Wednesday, April 13, 2011

MeSti JaDi BaiK DuLu KeR??





*sekadar gamabar hiasan..


bismillahirrahmanirrahim...
dirafakkan kesyukuran atas 2 nikmat hidup yang terbesar,iaitu nikmat islam dan iman..
janganlah kita persiakan dalam setiap detik kita bernafas..
kaifa halukum? moga dikurniakan kesihatan yang baik..
jom kita hayati perbualan 2 insan nih..^_^

A: eh..tadi aku nak tegur sorang kawan aku ni..tp bila aku tegur die,wajah dia berubah..macam marah kat aku jer..betullah kan,salah kene tegur la kan? Ke apa pendapat kau?

B: Setiap manusia banyak ragamnya. Ada orang bila ditegur memang berangin beb. Walhal apa yang dibuatnya memang salah. Ada jugak manusia bila ditegur terus terima teguran itu dengan hati yang terbuka malah berterima kasih kepada orang yang menegurnya.

A: a’ah..tu la..aku rasa dia ni jenis tak makan teguran,terus melenting..siap unfriend lagi ngan aku di Facebook..memang tak patut,,bila aku add dia balik,sampai hari ni tak di approvenya..

B: biasalah tu..tapi kita harus ingat,bila ada orang tegur kita,janganlah pula kita melenting,marah..sah sah kita dah tak suka orang melenting sebab kita tegur,so kita janganlah buat begitu pulak..haruslah sentiasa berlapang..menerima semua nasihat dan teguran sahabat..apa gunanya sahabat jikalau tidak menegur apa yang kita lakukan itu salah..sekadar mengiyakan,nanti binasalah kita..

A: yer..itu aku setuju..Setiap benda yang baik haruslah dipatuhi. Benda yang tak baik pula bila tak disuruh pun dibuat. Sangat aku akui. Terima lah teguran dengan hati yang terbuka bukan melenting dan menghamburkan kata - kata nista yang tak tentu pasal.
B: tapi kadang-kadang, masalah kita jugak menegur tidak bertempat. Yang menegur tu perlulah menegur dengan cara yang berhikmah. Jangan sampai teguran itu mengaibkan yang ditegur.

A: yep..mungkin aku tak cukup baik untuk menegurnya sampaikan dia boleh buat begitu pada aku..

Persoalannya: Mesti Jadi Baik Dulu Ke Kalau Nak Menegur ? 
Ini pendapat saya semata - mata. Bukankah teguran itu perlu dilaksanakan?
Menegur dengan harapan ditegur kembali. Faham? Kalau tak faham apa yang aku tulis faham - fahamkan lah. .
Manusia kan tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina,bukan yang menjatuhkan..
We should learn how to make a statement based on constructive critism rather than destructive critism.. =berhikmah
Payahlah kalau nak tunggu jadi ulama baru nak jadi "agen maaruf", ibarat tunggu jadi jutawan baru nak bersedekah... 
bak kata pepatah: Aslih nafsak,wad'u ghairak..
Perbaiki diri,dan serulah orang lain..
sedang kita baiki diri,sambil tu juga kita ajak dia sama2 buat kebaikan.. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
(As-Soff:2)


Ramai orang menggunakan dalil ini sebagai alasan untuk  tidak menegur seseorang . 
Adakah kita faham tafsiran sebenar ayat ini? 
Adakah Allah s.w.t melarang kita melakukan kebaikan(menegur seseorang)?

Masalah untuk kita menegur orang melakukan maksiat/dosa ini 
tidak perlu tunggu kita menjadi baik, nabi pun takde bagitahu, dan tiada dalam mana2 hadis mengatakan mesti jadi baik dulu.
Ayat ini Allah s.w.t menasihat "MENGAPA kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" supaya orang yang menegur mengikut apa yang diperkatakannya bukannya melarang kita menegur/melarang seseorang dalam keadaan kita tidak cukup baik/ilmu.

Hinggakan kalau orang kita melihat orang melakukan maksiat,
 WAJIB kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa.Tiada orang yang bersih dari dosa melainkan mksum,Nabi Muhammad s.a.w. Nabi wafat 1432H+ dulu, jadi siapa perlu tegur kalau bukan kita? Islam tidak melarang sama sekali menegur kesalahan orang lain , sampai masa orang lain akan menegur kesalahan kita.

Dimana di zaman Al-Imam Al-Ghazali, seseorang lelaki 
sedang berzina dengan seorang wanita, tiba-tiba berjalan seorang wanita yang tidak memakai tudung, wajib dia untuk menegur " Hai perempuan tutuplah rambut mu,kerana tidak menutup rambut itu akan dibakar di dalam api neraka".

Kuliah Ustaz Azhar (Kitab Jam'ul Jawami', Masjid Saidinar Umar Al-Khattab , Cenderwasih, Kuantang)(Ditranslate ke bahasa melayu yang standard lagi asli)
 
 Saya pasti, kita semua tak terlepas daripada berfikir tentang cara terbaik untuk menegur. Atau mungkin pengalaman menegur orang sebelum ni yang agak mengecewakan membuatkan kita memberhentikan niat murni untuk mengembalikan rakan-rakan ke landasan benar yang diredhai Allah SWT.

“taknak la tegur, nanti buat orang sakit hati”
“aku memang tak pandai menegur”
“aku bukan ustaz, biar ustazlah yang tegur”
“ala…kawan2 die kan ade, family die ade, xyah la kite nak tegur”
“ala…kalau kite tegur pun, die bukan nak dgr”
“kubur kita kan lain2, xyah la nak sebok hal orang lain”
Sesungguhnya apa yang kita buat dan orang sekeliling kita buat pasti ada kaitannya dengan kita...Kalau tak, pasti tsunami di Acheh hanya mengorbankan mereka yang berdosa, tidak para alim ulama’.
“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.” (Al-A’raf:164)

Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.
Ok, berikut merupakan panduan yang diberikan melalui Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.
1. Niat kena betul
Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa

a. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)
b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat
Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.
c. Surah Taha (1-5)
Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian
Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji... 
Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. 
Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.
sebagai contoh oleh seorang ustaz:“Bagus awak tarannum. Saya x pernah ajar lagikan lagu ni? Maknanya awak dah boleh buat, dah boleh belajar sendiri melalui kaset. Kalau student lain, belajar satu tahun dapat buat lagu Bayyati jer. Awak baru berapa jam dah dekat Jawabul Jawab dah. Bagus awak ni. Cuma, tempo tu lari sikit kan. Xpe la, kita practice lagi ek.”
Lepas rasa cuak sebab main salah, kita ditenangkan dengan puji-pujian guru. Kemudian baru diselitkan dengan teguran. Lebih mudah diterima kan?
4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)
Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu...
Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata,
 “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” 


Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. 
Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit...
Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah..Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.
5. Jangan tinggikan suara


Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar... 
Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita...
Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.


Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri... 
Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik...
Tak kisahlah bagaimana kita ditegur, bersangka baiklah pada yang menegur dan terimalah dengan hati yang terbuka. 
Bila ada yang menegur, maknanya ada ruang untuk kita perbaiki diri. Hargailah ia. Sesungguhnya peringatan ini adalah buat diri saya sendiri...
Semoga dapat menjadi orang yang sabar dan tidak menjadi fitnah kepada Islam.
ana akhukum fil islam..^_^

No comments: