Tuesday, March 9, 2010

CiNtAkAn DuNiA,TaKoTkAn MaTi..

Berlari-lari di kebun bunga,



Nampak pula bunga serai,
Apalah guna harta dunia,
Badan dan nyawa kan bercerai........


mmg x bley dinafikan bahawa CINTAKAN dunia dan takutkan mati adalah antara penyakit yang menimpa umat Islam kini.. 
i think aku pon tergolong drpdnya..
sume takot mati kan? knapa?
sebab amal x cukup ag..
dah,bila nak tgkatkan amalnyer??
mase mude ni la..tua2 kekgi nyanyuk plop..
ingat pesan nabi,datang 5 perkara sebelom 5 perkara..
muda sblom tua..
kaya sblom miskin..
lapang sblom busy..
sihat sblom sakit..
n last but not least,hidup sblom mati...
n nok kabonyer,2 nikmat yg manusia sering hanyut dlmnyer adalah nikmat sihat n mse lapang..
bila sihat,lupe Allah..tp bile sakit,bru lah terjerit2 sebut name Allah..
naluri org sakit ni ade se jah..nok baek..
pas nok baek,nok g surau,nok g dengor...
bak kate ustaz azhar,"berat nannang la pok2 ni"...
mase lapang pon same..bile xdop kije wat bnde sia2..
bknnye wat bnde yg bley tlong kite kat akhirat 6t pon..
astaghfirullahalazim..pringatn buat diriku n org len gak,yg sering terlalai ngn nikmat yg Allah bg free tuh..


berbalik pada agenda utama kite..sal nyakit cintakan dunia n takotkan mati ni..
ini berdasarkan peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya pada akhir zaman...
Penyakit itu berbahaya.. 
sebbnya, bley beri kesan buruk kepada keutuhan dan kesatuan ummah...

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, 
lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? 
Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. 
Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. 
Lantas sahabat bertanya lagi: 
Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? 
Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." 
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) 


nah...tgok hadis 2..
tgok la skang senario yg berlaku kepada umat Islam kini..
bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW... 
Biarpun, jumlah umat Islam di seluruh dunia melebihi 1 bilion,2 billion,4 juta billion sekalipon...
mereka tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan mentadbir alam ini...

tgok r skang..kuasa besar yg jd raja dunia berpihak kpada Amerika dan Eropah..

bukan negara Islam... 
tanbah2,mereka jugak ler yg menguasai sumer lapangan hidup dari aspek ekonomi, 
politik, sosial serta pendidikan... 
As a result, umat Islam jd begitu lemah dan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.. 
begitu mudah ditindas kuasa Barat...cam tindas kutu..nyek! 
so,x heran la negara umat Islam ni mudah dijajah musuh dan mereka xde kekuatan mempertahankan tanah air, apatah lagi menangkis serangan bertubi-tubi yang dilancarkan terhadap mereka.

Lebih pelik agi, umat Islam hok kna tindas g mitop plop bantuan ketenteraan daripada Barat yang sememangnya bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan Islam dan umatnya...

adui la..punoh janang la negara islam ni..


so,tgok pada senario nih, 
apakah punca atau sebab umat Islam kini berkeadaan seperti itu? 
Rasulullah SAW menjawab persoalan itu melalui sabda.. 
bahawa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati membarah dan menular dalam jiwa umat Islam..


Cintakan dunia ni maksudnye keadaan manusia yang hanya tumpukan seluruh detik dan kehidupannya kepada dunia semata-mata, 
dunia adalah kehidupan awal dan akhir,
untuk mencari keseronokan dunia tanpa noktah dengan tidak mengambil kira batas agama yang digariskan Allah...istighfar..
n mmg x ley nafi doh yg "cintakan dunia" adalah sifat semula jadi yang memang ada pada semua manusia..



Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: 
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah ali-Imran, ayat 14)


kna tegaskan bhwa cinta dunia ni dilarang Islam..
yakni cinta yang keterlaluan sehingga meminggirkan ajaran Islam... 
tgok r budak2 zaman skang..sungguh keterlaluan...
Budaya berpeluk, bercium dan berpegang-pegangan sebelum kahwin ni,macam dah jadi darah daging remaja kini..
tp certain je la..bkn sumer... 
aku dah muak ngn sumer bnde ni... 
tapi apakan daya, masalah yang kita rasa muak nak dengar tulah yang bermaharajalela di atas bumi ALLAH hari ni..
2 la jadi bila agama ditolak ketepi..sedih aku tgok..
sorang2 dari kaum sejenis aku yg bunting..pastu msti ade jer kes buang bayi..
lagi la sedih..sian kat baby2 yg x bersalah..


mybe inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia seperti firman-Nya yang bermaksud: 
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid, ayat 20)


Di samping itu(ayt skema bm), orang yang cintakan dunia ni digambarkan sebagai yang xde matlamat dan hala tuju kehidupan sebenarnya..
Oleh itu, Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang cintakan dunia ni seperti buih di lautan yang begitu mudah dibawa arus ke mana saja tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai...
so, apa guner jika seseorang ader tubuh badan gempal dan sasa tp iman n takwa di jiwanya kosong, 
mudah rapuh apabila dihempas badai cubaan dan cabaran mendatang...

Penyakit takutkan mati plop adalah kesan secara langsung berpunca daripada cinta keterlaluan kepada dunia. 

sebab sayangkan ape yg dia ada..
contohnyer harta bertimbun, anak pinak, pangkat dan keturunan membanggakan buatkan seseorang 2 menghidap penyakit takutkan mati..

biasenyer, manusia yang takutkan mati ni lemah iman dan kurang takwa.. 

n mreka jugak lupe asal usul kejadiannya daripada tanah dan diciptakan Allah untuk beribadat kepada-Nya di dunia yang bersifat sementara ini.-Az-Zariyat,56-

Sedangkan kematian ni adalah peringkat yang pasti ditempuhi setiap insan bernyawa. 

Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian." (Surah ali-Imran, ayat 185) 
Mereka yang sokmo ingat mati akn sediakan bekalan amalan solih sebanyak mungkin semasa hidup di dunia..
orang yg buat persiapan mengadap Allah adalah orang paling bijaksana di kalangan orang mukmin... 
Ini berdasarkan hadis diriwayatkan Ibnu Majah apabila ada seorang Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW: 
"Wahai Rasulullah! Siapakah daripada kalangan kami yang paling bijaksana dan teguh imannya? 
Ujar baginda SAW: Iaitu orang yang paling banyak ingatkan mati dan juga paling banyak membuat persiapan dengan amal salih untuk menghadapi kematian. Mereka itulah kalangan orang mukmin terhormat yang datang mengadapku dengan kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Begitulah cintakan dunia dan takutkan mati yang dianggap sebagai penyakit ummah menimpa umat Islam kini... 

x cukup sekadar tuh, Islam ade sediakan jawapan atau jalan penyelesaiannya bagi mengubati penyakit berkenaan... 
Umat Islam dituntut berpegang teguh dengan Islam serta ajarannya yang suci dan aplikasikannya dalam seluruh ruang lingkup kehidupan sejagat nie.. 
nilah formula dan rahsia bagaimana generasi Rasulullah SAW dan sahabat mencapai kemuncak kegemilangan pada masa tuh.


Sepatotnyer umat Islam hari ni menjadikan Islam sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan.. 
n sentiasa menetapkan matlamat mencari keredaan supaya mampu berjaya dan cemerlang bukan saja di dunia, juga akhirat..insyaAllah..

ni puisi untuk kite same2 hayati..




Cinta dunia ini..
Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.


Cinta dunia ini..
Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.


Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.


Ya Raqibb..
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.


Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy..
Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..


Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.
 






“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “
(QS. Ali Imran:8) 

Glosari:
• Tamiz=keunikan
• Alwani=warna-warni
• Alaa’=nikmat
• Ubaidah=ibadat
• Mauhibah=pemberian
• Sa’diah=kebahagiaan 








No comments: