Sunday, August 14, 2011

Jom Sertai Saffmuslim..:D

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Image

Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi hendaknya, InsyaAllah.. 

Tinggal lagi beberapa hari lagi ya,bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan yang bakal dirindui semua akan pulang..:(
Subhanallah..rasa sekejap sahaja 15 hari puasa sudah pun berlalu..
harapnya hari2 yang berlalu,amalan kita diterima Allah..insyaAllah..
walaubagaimanapun,harapnya 15 hari yang tersisa ini,kita usahakan untuk lebih beristiqamah dan banyakkan amal ibadat..pahala digandakan..

Biasanya, baki2 hari di bulan Ramadhan ni, ramai orang berlumba-lumba untuk berbuat amal kebaikan dan kebajikan, masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk mengumpul pahala. Alhamdulillah... 
Nampaknya, kian ramai yang mengerti anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan sepanjang bulan penuh keberkatan itu. Alhamdulillah...

Sempena Ramadhan yang bakal berlabuh tirai juga, suka saya mengajak sahabat-sahabat yang dikasihi Allah luangkan sedikit masa untuk mendekati dan mengenali forum SaffMuslim.
Biarpun usianya baru setahun jagung, namun syukur alhamdulillah, dengan sokongan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, biarpun terpaksa merangkak dari bawah, SaffMuslim masih tetap mampu bertahan dan makin mendapat sambutan. Alhamdulillah.

Namun begitu, memandangkan antara sebab SaffMuslim ditubuhkan adalah untuk perkongsian ummah, jadi adalah lebih bermakna sekiranya SaffMuslim dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai sahabat Muslimin dan Muslimah, lebih ramai, lebih meriah. Kan? ;)

Bak kata pepatah yang pernah saya baca suatu ketika dulu.

Jika Ali ada sebiji epal, ingin bertukar epal dengan Amin. Maka masing-masing memilik satu epal. Tapi, jika Ali ada satu idea/pandangan, ingin bertukar idea/pandangan dengan Amin. Masing-masing akan memiliki dua idea/pandangan. Itu baru Ali dan Amin. Bayangkan betapa banyak idea yang kita ada jika lebih ramai yang ikut sama berkongsi.. Jom sama-samalah kita renung-renungkan.

Ilmu yang bermanfaat - hanya bermanfaat kepada orang lain bilamana ia dikongsikan.. Tak gitu?

Ayuh sertai kami di Forum.SaffMuslim.Com...
Ajak dan perkenalkan pada sahabat-sahabat yang lain juga. Mungkin kita sekarang lebih gemar memanfaatkan internet untuk chatting atau melayari facebook, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk berukhwah dan berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat forum pula. 

Mungkin pandangan/idea yang kita rasakan kecil dan tidak bermakna - besar maknanya kepada adik-adik / sahabat user yang lain, dapat membantu mereka meringankan beban menyelesaikan permasalahan, siapa tahu, kan? 
Dan tentunya, Allah tidak pernah tidur dan Maha Mengetahui, setiap segala yang kita lakukan, ada ganjaran dari sisi-Nya.

Jom, manfaatkan segala ruang yang ada sebaik yang mungkin untuk mendapat redha Allah. Ayuh sucikan hati, bersihkan niat. Rapat-rapat dan lurus-luruskan saff.
Image

Selamat berforum =)

artikel asal:dari global mod Saffmuslim..

Monday, August 8, 2011

Perempuan Haid & Solat Yang Wajib Digantinya..

bismillahirahmanirrahim..
suka saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya rasakan para muslimat masih ramai lagi yang tak tahu/tak belajar/tak ingat n etc la..
iaitu bab HAID..dan para muslimin juga wajib mengetahui n belajar yer pasal ni jika nak kawen..
jangan ler beralasan die tu lelaki melepaskan tanggungjawabnya untuk belajar bab haid..
bagaimana nanti kalau isteri tanya itu ini..mau tak masak kita nak jawabnye..entah2 ade yang goreng ikut akal jer tanpa merujuk kitab2 muktabar yang melambak2 di kedai..
merujuk bukan sebarang rujukan..tapi rujuk kitab dengan berguru yer..
saya syorkan kepada sape2 nak belajar bab haid,beli kitab Sabilal Muhtadin(sama tebal ngan Quran)..
penerangan yang cukup details..tp kena berguru sebab ayat2 kitab adalah bahasa zaman dahulu kala,dibimbangi kesalahfahaman fakta..
ini sedikit yang boleh saya kongsikan dari hasil peng'copy'an ke'paste'an dari sumber yang benar..


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Credit to:Ustaz Al-Bukhari Ibnu Al-Razi

p/s: malu belajar sesat jalan..
ingat,kejahilan atas 2 sebab jer di maafkan:

1)jauh dari ulama seperti tinggal di kawasan pedalaman orang asli yang jauh dari ulama dan para alim untuk belajar..

2)baru memeluk agama Islam..

nah..yang pertama tu sah2 kita bukanlah tergolong dalam orang asli yang tiada kemudahan ataupun ustaz2 /para alim..
within just a few minutes,just 1 klik,maklumat ade di hujung jari ..maka jika tidak tahu atas sebab kita malas nak belajar adalah tidak dimaafkan..sibuk belajar fardu kifayah,sampai lupa fardu ain,itu yang salah..yang wajib untuk individu ditinggalkan..berat nanang sungguh la..
ustaz Azhar pernah kata sape yang tak habis belajar bab haid,tak payah nak menggatal nak kawen..lelaki mahupun perempuan..

yang kedua,kejahilan dimaafkan atas sebab baru peluk islam..so, adakah kita ni muallaf?
adapun saya malu kepada muallaf yang belajar sungguh2 pasal islam,hukum2 feqah n etc..
mereka lebih tahu drpd kita yang sudah sekian lama islam..
tengoklah kes2 buang anak zina yang top dahulu kala tu..rasenye semua adalah orang islam..
anak muda sekarang jahil atas sebab sibuk..
sibuk mengejar harta /keduniaan sampaikan tiada masa untuk belajar yang wajib..
inilah dia negara yang islamophobia..

sesiapa yang tidak tahu atas sebab selain 2 perkara di atas,hendaklah dia bertaubat..
mudah-mudahan Allah menerima taubatnya..insyaAllah..Allah maha Penerima Taubat dan maha Pengampun..
dan berusaha mengqada' sekadar yang dia rasa sudah cukup dan memadai untuk solat2 yang pernah ditinggalkan..

wallahua'lam..

Thursday, August 4, 2011

Checklist Ramadhan..:D

bismillahirrahmanirrahim...
macam mane puasa setakat hari ini?? harapnya ok je eh..
sibukkan diri dengan benda2 bermanfaat..bukan asyik membuta je eh..-_-
mesti orang2 yang gunakan Ramadhan ngan sebaiknya dah ade checklist nak buat itu ini kan..
jom kongsi checklist sama2 untuk Ramadhan..




4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.



2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.


4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat belajar. Melangkah ke tempat belajar dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan pelajaran


12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."


kredit to islam.net..:D

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Mubarak!

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah tergerak jugak nak update blog..
setelah lama menyepi dari post2 terbaru..asyik2 post sama je bila bukak..adeih..
oke,saya mulakan dengan kalamullah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183).

Alhamdulillah..sedar tak sedar,sampai juga kita dalam bulan Ramadhan pada tahun ni..
Bersama amalan puasa dan ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah, siapa yang sanggup menolaknya?. Allahu Allah..

mungkin sahabat2 semua sudah setkan azam Ramadhan kali ni..
mungkin juga tidak kan..dek sibuk dengan kerja dan juga belajar..
azam?? perlu ke? mungkin ada yang berfikiran sebegitu..
tapi bagi saya,azam ni menunjukkan kita bersungguh2 untuk mempertingkatkan kualiti dalam ibadah bulan barakah ni..
insyaAllah kita sama2 tingkatkan kualitas ya..
kalau kita nak tahu adakah berkesan ke tak bulan Ramadhan tahun lepas untuk kita,jom check it out..
yosh,scroll down sampai abis oke..

terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan:

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya


Agak-agaknya kita masuk dalam kategori mana untuk Ramadhan tahun lepas? 1,2 atau 3?
Alangkah bahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama kan..
koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan kali ni yer..
Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui..(insyaAllah,mudah-mudahan)

sebab tu la pentingnya azam kan..nampak tak kesan azam di situ? jom set azam sekarang..

1)....
2)...
3)..
4).

haa..ni satu lagi..bila tibanya Ramadhan,mulalah surau atau masjid2 penuh kan..
terkejut bilal2 dan imam2 masjid kat kampung dek jemaah yang ramai sampai ke beranda masjid..(hiperbola)
oke,saya tak kata itu tak bagus..tapi wujud kesalahfahaman masyarakat di sini..
antara salah faham masyarakat yang harus diubah:

1. Ramai yang berpusu-pusu untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih berjemaah di bulan puasa, sedangkan tak ramai yang berkejar-kejar untuk Solat Fardhu berjemaah di bulan yang lain...
Sesungguhnya kita sendiri kan sudah tahu, pahala orang Solat Fardhu berjemaah bersamaan dengan solat sunat sepanjang malam!
Antara fardhu dan sunat, sudah tentu fardhu yang perlu diutamakan.ke bagaimana? btol x?

2. Makan di tengah malam, bukanlah dinamakan sahur. Ia dipanggil supper, yakni makan lewat malam..
Sahur ini di penghujung waktu. Mengikut sunnah Rasulullah,sememangnya kita sukar untuk bangun bersahur. Namun, keberkatan yang ada tidak terhitung banyaknya.Subhanallah..

3. Puasa bukan alasan untuk kita tidak produktif dalam kerja seharian.
Bila ada saja Muslim yang letih, lesu apabila berpuasa, jangan disalahkan puasa itu.
Salahkan orang yang berpuasa. Sedangkan para sahabat dulu boleh pergi berperang semasa di bulan Ramadhan yakni dalam perang Badar..

nah..apa yang saya nak sampaikan adalah janganlah menjadi insan Ramadhaniyyah,tapi jadilah insan yang Rabbaniah..keep smiling :D



pernah dengar tak hadis ni?
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan”.
berbeza pandangan dalam menentukan maksud kiasan ini..
Sekurang-kurangnya terdapat dua pendapat dalam menentukan maksudnya.

Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi.
Beliau mengatakan “ada kebarangkalian bahawa maksud “syaitan dibelenggu” ialah “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan berzikir”.
Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan digari”.Ungkapan ini membawa makna “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.

Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi ‘Iyadh.Beliau berkata :
“Ada kebarangkalian ungkapan “pembelengguan syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan manusia”.


wallahua'lam ..jika nak tahu lebih details lagi,sila rujuk pada mana2 pakar agama..:D
so,tidak hairan jika masih terjadi maksiat dalam bulan Ramadhan..
hah,tapi bagaimana pula dengan orang yang berpuasa,tapi dalam masa yang sama dia melakukan maksiat?
itu maknanya dia tidak puasa sepenuhnya..hanya berpuasa di mulut,tp bukan berpuasa nafsu..

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadits ini shahih lighairih)
sebagaimana Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183).

Ibadah puasa bertujuan membentuk manusia beriman agar bertaqwa..
Itulah pesan yang terdapat dalam ayat di atas..yang juga menjadi instinbat hukum mewajibkan puasa kepada semua orang yang beriman..
tp adakah Ramadhan yang lalu memberi impak kepada kita untuk 11 bulan yang lainnya?
oke,nak cerita satu antologi mengenai Ramadhan:
sebuah syarikat memerlukan kakitangan yang lebih bagus,cekap,pintar n effisien untuk melakukan kerja2 syarikat..untuk itu,manager atau big bos perlu lah mengadakan kursus supaya dapat menjadikan kakitangan syarikat tu seperti yang disebut itu..
nah..begitulah juga Ramadhan..ramadhan ibarat kursus yang dapat mendidik dan mentarbiah seseorang muslim ke arah yang lebih baik untuk di masa akan datang..bukan hanya sebulan tu ja..

sebenarnya puasa ni sangat berbeza dengan amalan rukun islam yang lain..
kerana ia menjadi rahsia manusia dengan Tuhan-Nya... 
kalau solat,bayar zakat,buat haji n amalan2 lain amat zahir jika dilakukan..dan amalan2 ni adalah untuk diri kita sendiri yang melayakkan kita ke syurga..
tp puasa,hanya dia dan Allah yang tahu..
Dalam sebuah hadits Qudsi dijelaskan: 
“Setiap amal anak Adam bagi dirinya, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang menanggung pahalanya.“ (HR.Bukhari)

Maka untuk menjadikan puasa yang kita lakukan tetap bernilai dan jauh dari sia-sia. 
berusahalah untuk:

1. Tundukkan pandangan. 

Ingatlah bahawa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja,tp juga menahan untuk melakukan perkara mungkar...

dariapada Jabir bin ‘Abdillah:

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Lihat Latha’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)


Dengan menundukkan pandangan, mata akan terjaga dari segala hal yang tidak halal dilihat. Segala yang haram itu menjurus ke arah melalaikan hati dari dzikrullah. 
Ingat sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, 

“Pandangan adalah salah satu anak panah beracun di antara anak panah Iblis, semoga Allah melaknatinya. Barang siapa meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah memberinya keimanan yang merupakan kelezatan dalam hatinya.” (HR.Hakim)

2. Jaga lisan dari perkataan yang tidak diridhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Seperti berdusta, ghibah, bergunjing, memaki, bertengkar, banyak bersenda gurau, berdebat, serta segala hal yang mengundang kebencian dan permusuhan...
seeloknya diam dari bercakap kosong dan lebih utama bila lisan disibukkan dengan dzikrullah serta tilawah Qur’an...(maka berazamlah untuk khatam Quran yer..)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa maka jangan berkata kotor dan jangan bertindak bodoh. Jika ada seseorang menyerang atau mencaci, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

Dalam riwayat lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim)

3. Jaga telinga dari perkataan dan pembicaraan yang dibenci Allah. 
Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan bahwa kedudukan orang yang suka mendengarkan berita bohong sama dengan orang yang memakan barang haram. “Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong. Banyak memakan yang haram.” (QS. Al-Maidah: 42)

Dalam ayat lain: “Mengapa orang-orang ‘alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram?” (QS. Al-Maidah: 63)

Mendiamkan ghibah juga dilarang. Allah berfirman, “Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian tentulah kamu serupa dengan mereka.” (QS. An-Nisa:140)

4. Tahan setiap anggota tubuh dari berbuat dosa. 
Hindari tangan, kaki, dan semua panca indera lainnya dari hal-hal yang diharamkan, walaupun telah berbuka sekalipun...
sia2 lah sepanjang hari menahan diri dari makan n minum, tp setelah berbuka melakukan hal-hal yang dibenci bahkan diharamkan pulak. 
Orang seperti inilah yang dibenci oleh Rasululkah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. “Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (HR. Nasai dan Ibnu Majah)

5. Jangan makan berlebih-lebihan ketika berbuka yer..:)

Sebab seburuk-buruknya wadah adalah perut yang penuh makanan.. 
Tujuan puasa kan adalah menundukkan hawa nafsu untuk memperkuat jiwa mencapai taqwa... 
Bila dari pagi hingga petang perut dikosongkan, tapi kemudian dipenuhi berbagai makanan lazat saat berbuka, maka syahwatnya akan bangkit..
macam video ni lah..ingat,jangan jadik macam kartun merah tu..hehe




6. Penuhilah hati dengan perasaan khauf(takot) dan raja'(mengharap)

Sebab tak ada yang tahu adakah puasa kita diterima dan termasuk golongan muqarrabin, atau ditolak sehingga termasuk orang-orang yang dimurkai?

Ada satu riwayat dari Hasan bin Abul Hasan Bashri. Suatu hari ia berjalan melepasi suatu kaum yang tengah tertawa. Melihat akan hal itu ia berkata, “Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan melakukan keta’atan bagi makhluk-Nya. Kemudian ada orang yang berlumba hingga menang dan ada pula yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi yang sangat mengherankan ialah pemain yang tertawa di saat orang-orang berpacu meraih kemenangan.” Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Puasa adalah amanah maka hendaklah salah seorang di antara kamu menjaga amanahnya.” (HR. Al-Kharaithi dan Sanadnya Hasan)

Semoga segala amalan kita di bulan puasa ni diterima Allah mudah-mudahan..
andai ada salah dan silap,secara sedar mahupun tak sedar,saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf..
selamat berpuasa yer semua..:D