Tuesday, February 15, 2011

JoM CinTa RasuLuLLah!!

*aku rindu padamu,ya rasulullah..

Bismillahirahmanirrahim..
dah lame tak berkongsi akibat kekangan masa dalam fatrah exam final ni..(last exam di asasi,InsyaAllah)
maaf,x smpat nak berkongsi entri sendiri,tapi saya dapat kongsi satu artikel yang menusuk kalbu ditulis oleh sahabat saya..
insyaAllah sama2 manfaatkan..


Salam Maulidurrasul. Moga hari yang penuh barakah ini lebih baik dari hari2 sebelumnya. Sama2 kita manfaatkan 12 Rabi'ul Awal ini untuk mengingati pengorbanan dan pahit getir perjuangan Nabi Muhammad agar kita hari ini dapat hidup dalam nikmat iman dan islam.                                                        
                                  
    السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
   
      
 ................MULUT KATA CINTA, HAKIKATNYA BAGAIMANA? ............

1) Bilakah berlaku peristiwa pembelahan dada Nabi?
2) Siapakah musyrikin mekah yg meletakkan najis unta sewaktu Nabi sdg sujud?
3) Bani Hashim dan Bani Muttalib dipulau selama berapa tahun?
4) Siapakah yang menemani Nabi sewaktu Baginda berdakwah ke Taif?
5) Apakah peristiwa yang menyebabkan Nabi membaca doa Qunut Nazilah?
6) Siapakah muslimah yg pertahankan Nabi dlm Perang Uhud?
7) Apakah 3 cadangan musyrikin Mekah untuk menghalang Nabi berdakwah sewaktu peristiwa Dar an Nadwah?
8) Mengapa berlakunya Perang Badar?
9) Bilakah berlaku Fathul Mekah (pembukaan kota mekah)
10) Sebutkan 3 sahabat nabi yg memegang panji Islam sewaktu Perang Mu'tah?
11) Berapakah umur Nabi sewaktu Baginda wafat?

Agak2 berapa soalan yang dapat kita jawab tentang sirah hidup Nabi ini? 
Ramai di kalangan kita yang dapat straight A's dalam SPM, dapat skor CGPA, tapi cetek pengetahuan tentang sirah hidup Baginda. 
Salah satu tanda hati mati drp Ibrahim Adham: "Kamu mengaku cintakan Rasulullah, tapi kamu abaikan sunnah baginda & tak tahu sirah hidupnya".. 
Realiti mahasiswa kini: ramai yg sibuk menonton cerita movie/ drama/ novel jiwang, tapi CERITA KISAH HIDUP NABI sendiri kita tak pernah khatam. 
Siapakah idola kita sebenarnya? Pasti semua jawab Nabi Muhammad. 
Tapi benarkah?Jika cinta itu ada, pasti banyak yg kita tahu tentang dirinya kerana TAK KENAL, MAKA TAK CINTA. 
Mengucapkan dengan mulut “Aku sayang Allah, Aku cinta Rasulullah” memang mudah, 
TETAPI ADAKAH RASA CINTA INI MENDAPAT PERHATIAN DARI ALLAH DAN RASULULLAH?  
Allah dan Rasulullah tidak berhajat kepada cinta kita, tetapi kitalah yang sangat berharap untuk memperoleh kecintaan daripada Allah dan Nabiyullah. 
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Oleh sebab itu, janganlah kita lupa untuk sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah dan selawat pada Baginda. 
Sesungguhnya, Allah berfirman kepada Baginda yang mulia: "Sesiapa yang berselawat ke atasmu (Nabi Muhammad) dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10x selawat"
Memetik pesanan dari Syeikh Usamah As Sayyid Al Azhari tentang bagaimana untuk jadikan nabi Muhammad sentiasa di depan mata kita:

  • sentiasa membaca kalam Rasulullah (hadis Baginda) dan sirah hidup baginda sebagai rutin harian
  • sentiasa bersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah memberi kesan di hati
  • penuhi hati dengan rasa hormat dan cinta terhadap Rasulullah
  • hilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu kibr (sombong) hingga kita serahkan diri kita pada Allah dengan taqwa yang sebenarnya (lakukan ketaatan dan tinggalkan maksiat). 


Sesungguhnya, salafus soleh dahulu sentiasa berdoa: " Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ampuni nafas-nafasku yang tak rindu padaMu dan pada kekasihMu di masa lalu". Demikian keadaan mereka yang sentiasa memastikan setiap saat kehidupan diisi untuk mengingati Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w seperti mana pesanan oleh Habib Ali al Jufri:

Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,
Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,
Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah, jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi..
...................................................

12 Rabi'ul Awal: TARIKH KELAHIRAN BAGINDA dan TARIKH KEWAFATAN BAGINDA. 
Ambillah peluang kesempatan dalam bulan mulia ini untuk buktikan cinta kita pada baginda Nabi Muhammad. 
Lazimi untuk sentiasa mengingati Baginda s.a.w. 
Biarlah rasa cinta itu sentiasa subur dengan baja ketaatan Allah dan jangan biarkan ia rosak dengan kemaksiatan yang kita lakukan. 3 cara cinta Nabi:

1) banyakkan selawat.
2) dalami sirah hidup baginda.
3) jadikan nabi sebagai qudwah hasanah.


Lagu ini amat terkesan di hati. Hayati liriknya, sungguh dalam sekali maksudnya. 
AKU RINDU PADAMU RASULULLAH

"YA ALLAH, HIDUPKAN KAMI DENGAN MENCINTAI ORANG YANG MENCINTAIMU"

Salam maulidurrasul 1432H..

No comments: