Saturday, December 24, 2011

Ikhlas Lillahi Ta'ala..

bismillahirahmanirrahim..kaifa halukum jami'an? :))
memandangkan exam is just around the door (dalam fatrah exam sekarang),so mgkin tidak banyak membuka laktop(MUNGKINkah?) dan tidak banyak mengepost kat blog ni..:))
nampaknya study week dah bermula..tapi,studynye tidak bermula lg..sebab, alhamdulillah baru sahaja menyesaikan minggu kuiz2 yang tertunggak dengan banyaknya,so,nak rehat seketika lah kan...:)
proceed terus la kan ke main pointnya..sebab saya suka melalut smpai tak hingat dunia..:)
insyaAllah,sama2 baca..post ni pernah dipost di blog satu lagi sebenarnya..saje nak share..:)






Ikhlaskah dia?

jom hayati kisah pendek yang saya analisis memang ramai yang alaminya..


A: cantik tak saya hari ni?

B: em..cantik..

A: alaaa..cakap lah elok-elok..ni ikhlas ke tidak ni puji orang? (nada tak berpuas hati)

B: yer..cantik sangat..! tak de r yang lebih cantik dari awak setakat ni..

A: ni macam tak ikhlas jer ni..huh..


ok,dah siap baca dialog yang tak berapa sedap ni? haha..(sebab itu hanya rekaan saya semata-mata)
nampak tak situasi di atas?
kita ni suka sangat ambil kerja Allah..maksudnya?
maksudnya, kita ni cepat sangat menuduh orang tidak ikhlas melakukan kerja sedangkan ia adalah urusan Allah yang memastikan benar atau tidak ikhlasnya seseorang...
kita ini tentu tak faham lagi apa itu ikhlas kerana ikhlas kita mengikut persepsi kita sendiri..ye kan?
Bagaimana seseorang itu dikatakan ikhlas?
Bagaimana kita tahu seseorang itu melakukan kerja kerana Allah atau tidak?
Apakah ukuran kita atas keikhlasan seseorang?



Adakah kerja dengan percuma itu ikhlas?
Adakah kerja berbayar tidak ikhlas?
Adakah melakukan kerja secara senyap-senyap itu ikhlas?
Adakah memberitahu orang kerja kita itu tidak ikhlas?

InshaAllah. Sebenarnya ramai yang faham. Ramai yang sedia maklum. Saya meyakininya.
sengaja saya lontarkan beberapa persoalan di atas..
supaya ia menjadi sebuah peringatan kepada kita yang selalu membuat PERSEPSI pada orang tentang keikhlasan...
Kita tahu ikhlas adalah sebuah kerja hati berdasarkan niat kita ke atas apa jua perbuatan zahir yang kita lakukan..
ape sebenarnya IKHLAS ni?


Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasaskan hati. 

Seseorang tu boleh je nak mengaku ikhlas dalam melakukan sesuatu, tapi hanya Allah saja yang mengetahuinya, walaupun manusia membungkus rapat-rapat apa yang ada dalam hatinya...
Sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dengan segala tipu daya, sesungguhnya Allah akan tahu hakikat ketulusan yang sebenarnya daripada orang yang mengaku ikhlas tersebut...
Ini kerana ikhlas adalah urusan dan tugas hati, dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hamba-Nya...benar2 ikhlas ataupun tidak..
bukanlah kita sebagai manusia yang layak judge orang 'die tu tak ikhlas','dia ni ikhlas'..mana kita tahu hati orang? Tuhankah kita?
don't judge a person by his/her appearance..(ok,ni istilah saya..)


"saya ikhlas.."

Memang benar, lidah adalah kayu pengukur untuk mengetahui isi hati tapi lidah tidak bertulang dan tak semua kita boleh percayai..
firman Allah memberi peringatan kepada setiap insan dalam suran Al-Baqarah:204 yang bermaksud:
"Ada dari sebahagian manusia, yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat.”

konklusi:

Ikhlaskah dia? Banyak mana ikhlasnya dia? Atau tidak ikhlas? IA BUKAN KERJA KITA UNTUK MENENTUKAN kerana kita tidak terdaya apa-apa pun...






Ikhlaskah kita?

jom kita telusuri sirah nabi..

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi ?"

Nabi menjawab, "Tidak ada apa-apa."
Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'
Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah?
Adakah anda sebagai muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya?
tepuk dada,tanya iman..



Oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara...
sebagai contoh, sebelum keluar ke kelas, tetapkan apa niat kita untuk belajar..


-Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara.


-Kita mahu menegakkan agama islam.


-Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai.
Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila kamu2 semua mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah..
kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)
Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia?
Na'uzubillah. semua pujian hanya layak untukNya..

Rasulullah s.a.w bersabda,
Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn.
Mereka bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?"
Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali.
Mereka bertanya, "Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka."
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Tanda-tanda ikhlas:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.



akhirul kalam, jom bajai sifat ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan..
insyaAllah,ikhlas lillahi ta'ala..:)

p/s: saya pon memerlukan keikhlasan dalam mengepost post ni hari ni..huhu

Wednesday, December 21, 2011

Saya Bukanlah Ustazah..

bismillahirahmanirrahim..
walaupun sekarang amat busy ngan preparation tuk exam,tapi nak berkongsi sedikit apa yang saya baca..
dan saya rasa ini menarik..sangat bertepatan ngan diri saya jugak..
pernah terjadi dalam diri saya jugak yang asalnya nak amik bidang ke'ustazah'an waktu dulu2, tapi tup2 masuk bidang sains yang memeningkan kepala tapi menyeronokkan ni..
itulah aturan Allah,sangat indah bukan? dan saya yakin inilah jalan terbaik tuk saya..
kekadang,sangat lemah nak teruskan perjuangan (aceceh..) dalam kos farmasi ni..rasa tak berdaya dan kekadang mahu berhenti belajar je..:(
tapi,semakin banyak yang kita belajar,semakin seronok..banyak ubat2 yang TERPAKSA kena hafal fungsinya dan namanya yang SANGAT PELIK!..
pernah suatu ketika dahulu, sahabat saya ade bertanya tentang cita2 saya..
"kenapa mesti ustazah farmacist?"
saya tersenyum.."sebab saya nak balance..walaupun jadi pharmacist,tapi saya nak jugak jadi ustazah.." :))

saya rasa ini menarik..so saya share je lah..:))

Awak ambik kos pendidikan Islam...” 
“tak…” 
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…” 
“Tak juga, saya program Bahasa la…(tambah lagi.. saya amik kos komunikasi dengan bhsa mlyu lah)” “saya ingatkan ustazah tadi…” 


Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… 
Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama… Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… 
Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh... 


Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31) 


Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi. 


"Dahtu kenapa bertudung labuh?" 
Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya… 


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???” 
Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… 
Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak 
terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… 
kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah… 


Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam… “Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw” 
Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. 
Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. 
Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. 
Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada. 


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?” 
“Kenapa saya” 
“Sebab saya tengok awak alim je” 
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat. Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..;D 


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah... *
Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin...

Tuesday, December 13, 2011

Silent Killer..

bismillahirahmanirrahim..
ape khabar semua? sihat? moga kamu2 yang sedang membaca ni sentiasa dalam rahmatNya hendaknye..
saya kira lama jgk tak update blog ni..Tak Sempat La Weh!!
dikesempatan ni ade lah sikit mase free,  sbb kelas start lewat sikit harini..(jarang sangat dowh kelas nak start pukul 10.30pg..ni lah masa dan saat yang ditunggu..hehe..)
fatrah exam pun is just around the corner..kena prepare awal2 la kan,takot 'ter'last minute pulak..ye lah,time kite ade masa lapang,kita duk buat bende lain kan..tulah manusia..:))


Setuju tak kalau saya kata masa lapang itu pembunuh? name lainnye Silent killer lah...
Pembunuh secara senyap..Kita tak perasan pun sebenarnya kita sedang dibunuh secara perlahan-lahan...
Kita masih bernafas menghirup udara segar seperti biasa namun kita seolah-olah kurang sesuatu. Badan sihat tapi ruhiyah sakit. Fizikal tegap tapi hati lemah. 
Mudah untuk kita menjadi futur; lemah iman.

Kenapa saya kata masa lapang itu pembunuh? 
Bila banyak masa, tentu lebih banyak benda yang kita boleh buat bukan? 
Jadi apa yang membunuhnya? Hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang disebabkan terlampau banyak sangat masa lapang, kita menjadi seorang penangguh..kan?



"Banyak masa ni. Solat dhuha la. Ala, baru pukul 8. Kejap lagi la." < tengok-tengok dah zohor>

"Baca quran la kejap lepas zohor. takpe la. asar japgi la baca." 

"Best la pulak cerita ni. Nak tengok la. Alamak, dah azan. Takpe la. Kejap lagi. Habis episod ni."

Itu antara contoh-contoh penangguhan masa la.. 

Saya tak cakap orang, saya pun macam tu jugak. huhu... Astaghfirullah hal 'azim. 
Suka sangat nak tangguhkan kerja. pantang ade masa lapang sikit je..
Lepas tu semua terlepas. Masa lapang memang membunuh!

n then, tidur pun banyak kan bila takde kerja. hoho. 

*Ini berdasarkan pengalaman ramai orang ye. bukan sendiri punye..hehe.. Harap maklum.* 
Berbeza dengan masa sibuk... 
Bila sibuk, kita punyai banyak benda yang nak dibuat. Jadi kita akan mencari-cari masa untuk baca quran, untuk buat solat dhuha dan sebagainya. 
Kiranya kita menghargai setiap selang waktu yang ada. Alangkah bagusnya begitu...



teringat pesanan Habib Umar, "Sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak disibukkan dengan benda tidak bermanfaat"
Berada dlm kos yg critical dan busy pun saya rasa sangat bersyukur, sbb kadang-kadang berada dlm kos yg agak free tu buat certain of us spend masa dgn benda yang x berfaedah..




so,nak masuk tahun baru ni,moleklah kiranya kita ubah perangai kite kan..?

Masa lapang itu penyinar jika kita gunakan masa itu dengan sebaiknye..


Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]


p/s: pendeknye post..hehe