Sunday, July 4, 2010
hIbURan Dan IsLam...
Allah menyebut dalam surah Ali Imraan ayat 112 tentang dimensi sebenar hal kesenian dan kebudayaan ini: Mereka akan ditimpa kehinaan, kecuali berpegang teguh pada ajaran agama Allah
iaitu hablumminallah dan juga nilai-nilai kemanusiaan iaitu yang disebutkan sebagai hablumminannas.
Soal muzik adalah soal budaya.
Muzik bukan soal hiburan semata mata seperti yang difahami oleh anak muda kita sekarang
ini.
Ia lebih dari itu. Oleh kerana muzik telah ada pada bangsa-bangsa bukan Arab juga, maka adakah
kerana Islam datang kepada mereka, muzik itu
harus dibasmi?
Dalam Islam, muzik ini untuk membebaskan kita dari dunia kebendaan, supaya dapat bebas dari
hal-hal sementara yang ada di dunia ini dan menginsafkan diri kita justeru membawa kepada
hal-hal yang lebih abadi.
Sayang sekali segelintir anak muda kita, mengejar muzik yang kosong.
Malah mereka itu menyangka muzik sematamata hiburan dan keseronokan.
Mereka tidak nampak muzik itu rapat dengan jiwa, dan jiwa
yang tenang membawa kepada Tuhan.
Muzik yang mereka dengar itu malah tidak dapat membawa kepada Tuhan.
Anak-anak muda di luar yang gila benar mahu menjadi bintang dan idola itu bukan sangat reti
mengenai perkara ini.
Anda tentu terkesan yang mereka hanya nampak kemewahan dan kemasyhuran
menanti.
mereka tidak tahu sepicing pun mengenai muzik merawat mental juga emosi.
Anda harus lebih tahu daripada mereka yang irama muzik sangat berpengaruh menumbuhkan emosi apatah lagi keadaan mental.
Muzik tentu sahaja dapat menjadi terapi kejiwaan.
Tidakkah mereka tahu yang muzik menjana kelenjar pineal mengeluarkan
hormon melatonin.
Inilah jenis hormon yang berfungsi untuk menenangkan manusia.
muzik seumpama rock yang iramanya berfrekuensi lebih dari 12 hz akan hanya mendorong pendengar menjadi agresif, radang, baran dan merosakkan kesihatan dengan melajukan detak
jantung.
Sedang irama ney misalnya (sejenis serunai orang sufi: sila baca novel Advencer Si Peniup Ney) itu frekuensinya seputar 8 ke 10 hz,
justeru temponya yang tidak pantas menjadikan fikiran tenang dan memberi santai di jiwa.
Tidak hairan juga kalau irama yang berfrekuensi 4 hingga 8 hz, itu membuatkan orang lagi cepat tidur.
Anda harus lebih tahu daripada anak-anak muda yang mahu sangat menjadi bintang dan idola di luar itu.
Ini ada benarnya hinggakan satu masa dahulu terdapat pasukan muzik di rumah sakit Sultan
Beyazid kedua di Edirne wilayah Turki Othmaniyyah.
Bukankah mereka menggunakan haruman dan irama sufi sebagai terapi rawatan untuk pesakit.
Anda yang belum pernah mendengar hal ini tentu sekali kini menjadi lebih berpengetahuan bahawa Islam menawarkan muzik lebih daripada untuk keseronokan.
Lama sebelum perang Akkerman, dalam tahun-tahun 1480an ketika bangsa-bangsa barat masih jahil dan belum mengenal gitar
apatah lagi organ atau sains dan seni muzik, Sultan Beyazid II telah menubuhkan sebuah kompleks
kesihatan di Edirne, menggunakan bunyian air, muzik dan wangian daripada bunga-bungaan untuk merawat orang-orang yang tidak sihat.
Justeru muzik dan menjadi pemuzik itu satu kerja mulia yang memberi perkhidmatan untuk kemanusiaan
tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya
kepada kemanusiaan?
Tetapi masa kini mereka terlalak-lalak mengaku bahawa kami adalah penyumbang kepada kemanusiaan?
...tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya kepada kemanusiaan
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur
sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Tujuan garis panduanini di sediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah
SWT.
Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri
fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian
asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum- hukum syara’.
GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT,
memburuk- burukkan Rasulullah SAW,
melekehkan para sahabat,
meragui hari kiamat dan pembalasan
dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub
kepada wanita.
Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa
yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap
akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan
masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas
akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah
engkau dihalangi daripada mempercayainya
oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta
ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu
engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hakhak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan
maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
“Dan apabila mereka mendengar perkataanyan g sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.”
(surah Al Qasas : 55)
"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yangdisampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.”
(surah Al A'raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:
“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikanwani ta sebagai penyanyi (penari-penari), alat alat yang melalaikan(muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalanganle laki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita.
Ini adalah bagi mengelak segala fitnahdan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.
Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”
(surah Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda;
Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan
nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan.
Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman:
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”
(surah Al Lukman :6)
Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab
Islam.
Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk
industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar.
Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment