pada sesiapa yg malas bace paper...ni mirah copy paste kt cni...
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, gerhana bulan dan matahari adalah aturan semula jadi alam yang tertakluk kepada kehendak dan izin Allah.
Justeru, orang ramai digalakkan melaksanakan ibadat sunat bagi meningkatkan keimanan kepada Allah selepas melihat tanda kebesaranNya.
“Sehubungan itu, Masjid Negara dengan kerjasama Jakim dan Agensi Angkasa Negara akan mengadakan Program Gerhana Bulan Separa di perkarangan masjid mulai 1 hingga 6 pagi dan pengisiannya termasuk menunaikan solat sunat khusuf yang akan disertai khutbah khas gerhana bulan.
“Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi ini dan bersama menunaikan solat sunat serta mendengar khutbah khas berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Gerhana dijangka bermula jam 1.17 hingga 5.28 pagi waktu Malaysia dan ia akan bermula dengan fasa penumbra jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi.
Kejadian itu hanya dapat dilihat dengan jelas apabila bulan memasuki bayang penumbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi hingga gerhana maksimum.
::kesimpulannya,new year jatuh pd hari jumaat n kpada semua umat Islam,kmbalilah kpada ftrah anda ,ingat kmbali matlamat anda dihidupkan...::
jazakallah..
No comments:
Post a Comment