Saturday, July 31, 2010

bIaR GaMbAr YaNg BerCeRiTa...

i love them..

i love my ex-school


i love my ex-classmate in 5 Ibnu Sina..



i miss them..


Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

C/O : 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 


Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..


Thursday, July 29, 2010

AduHai MuSLImAh..JaNGaN KaMU TerPeDaYa...

Bismillah…Alhamdulillah…
Ilmu ditadah dibuat acuan agar mendatangkan manfaat bersama. 
Ingin diri ini menyedarkan muslimah di luar sana. 
Hati ini tergerak untuk mencoretkan bait-bait peringatan bersama..

*doorbill bilik ke bilik..



Duhai muslimah... 
Jangan mudah tertipu, bukan tertipu dengan lelaki ajnabi seperti yang kebiasaannya diuar-uarkan. 
Tapi...tolong jangan mudah tertipu dengan keindahan pelbagai warna dalam berpakaian yang hebat dipertontonkan di luar sana. 
Apa ertinya busana muslimah? 
Adakah maksudnya tudung-tudung yang berjenama artis-artis terkenal di Malaysia?



Lihatlah akhbar, tidak kurang juga majalah. 
Busana muslimah dan bermacam-macam fesyen di luar sana yang dikatakan sebagai sesuai untuk muslimah kerana selamat dan menutup aurat. 
Kebanyakannya tidak menepati syarak dan hanya melanggar apa yang dikatakan sebagai tabarruj.

Serius…
Hati saya sebagai muslimah turut tertarik dan teruja tapi sayangnya ia hanyalah busana dan tidak sesuai untuk muslimah.
Kenapa? Bukan semua busana muslimah yang cantik dan menarik ini menepati hukum syarak
Kita dikaburi dengan mainan warna yang indah dan seterusnya menjerat hawa nafsu untuk membeli. 
Dan nawaitu memakainya juga mungkin akan berubah sama sekali.

Firman Allah:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari  tanda-tanda kekuasaan Allah,  mudah-mudahan mereka selalu ingat.”  [Al-A’raaf ayat 26]

Tudung sepatutnya dipakai untuk menutup rambut. 
Tetapi malangnya, tudung dipakai di atas paras dada. 
Ini tidak menjadi hal utama bagi muslimah sekarang, asalkan rambut dapat ditutup mengikut syarat dan yang paling penting adalah menarik. 
Wanita itu sendiri sudah semestinya punyai daya tarikan tetapi mereka telah ditipu dengan fesyen-fesyen yang akan membawa kepada daya tarikan yang lebih. 
Persoalannya, kita mahu menarik perhatian siapa? 
Siapakah insan-insan yang layak melihat keindahan perhiasan-perhiasan ini?

Firman Allah:
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka  menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,  atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
[Surah an-Nur ayat 31]

Apa ertinya bagi seorang muslimah, andai dia hanya mampu menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, tetapi faktor utama iaitu perhiasannya sendiri dengan mudah dipertontonkan. 
Bukankah ia tidak sempurna malahan mencacatkan penampilan? 
Saya tidak mengatakan saya lebih baik. 
Ini hanyalah sedikit kata-kata peringatan kepada saya dan untuk semua muslimah yang dikasihi Allah di luar sana. 
Kita adalah perhiasan, tetapi pilihan untuk menjadi perhiasan terindah terletak pada diri sendiri. 
Sama ada ingin menjadi perhiasan yang mahal dan berharga tetapi tidak menarik perhatian dan tidak mudah dibawa mahupun disentuh ataupun perhiasan yang mudah dibawa ke mana-mana, mudah pula dipegang dan disentuh tidak kira masa serta mudah juga menjadi santapan pandangan yang tidak berhak.

Duhai muslimah…
Sekalipun insan sekeliling mengakui keburukanmu sekalipun, telah terlitup indah auratmu mengikut syarak dengan warna yang buruk. 
Namun andai ia lebih mendapat redha Allah, inilah pilihan untukmu yang terbaik. 
Namun diri hina ini juga tidak mampu untuk menghalang keinginan dan kebebasan dalam mempertontonkan perhiasan-perhiasan kalian. 
Ingatlah, cantiknya seorang isteri, layaknya hanya di mata suami. 
Cantiknya seorang puteri, layaknya hanya pada pandangan ibu bapa untuk menjaga dan memelihara dirinya sebelum dimiliki. 
Seorang muslimah itu tinggi martabatnya dalam Islam. 
Semoga penghargaan dari Allah ini akan kekal bertahan dan tidak mudah rebah menyembah bumi. Sedarlah sebelum semuanya terlambat.



“Wahai Allah…Wahai Allah yg kami sembah, Wahai Allah…Pada-Mu satu-satunya tempat pergantungan hati kami…Engkaulah Rabb yg Maha Pemurah dan Pengasih, Maha Perkasa dan Maha Suci Engkaulah yang mampu menetapkan hati-hati kami di jalan yg Engkau redhai…Ya Allah, permudahkan bagi kami istiqamah di dalam amalan kami…dan matikan hati-hati kami dalam mencintai dunia yg melalaikan…

Amin Ya Allah.AMin ya Rabbal A’lamin.”

Tuesday, July 27, 2010

Di mAnAkAh GeNEraSi IsLaM KiNI???

bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku, 
yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, 
jantungku untuk berdegup, 
kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, 
telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya...





alhamdulillah,aku sempat mencuri masa sedikit untuk blog tersayang..
da lmer x update blog,n di kesempatan ni la,aku nak tulis sesuatu yg bermanfaat..
kalau x bermanfaat pon,xpelah,buang yang keruh ambik yang jernih..
same2 la kita tapis yer...
taklifat datang silih berganti..sehingga suatu masa kita merasakan taklifat(kewajipan) kita ni lebih byk dari masa yang ada..

benarlah kata Hasan Al Banna,yang juga merupakan pejuang syahid suatu ketika dahulu..
katanya "Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya."


cuba kita lihat pada zaman sekarang,semakin ramai remaja hanyut dengan dunia percintaan..
kenapa ianya berlaku?
Cinta adalah salah satu  kurniaan Allah kepada manusia. 
Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. 
Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. 
Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.


so,dimanakah generasi muda Islam yang bakal membangkitakan kembali sistem khilafah yang telah lama runtuh? seorang demi seorang susut ke arah kebinasaan..
padahal Allah dah berfirman dalam surah Al Baqarah...
"janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan.."..renung kembali ayat itu..
adakah kita sekarang di luar atau di dalam skop itu?
ok,dalam hadis pula ade berbunyi,
"antara kesempurnaan ISLAM itu apabila ia meninggalkan apa yang tidak berkaitan dengannya"..


tp masih ramai lagi remaja2 yakni generasi muda yang bakal memimpin negara,amat cintakan dunia,n takutkan mati..


"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid, ayat 20)




ade juga suara sumbing yang berkata...
“Tak apa, kita muda lagi, enjoy la dulu”

Terpulang, 
enjoy lah, setakat mana yang kita mampu, kalau itu yang kita nak. 

Kelak jangan menyesal di masa depan, dan jangan salahkan generasi yang baru lahir jika mereka lebih rosak daripada generasi muda sedia ada. 
Persoalannya, apakah kerosakan generasi hari ini kerana kelalaian golongan tua kini, ketika mereka muda dahulu? 


Kadangkala pelik memikirkan mengapa gejala sosial terus membelenggu masyarakat. 
Apakah yang kurang? 
Pembangunan fizikal yang semakin pesat rupanya tidak berkadar langsung dengan pembangunan insaniah, batiniah.
Makin disogok kemajuan makin diragut kemanusiaan. 

Di mana, di mana letaknya hatimu insan?






Mungkinkah ini kesannya bila agama diamal separuh-saparuh? 
Diambil bila perlu, dipegang bila terasa ada kepentingan, lantas bila difikir "menyusahkan" ia disisih. Antara isi kandungan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:85):


"......sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."


Allah telah mengingatkan tentang balasanNya bagi orang yang mengambil agama sebahagiannya dan meninggalkan sebahagian yang lain iaitu kehinaan di dunia dan azab di akhirat. 
Ya Allah bagaimana untuk kita terus merasa tenang dengan murka Allah? 
Ingatlah sahabat-sahabat, andai azab Allah tiba, tiada satu pun yang akan terkecuali.
Mungkin ada yang terfikir...
1) Ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir.
2) Tak apa lah asalkan yang buat tu bukan kaum kerabat kita.
3) Dah keadaan macam ni, aku bukan boleh buat apa-apa pun..

Ya, kadangkala saya juga terfikir begitu, masakan perbuatan orang lain perlu kita ambil "pot". 
Tetapi perlulah kita ingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita, paling kurang berdoalah. 
Berdoalah agar ummah ini kembali ke jalan-Nya.

Hakikat yang perlu diingatkan di sini ialah, setiap perbuatan jahat membawa kepada dosa dan ia turut disumbang oleh bisikan jahat musuh manusia yang utama, iblis dan syaitan. Kerana makhluk ini telah berjanji seperti dalam firman-Nya (Surah Al-Hijr: 15: 39-40):


"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


Ingatlah bahawa hidup itu satu ujian. Hanya yang bersedia dengan persediaan yang cukup akan "lulus" dan akhirnya kepada Allah lah kita kembali dengan kematian yang pasti. Segala kebaikan dan keburukan adalah cubaan buat manusia seperti firman-Nya (Surah Al-Anbiya' : 21:35)


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."



Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sekarang?
1) Baiki diri anda. Ya, bermulalah dari diri anda sendiri. Latih diri untuk tidak mendekati maksiat, apatah lagi melakukannya. Rasakan beratnya seksa melakukan dosa ibarat dihimpap bukit besar di dada. Rasakan ketakutan terhadap azab Allah yang tidak mungkin mampu kita menanggungnya di akhirat kelak.

2) Dalam proses pembaikan diri yang berterusan, majukan terus kepada ahli keluarga anda.
Didik adik-beradik, sepupu, dan keluarga terdekat tentang pentingnya menjauhi maksiat. Bawa hati mereka kepada Allah. Memang ia agak sukar, saya akui. Untuk menegur orang yang terdekat memang susah. Namun, carilah cara terbaik untuk melakukannya. Yakinlah akal kurniaan Allah mampu memikirkannya, dan berdoalah kepada pemegang hati manusia.
3) Kurangkan diri dari melakukan perkara lagha. Contoh yang boleh saya berikan ialah menonton filem atau video yang tidak membina minda yang mungkin hanya memaparkan adegan lucu, ngeri, seram, lucah dan sebagainya. Jangan biar hati anda terikat dengan perkara yang melalaikan.

4) Andai anda sukar berubah bersendirian, 
ajaklah teman anda. Sama-sama buat perubahan. Mulakan dengan persekitaran yang baik. Jadilah teman setia yang saling mengingatkan dan saling menguatkan.




5) Berdoalah: MasyaAllah La haulawala quwwatailla Billah (maksud: apa yang dikehendaki Allah itu pasti berlaku, tiada daya melainkan dengan (pertolongan) Allah) sebagai doa untuk menolak bala.



Akhir kata, setiap perkara buruk yang berlaku di sekitar kita memberi pengajaran bermakna untuk direnungkan. Pandanglah ia sebagai peringatan Allah kepada manusia. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk berubah, maka bergeraklah segera. Didik hatimu supaya hatimu terisi dengan kebenaran bukan kebatilan yang menyesatkan. Turut mengingatkan diri yang lemah ini..

Wallahua'alam.. 

Sunday, July 25, 2010

TaTkAla HaTi iNi DiDugA OlEhMu

Kadang-kadang hati ini terasa sunyi sepi Kadang-kadang juga jiwa ini terasa kosong tidak berisi


Masa itulah yang telah memunculkan satu rasa


Cinta yang tiba-tiba menyelinap masuk di kamar hati


Rindu juga tiba-tiba menjelma jauh di sudut hati


Semuanya datang bagaikan satu mimpi yang tak pasti


Mengapa??






Ya Rabbana,


Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir


Dikala aku sedang mencari-cari cintaMu


Mengapa rindu ini harus ada


Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalanMu


Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti


Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..






Ya Rahim,


Aku sedar siapa diriku ini


Aku hanyalah hambaMu yang hina dengan longgokan dosa


Hari-hariku tidak terlepas dari berbuat dosa


Tatkala hati ini diduga oleh bisikan syaitan durjana


Aku hampir ketandusan iman di dada


Aku hampir hanyut ditelan gelombang nafsu cinta..






Ya Rahman,


Mungkin inilah ujian untukku dariMu


Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan


Mungkin inilah juga dugaanMu


Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa


Walaupun aku sedar


Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu..






Ya Ghafur,


Berilah aku kekuatan dan keteguhan iman


Untukku menepis dugaan cinta yang datang ini


Bantulah aku untuk bangkit dan bermujahadah


Melawan mainan perasaan ini


Tiada siapa yang layak membantuku tika ini


Melainkan Engkau,Ya Allah..






Ya Rabbul 'Izzati,


Teguhkanlah hatiku ini dengan kubu keimanan


Untukku serahkan cinta ini hanya padaMu


Untukku salurkan rindu ini hanya buatMu


Untukku sandarkan harapan ini hanya untukMu


Untukku mudah menggapai pohon redhaMu


Agar aku sentiasa mendapat belaian kasih sayang dariMu..






Ya Allah,


Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun


Aku sedar dosaku menggunung tinggi tidak bertepi


Berkenankah Kau menerima doaku ini


Layakkah aku menerima cinta manusia


Sedangkan cintaMu masih belum kutemui..






Pintaku Ya Allah,


Berilah aku petunjuk dan hidayahMu


Agar aku bertemu dengan cinta yang mencintaiMu


Hadirkanlah seorang putera agama pilihanMu


Untuk bersama denganku menggapai redha dan cintaMu


Jangan biarkan maksiat mencemarkan kesucian yang dibina


Peliharalah hubungan cintaku dengan payung rahmatMu


Agar cinta yang dibina kekal bahagia dan abadi


Di destinasi syurga Firdausi..


amin…

Thursday, July 22, 2010

SuSaH SaNgAt kE JaDi BaIk??

bismillahirahmanirrahim...
alhamdulillah kerna punya kesempatan tuk mnulis lagi..
walaupun da agak lama tidak berblogging,tp instint tetap ada.. 


seberat apapun masalah yang kita hadapi,
sekelam apapun beban hidup kita,jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi agar kau tak akan bertemu dengannya,
agar kau boleh menghindar darinya.


dan yakinlah,kita akan semakin mampu bertahan
kala badai cubaan itu menghentam
jangan kau menghindar wahai sahabat....
kerana Allah menemanimu
di sepanjang langkah usahamu...

Sebenarnya ramai daripada kita yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Paling tidak pun suka terhadap kebaikan dan ingin menjadi baik. Namun, kita selalu gagal untuk melaksanakannya. Ada sahaja masalah yang menghalang kita untuk menjadi baik dan membuat kebaikan. Ramai juga daripada kita yang tidak mahu berbuat dosa. Bencikan kejahatan. Namun, kita sering dan sentiasa terdorong untuk melakukannya.
Kita seperti hilang kuasa dan kawalan terhadap hati dan diri kita sendiri. Seakan-akan ada kuasa lain yang lebih kuat pengaruhnya terhadap diri kita berbanding apa yang kita inginkan. Mengapa ini yang berlaku?


argh…kenapa susah sangat nak jadi baik ni?


Hakikatnya, kita tidak pernah terlepas dari diburu oleh dua musuh utama yang sentiasa menyorong kita kearah kejahatan. Ya, merekalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri.


Apakah kita harus terus mengalah kepada dua musuh ini dan membiarkan mereka menjadi pemimpin diri ini?
Bagaimanakah harus kita berdepan dengan dua musuh ini dan mengembalikan pimpinan kepada diri sendiri?


Kunci utama : Mujahadah


Dalam dunia nyata juga, musuh hanya dapat dikalahkan dengan peperangan. Cuma bezanya, musuh zahir itu dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Namun, musuh batin, yang tidak dapat dilihat dan tidak tahu di mana wujudnya, bilakah berlakunya, ternyata lebih licik dan lebih susah untuk mendepaninya. Peperangan melawan musuh yang tidak nyata inilah yang dinamakan mujahadah.


Kita terasa susah untuk memeranginya kerana hakikatnya peperangan itu berlaku dalam diri kita sendiri. Berperang dengan hawa nafsu sendiri terasa seakan berperang dengan diri dan kehendak sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mendorong kita menyukai apa yang patut disukai dan membenci apa yang patut dibenci. Namun, setakat tahu, tidak bermakna boleh melahirkan mampu.


Ramai yang tahu tapi tetap tidak mampu. Kerana musuh yang lagi satu tidak pernah berhenti dan berputus asa mengajak kita menjadi peneman mereka di neraka kelak. Syaitan itu hakikatnya makhluk paling kreatif dan paling tinggi sifat juangnya dalam menyeru kita kearah kejahatan. Begitu juga dengan nafsu yang tak pernah lesu. Maka, kuasa yang kita ada hanyalah dengan bermujahadah.
Sejarah awal penciptaan manusia lagi sudah Allah ceritakan, Nabi Adam a.s. juga tertipu dengan perangkap syaitan sehingga terkeluar dari syurga Allah. Dengan mengetahui hakikat kedua-dua musuh yang tidak pernah kenal erti penat dan tidak pernah berehat dan berputus asa dalam memperdayakan kita,  wajarkah kita untuk bermujahadah sekali sekala sahaja?


“Aku dah cuba dah untuk jadi baik, tapi susah sangat…ada je halangan…”
“Aku baru nak belajar tak meniru dalam peperiksaan, tapi minggu ni sibuk sangat, memang tak sempatlah nak ulangkaji sendiri…”
“Aku baru je nak jadi pendiam sikit…dapat kelas dengan kawan-kawan yang banyak cakap la pulak…” 

Kalau tidak pun, setelah kita berjaya atasinya untuk sesuatu tempoh.



“yeah..nampaknya takde la susah sangat nak jadi baik ni…”
“oh…Allah dah dengar dah doa aku rupanya…”


Dan akhirnya kita kembali memberikan kemenangan itu kapada syaitan dan nafsu juga. Syaitan itu paling kreatif dalam memperdayakan kita. Saat susah untuk bermujahadah, dibisikkan kata-kata hasutan agar kita berputus asa. Setelah berjaya, disuruh berhenti pula, cukuplah setakat itu. Dikurniakan pula rasa cukup dengan amal yang ada.


Ketahuilah sesungguhnya mujahadah itu adalah perjuangan yang tanpa henti. Perjuangan sehingga roh kita kembali kepada pencipta-Nya. Tiada jaminan langsung, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Berjayakah atau kecundangkah? Segalanya bergantung kepada mujahadah kita untuk terus berada dalam redha Allah di setiap ketika dalam hidup ini, dalam setiap yang diusahakan dan dilakukan pada saat ini dan hari-hari mendatang.


Prinsip asas dalam mujahadah adalaha istiqamah. Mujahadah tidak akan mampu memberi kesan selagi kita tidak konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkannya. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.
Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten.


Firman Allah SWT :

“Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.”(As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Yakinlah dengan firman Allah SWT :

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (al-Ankabut : 69)

Syeikh Imam Al-Ghazali Berkata :
“Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah” 


Wallahualam.