*versi sedih..
aku menarik nafas panjang sambil tanganku masih melekat di touch pad Acer milikku..
tarikan nafas mendalam menunjukkan ada maksud tersirat di sebalik itu..
"haaaahhhhh...seandainya ..."..lirihku perlahan..
tapi akhirnya saya pasrah..saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
berkecamuk fikiran apabila tidak henti-henti bayangan itu muncul di benakku..
tiba-tiba..
tut..tut..
bunyi itu menandakan mesej masuk ke ruangan inbox handphoneku..
"salam cik mirah..bla2..(tak ingat ape yang ditulis).."
yang pastinya dia punyai keperluan denganku..perbualan dilanjutkan melalui ruangan chat di FB..
dek aku amat suka berkongsi sal ke'best'an novel sinergi lam blog ni, dia mahu meminjam novel itu rupanya..
perbualan dilanjutkan..sehinggalah aku menceritakan masalah ku padanya..(yer lah..sahabat baik..)
masalah yang fresh aku terima petang tadi..dush!
dia menyarankan ku membaca doa ini..syukran ya ukhti..
"Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang inenunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultanan Mu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebi han-Mu ke atasku."
atau pun yang ini..ni saya search..
Doa Hilang Barang
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.
*syeikh Fahmi Zamzam
Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.
Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.
Doa ini diambil daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.
"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."
p/s:aku bakal merinduimu,barang yang hilang..
pp/s: barang yang amat2 berharga bagiku..
No comments:
Post a Comment