Monday, September 27, 2010

mArI MeNjadi HamBa Yang bESyUKuR...yOk!

bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini...
Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya...
Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam...
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
alhamdlillah exam da abes...n dapat blik umah ngan riangnya...n dapat cuti sebulan...huhu..
anyway,udah lama bangat ku nggak mnulis ya...
terasa kejanggalan..bkn sbb xde mase or bz ker..
tp sbb malas..n de idea nak sampaikan ape..
sebelum ku belayar dengan lebih jauh lagi,izinkanku titipkan 1 nasyid..


Dalam derita ada bahagia 

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...





Bersyukur...

Perkataan yang sangat mudah disebut, tapi BUKAN mudah untuk dipraktikkan dan disemai dalam diri... 
Kenapa saya kata 'susah' nak belajar bersyukur? 
....kerana kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita rasakan lebih 'bertuah' daripada kita,
....kerana kita sering merasakan kitalah orang yang paling 'malang' dalam dunia.


Yang nyata, perkataan 'bertuah' dan 'malang' itu sendiri sangat subjektif maksudnya...
Siapalah kita untuk menentukan apakah 'nasib' kita. 
Yang pasti, kita tidak harus berhenti merancang, biar Tuhan yang menentukan...



Kenapa tiba-tiba saya sebut pasal 'bersyukur' ni?
terkesan bila tengok 1 citer ni...1 litre of tears..
n terasa amat bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat berjalan,bercakap,etc...
oh Allah,alhamdulillah..
xnak cakap pnjang sal citer tu...lau nak tau,tengok sendiri yer..
saya bagi 4 setengah bintang...heee...
Khulasahnya, kalau anda rasa seperti sudah 'terkeluar dari landasan' dan ingin kembali memijak bumi, intai-intailah mereka yang bernasib malang dan kurang berkemampuan...
Kalau anda selalu murung dan bersedih serta menganggap takdir 'memusuhi' anda, renung-renunglah mereka yang lebih susah dari antum antunna dan belajarlah bersyukur mulai sekarang...



mengapa amat susah untuk kita bersyukur?
Kita susah atau senang, kita kaya atau miskin, kita comel atau hodoh, kita ada istana atau rumah setinggan, maka itu semua adalah ujian dari Allah dan ada hikmah di sebaliknya. 
Syukur itu wajib. Syukur itu segalanya!
Wajib mengetahui bahawa syukur kepada Allah adalah salah satu perintah Allah yang wajib atas setiap orang beriman. 



Firman Allah :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).  
(Al-Baqarah : 152)


Seserang itu dikatakan memenuhi perintah syukur kepada Allah apabila dia memenuhi 3 perkara berikut :

1. Mengucap dengan lidah berserta hati kalimat2 seperti Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atau lain2 sepertinya.

2. Menggunakan segala ni'mat pemberian Allah berupa kesihatan, harta, tenaga, wang ringgit untuk berbakti kepada Allah. 
Contohnya sedekah fisabilllah, membantu faqir miskin dan anak yatim, membuat gotong royong kerja2 kebajikan dll...

3. Menjauhkan diri dari menggunakan harta, wang ringgit dan nia'mat2 lain kepada perkara2 haram seperti berjudi, bermain saham, membazir dll yang ditegah.




Kepayahan seseorang itu untuk melakukan syukur yang dituntut ini berpunca dari :

1. Tiada Ilmu pengetahuan yang cukup dan benar.
2. Kekotoran didalam hati.
3. Gangguan nafsu dan syaitan dalam hati. 


Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan... 
Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya  betapa banyak dan besarnya Ni'mat dan Rahmat Allah kepadanya... 

Setiap nafasnya yang turun naik adalah Rahmat Allah...
Setiap titik air yang menghilangkan dahaganya adalah Ni'mat ALlah...
Setiap kudratnya untuk menggerakkan kaki dan tangannya adalah Ni'mat Allah...
Seluruh harta dan kekayaan nya adalah Ni'mat Allah...
Subhanallah,Alhamdulillah...


Kemudian bandingkan pula dengan manusia2 lain yang tidak mendapat Ni'mat2 seperti itu...
Cuba kita renung jauh sedikit dari tempat kita...
Berapa ramai manusia menderita dan mati kelaparan...
Berapa ramai kanak2 di Afrika buncit perut mereka kerana hanya mendapat lumpur sebagai makanan...
Berapa ramai pula yang mati dalam dahaga kerana tidak mendapat walau setitik air... 
Berapa ramai pula yang mati tanpa belas kasihan di Palestin, Afghanistan dan Iraq. 
Tiada tempat tinggal, tiada harta menjadi pelarian. 
.....renungkanlah betapa kita selama ini tidak bersykur dengan apa yang diberi oleh Allah Ta'ala.   


Wallahu A'lam..

Wednesday, September 15, 2010

EiD MuBaRaK...!

bismillahirrahmanirrahim...
wah,da lame nampaknya x menulis..
fuh..!(tiup debu)...nampaknya spiderman pon da mula mmbuat sarangnya...ish2..
...........................
....................
...........
.....
..
.
k,tutup kes...dah bersih pon...
biaselah bulan syawal,kita nak beraya,bkn berblogging...
k, dikesempatan ini,first2 nak susun sepuluh jari kaki n tangan andai tanpa sedar n tersedar n baru tersedar,
tanpa sengaja n sengaja,membuat salah,menyinggung perasaan,n yang masih berdendam lagi ngan saya,mohon maaf sangat2...
yer lah,saya pon insan biasa yang x sunyi dari membuat kesilapan...
dan begitu juga kepada sahabat2 saya diluar sana n yg sudi bace artikel kai ini,saya da maafkan kesilapan antum antunna sumer..


seringkali kita menghadapi kesukaran untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita...kan? 
dan adakalanya kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan kita dengan pihak tersebut. 
Ini secara tidak langsung menyalahi perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencintai sesama muslim...

Sabda Nabi shallahu 'alaihi wasallam:



Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia

mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai

dirinya sendiri. 
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 13)



Oleh itu ada baiknya bagi kita untuk meneliti tuntutan syarak berkaitan dengan sikap saling maaf-memaafkan dan apakah sikap-sikap yang perlu kita praktikkan untuk menjadi seorang yang pemaaf...
khulasahnya,saya mengajak antum antunna sumer mnjadi seorang yang pemaaf...
saya pon kekadang keras hati jugak,tp bila mengingatkan Rasul kita yang tercinta amat lah seorang yang pemaaf,merasakan diri perlu mudah juga memaafkan orang..
sedangkan Rasul seorang yang maksum,inikan pula kita manusia yang byk berbuat dosa...
jom,kita renung 1 sirah yang mnunjukkan Rasul ni seorang yang pemaaf..
mesti antum antunna semua pernah dengar citer ni..saya hangatkan balik..


Anas radhiallahu 'anh berkata:
Ketika saya berjalan bersama Nabi Shallahu 'alaihi wasallam sedang Nabi memakai selendang Najran yang tebal, tiba-tiba bertemu seorang Badwi lalu menarik selendang itu dengan keras sehingga meninggalkan bekas pada leher Nabi shallahu 'alaihi wasallam sambil berkata: 
"Hai Muhammad! Berikan kepadaku dari harta Allah yang ada padamu." Maka Rasulullah menoleh kepada orang Badwi tersebut sambil tersenyum,kemudian Nabi menyuruh pesuruhnya untuk memberikan pada Badwi itu permintaanya. 
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3149)

apa ruginya orang yang mmberi maaf ni??
jom kita renung 1 ayat dari surah Ali Imran ayat 133 dan 134...

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.(ali-Imran,3:133-134)
nah...tengok..dari ayat di atas,orang yang bertaqwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya...
Allah telah mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang yang bertaqwa)...
so sesiapa yang x mau mnjadi orang bertakwa,jadilah dia orang yang rugi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-'Asr..

so apa yang nak saya sampaikan adalah,marilah kita menjadi seorang yang pemaaf..
kerana sifat ini merupakan cerminan bagi akhlak yang mulia serta ianya dituntut oleh syarak..
Perpecahan yang melanda umat Islam telah melemahkan kita sehinggakan kita berantakan sesama sendiri sedangkan pihak musuh Islam sentiasa menantikan ruang-ruang kelemahan yang ada demi untuk meruntuhkan apa sahaja kekuatan yang masih wujud pada umat Islam. Ingatlah bahawa semua umat Islam itu bersaudara dan hindarkanlah dari berpecah-belah. Firman Allah Ta'ala:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan

nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat- ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Aali-Imraan (3) : 103)
------------------------------------------------------------------------------
sedih la pulak bila Ramadhan da berlalu...
adakah diterima amalan2 kita dalam bulan yang penuh barakah itu?
adakah istiqamah kita melakukan amalan2 yang dilakukan dalam bulan penuh keampunan itu??
same2 muhasabah dan muhasanah...



--------------------------------------------------------------------------------
so,bagaimana dengan raya tahun ni?
amat meriah or meriah,or x meriah?
alhamdulillah,raya tahun ni bagi saya merupakan 1 kelainan...
sebab apa?
biar gambar yang bercerita..
betapa meriahnya suasana beraya di kampung terchenta...

*kluarga besar Haji Hussin..
(tp bukan semua)



*minta maaf byk2,umi ayah..


*wif family


*sukaneka tahunan kluarga besar Haji Hussin



*teamku a.k.a team Saidina Ali win!

*pemenang a.ka. adekku acara karaoke nasyid tahun ini..


*rayer wif sahabat2..after reunion di sekola..


------------------------------------------------------------------------------------
Raya Vs. Exam!!!!
raya,raya jugakkan,exam x lama lagi..
bukak cuti ni,terus exam...sadis kan??
tp tu la ujian..raya tahun lepas pon samer...
terpaksa la mengadap buku di hari raya...tp persoalannya, akukah yang mmbaca buku or buku yang mmbacaku...?? heee...
k,dikesempatan syawal yang masih berbaki ni,jom kita fastabiqul khairat (berlumba2 dalam melakukan kebaikan)...


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah...
Timbul pula persoalan, bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? 
Jawapan yang paling tepat adalah, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza... 
Lakukan secara berasingan...jom2 kita puasa sunat 6...


"Ya Allah,ku mohon moga pertemukanlah kami di Ramadhan yang akan datang.."
insyaAllah..
akhirul kalam,doakan saya dan sahabat2 yang lain juga agar dipermudahkan segala urusan dalam exam yang bakal tiba 23 n 24 september ni...
nantikan penulisan ku yang seterusnya selepas exam..huhu..
xsabar nak blik cuti final sem..lepas exam,aku akan terus lesap dari pandangan (hiperbola)..
Wassalam..


*khas buat sahabatku di UIA..



Wednesday, September 1, 2010

KoLoT kE??

Bismillahhirrahmanirrahim…
As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.

Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. 

Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. 
Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.

Syukran.



Babak 1.

Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.
Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak 
fun la.  Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. 
If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? 
Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah 
privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”
“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang
dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti 
if saya dah mampu saya datang terus rumah awak.”

------------------------------------------------------
Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM.
Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT. 
Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? 
Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. 

Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA. 
“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”




Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. 

Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud. 

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. 

Saya sendiri dulu pernah terfikir,  dalam Islam terlalu banyak pantang larang. 
Itu tak boleh, ini tak boleh...
Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebab yang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila 
penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman  kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256


“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah  Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
  Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;” 
Al Qashash ayat 16


“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, 
maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132   




Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. 
Dunia menjadi dambaan dan dikejar. 
Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? 
Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?

Islam itu penawar. 
Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA yang tidak ternilai. 
Sekalipun hal yang remeh sekalipun. 
Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. 
DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. 

Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. 
Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, 
Islam itu fleksibel
Sesuai mengikut peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.


Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.


Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul Khairat..!!!