alhamdulillah masihku punyai nyawa untuk hidup pada hari ini..
sudah agak lama aku tidak menulis...terasa janggal..
di kesempatan yang ada,aku sempat mencuri sedikit masa muraja'ahku agar sempat menulis sedikit kata2 yang sudah lama terbuku dalam hati..
"kawan ana sekarang dah banyak berubah. Dulu dia suka pakai tudung tiga segi tak sampai ke paras dada dan salu berseluar jeans, tapi sekarang dia dah salu pakai baju kurung, tambah lagi, tudung pun dah sedikit labuh. Dia dah banyak berubah.”
ayat diatas sengaja ku petik tuk mnyatakan betapa syukurnya JIKA aku ada kawan sebegitu..
tp ayat tu aku nak vice versa kan agar antum antunna sumer tau yang aku amat n teramatlah sedih bila melihat kawan2 aku dulu da mula berubah...
mengapa jadi begitu wahai sahabat2ku semua...?
adakah kerana kita telah meningkat dewasa...?
adakah kerana kamu mengikut trend masa kini dan x mau dianggap sebagai org yg ketinggalan zaman...?
adakah kerana kamu terpengaruh dengan persekitaran..?
salah satu matlamat aku buka akaun FB adalah untuk melihat bagaimanakah keadaan kamu ,wahai sahabatku..?
luluh jiwa bila mengetahui keadaan sebenar...
terkejut dan jiwa hampir x boleh menerima bahawa kamu dah berubah..jauh dariNya...
adakah kamu sahabatku yang dulu?
yang pernah sama2 belajar di sekolah yang sama,sekolah yang bakal melahirkan pemimpin Islam..
dimanakah istimewanya sekolah yang bertitle 'agama'..??
detik ini ku merasakan semua sama,tiada istimewanya..
buktinya di depan mataku..bilamana sahabat2ku telah mula berubah..
dari segi attitude,pemakaian..dan tanpa segan silu mengisytiharkan status in relationship ngan sape kat FB..
dimana identitimu sebagai pelajar lepasan SPM sekolah agama?
air mata jernih kian mengalir..kerana kurasakan aku adalah insan lemah...
insan yang mampu melihatmu dari jauh...
benci dengan hati..merupakan selemah2 iman...
titik2 air mata kian mengalir laju pabila ku teliti maksud ayat 125 ,surah An-Nahl..
'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk..'
merasakan aku sedikit pun x jalankan amanah yang diberikan oleh Kekasihku..
hanya mampu membenci dalam hati..
dan dikala saat itulah,aku membenci kamu dan x ingin bertemu denganmu..
aku hairan..
ramai orang yang ada sekarang ni pandai ilmu agama...
Ramai yang sekolah agama...
Ramai yang dah tahu halal haram.
Tapi kenapa mereka masih bermaksiat?
Kenapa kemungkaran masih bermaharajalela?
jawapannya adalah kerana tiada Da'i yang muncul untuk memberi peringatan...
Semuanya takut untuk bersuara...
Tiada yang kemudiannya bersungguh-sungguh untuk mentarbiyah ummat yang kita semakin rosak.
Bila kita terus ikut hawa nafsu, dan menjadikannya tuhan, maka Allah akan membiarkan kita sesat.
buktinya ada dalam Al-Quran,kitab suci yang kekal sampai kini,yang mnjadi panduan kita..
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? [45:23]
Entah kenapa ayat itu amat-amat menusuk ke dalam hatiku.
Tiba-tiba mataku berlopak..
Aku amat terkesima. Aku terbayang segala dosa-dosa yang aku lakukan dengan sesuka hati..
Mataku, apa yang telah aku lihat dengannya.
Tanganku, untuk apa telah aku gunakan ia...
Telingaku, apa yang telah aku dengar dengannya...
pesanan buat sahabiah2ku..
Pada mata lelaki ni, perempuan ini adalah simbol..ana pon x berapa pasti simbol apakah itu..*confuse*
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman.
So, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita.
Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu.
Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi , sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung.
Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.
Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk pinggulnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk pinggulnya tiadak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya.
Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.
Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan.
Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak same sekali dengan warna kulit kita.
Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa.
Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas.
Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki.
Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.
Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang nie lebih afdal..kat mydin banyak jual.
Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya.
Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu.
Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang.
Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat umah. Lebih selamat.
Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini.
Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai.
Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri.
Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat.
Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.
Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki.
Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita.
Ingatlah, huqum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua.
Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya.
Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.
Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan.
Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya.
Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.
Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki.
Teringat kata-kata Al-Ghazali:
Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.
Ya Allah, bantulah aku untuk terus berubah mencari redhaMu. Tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMu. Seindah apapun kenikmatan dunia, jika Engkau tidak meredhainya, tentulah ia hanyalah sia-sia. Ya Allah, biarlah seluruh dunia membenciku, tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah..
Maafkan aku wahai sahabat2ku...hatiku sakit bila melihat kamu semua dah berubah..aku hanya manusia biasa yang juga melakukan kesilapan..dan sebelum mataku tertutup menemui Tuhan,aku amat berharap agar suatu hari nanti kamu menemui nikmat berada dalam syariat Allah.. Tujuanku hanya mencari redha Allah. Kalian tetap adalah sahabat2 yang kucintai, sebagai muslim. Semoga kalian dibimbing oleh Allah ke jalan yang benar. Mohon doakan untuk diri ini juga.
nukilan sahabatmu, Nor Amirah Adnan..
1.51am,22/08/2010..
1 comment:
nice entri..
Hm. Sy fhm perasaan kak mira.
Bnyk bersabar ye kak..
Post a Comment