Tuesday, August 10, 2010

KeHaDiRaNmU MeNgGaMiT kEtEnAnGaNkU..

Bismillahirrahmanirrahim..
izinkan ku berpuisi seketika..*copy paste*

bertemu sudah kita, duhai kekasih.
meski pertemuan ini cukup singkat
kerna kita dipertemukan
hanya untuk 30 hari berturut dalam setahun.
temanilah aku dalam setiap detikku,
gembirakanlah aku di waktu sahurku,
ceriakanlah aku di waktu tarawikhku,
tenangkanlah aku di waktu malamku,

waktu yang singkat untuk kita bersama,
ajarilah aku lebih banyak tentang cinta...

selamat datang, sang kekasihku ramadhan...

alhamdulillah bulan yang selama ini kita nantikan telah pun muncul kembali, jika tahun ini kita berkesempatan dengan bulan mulia ini, adakah tahun depan kita masih lagi wujud di dunia ini? 
insyaALLAH, semoga ramadhan kali ini kita struggle menunaikan ibadah dengan seikhlas hati kerana ingin mendapat keredhaan Allah..
terpanggil untuk kongsi kata2 ustaz btq ku,puasa ni mestilah bermatlamat hya 1,iaitu untuk  keredhaan Allah semata2,dan bknnya untuk byak matlamat ,contohnya, "puasa ni aku nak turunkan berat badan agar aku bleh pakai baju kebaya yang sama sendat"...itu contoh pertama...
lain contoh,"puasa ni aku nak jimat duit.."
nah..ape sbb kita x bley punyai matlamat byk?
kerana takot2 matlamat utama yakni untuk cari keredhaan Allah lari dari landasan sepatutnya..

sebenarnya disini saya ingin membawa antum antunna sumer kembali kepada zaman lampau kita, 
dimana kali pertama kita mula belajar berpuasa,ingat la ke x? 
yaa Allah, tersangat amat banyaklah kenangan masa berpuasa suatu zaman muda2 dulu...
walaupun kita masih lagi kecil seperti upin ipin tu...
ya Allah, jika aku dapat kembali masa lalu, akanku hargai setiap pengalaman ketika itu, tapi kita tidak mampu, kita hanya mampu mengenangkan sejarah lampau itu, dengan kudrat yang lemah pada ketika itu untuk berpuasa 
semakin meningkat dewasa semakin berubah cara hidup kita, dahulunya berpuasa dengan keluarga, di alam persekolahan terpaksa tinggal di asrama bagi meneruskan pelajaran.
suasana sudah berubah, kalau dulu mak bangunkan sahur, tapi kali ini kawan2 pula yang tolong kejutkan...

perubahan yang besar berlaku setelah saya masuk kampus ni, teramat banyak dugaan, ujian terus menerus yang semakin mendewasakan diriku, semakin ku mengenali "siapa" dia bulan ramadhan itu, 
"apakah" yang sepatutnya ku lakukan di dalamnya,
bila difikirkan kembali sebenarnya keikhlasan berpuasa ketika kecil lebih jelas berbanding dewasa kini, kerna apa?
kanak2 yang belum baligh suci dari dosa, hati bersih. 
kita yang sudah baligh ni hidup penuh dengan noda, titik hitam di hati semakin bertambah bagaimana nak sampai tahap ikhlas dalam melakukan ibadah?

oleh itu, ambillah peluang dalam bulan mulia ini untuk kita bersihkan hati kita ini, bagi menyucikan hati kita ini cubalah pendekatan yang saya ingin kongsikan kepada sahabat, 
cubalah kita buat checklist apa yang kita nak buat pada ramadhan kali ini supaya aktiviti dan program ibadah kita sentiasa terisi dan tidak terbuang dengan sia2.
contohnya, tetapkan matlamat khatam 30 juzuk dalam bulan ini, qiamullail setiap malam, solat berjemaah 5 waktu, solat dhuha setiap hari, zikir sentiasa di hati, mata sentiasa tunduk, sedekah setiap hari, belanja orang susah berbuka puasa, mathurat jangan tinggal, pergi kuliah2 agama... 
fuuhh, ini adalah contoh checklist saya untuk ramadhan kali ini...buat ke tidak,itu masalah kedua..
tetapkan dulu aim kita,agar senang kita perbaiki diri bila muhasabah.. 
insyaALLAH masa tidak akan terbuang dengan sia2.
bagi sahabat2 semua, penuhilah bulan ini dengan ibadah ye, insyaALLAH sama2 kita semua mencari keredhaanNYA.
 ----------------------------------------------------------------
"Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri.Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”


Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. 
Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. 
Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. 
Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. 
Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.
janganlah kita termasuk dalam kalangan yang bilamana di dunia,tidak sedar2,dan apabila mati,barulah kita tersedar dan merasakan bahawa hidup didunia ini adalah 1 medan pertempuran dan tempat kita mengumpul bekalan ke akhirat..

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan.
Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. 
Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. 
Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan...
mak kata membazir tu amalan syaitan..
terpanggil juga tuk kongsi kata2 sahabat ana..salah 1 perbuatan yang dpt menyucikan jiwa adalah makan secara sederhana..makan apabila lapar,berhenti sebelum kenyang...
tp janganla pula kita aplikasikan dalam bulan Ramadhan ni..alamatnya semua kantoi x puasa..

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. 
Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. 
Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. 
Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. 
PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. 
Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. 
Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

p/s: maaf dan ampun andai saya pernah melukakan hati2 antum antunna sumer..

pp/s:jadikan Ramadhan kali ini seolah2 Ramadhan terakhir kita.. tingkatkan amalan,insyaAllah..

ppp/s: Selamat Hari Raya...*awal sgt la pulak!* --->ignored this..

pppp/s: aku rindukan Ramadhan bersama2 family n sahabat2 seasrama..

*gambar hiasan..uhibbukum jiddan2...*

No comments: