Friday, March 18, 2011

DoUbLe pOsT: mAsA vs. TsuNaMi..

bismilahirrahmanirrahim..
ok..saya tahu saya dah lama tak update...
sekarang baru ade mood sikit nak menulis..
selamat bercuti kepada sahabat2 sahabiah2 uia pj!! (walaupun rasenye da nak abes cuti..better late than never kan...tertinggal train gamoknyer..)
n selamat bermujahadah lah kepada sahabat2 yang sudah grad asasi..yang akan ke kuantan,sabooor je la..cuti 6 bulan tu,isilah dengan perkara yang bermanfaat yer..
(pesanan tuk yang menulis juga)


"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,"

*imam Hassan al-Banna..

kata-kata ulama' Hassan Al-Banna masih terngiang-ngiang dan berlegar-legar di kepala..
yer lah..mungkin pada waktu ini ada di antara kita mempunyai pelbagai tugasan, tanggungjawab atau pun amanah... 
dan sebagai seorang pendakwah atau seorang Islam yang sejati pula,masa merupakan satu perkara yang sangat penting di dalam kehidupan...
Masa yang digunakan tanpa perkara yang bermanfaat akan menyebabkan ia pergi dan berlalu dengan sia-sia.


Setiap orang ada tempoh masa yang sama iaitu sehari 24 jam... 
tapi depends on orang2 itulah bagaimana mereka mengisi masa mereka..
sia2 atau manfaat?
so,gunalah masa dengan sebaik mungkin...
suka tuk saya memetik surah Al-Asr tuk mengetahui kita ni org yg rugi or org yg beruntung..

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar...


dan juga macam dalam nasyid demi masa..

Lirik Demi Masa - Raihan

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh..
Ah..

cuba kita fikir balik..dalam seharian,kita buat aktiviti apa..dari kita bangun tido,smpai nak masuk tido..
bg org yang mmpunyai internet,siang malam akan mghabiskan masa di dpn pc..
n bg org yg minat nonton tv,lepas satu satu cerita kita tengok..citer korea,jepun,melayu,cina,hindustan..
tapi sedarkah kita bahawa iman n pahala kita akan berkurangan?
berkurangan disebabkan mata..maksiat mata...
iman terhakis sikit demi sikit dek kerana mata..bak kata pepetah melayu,sikit sikit,lama-lama jadi bukit..
seperti dalam Firman Allah:


" Katakanlah kepada orang lelaki beriman,perlu untuk mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, perlu bagi mereka untuk menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya......" 
( An-Nur:30-31 )

dan sedarkah kita bahawa masa sebenarnya boleh mengancam manusia...
Saidina Ali r.a berkata, 
"Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."
dan di antara 10 wasiat imam Hassan Al-Banna ade menyebut,
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,"
'kewajipan kita' yang dimaksudkan imam Hassan Al-Banna itu ialah usaha dakwah kepada umat ini..


dan sedarkah kita bahawa masa semakin lama,semakin pendek..
i mean, jikalau setahun tu amat pantas berlalu..tengoklah sekarang,masa semakin pantas..
ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi..
daripada Anas bin Malik r.a.berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api."




kesimpulannya: hargailah masa antum antunna...


-------------------------------------------
*tsunami di jepun..


selepas pergolakan di Mesir,satu lagi berita yang berjaya menggemparkan dunia..
iaitu Tsunami yg berlaku di Jepun baru2 ni..
Saya yang menonton berita itu, tercengang beberapa saat... 
Lantas teringatkan peristiwa Tsunami yang melanda Acheh, Indonesia beberapa tahun yang lepas.. Kemusnahan terbayang didepan mata. Bukan sedikit nyawa yang terkorban. Bukan sedikit jiwa yang merana. 
Melihat keadaan yang begitu, hati dirundung pilu. Itu yang baru melihatnya je, bayangkan kalau diri kita sendiri berada di tempat mereka...
Mampukah kita? Tanya diri antum antunna..
perasan tak,jika berlakunya sesuatu bencana itu,akan timbullah berbagai spekulasi yang macam-macam..
Bila ada sahaja bencana yang ALLAh datangkan, pelbagai spekulasi yang dibuat hanya pada pandangan mata kasar dan permainan minda semata-mata.

Allah datangkan tsunami pada negara Jepun sebab negara tu bukan negara Islam”

“Banyak sangat maksiat kat Jepun, itu yang Allah bagi ajar sikit”

“Kenapa Jepun kena Tsunami pada hari Jumaat? Sebab Allah murka pada negara tu”


Dan banyak lagi andaian tersendiri dan lebih unik...
*annoying..

MashaAllah!
Apabila berlaku sahaja bencana alam, terlalu banyak yang ingin menjadi penafsir!

Saya kira, si penafsir dan pembuat spekulasi ini boleh timbul perasaan takabbur atau riak dalam dirinya.

Macam mana tu?

Contoh yang nyata, dengan merasakan negara Jepun dimurkai oleh Allah SWT...
Dan negara Malaysia ini pula sentiasa dirahmati...
Sebab itu Malaysia tidak pernah kena bencana alam yang sangat besar...
Maka di situ terbit perasaan ‘bajet bagus’ orang kata, dalam diri si penafsir tersebut.

Padahal, hakikatnya gejala maksiat tidak kurang hebatnya juga di Malaysia!

Hati-hati jika merasakan diri lebih mulia daripada orang lain. Maka percayalah, sesiapa yang ada perasaan begitu, sudah ada penyakit dihatinya! bersegeralah mengubatinya..

Ingat,Allah SWT itu, boleh datangkan musibah kepada sesiapa sahaja tanpa disangka-sangka...
Dalam sekelip mata, jika Allah SWT inginkan, negara yang kamu katakan dirahmati ini juga boleh musnah.
tiada yang mustahil baginya!

p/s: jom tambahkan thaqafah di musim cuti ini!

No comments: