ok,memandangkan hari ini sudah hari kedua Hari raya Korban dan juga hari keduaku di rumah,barulah bolehku duduk2 sambil menggoyangkan kaki dan menaip sepatah dua kata about hari raya aidiladha ni..
hmm..nak kata meriah,xde la meriah sangat,sbb org jauh2 x balik..
i mean pak n mak sedara yang duk KL,x boleh balik..
plus,saya pun amat terkejut bila perjalanan saya ke kampung mengambil masa 12 jam untuk sampai ke destinasi..
suppose 8 jam..heran bin ajaib..sampai pagi raya beb!
biasalah bila naik dengan bukan bas berdaftar..
sekadar bas biasa yang ku anggap "boleh laa tahan..",macam2 karenah...
saya pun jadi dah serik bila tahu begini keadaannya..
malam 16 aebulan tu lagi dasyat..xleh nak habaq lagu mana meriahnya suasana nak balik kampung..
so,moral of the story,janganlah beli tiket lewat2,nanti balik dengan bas yang ntah pape..
fine kita tutup sal citer tu,kita bukak topik lain..
kalau kita sebut sal Hari Raya Qurban,memang tidak dapat dipisahkan dengan sirah pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s...
Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia...
Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut...
Tetapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :
"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)
Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi...
dan amat digalakkan kalau kita ni sebagai pelajar mengaplikasikan pengorbanan ni dalam pembelajaran..
sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya..
kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang bergolek..
Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku...
Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.
"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )
----------------------------------------------------------------------------------------
nilah antara gambar Qurban di rumah nenekku..
*date tu silap set..sila abaikan..
*penyembelih yang pakai baju stripes tu..
*lembu yang dah disembelih..
*si kecik dirumah kami..bila cicak disamakan dengan katak..adoi...:DD
Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair. Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan.
Semoga Allah merahmati...selamat hari raya aidiladha semua..
wassalam...
No comments:
Post a Comment