Thursday, June 10, 2010

nEnAs: aNtArA EnAk & kEsAn SaMpInGaNnYa..

assalamualaikumm w.b.t..
terpanggil tuk berkongsi sedikit info tentang nenas..
(sbb saya suka pajeri nenas..ngee~..sampaikan hari2 makan..huh..)
so,ade ape dengan nenas ni?
scroll down tetikus anda tuk ketahuinya..



Nenas merupakan sejenis buah tropika yang lazat... 
Ia merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi... 
Ramai di kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan disamping kegunaan lain seperti jem nenas, halwa, jeruk, tat nenas atau dimakan mentah begitu sahaja. 

Bagi penggemar nenas, mungkin mereka pernah mengalami luka-luka kecil di dalam mulut selepas memakan nenas dalam kuantiti yang agak banyak. 
Bagi ibu-ibu yang mengandung, pantang larang orang melayu tidak membenarkan mereka memakan nenas. 
Tajam dan berbahaya terhadap kandungan, katanya!. Entah benar atau pun sekadar mitos, tidak pernah pula dibuat kajian mengenainya.  
Walaubagaimanapun, terdapat komponen bahan kimia pada buah nenas yang boleh menyebabkan luka kecil pada tisu mulut sekiranya diambil secara berlebihan. 
Bahan kimia tersebut dinamakan enzim bromelain
Enzim ini merupakan salah satu dari kumpulan enzimprotease yang dapat menghidrolisis (menguraikan) protein. 
Enzim protease sebenarnya terdapat di dalam hampir semua jenis buah-buahan, namun tahap protease di dalam nenas dicatatkan paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain. 

Oleh yang demikian, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi si pemakannya dengan cara merungkaikan ikatan protein pada mulut yang akhirnya menyebabkan luka kecil. 
Salah satu pemerhatian yang dibuat untuk membuktikan kewujudan enzim ini ialah semasa pembuatan agar-agar buah. 
Dalam proses pembekuan agar-agar yang menggunakan gelatin, semasa fasa penyejukan sekiranya dimasukkan kiub-kiub nenas segar di dalamnya, dalam tempoh tertentu, sepatutnya hasil yang diperolehi ialah agar-agar nenas yang kenyal namun sebaliknya yang berlaku.
Agar-agar tidak akan mengeras malah tetap cair dan hancur walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama. 


Hal ini tidak berlaku sekiranya kita memasukkan buah strawberrypeach, tembikai dan sebagainya. 
Ia membuktikan kewujudan enzim bromelain di dalam kumpulan protease dengan kadar yang tinggi di dalam buah nenas yang akan menguraikan ikatan protein di dalam gelatin yang digunakan dalam proses pembuatan agar-agar. 
Enzim 
bromelain yang terdapat pada nenas juga merupakan sejenis sistem perlindungan dirinya. 
Contohnya, adakah di kalangan kita pernah melihat serangan ulat dan serangga pada buah nenas. 
Tentu tidak bukan? Namun ulat dan serangga sangat gemar menyerang buah-buahan lain seperti jambu, tembikai, epal dan sebagainya...

1 comment:

Nor Afifah binti Adnan said...

salam..biasela..kalu ngandung,terutama awal-awal,,boleh gugur anok..huu.tgok cito..

tapi,sebagai perempuan,makan nenas, (atau nanas),tajam..boleh cepatkan menstrual period kadang2 tu..ala2 air gas.. (ni,dari sudut ilmiah, kedukturan..bukan sajo2)huu..