Monday, February 28, 2011

dOa RaBiTaH...

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu




Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..


p/s: moga doa rabitah ini memperkuatkan ukhwah kita semua walaupun berjauhan..
pp/s: mode rindu siblings kat uia..mirah sayang antunna semua! jumpa di kuantan nanti insyaAllah...

ppp/s:tulisan hijau biru? erk...

Tuesday, February 15, 2011

JoM CinTa RasuLuLLah!!

*aku rindu padamu,ya rasulullah..

Bismillahirahmanirrahim..
dah lame tak berkongsi akibat kekangan masa dalam fatrah exam final ni..(last exam di asasi,InsyaAllah)
maaf,x smpat nak berkongsi entri sendiri,tapi saya dapat kongsi satu artikel yang menusuk kalbu ditulis oleh sahabat saya..
insyaAllah sama2 manfaatkan..


Salam Maulidurrasul. Moga hari yang penuh barakah ini lebih baik dari hari2 sebelumnya. Sama2 kita manfaatkan 12 Rabi'ul Awal ini untuk mengingati pengorbanan dan pahit getir perjuangan Nabi Muhammad agar kita hari ini dapat hidup dalam nikmat iman dan islam.                                                        
                                  
    السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
   
      
 ................MULUT KATA CINTA, HAKIKATNYA BAGAIMANA? ............

1) Bilakah berlaku peristiwa pembelahan dada Nabi?
2) Siapakah musyrikin mekah yg meletakkan najis unta sewaktu Nabi sdg sujud?
3) Bani Hashim dan Bani Muttalib dipulau selama berapa tahun?
4) Siapakah yang menemani Nabi sewaktu Baginda berdakwah ke Taif?
5) Apakah peristiwa yang menyebabkan Nabi membaca doa Qunut Nazilah?
6) Siapakah muslimah yg pertahankan Nabi dlm Perang Uhud?
7) Apakah 3 cadangan musyrikin Mekah untuk menghalang Nabi berdakwah sewaktu peristiwa Dar an Nadwah?
8) Mengapa berlakunya Perang Badar?
9) Bilakah berlaku Fathul Mekah (pembukaan kota mekah)
10) Sebutkan 3 sahabat nabi yg memegang panji Islam sewaktu Perang Mu'tah?
11) Berapakah umur Nabi sewaktu Baginda wafat?

Agak2 berapa soalan yang dapat kita jawab tentang sirah hidup Nabi ini? 
Ramai di kalangan kita yang dapat straight A's dalam SPM, dapat skor CGPA, tapi cetek pengetahuan tentang sirah hidup Baginda. 
Salah satu tanda hati mati drp Ibrahim Adham: "Kamu mengaku cintakan Rasulullah, tapi kamu abaikan sunnah baginda & tak tahu sirah hidupnya".. 
Realiti mahasiswa kini: ramai yg sibuk menonton cerita movie/ drama/ novel jiwang, tapi CERITA KISAH HIDUP NABI sendiri kita tak pernah khatam. 
Siapakah idola kita sebenarnya? Pasti semua jawab Nabi Muhammad. 
Tapi benarkah?Jika cinta itu ada, pasti banyak yg kita tahu tentang dirinya kerana TAK KENAL, MAKA TAK CINTA. 
Mengucapkan dengan mulut “Aku sayang Allah, Aku cinta Rasulullah” memang mudah, 
TETAPI ADAKAH RASA CINTA INI MENDAPAT PERHATIAN DARI ALLAH DAN RASULULLAH?  
Allah dan Rasulullah tidak berhajat kepada cinta kita, tetapi kitalah yang sangat berharap untuk memperoleh kecintaan daripada Allah dan Nabiyullah. 
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Oleh sebab itu, janganlah kita lupa untuk sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah dan selawat pada Baginda. 
Sesungguhnya, Allah berfirman kepada Baginda yang mulia: "Sesiapa yang berselawat ke atasmu (Nabi Muhammad) dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10x selawat"
Memetik pesanan dari Syeikh Usamah As Sayyid Al Azhari tentang bagaimana untuk jadikan nabi Muhammad sentiasa di depan mata kita:

  • sentiasa membaca kalam Rasulullah (hadis Baginda) dan sirah hidup baginda sebagai rutin harian
  • sentiasa bersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah memberi kesan di hati
  • penuhi hati dengan rasa hormat dan cinta terhadap Rasulullah
  • hilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu kibr (sombong) hingga kita serahkan diri kita pada Allah dengan taqwa yang sebenarnya (lakukan ketaatan dan tinggalkan maksiat). 


Sesungguhnya, salafus soleh dahulu sentiasa berdoa: " Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ampuni nafas-nafasku yang tak rindu padaMu dan pada kekasihMu di masa lalu". Demikian keadaan mereka yang sentiasa memastikan setiap saat kehidupan diisi untuk mengingati Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w seperti mana pesanan oleh Habib Ali al Jufri:

Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,
Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,
Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah, jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi..
...................................................

12 Rabi'ul Awal: TARIKH KELAHIRAN BAGINDA dan TARIKH KEWAFATAN BAGINDA. 
Ambillah peluang kesempatan dalam bulan mulia ini untuk buktikan cinta kita pada baginda Nabi Muhammad. 
Lazimi untuk sentiasa mengingati Baginda s.a.w. 
Biarlah rasa cinta itu sentiasa subur dengan baja ketaatan Allah dan jangan biarkan ia rosak dengan kemaksiatan yang kita lakukan. 3 cara cinta Nabi:

1) banyakkan selawat.
2) dalami sirah hidup baginda.
3) jadikan nabi sebagai qudwah hasanah.


Lagu ini amat terkesan di hati. Hayati liriknya, sungguh dalam sekali maksudnya. 
AKU RINDU PADAMU RASULULLAH

"YA ALLAH, HIDUPKAN KAMI DENGAN MENCINTAI ORANG YANG MENCINTAIMU"

Salam maulidurrasul 1432H..

Saturday, February 12, 2011

dot..dot..dot...

release tension nak exam..he2..
baru tambah gadget tuk lappy..kasi cantik ckit~
Posted Image
cool x desktop i?

Tuesday, February 1, 2011

ReVoLusI PaDaNg PaSiR!!!!

bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah,masih lagi dikurniakan nyawa tuk terus thabat dalam penulisan dan masih lagi ditetapkan dalam 2 nikmat terbesar,iaitu nikmat Islam dan Iman dalam dada..
ok..tatkala pada waktu ini 'panas' tentang kejadian rusuhan di mesir,rugi bagi saya untuk tidak menulis serta mengulas serba sedikit pasal kejadian yang semakin meruncing dan serius ni.
tahu tak apa yang terjadi sebenarnya?
jom layan gambar dulu..


protes di egpyt | protest in egpyt



protes di egpyt | protest in egpyt
*bom asap

protes di egpyt | protest in egpyt
*solat apabila diseru...protes tetap protes!


Kalau antum antunna pembaca surat khabar yang tegar mahupun penonton warta dunia di RTM1, mungkin kisah di Tunisia dan kini di Mesir tak lepas dari jangkauan pengetahuan....
tapi bagi mereka yang kurang mendapat pendedahan dunia melainkan berita bola sepak dan sekadar tahu tapi masih keliru memang sudah jadi adat...

Ibarat baca buku sekali imbas tanpa faham isi tersurat mahupun tersirat..
ok,saya brief serba sedikit..


TUNISIA



  • tunjuk perasaan mula berlaku mereka mula menuntut Presiden Zine El Abidine Ben Ali untuk berundur setelah 23 tahun memerintah Tunisia
  • pemerintahan beliau yang dianggap "KUKU BESI" kerana rakyat mengalami penyusutan taraf hidup yang tinggi di mana berlaku kenaikan yang tak terkawal bagi harga barangan keperluan seperti susu dan roti
  • selain itu sikap isteri Zeni yang boros turut menyerlahkan "KUKU BESI "beliau
  • selain itu dia turut mencuri kekayaan negara Tunisia dengan membawa keluar jongkong emas sebanyak £35juta sebelum diusir 
  • walaupun Zeni sudahpun ditumbangkan dan kerajaan baru dibentuk tetapi tunjuk perasaan terus melakukan demonstrasi kerana enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan...
MESIR
  • keadaan yang lebih kurang sama berlaku bila Presiden Hosni Mubarak dituntut untuk berundur oleh rakyat Mesir itu sendiri
  • beliau yang telah menimpin selama 30 tahun dikatakan tidak menghiraukan kebajikan rakyat dimana pengangguran dan rasuah berleluasa
  • tempoh 30 tahun yang terlampau lama ini menimbulkan rasa tak puas hati rakyat
  • ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan keapda anaknya menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam umpama mencurahkan petrol ke api
situasi kedua dua negara ini hampir sama dalam beberapa aspek:


1-kepimpinan yang korup dan mementingkan diri


negara adalah untuk rakyat dan sebagai pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat
sekiranya kebajikan rakyat terabai dan pemimpin itu dibutakan dengan nikmat harta maka rakyat akan merusuk kerana merasakan ketidak adilan

2-tempoh pemerintahan yang terlampau lama


kedua dua presiden ini memimpin sudah terlampau lama..
23 tahun bagi Zeni dan 30 tahun bagi Hosni..
satu tempoh yang lama dan akan menimbulkan kemarahan rakyat apabila dalam tempoh itu kebajikan mereka terabai..
idea idea mereka mungkin tidak lagi relevan dengan kehendak rakyat dan kelemahan pemerintahan mereka.. sudah dikesan rakyat dan bagi rakyat sudah tiba masanya mereka berundur tetapi keengganan mereka mereka berundur kerana kuasa menegangkan keadaan ini...

3-kebajikan rakyat yang terabai


kehidupan ekonomi kedua dua negara ini terabai kerana berlaku peningkatan dalam harga barang asas seperti keperluan makanan..
kenaikan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan rakyat merasakan mereka semakin miskin tetapi pemimpin mereka hidup kaya raya..






Antara yang menakutkan berlaku di sana:
1. samseng dari kumpulan tertentu menguasai jalan raya
2. ribuan militan dan banduan di empat buah penjara dilaporkan berjaya melarikan diri dengan bantuan luar (samseng/kumpulan bersenjata)
3. pasukan keselamatan dari rukun tetangga ditubuhkan bagi mengawal kawasan masing-masing di waktu malam
4. demonstarasi, huru-hara dan ancaman kumpulan bersenjata kian memuncak di beberapa kawasan seperti Yemen, Sudan, Algeria dan Jordan sejak kebelakangan ini.
5. kereta-kereta perisai mengusai jalan raya untuk melakukan rondaan dan pertahanan

Kalau tengok di fesbuk dan twitter orang duk cakap2 pasal keadaan huru hara di Mesir  saya juga first2 tak percaya..
Yelah mane nak tau, kalau mostly sume nak bergantung kat media kat Malaysia je...
tapi yang media kita pulak lebihkan berita tempatan dari isu ni, lagi2 pasal pilihanraya kat Tenang...
So nak ingatkan kat sini jangan bergantung kat media tempatan sangat...
Refer berita2 di internet,blog,forum2 yang  boleh dipastikan kesahihannya.

Kejap,KENAPA KITA SIBUK2 PASAL NEGARA DIORANG PADAHAL XDE KAITAN DENGAN KITA?
Haaa...ye tak ye jugak kan...
Kenapa kita sibuk2 nak tau ape yang berlaku kat negara orang padahal takde kene mengena pun dengan kite...
Antum antunna salah! Kalau antum nak tau terdapat lebih kurang 11 000 rakyat Malaysia termasuk pelajar2 Malaysia di sana.n yang lebih tepatnya lagi,mereka adalah SAUDARA SEISLAM kita!
Rakyat negara kita terkurung dalam situasi hidup dan mati di negara orang yang jauh dari keluarga serta kenalan mereka...
Antum antunna bayangkanlah macam mane rasenye. 
Yang  saya tak puas hati kerajaan boleh pulak x nak media gembar gemburkan isu ni padahal die tak tau beribu2 ahli keluarga mangsa risau dengan keadaan mereka.
Boleh pulak risau lebih dengan pilihanraya di Malaysia...
Sebab tu la ramai orang Malaysia tak tau pasal isu ni...
Duk rilek goyang2 kaki layan muvie,series,fesbuk dsb.kanng kalau kene batang hidung sendiri baru padan muka!

cuba kita fikir sejenak,
ada kemungkinan tak negara bertuah kita ini akan atau bakal berlaku keadaan seperti ini??
insyaAllah tidak SEKIRANYA pemimpin menjaga kebajikan rakyat dan berkhidmat demi kehidupan rakyat dan bukannya demi kehidupan mereka..
saya tidak mahu untuk mengulas secara berlebihn dan menjadi extremis pihak politik di Malaysia (pembangkang dan kerajaan) tetapi tidak kira siapa pun yang memerintah negara ini perlulah memerintah demi kesejahteraan rakyat..
contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz...
walaupun tempoh pemerintahan beliau amat singkat tetapi sifat baginda yang sanggup bersusah dan berkhidmat ikhlas untuk rakyat telah menjadikan kerajaan ketika itu kuat dan penentangn yang berlaku dapat dikurangkan...
sekiranya kerajaan menjaga kebajikan rakyat maka tiada sebab pembangkang untuk membangkang kepada pemimpin negara yang tercinta ini janganlah dibutakan dengan kuasa dan harta,buruk padahnya untuk antum antunna dan negara...

protes di egpyt | protest in egpyt
*jangan putus asa,Allah sentiasa bersama orang yang benar!

p/s: kami di sini mendoakan semua saudara seislam kami selamat di sana..ameen..