Saturday, July 16, 2011

JoM MeNgHiDuPkAn mALaM NisFu sYa'BaN!!



bismillahirahmanirrahim..sedar tak sedar dah masuk 15 sya'ban dah malam ni..
dan kehangatan bulan barakah Ramadhan al-Mubarak semakin terasa..
oke,tak nak cerita panjang..
ana hanya ingin kongsikan cara untuk menghidupkan malam nisfu sya'ban ni..
dipetik dari risalah malam nisfu sya'ban yang dikarang oleh ustaz Muhadir,ustaz ana di UIA..
lepas baca,insyaAllah boleh amalkan..
ni risalah penuhnya,boleh download kat SINI yer.


Di dalam kitab Lathoif al-Ma’arif disebutkan:


“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali telah keluar pada malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”


Di kalangan Tabi’in dari negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. 
Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam ini….Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya termasuklah Atha’ dan Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya dari fuqaha’ Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah.”


Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:


1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. 
Adalah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah). Ia dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di dalam Masa’ilnya.


2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i, Imam penduduk Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah…”


Solat


Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. 
Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali adalah antara ulama’ yang menthabitkannya.
Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun.
Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara’.


Membaca Surah Yaasin


Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali dengan niat pada bacaan:
yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, 
yang kedua dengan niat menolakkan bala’
yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa cukup dan tidak meminta-minta dari manusia. 


Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ mu’tabar. Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadith yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an dan Surah Yasin adalah termasuk dari surah-surah di dalam Al-Qur’an. Membaca Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya.
Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya.


Doa


Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia memberi pengertian perlu dan berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah tanda tadharru’ (merendah diri) seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat kehambaan dari hambaNya.


Tanbih


Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini, mereka selalu berdalilkan pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah. Jika diteliti, Syaikh Ibn Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini malah memujinya.



Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu’ Fatawa beliau menulis maksudnya: 


"Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemuliaan dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan Salaf bahawa mereka menunaikan solat khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama’ Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat..” 


Wallahua'lam..

2 comments:

husnataqwa said...

salam ziarah blog amirah. =) Wah baru tahu ada blog. teruskan. teruskan menulis. =)

semoga Allah redha...

Ana al-faqir ilallah.. said...

wslm..hehe..tapi blog mirah tak sehebat kak husna..:)