Saturday, August 28, 2010

DeDiKaSi TUk sAhAbatkU..

kawan




bismillahirrahmanirrahim..
Pejam celik pejam celik, kamu telah melangkah ke alam dewasa. Umur 19 taun. 

Telah banyak pengalaman pahit manis yang dilaluimu, Alhamdulillah. 
Pengalaman tidak kira baik atau buruk yang menjadi asam garam kehidupanmu. 
Dan segala perkara tersebut ditempuhi, pahit manisnya dirasai bersama insan yang bergelar sahabat..


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman... 



Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan... 


Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta, 



Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!





Selamat Hari Lahir buat sahabatku...Aina.






Selamat hari lahir sahabatku…..
Hari dimulainya engkau mengenal dunia ini. 
Mendengar panggilan ALLAH ditelingamu, walaupun didalam rahim ibu engkau sudah mendengarkan ayat ayat ALLAH dilantunkan setiap hari, setiap saat, setiap waktu.
Hari disaat orang orang disekitarmu bertasbih, tersenyum dan tertawa bahagia menyambut kehadiranmu

Selamat hari lahir sahabatku…….
Berkuranglah usiamu di dunia ini dan bertambahlah usiamu untuk menuju Sang Khalik ke tempat yang abadi tiada batas. 
Perjalanan yang sangat pendek di dunia ini, akankah eksistensi diri kita diterima olehNYA?.....
Diterima oleh sesama kita?...

Selamat hari lahir sahabatku…
Semoga ALLAH selalu memberikan limpahan rizki untukmu, memberikan kemudahan dalam setiap urusanmu dan semoga engkau selalu berjalan diatas jalanNYA. Segera dipertemukan dengan pasangan jiwa yang bisa menuntun dan menyempurnakan perjalananmu

Selamat hari lahir sahabatku…


Friday, August 27, 2010

rAmAdHaN UnTuKkU Dan UnTuKmU..

bismillahirrahmanirrahim..
Mahu atau tidak, percaya atau tak, kita sudah pun menempuh bulan Ramadhan. 
Rasa sekejap saja masa berlalu. Sedar tak sedar, dah tiba dalam bulan Ramadhan daa..
dan sedar x sedar jugak,da masuk 17 Ramadhan dah,yakni nuzul Quran..
tahu ke tak apakah itu nuzul Quran?
mai saya terangkan..
Peristiwa nuzul al-Quran ni menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. 
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah...
Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran...
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana mengizinkan kita menempuh Ramadhan yang mulia ini, sebagaimana insan yang lain mungkin tak sempat untuk menjamu nikmat Ramadhan kali ini...

saya sendiri cukup kagum dengan kehadiran para warga kampus yang memenuhi setiap inci masjid di tempat saya. 
Walaupun bersesak akibat masjid itu yang tidak sebesar mana, namun masih tetap kekal mengerjakan Terawih bersama-sama. 
Di sini ada beberapa perkara yang mungkin kita tersalah faham di dalam bulan Ramadhan ini. Kita mahu beribadah semaksimumnya, jangan jadikan salah faham ini sebagai pembantut amalan kita.

1. Ramai yang berpusu-pusu untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih berjemaah, sedangkan tak ramai yang berkejar-kejar untuk Solat Fardhu Subuh berjemaah. 
Sesungguhnya kita sendiri sedia maklum, pahala orang Solat Subuh berjemaah bersamaan dengan solat sunat sepanjang malam! 
Antara fardhu dan sunat, sudah tentu fardhu yang perlu diutamakan.ke bagaimana? btol x?

2. Makan di tengah malam, bukanlah dinamakan sahur. Ia dipanggil supper, yakni makan lewat malam. 
Sahur ini di penghujung waktu. Mengikut sunnah Rasulullah,sememangnya kita sukar untuk bangun bersahur. Namun, keberkatan yang ada tidak terhitung banyaknya.

3. Puasa bukan alasan untuk kita tidak produktif dalam kerja seharian. 
Bila ada saja Muslim yang letih, lesu apabila berpuasa, jangan disalahkan puasa itu.
Salahkan orang yang berpuasa. Sedangkan para sahabat dulu boleh pergi berperang semasa di bulan Ramadhan yakni dalam perang Badar..

nah..apa yang saya nak sampaikan adalah janganlah menjadi insan Ramadhaniyyah,tapi jadilah insan yang Rabbaniah..
Bertepatan dengan hadis pertama..
INNAMAL A`MAALU BINNIAT..
setiap amal-amal kita hendaklah bermula dengan niat..
buat kerana Allah sahaja tak cukup utk memastikan sesuatu amalan itu diterima Allah..
jd, perlukan syarat yang kedua iaitu selari dengan sunnah/syariat Islam. 
kalau dua syarat ni dipenuhi, 
1. ikhlas kerana Allah, 
2. menurut sunnah/syariat 
maka barulah sesuatu amalan itu boleh dinamakan ibadat kepada Allah..

*checklist bulan Ramadhan...

suka saya tuk berkongsi satu nasyid yang bila datangnya Ramadhan,akan terdendanglah nasyid ni..




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula



Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
------------------------------------------------------------

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." 
Al-Baqarah-183

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang 
bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang 
sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang 
berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya




Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana?  
Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. 
Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan  ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. 
Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.


pejam celik,pejam celik,hari ini da 17 Ramadhan..
maksudnya da x lame berjumpa ngan malam 10 terakhir...
Dalam al-Quran ada mnceritakan tntg mlm lailatul Qadar ini....
tgk surah Al-QADR....bagaimana Allah mnceritakan pd mlm itu tlh ditrunkn Al quran yg mnjd ptunjuk utk kita selama-lamanya....Kemudian Allah bertanya...tahukah kita akn mlm itu?....
maka jwbnya ialah...mlm itu mrupakn mlm kemulian dimana lebih baik dari seribu bulan....
Pada malam itu, malaikat Jibril dan malaikat2 yg lain utk mncari org beribadah dan mendaokn keampunan ke atas org itu....Malam tersebut sejahtera smpai terbitnya fajar....



begitu juga dgn Hadis nabi s.a.w.....
"carilah bagimu mlm lailatul qadar di mlm gnjil pd spuluh mlm terakhir ramadan"....


sedikit sbyk apa yg perlu diambil kira ialah apakah kita ini tahu akn erti mlm itu?....
adakah kita mrindui akan mlm itu?...
adakah usaha kita utk mncari mlm itu?
Sahabat sekalian(dan diriku jua),carilah akan mlm itu....
sesungguhnya kamu tidak akan beroleh kerugian sedikit pn jika kmu beribadat pd mlm itu....
Hatta kamu hnya membaca 1 ayat dari al-Quran pn..kmu akan diganjarkan dgn phla selama 1000 bulan..MASYALLAH.....
tp adakah kita hnya mahu mmbca 1 ayt sahaja?
mlm lailatul qadar ni,setaun sekali shja kita akan bertemunya....
and x pasti adakah kita akn bertemu dengannya lg atau tidak....jd carilah mlm ini...

Diceritakan,pkok2 akan sjud...air2 tasik akan membeku....
kelebihan utk mlihat perkara ini hya diberikan kpda org2 yg tertntu shja...
bak kata ustaz saya,lau ikut waqi' di uia ni,
kesunyian malam itu dirasai tanpa nyalakan anjing di cfs iium ni...
tp janganlah diganggu anjing2 tersebut dengan balingan batu,sah2 la mreka(anjing) akan mnyalak..


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. 
Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. 
Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 
Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. 
menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 


Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. 
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. 
Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat..

sebelum saya merehatkan jari saya tuk menulis,suka saya tuk share 1 nasyid yang amat mendalam maksudnya..

Segalanya Milik-Mu


Album : 


Munsyid : Mestica


http://liriknasyid.com








kau yg mencptakn cinta


dan kau jua yg menghampar bahagia


diribaanMu terhimpun hrpn
impian tulus stiap insan

kau yg mengutskn duka
dan engkaulh yg mengirimkn hampa
namun padaMu jua diadukn
merebahkn keresahan dan tangisan

* aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yg terbaik utkku
tak semuanya yg ku mahu...

munculh hangat nafas yg terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
tlh kau titipkn kekuatn oh tuhan...

ulang*

wallahua'alam..
setakat ini tinta hari ni..
saya sudahi ngan alhamdulillah..

Thursday, August 26, 2010

AnDai NreGaRa kIta sEbEgInI...

bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
Kaifhal? Kaifahaluki sahabat seperjuangan semua??
Semoga hari yang berlalu sarat dengan bekalan yang dicari tanpa jemu buat destinasi Akhirat yang kekal abadi..
Semoga pinjaman kesihatan dan kesempatan masa yang baik oleh dimanfaatkan antum antunna…
Alhamdulillah..Kurniaan Allah yang tidak terhingga memberi kesempatan buat ana untuk memaparkan 1 cerpen yang menarik!
Mengapa? Kerna ia sarat dengan makna yang sangat mendalam..
Mendalam pada hati-hati yang mendamba kesedaran..

Semoga kisah ini mampu mendidik kita dengan Islam..cahya agama Allah ini,diharapkan mampu menjadi ‘jantung’ buat setiap muslimin dan muslimat yang dengan keyakinan yang tinggi mengaku akan keESAan Allah sebagai Rabb yang SATU dan Muhammad sebagai utusanNYA.

-------------------------------------------------------------------------

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. 
"Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.


Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr . Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.


"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur . Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana . Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.
"Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. " Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.

Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr . Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ... malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya." Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Astaghfirullah.. keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.


"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana , tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana , tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit
.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

"Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......

stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"


"Pasakkan Tsabat Teguhkan Istiqamah"

"Ambillah hikmah (kebijaksanaan) dari mana pun datangnya."