Sunday, May 30, 2010
CiNtA AnTa-AnTi..SeRoNoK X?
Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan...
Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta...
Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta...
Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan...
Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah"...
Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan...
Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".
Sms, Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini...
Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik...
lbih selamat knp?
sebab xde la same ngan psgn yg x islamik ni..
bile berdating,alahai ade2 saje ragamnya..
mula2 knal2 dlu kot tepon kn,pastu,sms2..
n then ajak kuar..then,cakap2..pas ckp2,pegang2 cket...
alah,pegang cket jer..bkn buat mgndung..
ala..ble da mgndung pon,senang jer nk settle kan..gugur je r..
ataupon ble da lahir anak luar nikah tu,buang je la..x gtu?
Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi..
dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam...
Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung...
Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa...
Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu...
Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini...
Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi...
Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara...
oh alangkah manisnya saat2 itu...ho2
Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak...
Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan,
dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat... wal'iyadhubillah...
Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai...
Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut...
ni Pak Lebai ker,Pak Gatai? 0_o
Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini...
Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi.."
Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan...
Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya...
Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka...
alangkah sedihnya siswa tersebut..
tacle punye tackle,melepas jugak..alahai...
Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu...
Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini...
Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya...
Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga...
Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan...
Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur,
dan ia bertentangan denga mafhum hadis ini...
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini?...he2
Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis..
Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya... Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain.
Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...
Ini yang paling menarik...citer hot tu..
Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup...
aduhai..betapa x malu nye mereka dengan Allah..
Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain...
Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini...
Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini.
Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau.
Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya...
Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan...
Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".
Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik?
Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini?
Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.
Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini...
Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini...
Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.
(edited from Majalah i edisi Bulan Februari 2006)
Monday, May 24, 2010
iMaM MudA..
Akhirnya kesemua 10 orang peserta Rancangan Realiti Imam Muda di Astro Oasis diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis : Tuan Hj Izelan Basar berkata,
“Saya bagi pihak Astro Oasis berasa amat bersukur ke atas penerimaan orang ramai terhadap program siri pencarian; IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran yang sememangnya amat sinonim dengan penerbitan program-program yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.
Senarai 10 Peserta Imam Muda
- Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
- Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
- Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
- Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
- Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
- Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
- Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
- Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
- Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
- Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Majoriti peserta yang datang mencuba nasib di empat buah zon sesi ujibakat di serata pelusuk negeri mempunyai bakat dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan sebagai calon Imam Muda.
Walau bagaimanapun, hanya sepuluh orang yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor).
Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai. Paling mengujakan saya, peserta Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal dari Negeri Sembilan adalah bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.
Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung.
Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, jam 6.30 petang yang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung di kesemua empat zon yang terpilih. Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang.
Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam programImam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.
Selain dari bersiaran di saluran rasmi; Astro Oasis (saluran 106), program Imam Muda memberi pendekatan yang berbeza apabila tiga buah saluran dari pakej keluarga yang lain seperti Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro @15 (saluran 109) akan turut menyiarkan episod pertama program Imam Muda serentak pada 28 Mei 2010.
Bukan itu sahaja, Astro Prima dan Astro @15 akan terus memberi sokongan mereka untuk menyiarkan program Imam Muda bagi episod kedua dan ketiga serentak dengan siaran Astro Oasis. Astro @15 pula akan terus menyokong untuk menyiarkan kesemua episod Imam Muda serentak dengan siaran di Astro Oasis untuk sepuluh minggu.
IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.
Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At TurabiKetua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.
Saturday, May 22, 2010
CiNtA??
Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu..
adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..
tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..
Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-
Buat adik2 dan sahabat2 sekalian...
Cinta..
da lme x mnyoretkan tntg cinta..
ape itu cinta?
jom kite selami..tp jgn alami yer..
ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri...
ya memang susah nak membuang cinta..
knp yer?
sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2..
sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..
sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..
Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165
(bukak Quran dan baca lagi best sket) :
Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...
Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah..
dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..
-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...
Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya?
Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...
bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah..
Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat...ye x?
dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman..
lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia,selama dia buat baik...
Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..
dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...
so, btol la org kate dari mata jatuh ke hati..sbb lam Quran ade sebut..
Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...
nak buat pe cemburu?
dengki sebab die ade buayafren?
mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..
mereka dibelenggu perasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..
kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..
kenal cinta Allah..
kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)
SAYANG jika...
jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..
SAYANG jika...
jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..
Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...
perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...
Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..
> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....
Wal iyazubillah....
Bukan takde cara nak approach teman hidup..
jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...
TAKUT TERLEPAS JODOH...?
bukankah Allah telah menyakinkan kita...
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)
Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?
Mmg susah nak mengawal hawa nafsu.
Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite ni, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...
kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...
kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...
Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201)
sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....
Marilah sama2 kite menjaga hati kite...
Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...
Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja...
tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..
Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....
tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 dan adik2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..
Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...
Sahabat2 sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3)
jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa..
saje nk kongc..
wallahu a'alam...
Subscribe to:
Posts (Atom)