Sunday, January 29, 2012

Sahabat...

bismillahirahmanirrahim..sekelian lamanya tak berblogging..=_=''
kadang kala terdetik,"kenapa nak sangat berblogging ni? tak payah lah susah2..lagipun bukan pandai sangat nak menulis-nulis ni.."
Allah kan dah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6)

"tak boleh,aku mesti kuat,mesti sampaikan walau satu ayat sekalipun..dah terang lagi bersuluh itulah tipu daya hasutan syaitan yang sengaja dibisikkan supaya aku tak menyebarkan dakwah"..
dan inilah tujuan sebenarnya saya menulis..bukan kerana nama,tapi untuk sebarkan dakwah,ilmu..
bukanlah aku ini seorang yang alim, aku juga masih belajar..belajar ilmu Allah yang luas ini memang takde penghujungnya..
jadi terimalah ilmu yang tak seberapa dari blog ni dan manfaatkan sekali tau! 
(pesanan untuk orang yang malas nak hupdate blog.. especially me :D )

------------------------------
alhamdulillah pada jumaat yang lepas,saya dan sahabat punya masa bersama2 untuk pergi berkelah di Lata Belatan..
biarlah cuma sejarak dua dari rumah,tapi detik bersama mereka sangat bermakna..:)
plannya hampir digagalkan sebab hujan, tapi diteruskan jua atas tawakkaltu 'alallah..
dengan berbekalkan harapan plan BBQ kami menjadi,alhamdulillah dapat diteruskan memandangkan hujan takde lah lebat sangat..berBBQ di bawah pondok beratap.. 
walaupun jaraknya takdelah jauh sangat dari rumahku,namun sudah berbelas2 tahun tak menginjakkan kaki ke sana.. ye lah,dah besar,bukannya dapat mandi kat tempat2 awam cenggitu..=_=''

*ayam BBQ.. :D

kalau diikutkan,memang haritu kami boleh je mandi..sebab itu hari Jumaat..n supposely para2 muslimin kenalah pergi solat jumaat..
tapi,astaghfirullah,mungkin ramai para muslimin yang tak boleh solat (adoyai!), memang bertebaranlah mereka2 itu di sana sini..yang dewasa apatah lagi yang tua2 sekalipun..
mungkin ramai di antara mereka yang bermusafir?? agaknya lah(bersangka baik)

*best tau! tapi hanya dapat celup2 kaki sahaja..:)

sangat best andai persahabatan atas dasar ukhwah fillah..
walau dimana jua kita berada,hati kita tetap bertaut antara satu sama lain..
tapi bila kita fikirkan balik, apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah? 
seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? 
bagaimana kita menjaga ukhwah itu? 
banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula sebenarnya..
begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat...
kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan...
dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. 
bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu...

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat..

dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar... tahu tak apa maknanya ithar?
ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita…bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri..seperti sifat Rasulullah..dan juga sifat muhajirin dan ansar..
Allah turunkan firman-Nya :

“Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”(Al-Hasyr: 9)

pernah juga diri ini terkial2 belajar untuk ithar terhadap sahabat,namun ianya tak berkekalan..tetap juga nak pentingkan diri sendiri..tapi itulah, aku silap langkah..ithar adalah rukun tertinggi dalam UKHWAH..mana mungkin aku dapat capai jika meninggalkan rukun yang paling rendah:berlapang dada..dan juga rukun kedua: bersangka baik(husnuzzon)..


Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:
1) Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.

2) Bersifat toleransi dan memaafkan.

3) Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.

4) Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.

5) Setia dan berbuat baik pada sahabat.

6) Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.

7) Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.

8) Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.

9) Mendoakan sahabat.


Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?

1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang
mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)

2) Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang
hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan
bagimu juga seperti itu”.

3) Berjabat tangan bila bertemu- Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan
saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud
dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya
diampuni dosanya sebelum berpisah”.

4) Memberi senyuman ketika bertemu- Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika
engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)

5) Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi
Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.

6) Menyampaikan ucapan selamat- Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat
kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

7) Memberi hadiah- Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati”.

8) Memperhatikan keperluan sahabat- Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah
s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim
pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong
hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)

9) Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain,
Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.
Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.

Marilah kita renungi sejenak firmanNya:

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(al-anfal:63)

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..



ukhwah fillah Abadan abada...



*saya dan mereka.. :D

No comments: