Sunday, June 12, 2011

BuLaN MeNaBuR BeNiH...



bismillahirrahmanirrahim..
biiznillah, alhamdulillah kita sudah hampir berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1432 ini... tup tup dah 11 rejab dah pon..

Jika diperhatikan la kan, manusia ni berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun...

Ada yang tak sedar langsung datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam... 
dan ada juga yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya...
moga2 kita termasuk dalam golongan yang sedar dan peka itu dan seterusnya berusaha tingkatkan amalan..Allah bagi bonus tu,takkan kita tak nak amik peduli..
masakan tidak,di dunia yang sementara ni pun,kalau orang bagi hadiah,takkan lah kita nak tolak..
ingat tau, 'bonus' yang Allah berikan adalah terbaik dari semua 'bonus' yang diberikan makhlukNya..
namun,ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya..
Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak...
sudah tentulah Bulan ramadan amat dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW... 
Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan...

Keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, 
“Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. 
(diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).


Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada
empat bulan haram... 
Allah berfirman yang maksud-Nya: 
Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…. (at-Taubah: 36)


sapa tau ape istimewanya bulan Rejab ni??
tengok post tahun lepas yer..klik sini..
Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya...

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai latihan untuk kita supaya amalan kita di bulan Ramadhan lebih2 lagi cemerlang..
Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita... 
dan tak lupa juga penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat...
Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan...


jika kita sebelum2 ni sebagai seorang pelajar yang bertungkus-lumus dalam merapikan diri untuk exam yang akan datang,seperti stay up sampai pagi buta,minum coffee bertin2,solat hajat tak henti2,pergi kelas tuition siang malam,
maka bulan Rejab dan Syaaban pon bolehlah dianggap sebagai kelas2 tambahan untuk mempersiapkan diri untuk 'exam' Ramadan nanti yer..boleh grab DEAN LIST insyaAllah..

hmm..tentang amalan khusus untuk bulan Rejab bagaimana pula yer?
sebenarnya tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih... 
Ini juga dapat mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid’ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan... 
saya pon tak berani nak khususkan apa amalan yang patut kita lakukan..
urusan pahala urusan Allah,so kita sbgai makhlukNya berusahalah untuk tingkatkan amalan..
yer lah,pahala kita bukannya selalu naik..ada jugak dosa yang kita lakukan dalam seharian..

kalau nak cakap memang terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya tapi boleh lah kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak... 
Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur’an dan etc..


Dan selalunya akan tersebar pasal ‘kelebihan2’ bulan Rejab yang entah mana datang dalil2 Al Quran dan Hadith... 

Entah sahih entah palsu main sebar je then amal ramai2 apa yang agama dan nabi tak pernah ajar. Beware yer!
Tapi, jangan la beware sampai tak buat apa2 langsung kan sepanjang Rejab ni.. 
Jom kita jadikan bulan Rejab dan Syaban ni sebagai Orientation Months sebelum kita enrol ke bulan Ramadhan : Univerity of Tarbiah. InsyaAllah...



No comments: