Sunday, April 11, 2010

MiMpi seOrang GaDiS...



Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanir rahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)
oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis
ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam
tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.


"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga
kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-
dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil
pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-
muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.


Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu
ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut
perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air
kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu
dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar
dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.


Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang
lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah
agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.


Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-
mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR
TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.

No comments: