Monday, April 19, 2010

CeMbUrU???



Kau kuat cemburu? 
Biasanya sifat cemburu ni berkait rapat dengan wanita. 
Tetapi sebenarnya lelaki juga punyai sifat cemburu seperti wanita, dan sifat cemburunya perlu lebih dari wanita. 
Cuma lelaki lebih bijak mengawalnya disamping sifat ego yang lebih tinggi dari kaum wanita.
Cemburu seorang lelaki, suami dan ayah adalah penting dan wajib demi menjaga maruah dan kehormatan keluarga terutama wanita, isteri dan anak-anak.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, Berkata Ubadah bin Somit r.a :

“Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi” – 
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Berdasarkan peristiwa tersebut, Allah dan Rasul menegaskan lelaki, suami dan ayah perlu bersikap mempertahankan kepada ahli keluarga dari melakukan perkara keji dan mungkar terutama zina.
Kau boleh lihat sendiri dalam islam sudah mengajar bagaimana memperlihatkan sifat cemburu lelaki tapi dalam masa yang sama mengawalnya dari berlarutan dan hanya memanipulasikan sifat cemburu ke arah kebaikan.
Bila Lelaki Perlu Cemburu

Lelaki perlu cemburu untuk mengelak diri dari bergelar dayus dan perlu mengelak dari berlakukannya kemungkaran. Antara gejala kemungkaran yang sering berlaku,
1. 
Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.


2. 
Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.


3. 
Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.


4. 
Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.


5. 
Sakit puan – membiarkan doktor lelaki merawatnya padahal banyak lagi kllinik atau hospital yang memiliki doktor wanita kecuali terdesak.
Malah setiap musibah yang berlaku adalah kerana kurangnya atau tiada sifat cemburu dari lelaki, suami dan ayah. Yalah kononnya takut tidak mengikut peredaran zaman dimana sifat cemburu lelaki yang sepatutnya bersifat melindungi dipandang sinis.
Dan dari sikap seperti itulah menyebabkan gejala sosial semakin meruncing dan menyebabkan ketirisan dalam kekeluargaan berlaku. 

Sikap ambil mudah, cepat meletakkan kepercayaan pada orang lain bukan sikap yang digalakkan dalam islam. Islam merupakan kajian psikologi manusia yang terbaik!

Sayangilah diri kamu dan keluarga kamu! Dan jauhkan diri kamu dab keluarga kamu dari panas api neraka!


Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” – (Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Jadi, fikir-fikirkanlah demi membentuk organisasi islam yang baik pada masa akan datang.


No comments: