Alhamdulillah,masih lagi dikurniakan nyawa tuk terus thabat dalam penulisan dan masih lagi ditetapkan dalam 2 nikmat terbesar,iaitu nikmat Islam dan Iman dalam dada..
ok..tatkala pada waktu ini 'panas' tentang kejadian rusuhan di mesir,rugi bagi saya untuk tidak menulis serta mengulas serba sedikit pasal kejadian yang semakin meruncing dan serius ni.
tahu tak apa yang terjadi sebenarnya?
jom layan gambar dulu..
*bom asap
*solat apabila diseru...protes tetap protes!
tapi bagi mereka yang kurang mendapat pendedahan dunia melainkan berita bola sepak dan sekadar tahu tapi masih keliru memang sudah jadi adat...
Ibarat baca buku sekali imbas tanpa faham isi tersurat mahupun tersirat..
ok,saya brief serba sedikit..
TUNISIA
- tunjuk perasaan mula berlaku mereka mula menuntut Presiden Zine El Abidine Ben Ali untuk berundur setelah 23 tahun memerintah Tunisia
- pemerintahan beliau yang dianggap "KUKU BESI" kerana rakyat mengalami penyusutan taraf hidup yang tinggi di mana berlaku kenaikan yang tak terkawal bagi harga barangan keperluan seperti susu dan roti
- selain itu sikap isteri Zeni yang boros turut menyerlahkan "KUKU BESI "beliau
- selain itu dia turut mencuri kekayaan negara Tunisia dengan membawa keluar jongkong emas sebanyak £35juta sebelum diusir
- walaupun Zeni sudahpun ditumbangkan dan kerajaan baru dibentuk tetapi tunjuk perasaan terus melakukan demonstrasi kerana enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan...
- keadaan yang lebih kurang sama berlaku bila Presiden Hosni Mubarak dituntut untuk berundur oleh rakyat Mesir itu sendiri
- beliau yang telah menimpin selama 30 tahun dikatakan tidak menghiraukan kebajikan rakyat dimana pengangguran dan rasuah berleluasa
- tempoh 30 tahun yang terlampau lama ini menimbulkan rasa tak puas hati rakyat
- ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan keapda anaknya menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam umpama mencurahkan petrol ke api
1-kepimpinan yang korup dan mementingkan diri
negara adalah untuk rakyat dan sebagai pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat
sekiranya kebajikan rakyat terabai dan pemimpin itu dibutakan dengan nikmat harta maka rakyat akan merusuk kerana merasakan ketidak adilan
2-tempoh pemerintahan yang terlampau lama
kedua dua presiden ini memimpin sudah terlampau lama..
23 tahun bagi Zeni dan 30 tahun bagi Hosni..
satu tempoh yang lama dan akan menimbulkan kemarahan rakyat apabila dalam tempoh itu kebajikan mereka terabai..
idea idea mereka mungkin tidak lagi relevan dengan kehendak rakyat dan kelemahan pemerintahan mereka.. sudah dikesan rakyat dan bagi rakyat sudah tiba masanya mereka berundur tetapi keengganan mereka mereka berundur kerana kuasa menegangkan keadaan ini...
3-kebajikan rakyat yang terabai
kehidupan ekonomi kedua dua negara ini terabai kerana berlaku peningkatan dalam harga barang asas seperti keperluan makanan..
kenaikan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan rakyat merasakan mereka semakin miskin tetapi pemimpin mereka hidup kaya raya..
Antara yang menakutkan berlaku di sana:
1. samseng dari kumpulan tertentu menguasai jalan raya
2. ribuan militan dan banduan di empat buah penjara dilaporkan berjaya melarikan diri dengan bantuan luar (samseng/kumpulan bersenjata)
3. pasukan keselamatan dari rukun tetangga ditubuhkan bagi mengawal kawasan masing-masing di waktu malam
4. demonstarasi, huru-hara dan ancaman kumpulan bersenjata kian memuncak di beberapa kawasan seperti Yemen, Sudan, Algeria dan Jordan sejak kebelakangan ini.
5. kereta-kereta perisai mengusai jalan raya untuk melakukan rondaan dan pertahanan
Kalau tengok di fesbuk dan twitter orang duk cakap2 pasal keadaan huru hara di Mesir saya juga first2 tak percaya..
Yelah mane nak tau, kalau mostly sume nak bergantung kat media kat Malaysia je...tapi yang media kita pulak lebihkan berita tempatan dari isu ni, lagi2 pasal pilihanraya kat Tenang...
So nak ingatkan kat sini jangan bergantung kat media tempatan sangat...
Refer berita2 di internet,blog,forum2 yang boleh dipastikan kesahihannya.
Kejap,KENAPA KITA SIBUK2 PASAL NEGARA DIORANG PADAHAL XDE KAITAN DENGAN KITA?
Haaa...ye tak ye jugak kan...
Kenapa kita sibuk2 nak tau ape yang berlaku kat negara orang padahal takde kene mengena pun dengan kite...
Antum antunna salah! Kalau antum nak tau terdapat lebih kurang 11 000 rakyat Malaysia termasuk pelajar2 Malaysia di sana.n yang lebih tepatnya lagi,mereka adalah SAUDARA SEISLAM kita!
Rakyat negara kita terkurung dalam situasi hidup dan mati di negara orang yang jauh dari keluarga serta kenalan mereka...
Antum antunna bayangkanlah macam mane rasenye.
Yang saya tak puas hati kerajaan boleh pulak x nak media gembar gemburkan isu ni padahal die tak tau beribu2 ahli keluarga mangsa risau dengan keadaan mereka.
Boleh pulak risau lebih dengan pilihanraya di Malaysia...
Sebab tu la ramai orang Malaysia tak tau pasal isu ni...
Duk rilek goyang2 kaki layan muvie,series,fesbuk dsb.kanng kalau kene batang hidung sendiri baru padan muka!
cuba kita fikir sejenak,
ada kemungkinan tak negara bertuah kita ini akan atau bakal berlaku keadaan seperti ini??
insyaAllah tidak SEKIRANYA pemimpin menjaga kebajikan rakyat dan berkhidmat demi kehidupan rakyat dan bukannya demi kehidupan mereka..
saya tidak mahu untuk mengulas secara berlebihn dan menjadi extremis pihak politik di Malaysia (pembangkang dan kerajaan) tetapi tidak kira siapa pun yang memerintah negara ini perlulah memerintah demi kesejahteraan rakyat..
contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz...
walaupun tempoh pemerintahan beliau amat singkat tetapi sifat baginda yang sanggup bersusah dan berkhidmat ikhlas untuk rakyat telah menjadikan kerajaan ketika itu kuat dan penentangn yang berlaku dapat dikurangkan...
sekiranya kerajaan menjaga kebajikan rakyat maka tiada sebab pembangkang untuk membangkang kepada pemimpin negara yang tercinta ini janganlah dibutakan dengan kuasa dan harta,buruk padahnya untuk antum antunna dan negara...
insyaAllah tidak SEKIRANYA pemimpin menjaga kebajikan rakyat dan berkhidmat demi kehidupan rakyat dan bukannya demi kehidupan mereka..
saya tidak mahu untuk mengulas secara berlebihn dan menjadi extremis pihak politik di Malaysia (pembangkang dan kerajaan) tetapi tidak kira siapa pun yang memerintah negara ini perlulah memerintah demi kesejahteraan rakyat..
contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz...
walaupun tempoh pemerintahan beliau amat singkat tetapi sifat baginda yang sanggup bersusah dan berkhidmat ikhlas untuk rakyat telah menjadikan kerajaan ketika itu kuat dan penentangn yang berlaku dapat dikurangkan...
sekiranya kerajaan menjaga kebajikan rakyat maka tiada sebab pembangkang untuk membangkang kepada pemimpin negara yang tercinta ini janganlah dibutakan dengan kuasa dan harta,buruk padahnya untuk antum antunna dan negara...
*jangan putus asa,Allah sentiasa bersama orang yang benar!
p/s: kami di sini mendoakan semua saudara seislam kami selamat di sana..ameen..
No comments:
Post a Comment