Tuesday, July 27, 2010

Di mAnAkAh GeNEraSi IsLaM KiNI???

bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku, 
yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, 
jantungku untuk berdegup, 
kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, 
telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya...





alhamdulillah,aku sempat mencuri masa sedikit untuk blog tersayang..
da lmer x update blog,n di kesempatan ni la,aku nak tulis sesuatu yg bermanfaat..
kalau x bermanfaat pon,xpelah,buang yang keruh ambik yang jernih..
same2 la kita tapis yer...
taklifat datang silih berganti..sehingga suatu masa kita merasakan taklifat(kewajipan) kita ni lebih byk dari masa yang ada..

benarlah kata Hasan Al Banna,yang juga merupakan pejuang syahid suatu ketika dahulu..
katanya "Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya."


cuba kita lihat pada zaman sekarang,semakin ramai remaja hanyut dengan dunia percintaan..
kenapa ianya berlaku?
Cinta adalah salah satu  kurniaan Allah kepada manusia. 
Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. 
Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa ialah cinta yang paling agung di antara segala cinta. 
Kerana itulah para syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.


so,dimanakah generasi muda Islam yang bakal membangkitakan kembali sistem khilafah yang telah lama runtuh? seorang demi seorang susut ke arah kebinasaan..
padahal Allah dah berfirman dalam surah Al Baqarah...
"janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan.."..renung kembali ayat itu..
adakah kita sekarang di luar atau di dalam skop itu?
ok,dalam hadis pula ade berbunyi,
"antara kesempurnaan ISLAM itu apabila ia meninggalkan apa yang tidak berkaitan dengannya"..


tp masih ramai lagi remaja2 yakni generasi muda yang bakal memimpin negara,amat cintakan dunia,n takutkan mati..


"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak." (Surah al-Hadid, ayat 20)




ade juga suara sumbing yang berkata...
“Tak apa, kita muda lagi, enjoy la dulu”

Terpulang, 
enjoy lah, setakat mana yang kita mampu, kalau itu yang kita nak. 

Kelak jangan menyesal di masa depan, dan jangan salahkan generasi yang baru lahir jika mereka lebih rosak daripada generasi muda sedia ada. 
Persoalannya, apakah kerosakan generasi hari ini kerana kelalaian golongan tua kini, ketika mereka muda dahulu? 


Kadangkala pelik memikirkan mengapa gejala sosial terus membelenggu masyarakat. 
Apakah yang kurang? 
Pembangunan fizikal yang semakin pesat rupanya tidak berkadar langsung dengan pembangunan insaniah, batiniah.
Makin disogok kemajuan makin diragut kemanusiaan. 

Di mana, di mana letaknya hatimu insan?






Mungkinkah ini kesannya bila agama diamal separuh-saparuh? 
Diambil bila perlu, dipegang bila terasa ada kepentingan, lantas bila difikir "menyusahkan" ia disisih. Antara isi kandungan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:85):


"......sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."


Allah telah mengingatkan tentang balasanNya bagi orang yang mengambil agama sebahagiannya dan meninggalkan sebahagian yang lain iaitu kehinaan di dunia dan azab di akhirat. 
Ya Allah bagaimana untuk kita terus merasa tenang dengan murka Allah? 
Ingatlah sahabat-sahabat, andai azab Allah tiba, tiada satu pun yang akan terkecuali.
Mungkin ada yang terfikir...
1) Ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir.
2) Tak apa lah asalkan yang buat tu bukan kaum kerabat kita.
3) Dah keadaan macam ni, aku bukan boleh buat apa-apa pun..

Ya, kadangkala saya juga terfikir begitu, masakan perbuatan orang lain perlu kita ambil "pot". 
Tetapi perlulah kita ingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita, paling kurang berdoalah. 
Berdoalah agar ummah ini kembali ke jalan-Nya.

Hakikat yang perlu diingatkan di sini ialah, setiap perbuatan jahat membawa kepada dosa dan ia turut disumbang oleh bisikan jahat musuh manusia yang utama, iblis dan syaitan. Kerana makhluk ini telah berjanji seperti dalam firman-Nya (Surah Al-Hijr: 15: 39-40):


"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


Ingatlah bahawa hidup itu satu ujian. Hanya yang bersedia dengan persediaan yang cukup akan "lulus" dan akhirnya kepada Allah lah kita kembali dengan kematian yang pasti. Segala kebaikan dan keburukan adalah cubaan buat manusia seperti firman-Nya (Surah Al-Anbiya' : 21:35)


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."



Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sekarang?
1) Baiki diri anda. Ya, bermulalah dari diri anda sendiri. Latih diri untuk tidak mendekati maksiat, apatah lagi melakukannya. Rasakan beratnya seksa melakukan dosa ibarat dihimpap bukit besar di dada. Rasakan ketakutan terhadap azab Allah yang tidak mungkin mampu kita menanggungnya di akhirat kelak.

2) Dalam proses pembaikan diri yang berterusan, majukan terus kepada ahli keluarga anda.
Didik adik-beradik, sepupu, dan keluarga terdekat tentang pentingnya menjauhi maksiat. Bawa hati mereka kepada Allah. Memang ia agak sukar, saya akui. Untuk menegur orang yang terdekat memang susah. Namun, carilah cara terbaik untuk melakukannya. Yakinlah akal kurniaan Allah mampu memikirkannya, dan berdoalah kepada pemegang hati manusia.
3) Kurangkan diri dari melakukan perkara lagha. Contoh yang boleh saya berikan ialah menonton filem atau video yang tidak membina minda yang mungkin hanya memaparkan adegan lucu, ngeri, seram, lucah dan sebagainya. Jangan biar hati anda terikat dengan perkara yang melalaikan.

4) Andai anda sukar berubah bersendirian, 
ajaklah teman anda. Sama-sama buat perubahan. Mulakan dengan persekitaran yang baik. Jadilah teman setia yang saling mengingatkan dan saling menguatkan.




5) Berdoalah: MasyaAllah La haulawala quwwatailla Billah (maksud: apa yang dikehendaki Allah itu pasti berlaku, tiada daya melainkan dengan (pertolongan) Allah) sebagai doa untuk menolak bala.



Akhir kata, setiap perkara buruk yang berlaku di sekitar kita memberi pengajaran bermakna untuk direnungkan. Pandanglah ia sebagai peringatan Allah kepada manusia. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk berubah, maka bergeraklah segera. Didik hatimu supaya hatimu terisi dengan kebenaran bukan kebatilan yang menyesatkan. Turut mengingatkan diri yang lemah ini..

Wallahua'alam.. 

No comments: