Sunday, November 27, 2011

Cinta itu..

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

p/s: salam maal hijrah semua..:D

pp/s: saya pun tatau kenapa saya post bende nih..puisi dalam KCB..:)

Saturday, November 19, 2011

'Buku' Paling Best lah!

bismillah..salam semua..sangat lama blog ni terabai..
nak post sikit lah kan..:) untuk mengisi waktu petang yang hening ni..
sepanjang hidup entum,apa buku yang paling paling best pernah kalian baca?
novel? majalah? or etc lah..cuba senaraikan..
tapi se'best' mana pon buku2,majalah2,or novel2 yang entum baca,Al-Quran lah kitab yang paling 'best'..
kenapa?
sebab itu satu2nya kitab dari Allah supaya ia menjadi panduan hidup kita..

tapi sejauh mana kita jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita?
saya hold dulu sentence kat atas ni kejap..
nak bercerita sikit kisah benar yang pernah terjadi pada saya time kat CFS dulu..
rasanya masih segar bila diimbau balik..kadang2 lucu pulak bila teringat..:)
ade satu hari ni, akibat terlalu lama sangat menggunakan kipas kat siling tu dalam bilik kitorang, tiba2 kipas itu selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir..
fuh,memang sangat panaslah kan kipas takde..
lepas gi report pasal kipas mati tu, adelah sorang technician, dirahsiakan namanya (padahal memang tak tahu pun nama per..haha) datang keesokan harinya duk baiki kipas..
sangat eksaited sebenarnya..bila dah siap,kitorang pon try lah pasang..yerlah,nak test kipas baru kan..:)
teka apa jadi?

aku       : "eh,peliklah..kenapa tak rasa angin sangat ni?"
roomate: "a'ah..saya pun rasa camtu.."
aku       : "dan pelik kenapa siling tu bergerak2..macam nak jatuh je siling tu.." *takut kipas jatuh*
roomate:.....

dan tiba2 saya rasa gatal tangan nak ambik manual kipas tu..
dan secara tak sengaja sempat membelek beberapa muka surat..
"oh,ok..saya dah tahu mana slacknya.."

cuba teka apa dia?

bila diperhatikan bilah kipas tu baik2,memang terbalik lah dari apa yang manual tu suruh..
sebab tulah siling bergerak2,angin keluar kot atas..haha..
*apedaa technician ni..pasang bilah terbalik..

ok,saya sambung balik ayat yang saya hold tu..
nampak tak kesinambungan dari cerita saya di atas?
kesimpulan dari cerita saya: kalau tak baca manual,memang akan silaplah..
samelah macam Quran..kalau kita tak jadikan sebagai panduan,memang terpesonglah kita..

so,macam mana kita hari ni?
dah baca Quran atau belum?
atau masih tersimpan rapi di atas rak?
ker time sedih je or ade masalah baru bukak Quran?
se'busy' mana pon kita,cuba baca sekurang2nya 1 ayat sahaja..dan tadabbur sekali maknanya..
tu pun dah dapat pahala..senangnye nak pahala kan..

"aku beriman kepada Al-Quran"
cakap dimulut memang senang..tapi sejauh mana kita beriman kepada Al-Quran?
taatkah kita menunaikan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya?
jika aurat belum ditutup,layakkah kita cakap kita beriman kepada kitabNya?

haa..satu kes lagi,
kenapa masih banyak lagi orang yang membaca Al-Qur’an yang masih melakukan maksiat terhadap Allah?
mana yang salahnya?
tak dapat petunjukkah mereka? sedangkan Allah berfirman:
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa."(QS. Al-Baqarah [2] : 2)
Tidak ada yang salah bagi kita yang rajin dan pandai membaca Al-Qur’an yang masih belum mendapat petunjuk dari Quran..
tapi sebenarnya kita belum menunaikan hak-hak Al-Qur’an..
apekah hak2 Al-Quran yang kita hiraukan tu?

Pertama, hak Al-Qur’an atas kita adalah dibaca sesuai dengan ketentuan tajwid dan mahroj-nya.
Alhamdulillah, kan sekarang ni dah banyak pembelajaran Al-qu’ran yang menggunakan alatan canggih..
contohnya macam kat bawah ni:


senang kan? tu lah antara kelebihan teknologi yang ada sekarang.
dan sangat2 bersyukur belajar kat UIA ni..sebab ade kelas belajar tajwid..(ye lah,saya tak pass exam hari tu,sebab tu kena ambik kelas tajwid..tapi memang ade hikmahnya kan..?)
ye lah, tajwid2 yang dulu dah belajar,dapat diulang2 sampai ingat..
insyaAllah,bila dah belajar,mulakan lah praktis tajwid2 tu yer..
tu satu cara menunaikan hak Al-Quran..:)

Kedua, memahami ertinya, baik erti secara harfiah, maupun erti maknawi (tafsir)-nya... 
maksudnya kita kena paham apa sahaja yang terkandung dalam Al-Qur’an. 
kalau kita baca tafsirnya, Al-Qur’an banyak ceritakan pasal ketauhidan, kisah-kisah bangsa terdahulu serta hukum-hukum atau syari’at...
sebab itulah,kita kena paham betul-betul apa yang terkandung dalam Al-Quran ni..
bila dah paham,bolehlah kita taat kepada perintah Allah dengan sepenuhnya..
ataupun kita boleh ambil pengajaran dari kisah2 para2 nabi terdahulu..

Hak Al-Qur’an yang ketiga adalah dihafal...
berdasarkan satu hadis ni,penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia...

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

dan jugak penghafaz akan mendapat syafaat di akhirat sana..

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

jika nak senaraikan satu2 apakah kelebihan menghafal Al-Quran,memang tak tertulis lah..
sangat banyak manfaatnya..
so,para penghafaz Al-Quran,anda merupakan insan istimewa..saya pon kadang2 jeles dengan mereka..
bilakah saya nak jadi macam mereka? :(

Keempat, Al-Qur’an mempunyai hak atas kita untuk diamalkan..
Bacaan yang bagus, pemahaman erti yang baik, dan hafalan yang banyak, jika tak disertai dengan pengamalan yang baik laksana pokok yang tak berbuah, tak banyak memberikan manfaat pada orang yang memilikinya.. 


Kelima, mengajarkan Al-Qur’an juga merupakan tanggungjawab kita terhadap Al-Qur’an..
seperti hadis Rasulullah yang bermaksud:
"sampaikanlah walaupun satu ayat"

insyaAllah sama2 amalkan dan tunaikan hak Al-Quran..
:)

jangan sesekali tinggalkan Al-Quran tau..nanti dia merajuk..
jadikan Al-Quran sebagai kekasih kita..:)

Wednesday, November 9, 2011

Facebook=laman upload gambar

bismillahirahmanirrahim..
saya rasa rajin pulak nak hupdate blog hari ni..
memandangkan sudah sihat sikit..tp jari telunjuk kiri masih x sihat..
tersemangat sangat potong daging Qurban hari tu..sampai tertusuk ujung pisau ke jari..pisau baru beli pulak tu..
takpelah..memang dah nak jadik..:)
haish,apelah nak jadik ni..asal cuti,malas nak bukak buku..satu-satunya penyakit yang takde penawar..hehe
macam mane nak jadi rajin kalau dah malas..(paham?) paham2 kanlah..


ok lah,untuk mengisi kemalasan study ni,teringin jugak nak menulis..
hobi yang telah lama ditinggalkan..ye lah asyik duk pegang buku jer memanjang..tambah ngan lab2 report lagi..
ok,just a short post i think..
tadi pergilah godek2 kat FB sekejap..n alangkah sedihnya bila melihat muslimah2 sedang giat meng'upload' gambar2 mereka...saya tak kata semua,tapi hanya segelintir..
ada apa dengan gambar sebenarnya?
Baiklah... saya rase mungkin ramai yg membaca pasal ni pelik..? 

Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang saya taipkan selepas ini.. saya amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 tanpa dpaksa dan bersedia untuk menerima apa yg saya mahu perkatakan selepas ni...
saya nak mulakan dengan persoalan..




Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
list sikit kenapa..
saya pun nak tahu jugak kenapa..

1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.

2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.

3.Supaya FB aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?

apa yang lebih teruk lagi bila gambar tu mendedahkan aurat..
kaum hawa ni bukannya tak tahu hukum dedah kan aurat, kenapa masih duk tayang aurat kat fb ni..kenapa..kenapa..kenapa..
Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab persoalan ni secara jujur:
∙sebabnya:
-nak orang lihat mereka cantik.. atau
-nak goda lelaki.. atau
-suka dilihat seksi.. atau
-tak cukup kain.. atau
-mmg jenis nak langgar ajaran agama.. atau
-jahil.. atau
-bodoh..

nah..cukup mantop saya kira jawapan ustak tu..biar kena bertepek2 atas dahi tu..:)

*kan bagus lau ade sungguh mende nim..:)

 
Sedarlah sikit wahai Muslimah...
tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sangat berharga..?
Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..?
Tak salah rasanya jika saya katakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya...
Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??

Diingatkanlah juga kepada kamu wahai kaum Muslimah bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
orang kate dunia di hujung jarilah katakan..klik saja,tup2 keluar..
Tidakkah kamu ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn senang dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... senang jer kan?

Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukanlah musuh2 kamu semua, 
bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. 
tp saya adalah saudara seislammu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..


Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. 
tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Mata Panahan kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan saya... BERHATI2LAH...!!
dan juga saya ingin ingatkan kamu bahawa janganlah kamu mengupload gmbar sahabatmu tanpa pengetahuan & keizinannya....kerana kmungkinan kamu tidak tahu bahawa sahabatmu itu tdak suka gmbarnya di pertontonkan oleh orang ramai.......
kerana kamu..dia mnjadi mangsa..
kamu turut mndpt dosa...

p/s: saya pon tak suka bila ade orang upload gambar saya bersama..lainlah jika di'private'kan untuk kite2 aje(muslimah)...

sedikit muhasabah untuk diri yang selalu bergelumang ngan dosa:


seandainya DOSA itu ada BAU, pasti tiada manusia yang SANGGUP berbuat dosa kerana tidak sanggup untuk bergelumang dalam bau yang busuk itu. 
Jika PAHALA itu bernilai seperti WANG, pasti semua orang akan terkejar-kejar pahala..
tapi masalahnya ialah; Dosa dan Pahala itu cuma akan diketahui dengan pasti selepas mati. 
Saya yakin, kita semua pasti akan KESAL nanti. Kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..
Maka, anggaplah dosa itu busuk. Dengan itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci dosa, dan perlakuan dosa orang lain.

saya rase ini SWEET..anda?

Wordless Wednesday..


Allah is the Doctor of all doctors.. Allahuakbar..

"I will marry a stranger!"

bismillahirahmanirrahim..
dah lama pulak rasanya tak menulis..
hanya sempat ber'blogwalking' sambil mengutip ilmu baru..
dan saya rasa masih sempat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama islam,tak kira lah di mana jua anda berada..:)
hari ni saya rasa nak share satu cerita yang sangat sweet..
tak mampu nak menulis panjang dek kurang sihat kebelakangan ni..k..selamat membaca..:)


Angan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…
’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam

Yang mana satu ek…?’
‘Yang itukan?’..
‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..
‘OOo..ye ke..hurm…. tak ada beza pun…Mana satu ni?’


Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘
Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..


Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….


Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah


.
"Iffah!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu. Aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.


‘Tak sempat lagi tengok muka dia’
‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’
Wafa’ masih tersengih memerli.

Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’
‘Makan agaknya…kat luarlah..pergilah tengok,’
‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.



Aduhai…
Akhawat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.
Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.


ustaz….Ukhti…
Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata-kata walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu lah didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing-masing faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….



Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yang mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…
‘iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
‘iffah..insyaALlah. . wassalam..
Thariq :wasalam wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja Islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.

Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…

Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..

Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….


‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yang lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’