Thursday, December 30, 2010

UkHwAh BaGai TaSbiH~

bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku, 
yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, 
jantungku untuk berdegup, 
kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, 
telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya...


*mode ukhwah~



memandangkan esok dah nak masuk tahun baru kalendar bukan islam,hari ni saya post ler satu entry buat pembaca setia blog ni..
menulis ni bukanlah satu kerja yang mudah..cemburu  melihat sahabat2 blogger yang lain yang lebih mantap penulisan mereka,lebih banyak isi di entry mereka..
salah satu blog yang saya kunjung tetap ni..KLIK SINI..
blog yang membuat saya tertarik untuk membacanya..
kerana apa? kerana 1st saya bukak,tengok ada amaran..
amarannya berbunyi: 

Amaran: Sila tinggalkan blog ini jika anda tidak sukakan puitis dan romantis. Penulis sekarang sedang menulis jurnal untuk tatapannya bersama zawjah penulis apabila berumahtangga kelak. Dan sesiapa yang telah memasukkan blog penulis ke dalam bloglist, sila padamkan blog penulis jika anda kurang selesa dengan pembawaan penulis.

cool kan? tu baru baca amaran..belum lagi entry2 kat situ..
bak kata penulis tu,'romantikus-bilitikus' habis lah..
saya tersenyum sendirian bila membaca  entry2 di situ..=p

sorang lagi Hilal Asyraf..
beliau jugak merupakan salah seorang yang saya amat kagumi penulisannya..
mantap! amat mantap..
yer lah,penulisan anak muda memang pekena lah ngan jiwa kita ni..
antara banyak2 novel yang dia buat,satu jer yang saya baca..
mungkin tak tergerak hati lagi kot nak beli..tapi amat2 mau beli novel beliau yang lain..!
malangnya hanya dapat membelek dan membelek..kerana pe?
yer lah,mana tak pikir 10x nyer..satu novel mencecah 20 ke 30 ringgit..

ok..dah2..actually nak citer sal novel yang saya bace tuh..
secara peribadi,banyak message yang boleh saya ambik dari novel tu..lagipun nak dapat dia punya message uh senang jer..penulisan yang mudah nak paham..

antara dialog yang saya suka dalam Sinergi..





"Em, aku nak tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persahabatan kita atas dasar keimanan?" Asid bertanya kepada Irfan.



"Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa hingga ke akhirat. Rumah, harta akan hancur. Rupa paras akan hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah SWT. Redha Allah, kita akan kejar sampai mati, dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu, persahabatan kita ini, Allah kira sebagai ibadah."



"Kalau macam itu, apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"



"Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk

menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga."




indah kan?
persahabatan berlandaskan keimanan..
tertnya,"adakah aku juga bersahabat atas dasar iman?"
tepuklah dada tnya iman masing2..


satu lagi scene yang aku suka..


*******************


"Eh, kau mahu ambil jurusan agama? Kalau macam itu, aku pun mahu!"

Irfan menggeleng. "Tak boleh. Kau perlu ambil Perubatan."

"Hah, kenapa? Aku tak boleh berbakti kepada Islamlah macam itu." Asid tidak puas hati.

"Asid, berbakti, menyumbang untuk Islam ni, tak semestinya di tangan pelajar agama sahja. Betul, pelajar agamalah yang akan menjaga agama kerana mereka mendalami agama itu. Tetapi kami ini ibarat pertahanan akhir. Yang berperang di barisan paling hadapan adalah orang-orang yang menjadi doktor, jurutera dan sebagainya."

"Kenapa begitu?"

"Sebab orang-orang itulah yang diperlukan dalam bilangan ramai. Orang agama, sikit cukup, sebagai rujukan. Berapa banyak mazhab dalam Islam?"

"Empat yang utama."

"Ya, nampak? Empat sahaja mazhab, diasaskan oleh empat orang Islam. Tetapi bolehkah ada empat sahaja hospital dalam dunia ini? Dan setiap hospital dijalankan oleh seorang doktor sahaja?"

Asid menggeleng.

"Jadi di sini, kita perlukan doktor-doktor yang bukan sahaja Islam, tetapi juga mempunya sahsiah yang baik. Menjadi contoh kepada orang sekelilingnya, kepada pesakitnya, kepada rakan sekerjanya agar semua hospital di dunia ini bergerak atas syariat Islam. Sebab itu, Asid, kau perlu jadi doktor. Dan jangan jadi doktor yang biasa. Jadi doktor pakar. Sebab orang Islam itu adalah yang tertinggi dalam semua perkara."

"Oh, bagus idea itu. Kau tempat rujuk aku. Aku, kau punya barisan penggempur."

"Lebih kuranglah."



*****************************************

lepas baca part ni,terasa berkobar2 la pulak nak jadi doktor..haih~ *sigh
kata hatiku: "udeh2 ler nak berkhayal cita2 jadi doktor..tengok darah pon da lembik~*sigh again"
mana tak nyer..orang luka sikit,kita yang lebih2 lembik..aduh..
insyaAllah..bakal pharmacist 2016 (erk,ye ker? hentam aja laa)..
manusia hnya mampu merancang,tapi kepada Allah jua lah yang maha menentukan..*jika itu yang terbaik buatku*
termelalut dah ni..


secara khulasahnya,saya sayang sahabat2 saya..
tak kira lah sahabat2 di sekolah rendah,menengah,u n whoever yang pernah jadi sahabat saya..
Ku mahu kau tahu yang ku amat2 menyayangimu..(aiseh,muslimat jer ye..)
ahh...teringat pula 'ku mahu ku tahu'... pon masih terbengkalai penulisannya..aduh..
kata hatiku:"bila agak2 nya mahu diteruskan..kerja takde lah bnyak sngt pon!"


ok lah..perut dah berbunyi lagu rock kapak da ni..*mau breakfast*
saya tinggalkan entry kali ni ngan satu dialog yang memayat menayat menyayat hatiku...

*edited version












"Sampai bila ukhuwah kita akan berkekalan?" ku bertanya.



"Sampai salah seorang daripada kita tercabut keimanannya."



"Aku takkan benarkan itu berlaku," ku berjanji.





No comments: