Sunday, October 23, 2011

Tak Sempat La Weh!!

bismillahirahmanirrahim..
sungguh lama..
lama tak menulis..
sungguh,saya rasa sayu apabila melihat blog ini..
sayu dengan tiada update2 terbaru..tapi apakan daya ia bukanlah kehendak hati saya..
kalau diberi kesempatan,insyaAllah hari2 saya mengirim surat cinta untuk sahabat2 semua..
alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan untuk menulis kembali..
supaya saya dapat berkongsi ilmu yang sedikit cuma agar usaha yang sekecil ini tidak terlepas dari pandanganNya..


teringat peristiwa tempoh hari..seorang sahabat saya ada melamar saya untuk menjadi salah seorang krew penulis buku yang bakal diterbitkan ke seluruh dunia..
masyaAllah,saya begitu teruja sehinggakan saya tak dapat menerima taklifat itu lantas menolak lembut..
bukanlah niat saya untuk menolak 'saham' akhirat,tapi ada perkara yang tak memungkinkan saya..
jika blog pun tak terupdate sangat,buku pula apatah lagi..nampak?
tersenyum sendirian..mungkin tahun2 hadapan pula impianku untuk menjadi penulis tercapai..:)
penulis yang x istiqamah..=_=''


sedar tak sedar hampir 2 bulan saya berada di UIA Kuantan..
dan saya baru tersedar masa begitu pantas meninggalkan kita..
mungkin sebab kekurangan masa untuk enjoy sana sini seperti di CFS dulu..
saya juga sempat mengimbau kenangan sewaktu di CFS bersama sahabat saya malam semalam..
kalau dulu weekend 2 hari (sabtu n ahad),rasa macam dunia, saya je yang punya..
biasanya lepas balik talaqi ustaz Muhadir malam weekend, sempat melepak sana sini menikmati malam yang begitu sejuk bersama sahabat tercinta..
tapi itu dulu..kata orang,benda yang lepas usah dikenang kan..cewah..
tapi kini,mende2 tu semua da tak boleh nak nikmati bersama..sebab ape?
sebab MASA yang tidak mengizinkan..!


seringkali saya mendengar rungutan sahabat2..


"tak sempatlah nak buat itu ini..kelas penuh sampai ke petang"


"tak sempat lah nak join usrah, topik melambak lagi tak cover"


"tak sempatlah nak bla..bla..."




kadang2 luahan tu pun ada juga yang terlepas di mulut saya..rasa macam orang yang lemah pula..
kenapa orang lain sempat,sedangkan kita tak sempat pula?
kalau dulu di alam persekolahan, banyak mende kena buat kan?..especially keje rumah yang bertimbun..
itu baru 1/3 kesibukan di universiti..busy yang teramat sedikit jika nak dibandingkan ngan kehidupan seorang mahasiswa..
sebenarnya sangat2 jeles bila melihat jadual kelas sahabat2 yang berlainan course..
banyak yang kosong..tapi saya kena terima hakikat lah bahawa critical course takkan jadual pun tak 'critical' kan..






bagaimana nak uruskan masa ni?
sebenarnya itulah point utama yang saya nak sampaikan dalam post kali ni..hehe
oleh kerana dah banyak termelalut sebelum ni,saya proceed je lah..sebab ni pun saya limitkan masa untuk blogging..curi2 masa study sikit supaya tulisan yang sedikit ini dapat memberi impak yang besar..mungkin..


Planner harian


langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah buat 1 senarai yang perlu dilakukan sepanjang hari esok sebelum tidur...kira2 macam jadual harian lah kot..tak pon,kalau nak lebih dewasa sikit,sebagai planner kehidupan lah kiranya...
start dari bangun tidur pagi sampai lah masuk tidur malamnya..
tak susah kan? insyaAllah setiap kerja terlaksana jika kita berdisiplin..
lau jadual je yang ade,disiplin xde,what the point pulak kita penat2 buat2 jadual kan?


Niat


yang kedua,untuk melakukan setiap perkara tu, setkan niat dalam diri.
niat buat setiap pekerjaan hanya kerana Allah..niat sahaja pun sudah dapat pahala,apatah lagi jika kita laksanakan..dapat lagi pahalanya kan?
Setiap benda yang ingin dilakukan andai kata diniatkan kepada Allah SWT, insyaAllah ada ganjaran di sisiNya. Dan sebagai muslim dan muslimat, rasanya memang setiap perbuatan kita perlu diniatkan hanya kepadaNya.
bukan ke senang je nak berniat?



"saya study hanya kerana Allah." - that's it!


tapi, yang senang itulah yang kadangkala susah untuk kita lakukan. 
Diri sendiri pun memang macam tu, sentiasa dapat pesanan, "tajdid niat, tajdid niat!" Tapi tetap lupa jugak kan... -.-
kadang-kadang bukan main rajin study tapi at the end, i got nothing. 
Sebab apa, sebab saya lupa..
lupa untuk apa saya study. :(
mungkin kita semua sangat desperate nakkan kecermelangan dalam pelajaran..
seperti kata lecturer saya, "kamu semua ni adalah zombi" (study sampai lebam bijik mata)..
yang hafal sebutir2 ayat notes tanpa memahami apa yang dipelajari..
itulah kita sekarang---> mahasiswa yang exam-oriented..tapi mungkin bukan semua yang begitu..-_-''


Konsep niat ni rasanya ramai yang dah tahu. Salah satu dari hadis 40 yang cukup terkenal. 
hadis pertama dalam hadis 40 yang berbunyi:

"....إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى" 

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan..."

Apa yang diperkatakan dalam hadis, kita akan dapat apa yang kita hajatkan. 
belajar nak dapatkan highest mark in exam..insyaAllah dapat highest mark..
belajar nak dapatkan 3.5 n above, insyaAllah dapat..

Tapi...

Itukah yang kita inginkan? Redha Allah atau pahalaNya, takkan kita taknak. Jadi, niatkanlah semua benda yang hanya kerana Dia. Moga pahala itu yang kita dapat.

Kita boleh buat macam-macam niat, pelbagaikan niat. Yang penting ikhlaskan segalanya hanya kerana Allah. Moga-moga ada antara niat kita yang Allah makbulkan. (=



Adatkah  atau ibadatkah?


Niatlah yang membezakan apa yang kita lakukan, sesuatu yang kita buat tu sama ada hanya satu perkara biasa yang sering dilakukan atau itu adalah ibadat.
Sebagai contoh, mandi. Kalau kita niatkan mandi apa, contoh mandi sunat hari Jumaat, maka jadilah ia sebagai ibadat. Kalau tidak, jadilah adat.
Cukup mudah Allah nak berikan pahala pada kita semua. Betapa pemurahnya Allah swt. Jadi, apa tunggu lagi, rebut peluang nak tambahkan amalan! (=

Perbetulkan niat. perbaharui niat..

Antara pesanan salah seorang senior, katanya perbetulkan niat setiap kali nak study.
"Aku study ni kerana apa, aku ke kelas ni sebab apa." Letakkan konsep niat di atas sekali sebelum nak study.
Ikhlaskan diri menuntut ilmu ni hanya kerana Allah, bukan yang lain. Kita hidup atas keberkatan dan keredhaan dari Allah, sudah tentu kita kena jaga hubungan kita dengan Dia.
Sebab tu kita kena selalu perbaharui niat masing-masing. Tajdid niat, tajdid niat!. 
Kalau pada awalnya lain yang kita niatkan, mungkin di pertengahannya kita boleh perbaharui niat. 
Hanya pada Dia, hanya untuk mencari keredhaanNya.

eh2,kembali kepada point yang sebenar..TIDAK CUKUP MASA??
Allah dah berikan kesempatan masa yang sama kepada manusia, tiap sorang dapat 24 jam..kan?
so, kalau orang lain sempat jer siapkan keje or pape lah, tang mana pula kita tak sempat nye?
tapi,depends on individual jugaklah..mungkin si A lebih banyak tanggungjawab berbanding si B kan?
bagi pendapat saya, orang yang busy tu lah akan menjadikan kita lebih sistematik mengurus masa..
jadi ungkapan 'TIDAK CUKUP MASA' tu adalah 1 ungkapan yang menunjukkan seseorang tu tak berjaya nak manage time properly..

dalam riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"apabila engkau berada pada waktu petang, maka jangan menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi,maka jangan menunggun waktu petang. gunakan waktu sihatmu sebelum sakit, dan hidupmu sebelum mati"

dan jangan lupa,walau sesibuk mana pun anda, luangkan juga masa anda untuk kekasih..
bukan kekasih gelapmu,tetapi kekasih agung kita..
jagalah Allah,nescaya Allah menjagamu..
dan last but not least, teringin untuk berkongsi pesanan dari senior aka akak usrah,
sesibuk manapun kita,bacalah satu muka Al-Quran tiap hari sekurang-kurangnya..

jom urus masa ngan baik dan berfaedah..~
teringat pulak pesan seorang senior ni, 
"urus masa ngan baik, jangan bagi ada masa untuk membuang masa.."

p/s: eksaited dapat update post terbaru..hehe..