Saturday, December 24, 2011

Ikhlas Lillahi Ta'ala..

bismillahirahmanirrahim..kaifa halukum jami'an? :))
memandangkan exam is just around the door (dalam fatrah exam sekarang),so mgkin tidak banyak membuka laktop(MUNGKINkah?) dan tidak banyak mengepost kat blog ni..:))
nampaknya study week dah bermula..tapi,studynye tidak bermula lg..sebab, alhamdulillah baru sahaja menyesaikan minggu kuiz2 yang tertunggak dengan banyaknya,so,nak rehat seketika lah kan...:)
proceed terus la kan ke main pointnya..sebab saya suka melalut smpai tak hingat dunia..:)
insyaAllah,sama2 baca..post ni pernah dipost di blog satu lagi sebenarnya..saje nak share..:)






Ikhlaskah dia?

jom hayati kisah pendek yang saya analisis memang ramai yang alaminya..


A: cantik tak saya hari ni?

B: em..cantik..

A: alaaa..cakap lah elok-elok..ni ikhlas ke tidak ni puji orang? (nada tak berpuas hati)

B: yer..cantik sangat..! tak de r yang lebih cantik dari awak setakat ni..

A: ni macam tak ikhlas jer ni..huh..


ok,dah siap baca dialog yang tak berapa sedap ni? haha..(sebab itu hanya rekaan saya semata-mata)
nampak tak situasi di atas?
kita ni suka sangat ambil kerja Allah..maksudnya?
maksudnya, kita ni cepat sangat menuduh orang tidak ikhlas melakukan kerja sedangkan ia adalah urusan Allah yang memastikan benar atau tidak ikhlasnya seseorang...
kita ini tentu tak faham lagi apa itu ikhlas kerana ikhlas kita mengikut persepsi kita sendiri..ye kan?
Bagaimana seseorang itu dikatakan ikhlas?
Bagaimana kita tahu seseorang itu melakukan kerja kerana Allah atau tidak?
Apakah ukuran kita atas keikhlasan seseorang?



Adakah kerja dengan percuma itu ikhlas?
Adakah kerja berbayar tidak ikhlas?
Adakah melakukan kerja secara senyap-senyap itu ikhlas?
Adakah memberitahu orang kerja kita itu tidak ikhlas?

InshaAllah. Sebenarnya ramai yang faham. Ramai yang sedia maklum. Saya meyakininya.
sengaja saya lontarkan beberapa persoalan di atas..
supaya ia menjadi sebuah peringatan kepada kita yang selalu membuat PERSEPSI pada orang tentang keikhlasan...
Kita tahu ikhlas adalah sebuah kerja hati berdasarkan niat kita ke atas apa jua perbuatan zahir yang kita lakukan..
ape sebenarnya IKHLAS ni?


Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasaskan hati. 

Seseorang tu boleh je nak mengaku ikhlas dalam melakukan sesuatu, tapi hanya Allah saja yang mengetahuinya, walaupun manusia membungkus rapat-rapat apa yang ada dalam hatinya...
Sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dengan segala tipu daya, sesungguhnya Allah akan tahu hakikat ketulusan yang sebenarnya daripada orang yang mengaku ikhlas tersebut...
Ini kerana ikhlas adalah urusan dan tugas hati, dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hamba-Nya...benar2 ikhlas ataupun tidak..
bukanlah kita sebagai manusia yang layak judge orang 'die tu tak ikhlas','dia ni ikhlas'..mana kita tahu hati orang? Tuhankah kita?
don't judge a person by his/her appearance..(ok,ni istilah saya..)


"saya ikhlas.."

Memang benar, lidah adalah kayu pengukur untuk mengetahui isi hati tapi lidah tidak bertulang dan tak semua kita boleh percayai..
firman Allah memberi peringatan kepada setiap insan dalam suran Al-Baqarah:204 yang bermaksud:
"Ada dari sebahagian manusia, yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat.”

konklusi:

Ikhlaskah dia? Banyak mana ikhlasnya dia? Atau tidak ikhlas? IA BUKAN KERJA KITA UNTUK MENENTUKAN kerana kita tidak terdaya apa-apa pun...






Ikhlaskah kita?

jom kita telusuri sirah nabi..

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi ?"

Nabi menjawab, "Tidak ada apa-apa."
Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'
Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah?
Adakah anda sebagai muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya?
tepuk dada,tanya iman..



Oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara...
sebagai contoh, sebelum keluar ke kelas, tetapkan apa niat kita untuk belajar..


-Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara.


-Kita mahu menegakkan agama islam.


-Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai.
Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila kamu2 semua mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah..
kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)
Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia?
Na'uzubillah. semua pujian hanya layak untukNya..

Rasulullah s.a.w bersabda,
Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn.
Mereka bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?"
Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali.
Mereka bertanya, "Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka."
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Tanda-tanda ikhlas:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.



akhirul kalam, jom bajai sifat ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan..
insyaAllah,ikhlas lillahi ta'ala..:)

p/s: saya pon memerlukan keikhlasan dalam mengepost post ni hari ni..huhu

Wednesday, December 21, 2011

Saya Bukanlah Ustazah..

bismillahirahmanirrahim..
walaupun sekarang amat busy ngan preparation tuk exam,tapi nak berkongsi sedikit apa yang saya baca..
dan saya rasa ini menarik..sangat bertepatan ngan diri saya jugak..
pernah terjadi dalam diri saya jugak yang asalnya nak amik bidang ke'ustazah'an waktu dulu2, tapi tup2 masuk bidang sains yang memeningkan kepala tapi menyeronokkan ni..
itulah aturan Allah,sangat indah bukan? dan saya yakin inilah jalan terbaik tuk saya..
kekadang,sangat lemah nak teruskan perjuangan (aceceh..) dalam kos farmasi ni..rasa tak berdaya dan kekadang mahu berhenti belajar je..:(
tapi,semakin banyak yang kita belajar,semakin seronok..banyak ubat2 yang TERPAKSA kena hafal fungsinya dan namanya yang SANGAT PELIK!..
pernah suatu ketika dahulu, sahabat saya ade bertanya tentang cita2 saya..
"kenapa mesti ustazah farmacist?"
saya tersenyum.."sebab saya nak balance..walaupun jadi pharmacist,tapi saya nak jugak jadi ustazah.." :))

saya rasa ini menarik..so saya share je lah..:))

Awak ambik kos pendidikan Islam...” 
“tak…” 
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…” 
“Tak juga, saya program Bahasa la…(tambah lagi.. saya amik kos komunikasi dengan bhsa mlyu lah)” “saya ingatkan ustazah tadi…” 


Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… 
Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama… Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… 
Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh... 


Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31) 


Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi. 


"Dahtu kenapa bertudung labuh?" 
Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya… 


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???” 
Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… 
Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak 
terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… 
kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah… 


Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam… “Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw” 
Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. 
Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. 
Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. 
Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada. 


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?” 
“Kenapa saya” 
“Sebab saya tengok awak alim je” 
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat. Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..;D 


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah... *
Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin...

Tuesday, December 13, 2011

Silent Killer..

bismillahirahmanirrahim..
ape khabar semua? sihat? moga kamu2 yang sedang membaca ni sentiasa dalam rahmatNya hendaknye..
saya kira lama jgk tak update blog ni..Tak Sempat La Weh!!
dikesempatan ni ade lah sikit mase free,  sbb kelas start lewat sikit harini..(jarang sangat dowh kelas nak start pukul 10.30pg..ni lah masa dan saat yang ditunggu..hehe..)
fatrah exam pun is just around the corner..kena prepare awal2 la kan,takot 'ter'last minute pulak..ye lah,time kite ade masa lapang,kita duk buat bende lain kan..tulah manusia..:))


Setuju tak kalau saya kata masa lapang itu pembunuh? name lainnye Silent killer lah...
Pembunuh secara senyap..Kita tak perasan pun sebenarnya kita sedang dibunuh secara perlahan-lahan...
Kita masih bernafas menghirup udara segar seperti biasa namun kita seolah-olah kurang sesuatu. Badan sihat tapi ruhiyah sakit. Fizikal tegap tapi hati lemah. 
Mudah untuk kita menjadi futur; lemah iman.

Kenapa saya kata masa lapang itu pembunuh? 
Bila banyak masa, tentu lebih banyak benda yang kita boleh buat bukan? 
Jadi apa yang membunuhnya? Hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang disebabkan terlampau banyak sangat masa lapang, kita menjadi seorang penangguh..kan?



"Banyak masa ni. Solat dhuha la. Ala, baru pukul 8. Kejap lagi la." < tengok-tengok dah zohor>

"Baca quran la kejap lepas zohor. takpe la. asar japgi la baca." 

"Best la pulak cerita ni. Nak tengok la. Alamak, dah azan. Takpe la. Kejap lagi. Habis episod ni."

Itu antara contoh-contoh penangguhan masa la.. 

Saya tak cakap orang, saya pun macam tu jugak. huhu... Astaghfirullah hal 'azim. 
Suka sangat nak tangguhkan kerja. pantang ade masa lapang sikit je..
Lepas tu semua terlepas. Masa lapang memang membunuh!

n then, tidur pun banyak kan bila takde kerja. hoho. 

*Ini berdasarkan pengalaman ramai orang ye. bukan sendiri punye..hehe.. Harap maklum.* 
Berbeza dengan masa sibuk... 
Bila sibuk, kita punyai banyak benda yang nak dibuat. Jadi kita akan mencari-cari masa untuk baca quran, untuk buat solat dhuha dan sebagainya. 
Kiranya kita menghargai setiap selang waktu yang ada. Alangkah bagusnya begitu...



teringat pesanan Habib Umar, "Sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak disibukkan dengan benda tidak bermanfaat"
Berada dlm kos yg critical dan busy pun saya rasa sangat bersyukur, sbb kadang-kadang berada dlm kos yg agak free tu buat certain of us spend masa dgn benda yang x berfaedah..




so,nak masuk tahun baru ni,moleklah kiranya kita ubah perangai kite kan..?

Masa lapang itu penyinar jika kita gunakan masa itu dengan sebaiknye..


Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]


p/s: pendeknye post..hehe

Sunday, November 27, 2011

Cinta itu..

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

p/s: salam maal hijrah semua..:D

pp/s: saya pun tatau kenapa saya post bende nih..puisi dalam KCB..:)

Saturday, November 19, 2011

'Buku' Paling Best lah!

bismillah..salam semua..sangat lama blog ni terabai..
nak post sikit lah kan..:) untuk mengisi waktu petang yang hening ni..
sepanjang hidup entum,apa buku yang paling paling best pernah kalian baca?
novel? majalah? or etc lah..cuba senaraikan..
tapi se'best' mana pon buku2,majalah2,or novel2 yang entum baca,Al-Quran lah kitab yang paling 'best'..
kenapa?
sebab itu satu2nya kitab dari Allah supaya ia menjadi panduan hidup kita..

tapi sejauh mana kita jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita?
saya hold dulu sentence kat atas ni kejap..
nak bercerita sikit kisah benar yang pernah terjadi pada saya time kat CFS dulu..
rasanya masih segar bila diimbau balik..kadang2 lucu pulak bila teringat..:)
ade satu hari ni, akibat terlalu lama sangat menggunakan kipas kat siling tu dalam bilik kitorang, tiba2 kipas itu selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir..
fuh,memang sangat panaslah kan kipas takde..
lepas gi report pasal kipas mati tu, adelah sorang technician, dirahsiakan namanya (padahal memang tak tahu pun nama per..haha) datang keesokan harinya duk baiki kipas..
sangat eksaited sebenarnya..bila dah siap,kitorang pon try lah pasang..yerlah,nak test kipas baru kan..:)
teka apa jadi?

aku       : "eh,peliklah..kenapa tak rasa angin sangat ni?"
roomate: "a'ah..saya pun rasa camtu.."
aku       : "dan pelik kenapa siling tu bergerak2..macam nak jatuh je siling tu.." *takut kipas jatuh*
roomate:.....

dan tiba2 saya rasa gatal tangan nak ambik manual kipas tu..
dan secara tak sengaja sempat membelek beberapa muka surat..
"oh,ok..saya dah tahu mana slacknya.."

cuba teka apa dia?

bila diperhatikan bilah kipas tu baik2,memang terbalik lah dari apa yang manual tu suruh..
sebab tulah siling bergerak2,angin keluar kot atas..haha..
*apedaa technician ni..pasang bilah terbalik..

ok,saya sambung balik ayat yang saya hold tu..
nampak tak kesinambungan dari cerita saya di atas?
kesimpulan dari cerita saya: kalau tak baca manual,memang akan silaplah..
samelah macam Quran..kalau kita tak jadikan sebagai panduan,memang terpesonglah kita..

so,macam mana kita hari ni?
dah baca Quran atau belum?
atau masih tersimpan rapi di atas rak?
ker time sedih je or ade masalah baru bukak Quran?
se'busy' mana pon kita,cuba baca sekurang2nya 1 ayat sahaja..dan tadabbur sekali maknanya..
tu pun dah dapat pahala..senangnye nak pahala kan..

"aku beriman kepada Al-Quran"
cakap dimulut memang senang..tapi sejauh mana kita beriman kepada Al-Quran?
taatkah kita menunaikan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya?
jika aurat belum ditutup,layakkah kita cakap kita beriman kepada kitabNya?

haa..satu kes lagi,
kenapa masih banyak lagi orang yang membaca Al-Qur’an yang masih melakukan maksiat terhadap Allah?
mana yang salahnya?
tak dapat petunjukkah mereka? sedangkan Allah berfirman:
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa."(QS. Al-Baqarah [2] : 2)
Tidak ada yang salah bagi kita yang rajin dan pandai membaca Al-Qur’an yang masih belum mendapat petunjuk dari Quran..
tapi sebenarnya kita belum menunaikan hak-hak Al-Qur’an..
apekah hak2 Al-Quran yang kita hiraukan tu?

Pertama, hak Al-Qur’an atas kita adalah dibaca sesuai dengan ketentuan tajwid dan mahroj-nya.
Alhamdulillah, kan sekarang ni dah banyak pembelajaran Al-qu’ran yang menggunakan alatan canggih..
contohnya macam kat bawah ni:


senang kan? tu lah antara kelebihan teknologi yang ada sekarang.
dan sangat2 bersyukur belajar kat UIA ni..sebab ade kelas belajar tajwid..(ye lah,saya tak pass exam hari tu,sebab tu kena ambik kelas tajwid..tapi memang ade hikmahnya kan..?)
ye lah, tajwid2 yang dulu dah belajar,dapat diulang2 sampai ingat..
insyaAllah,bila dah belajar,mulakan lah praktis tajwid2 tu yer..
tu satu cara menunaikan hak Al-Quran..:)

Kedua, memahami ertinya, baik erti secara harfiah, maupun erti maknawi (tafsir)-nya... 
maksudnya kita kena paham apa sahaja yang terkandung dalam Al-Qur’an. 
kalau kita baca tafsirnya, Al-Qur’an banyak ceritakan pasal ketauhidan, kisah-kisah bangsa terdahulu serta hukum-hukum atau syari’at...
sebab itulah,kita kena paham betul-betul apa yang terkandung dalam Al-Quran ni..
bila dah paham,bolehlah kita taat kepada perintah Allah dengan sepenuhnya..
ataupun kita boleh ambil pengajaran dari kisah2 para2 nabi terdahulu..

Hak Al-Qur’an yang ketiga adalah dihafal...
berdasarkan satu hadis ni,penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia...

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

dan jugak penghafaz akan mendapat syafaat di akhirat sana..

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

jika nak senaraikan satu2 apakah kelebihan menghafal Al-Quran,memang tak tertulis lah..
sangat banyak manfaatnya..
so,para penghafaz Al-Quran,anda merupakan insan istimewa..saya pon kadang2 jeles dengan mereka..
bilakah saya nak jadi macam mereka? :(

Keempat, Al-Qur’an mempunyai hak atas kita untuk diamalkan..
Bacaan yang bagus, pemahaman erti yang baik, dan hafalan yang banyak, jika tak disertai dengan pengamalan yang baik laksana pokok yang tak berbuah, tak banyak memberikan manfaat pada orang yang memilikinya.. 


Kelima, mengajarkan Al-Qur’an juga merupakan tanggungjawab kita terhadap Al-Qur’an..
seperti hadis Rasulullah yang bermaksud:
"sampaikanlah walaupun satu ayat"

insyaAllah sama2 amalkan dan tunaikan hak Al-Quran..
:)

jangan sesekali tinggalkan Al-Quran tau..nanti dia merajuk..
jadikan Al-Quran sebagai kekasih kita..:)