... 
Sekarang ni pun, kita semua tahu, paras air laut telah meningkat dengan mendadak... 
Ais di kutub Utara dan Selatan semakin lama semakin cair!... 
Ini semua terjadi gara2 pemanasan global dunia... 
Lapisan ozon semakin hari semakin nipis... 
CFC yang dilepaskan dari kilang2 banyak terdapat didalam udara kita... 
Memang kita tidak sedar kerana buat masa ini, kita masih lagi dapat enjoy menghirup oksigen... 
Bayangkan 10 tahun yang akan datang dimana banyak kilang didirikan... 
Asap berkepul kepul keluar keudara... 
Antum antunna rasa cukup ke oksigen yang kita ada?
Dapat ke menampung jumlah manusia yang berbilion bilion kat atas muka bumi ni?? 
Dah lah tu, pokok pulak ditebang...sedih..


dah lah..saya pun dah malas nak bahaskan sal dunia sekarang..
khulasahnya,manusia gagal menjalankan perintah Allah sbg khalifah yg dapat memakmurkan bumi..
wassalam..

p/s:saya rindukan saat2 manis bersama mereka..

dan saya harap suatu hari nanti,ramai lagi sahabat2 saya dapat join pertemuan ukhwah ni..

Friday, December 17, 2010

EpiLOg RiNDu...

Sekali bersahabat. Selamanya sahabat. Sampai tibanya akhirat. Sehingga syurga.

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata

Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang

Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan

Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…

Monday, December 6, 2010

sALaM MaAL HijRaH...:-)

Bismillahirahmanirrahim..
ok..memandangkan hari ni adalah hari terakhir tahun ini,yakni tahun 1431H,saya nak tinggal jejak sikit agar nampak blog ni masih berpenghuni..
alhamdulillah masih lagi hidup dalam nikmat yang terbesar,iaitu nikmat iman n islam..
ok lah..memandangkan saya kesuntukan masa sekarang,saya straight to the point je la..
Salam Maal Hijrah semua..


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Saturday, December 4, 2010

Ku Mahu Kau Tahu...:-(

bismillahirahmanirrahim..
post kali ni adalah salah satu sedutan dalam cerpenku,Ku Mahu Kau Tahu..
dan ini juga sebenarnya merupakan rintihanku sendiri..
khas buat pembaca setia blog Bawa Hatimu Kepada Tuhan..


-----------------------------------------------------------

Ya Allah…dengarkan rintihan hambaMu ini Ya Allah..
Ya Tuhan ujianmu singgah lagi..menguji tabahnya sekeping hati milik insan yang kurangnya serba serbi..namun datangnya kali ini benar-benar menyentak sanubariku…
tidak pernah kurasakan seberat ini..
Ya Tuhan, dugaan apakah ini?

Ya Tuhan..Kau maha mendengar setiap bait doaku kepadaMu…
tidakku nafikan apa yang Dia mahu…tidakku berpaling dariMu tatkala musibah ini menimpa diriku..
Aku akan tetap berjuang..berjuang mengembalikan keadaan kepada sedia kala..tapi..adakah aku mampu Ya Allah? Kerna aku hanyalah insan lemah yang sentiasa mengharapkan pertolonganMu..

namun datangnya ujian jauh dari jangkaan..
hadirnya menggugat ketenanganku..menyentap perasaanku..
hingga lidah terkelu tidak berlisan..membuatku buntu fikiran..
tak tersangka ini dugaannya Tuhan..

tetapi siapalah aku untuk menghalang ujian untuk bertandang dalam hidupku..
bahkan Rasulullah kekasih Allah pun diberikan mehnah dan ujian..
inikan pula aku yang penuh dosa noda..
Ya Allah…kuyakin sepenuhnya pasti ada hikmahMu..pasti ada..!
sedikitpun tidak pernah kuragu..sekelumit sangsi tidak bertapak di hati ini..
aku terimanya dengan qada’ dan qadar..
mampukah aku untuk terus gagah menyusuri jalan ini..?

Apakah jalan yang terbaik buatku?
Apakah jalan terbaik untuk hubungan yang kian retak ini?
Semuanya hanya kerana ukhwah ini..
Tiada yang lain melainkan untuk ukhwah kerana Allah..
dan aku harus redha dengan apa yang menanti..jalan di hadapannya pasti sukar..


Untuk diriku yang lemah..
yakinlah Allah sedang menguji hambaNya..
apakah benar mereka redha dengan ketetapanNya..
apakah benar mereka ikhlas berada di jalanNya..
apakah benar mereka yakin dengan janjiNya..

walau apapun jawapannya nanti dari sang Pencipta,doaku, janganlah ada hati lain yang terluka..
takkanku izinkan dia kecewa berselimut duka..kerana kuyakin dengan seikhlas hati bahawa menyakiti itu lebih menyakitkan dari disakiti..dan melukai itu lebih melukakan dari dilukai..

Bersyukurlah atas apa yang pernah berlaku dalam hidupmu..
kerana Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu..


maafkan segala kekhilafanku..







nukilan Nor Amirah bt Adnan..
11.45pm
4/12/2010

p/s:mirah sayang dia fillah..









Thursday, November 18, 2010

sAlaM AidiLAdhA..

bismillahirahmanirrahim..
ok,memandangkan hari ini sudah hari kedua Hari raya Korban dan juga hari keduaku di rumah,barulah bolehku duduk2 sambil menggoyangkan kaki dan menaip sepatah dua kata about hari raya aidiladha ni..
hmm..nak kata meriah,xde la meriah sangat,sbb org jauh2 x balik..
i mean pak n mak sedara yang duk KL,x boleh balik..
plus,saya pun amat terkejut bila perjalanan saya ke kampung mengambil masa 12 jam untuk sampai ke destinasi..
suppose 8 jam..heran bin ajaib..sampai pagi raya beb!
biasalah bila naik dengan bukan bas berdaftar..
sekadar bas biasa yang ku anggap "boleh laa tahan..",macam2 karenah...
saya pun jadi dah serik bila tahu begini keadaannya..
malam 16 aebulan tu lagi dasyat..xleh nak habaq lagu mana meriahnya suasana nak balik kampung..
so,moral of the story,janganlah beli tiket lewat2,nanti balik dengan bas yang ntah pape..


fine kita tutup sal citer tu,kita bukak topik lain..
kalau kita sebut sal Hari Raya Qurban,memang tidak dapat dipisahkan dengan sirah pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s...
Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia...
Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut... 

Tetapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi... 

dan amat digalakkan kalau kita ni sebagai pelajar mengaplikasikan pengorbanan ni dalam pembelajaran..
sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya..
kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang bergolek..
Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku...
Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.



"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )


----------------------------------------------------------------------------------------
nilah antara gambar Qurban di rumah nenekku..
*date tu silap set..sila abaikan..
*penyembelih yang pakai baju stripes tu..
*lembu yang dah disembelih..
*si kecik dirumah kami..bila cicak disamakan dengan katak..adoi...:DD


Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair. Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan.
Semoga Allah merahmati...selamat hari raya aidiladha semua..
wassalam...