Monday, September 27, 2010

mArI MeNjadi HamBa Yang bESyUKuR...yOk!

bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini...
Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya...
Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam...
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
alhamdlillah exam da abes...n dapat blik umah ngan riangnya...n dapat cuti sebulan...huhu..
anyway,udah lama bangat ku nggak mnulis ya...
terasa kejanggalan..bkn sbb xde mase or bz ker..
tp sbb malas..n de idea nak sampaikan ape..
sebelum ku belayar dengan lebih jauh lagi,izinkanku titipkan 1 nasyid..


Dalam derita ada bahagia 

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu...





Bersyukur...

Perkataan yang sangat mudah disebut, tapi BUKAN mudah untuk dipraktikkan dan disemai dalam diri... 
Kenapa saya kata 'susah' nak belajar bersyukur? 
....kerana kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita rasakan lebih 'bertuah' daripada kita,
....kerana kita sering merasakan kitalah orang yang paling 'malang' dalam dunia.


Yang nyata, perkataan 'bertuah' dan 'malang' itu sendiri sangat subjektif maksudnya...
Siapalah kita untuk menentukan apakah 'nasib' kita. 
Yang pasti, kita tidak harus berhenti merancang, biar Tuhan yang menentukan...



Kenapa tiba-tiba saya sebut pasal 'bersyukur' ni?
terkesan bila tengok 1 citer ni...1 litre of tears..
n terasa amat bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat berjalan,bercakap,etc...
oh Allah,alhamdulillah..
xnak cakap pnjang sal citer tu...lau nak tau,tengok sendiri yer..
saya bagi 4 setengah bintang...heee...
Khulasahnya, kalau anda rasa seperti sudah 'terkeluar dari landasan' dan ingin kembali memijak bumi, intai-intailah mereka yang bernasib malang dan kurang berkemampuan...
Kalau anda selalu murung dan bersedih serta menganggap takdir 'memusuhi' anda, renung-renunglah mereka yang lebih susah dari antum antunna dan belajarlah bersyukur mulai sekarang...



mengapa amat susah untuk kita bersyukur?
Kita susah atau senang, kita kaya atau miskin, kita comel atau hodoh, kita ada istana atau rumah setinggan, maka itu semua adalah ujian dari Allah dan ada hikmah di sebaliknya. 
Syukur itu wajib. Syukur itu segalanya!
Wajib mengetahui bahawa syukur kepada Allah adalah salah satu perintah Allah yang wajib atas setiap orang beriman. 



Firman Allah :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).  
(Al-Baqarah : 152)


Seserang itu dikatakan memenuhi perintah syukur kepada Allah apabila dia memenuhi 3 perkara berikut :

1. Mengucap dengan lidah berserta hati kalimat2 seperti Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atau lain2 sepertinya.

2. Menggunakan segala ni'mat pemberian Allah berupa kesihatan, harta, tenaga, wang ringgit untuk berbakti kepada Allah. 
Contohnya sedekah fisabilllah, membantu faqir miskin dan anak yatim, membuat gotong royong kerja2 kebajikan dll...

3. Menjauhkan diri dari menggunakan harta, wang ringgit dan nia'mat2 lain kepada perkara2 haram seperti berjudi, bermain saham, membazir dll yang ditegah.




Kepayahan seseorang itu untuk melakukan syukur yang dituntut ini berpunca dari :

1. Tiada Ilmu pengetahuan yang cukup dan benar.
2. Kekotoran didalam hati.
3. Gangguan nafsu dan syaitan dalam hati. 


Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan... 
Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya  betapa banyak dan besarnya Ni'mat dan Rahmat Allah kepadanya... 

Setiap nafasnya yang turun naik adalah Rahmat Allah...
Setiap titik air yang menghilangkan dahaganya adalah Ni'mat ALlah...
Setiap kudratnya untuk menggerakkan kaki dan tangannya adalah Ni'mat Allah...
Seluruh harta dan kekayaan nya adalah Ni'mat Allah...
Subhanallah,Alhamdulillah...


Kemudian bandingkan pula dengan manusia2 lain yang tidak mendapat Ni'mat2 seperti itu...
Cuba kita renung jauh sedikit dari tempat kita...
Berapa ramai manusia menderita dan mati kelaparan...
Berapa ramai kanak2 di Afrika buncit perut mereka kerana hanya mendapat lumpur sebagai makanan...
Berapa ramai pula yang mati dalam dahaga kerana tidak mendapat walau setitik air... 
Berapa ramai pula yang mati tanpa belas kasihan di Palestin, Afghanistan dan Iraq. 
Tiada tempat tinggal, tiada harta menjadi pelarian. 
.....renungkanlah betapa kita selama ini tidak bersykur dengan apa yang diberi oleh Allah Ta'ala.   


Wallahu A'lam..

4 comments:

athirah aminuddin said...

salam...
nk tmpng tny sket blh..??=)
tjuk lgu nsyid tu ape ek..? lirik dye besh sesgt..ske..=)

Ana al-faqir ilallah.. said...

oh,mmg bes..
rase sayu jer dengar..
tjuknya,Segalanya milikMu..by mestica..

Ana al-faqir ilallah.. said...

clap2..
anti mean nasyid kat post ni ek?
tjuknyer Rahmat Ujian by mestica..
ana suka sume nasyid mestica..ngee..

athirah aminuddin said...

ooo..time kasih ek akak..=)