Monday, May 24, 2010

iMaM MudA..



Akhirnya kesemua 10 orang peserta Rancangan Realiti Imam Muda di Astro Oasis diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis : Tuan Hj Izelan Basar berkata, 
“Saya bagi pihak Astro Oasis berasa amat bersukur ke atas penerimaan orang ramai terhadap program siri pencarian; IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran yang sememangnya amat sinonim dengan penerbitan program-program yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.


Senarai 10 Peserta Imam Muda
  1. Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
  2. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
  3. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
  4. Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
  5. Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
  6. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
  7. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
  8. Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
  9. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
  10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Majoriti peserta yang datang mencuba nasib di empat buah zon sesi ujibakat di serata pelusuk negeri mempunyai bakat dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan sebagai calon Imam Muda. 
Walau bagaimanapun, hanya sepuluh orang yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor).
Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai. Paling mengujakan saya, peserta Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal dari Negeri Sembilan adalah bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.

Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung.


Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, jam 6.30 petang yang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung di kesemua empat zon yang terpilih. Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang.

Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam programImam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.

Selain dari bersiaran di saluran rasmi; Astro Oasis (saluran 106), program Imam Muda memberi pendekatan yang berbeza apabila tiga buah saluran dari pakej keluarga yang lain seperti Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro @15 (saluran 109) akan turut menyiarkan episod pertama program Imam Muda serentak pada 28 Mei 2010.
Bukan itu sahaja, Astro Prima dan Astro @15 akan terus memberi sokongan mereka untuk menyiarkan program Imam Muda bagi episod kedua dan ketiga serentak dengan siaran Astro Oasis. Astro @15 pula akan terus menyokong untuk menyiarkan kesemua episod Imam Muda serentak dengan siaran di Astro Oasis untuk sepuluh minggu.
IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.


Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At TurabiKetua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

1 comment:

Afifah Adnan said...

Salam..tak dop finalis akhir dari Ganu kiter..

takpe2,asalkan sek2 ni,pakat22 ikhlas...

best ar org msia,buleh tgok life..huhu..
agk2,kalu balik ramdhan kkgi,ade agi dop pgram ni??