Thursday, November 18, 2010

sAlaM AidiLAdhA..

bismillahirahmanirrahim..
ok,memandangkan hari ini sudah hari kedua Hari raya Korban dan juga hari keduaku di rumah,barulah bolehku duduk2 sambil menggoyangkan kaki dan menaip sepatah dua kata about hari raya aidiladha ni..
hmm..nak kata meriah,xde la meriah sangat,sbb org jauh2 x balik..
i mean pak n mak sedara yang duk KL,x boleh balik..
plus,saya pun amat terkejut bila perjalanan saya ke kampung mengambil masa 12 jam untuk sampai ke destinasi..
suppose 8 jam..heran bin ajaib..sampai pagi raya beb!
biasalah bila naik dengan bukan bas berdaftar..
sekadar bas biasa yang ku anggap "boleh laa tahan..",macam2 karenah...
saya pun jadi dah serik bila tahu begini keadaannya..
malam 16 aebulan tu lagi dasyat..xleh nak habaq lagu mana meriahnya suasana nak balik kampung..
so,moral of the story,janganlah beli tiket lewat2,nanti balik dengan bas yang ntah pape..


fine kita tutup sal citer tu,kita bukak topik lain..
kalau kita sebut sal Hari Raya Qurban,memang tidak dapat dipisahkan dengan sirah pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s...
Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia...
Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut... 

Tetapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi... 

dan amat digalakkan kalau kita ni sebagai pelajar mengaplikasikan pengorbanan ni dalam pembelajaran..
sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya..
kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang bergolek..
Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku...
Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.



"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )


----------------------------------------------------------------------------------------
nilah antara gambar Qurban di rumah nenekku..
*date tu silap set..sila abaikan..
*penyembelih yang pakai baju stripes tu..
*lembu yang dah disembelih..
*si kecik dirumah kami..bila cicak disamakan dengan katak..adoi...:DD


Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair. Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan.
Semoga Allah merahmati...selamat hari raya aidiladha semua..
wassalam...

Sunday, November 14, 2010

LaYyAnZZ...

bismillahirrahmanirrahim..
di saat orang sedang tidur,aku masih lagi sempat membuka laktop,menaip ting2*(sound effect)
ok..saya xnak cakap tulis panjang,saya just copy jer komik ni dari 1 website ni..
yer lah,saya bknnnya pandai nak melukis..
saya hanya suka membaca..x kisah lah buku ilmiah ker,komik ker..asalkan dapat baca sudeh..


jom layyan...








ok..setakat ni jer yer komik islamik..
ni ada satu lagi website best...


KLIK SINI!!!


saya akan lepak di situ,membaca komik..


till then..

Saturday, November 13, 2010

Apa jAdi?

bismillahiramanirrahim..
dah lame tak post something kat blog tersayang..
bila rase nak menulis,baru saya menulis,lau tak hampeh..
sedikit jer nak kongsi..
saja nak tinggal jejak sikit kan..barulah nampak blog ni masih berpenghuni..

first,saya nak tanya..
sapa di sini xde handset? sila angkat kaki..
saya percaya 200 percent yang pembaca semua ada handset..malah,bukan handset yang biase2 ni,tapi siap touch screen lagi tu..mahal tuu...


handset..benda paling berharga..
yang selalu kita bawa ke mana-mana..

yang selalu kita bukak beberapa kali dalam sehari..

yang apabila kita selalu lupa nak bawak,tetapi sedaya upaya jugak mengambilnya,walaupun jaraknya yang jauh..

yang selalu kita gunakan untuk menerima mesej...

yang selalu kita anggap benda yang penting dan tak boleh hidup tanpanya..

yang selalu kita berikan kepada anak2 sebagai hadiah..

yang selalu kita gunakan apabila kita pergi mengembara..

yang selalu kita gunakan apabila berlaku kecemasan..

tapi,apa jadi jika saya samakan handset tu dengan Al-Quran?? 
boleh tak kita buat Al-Quran kita tu cam handset kita?


fikir sejenak..
saya tinggalkan persoalan itu mengakhiri post saya kali ni..
dan hanya antum antunna semua yang mampu mengubahnya..
pesan tuk diri saya sendiri juga..
wallahua'alam..