wah,da lame nampaknya x menulis..
fuh..!(tiup debu)...nampaknya spiderman pon da mula mmbuat sarangnya...ish2..
...........................
....................
...........
.....
..
.
k,tutup kes...dah bersih pon...
biaselah bulan syawal,kita nak beraya,bkn berblogging...
k, dikesempatan ini,first2 nak susun sepuluh jari kaki n tangan andai tanpa sedar n tersedar n baru tersedar,
tanpa sengaja n sengaja,membuat salah,menyinggung perasaan,n yang masih berdendam lagi ngan saya,mohon maaf sangat2...
yer lah,saya pon insan biasa yang x sunyi dari membuat kesilapan...
dan begitu juga kepada sahabat2 saya diluar sana n yg sudi bace artikel kai ini,saya da maafkan kesilapan antum antunna sumer..
seringkali kita menghadapi kesukaran untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita...kan?
dan adakalanya kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan kita dengan pihak tersebut.
Ini secara tidak langsung menyalahi perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencintai sesama muslim...
Sabda Nabi shallahu 'alaihi wasallam:
Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia
mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai
dirinya sendiri.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 13)
Oleh itu ada baiknya bagi kita untuk meneliti tuntutan syarak berkaitan dengan sikap saling maaf-memaafkan dan apakah sikap-sikap yang perlu kita praktikkan untuk menjadi seorang yang pemaaf...
khulasahnya,saya mengajak antum antunna sumer mnjadi seorang yang pemaaf...
saya pon kekadang keras hati jugak,tp bila mengingatkan Rasul kita yang tercinta amat lah seorang yang pemaaf,merasakan diri perlu mudah juga memaafkan orang..
sedangkan Rasul seorang yang maksum,inikan pula kita manusia yang byk berbuat dosa...
jom,kita renung 1 sirah yang mnunjukkan Rasul ni seorang yang pemaaf..
mesti antum antunna semua pernah dengar citer ni..saya hangatkan balik..
mesti antum antunna semua pernah dengar citer ni..saya hangatkan balik..
Anas radhiallahu 'anh berkata:
Ketika saya berjalan bersama Nabi Shallahu 'alaihi wasallam sedang Nabi memakai selendang Najran yang tebal, tiba-tiba bertemu seorang Badwi lalu menarik selendang itu dengan keras sehingga meninggalkan bekas pada leher Nabi shallahu 'alaihi wasallam sambil berkata:
"Hai Muhammad! Berikan kepadaku dari harta Allah yang ada padamu." Maka Rasulullah menoleh kepada orang Badwi tersebut sambil tersenyum,kemudian Nabi menyuruh pesuruhnya untuk memberikan pada Badwi itu permintaanya.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3149)
apa ruginya orang yang mmberi maaf ni??
jom kita renung 1 ayat dari surah Ali Imran ayat 133 dan 134...
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.(ali-Imran,3:133-134)
nah...tengok..dari ayat di atas,orang yang bertaqwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya...
Allah telah mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang yang bertaqwa)...
so sesiapa yang x mau mnjadi orang bertakwa,jadilah dia orang yang rugi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-'Asr..
so apa yang nak saya sampaikan adalah,marilah kita menjadi seorang yang pemaaf..
kerana sifat ini merupakan cerminan bagi akhlak yang mulia serta ianya dituntut oleh syarak..
Perpecahan yang melanda umat Islam telah melemahkan kita sehinggakan kita berantakan sesama sendiri sedangkan pihak musuh Islam sentiasa menantikan ruang-ruang kelemahan yang ada demi untuk meruntuhkan apa sahaja kekuatan yang masih wujud pada umat Islam. Ingatlah bahawa semua umat Islam itu bersaudara dan hindarkanlah dari berpecah-belah. Firman Allah Ta'ala:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan
nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat- ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Aali-Imraan (3) : 103)
------------------------------------------------------------------------------
sedih la pulak bila Ramadhan da berlalu...
adakah diterima amalan2 kita dalam bulan yang penuh barakah itu?
adakah istiqamah kita melakukan amalan2 yang dilakukan dalam bulan penuh keampunan itu??
same2 muhasabah dan muhasanah...

--------------------------------------------------------------------------------
so,bagaimana dengan raya tahun ni?
amat meriah or meriah,or x meriah?
alhamdulillah,raya tahun ni bagi saya merupakan 1 kelainan...
sebab apa?
biar gambar yang bercerita..
betapa meriahnya suasana beraya di kampung terchenta...
*kluarga besar Haji Hussin..
(tp bukan semua)
*minta maaf byk2,umi ayah..
*wif family
*sukaneka tahunan kluarga besar Haji Hussin
*teamku a.k.a team Saidina Ali win!
*pemenang a.ka. adekku acara karaoke nasyid tahun ini..
*rayer wif sahabat2..after reunion di sekola..
------------------------------------------------------------------------------------
Raya Vs. Exam!!!!
raya,raya jugakkan,exam x lama lagi..
bukak cuti ni,terus exam...sadis kan??
tp tu la ujian..raya tahun lepas pon samer...
terpaksa la mengadap buku di hari raya...tp persoalannya, akukah yang mmbaca buku or buku yang mmbacaku...?? heee...
k,dikesempatan syawal yang masih berbaki ni,jom kita fastabiqul khairat (berlumba2 dalam melakukan kebaikan)...
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah...
Timbul pula persoalan, bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat?
Jawapan yang paling tepat adalah, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza...
Lakukan secara berasingan...jom2 kita puasa sunat 6...
"Ya Allah,ku mohon moga pertemukanlah kami di Ramadhan yang akan datang.."
insyaAllah..
akhirul kalam,doakan saya dan sahabat2 yang lain juga agar dipermudahkan segala urusan dalam exam yang bakal tiba 23 n 24 september ni...
nantikan penulisan ku yang seterusnya selepas exam..huhu..
xsabar nak blik cuti final sem..lepas exam,aku akan terus lesap dari pandangan (hiperbola)..
Wassalam..

*khas buat sahabatku di UIA..
No comments:
Post a Comment