Wednesday, January 19, 2011

BLog AkU,SuKa HaTi AkU LaA..!!!!!

bismillahirahmanirrahim...
setelah lama menghilang,setelah lama tidak menulis,setelah lama tak menjejak kaki ke blog ni..dan alhamdulillah3x,hari ni saya punya sikit masa nak update..
nak update sikit jer..
first2,terkejut tak ngan tajuk entry tu?
bukan ayat saya lah..saja nak bagi gempak.. kasi 'up' sikit blog ni nak attract pembaca..kih2..
antum antunna pernah dengar tak ungkapan 2(tajuk entri ni)... 
banyak ditulis di blog-blog yang saya kira mereka lupa siapa sebenarnya mereka..
barangkali mereka belum pernah terbaca artikel ini sehingga mendakwa boleh menulis sesuka hati... 
Saya baru terjumpa blog yang mempertikaikan kewajipan menutup aurat ke atas muslimat, katanya suka hati orang tu la nak tutup ke tak sebab rambut dia...
Siap mendabik dada mengatakan dia mampu menulis apa yang dia suka sebab itu blog dia.. Saya tidak bercadang untuk mengiklankan blog dia di sini. 
Lagi kasihan kot bila membaca komen dari yang menyokongnya dengan memberi menafsiran yang salah tentang ayat al-quran. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.Astagfirullah..
Teringat kata Syeikh Abdul Kadir Jailani,
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Sama2 menginsafi diri yang lemah.

Benarkah kita bebas melakukan apa saja di rumah kita? 
Menganjurkan pesta-pesta maksiat, mengadakan pertandingan judi, menggalakkan penzinaan, menjadikannya sebagai markas pencuri... 
Boleh ker? Tidak!! Tentu sekali tidak... 
Begitu juga di blog, kita tidak boleh melakukan sesuka hati...
Kecuali jika melibatkan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan hukum hakam agama seperti menyusun atur gadjet sebagaimana kita bebas meletakkan almari dan rak buku di rumah kita.

Benarkah membuka aurat adalah hak kebebasan individu? 
Rambut dia, suka hati dia lah nak tutup ke tak... 
Benarkah begitu? Kalau antum antunna bersetuju dengan pandangan tersebut, saya harap antum antunna tidak bermasalah jika saya ke rumah antum antunna dan memasuki rumah antum dengan memakai kasut, kemudian ke bilik antum dan melompat di atas katil antum dengan kasut juga... 
Antum jangan marah kerana antum penyokong hak kebebasan maka antum tidak boleh menghalang kehendak kaki saya. Kaki saya, suka hati saya la...bukan ker begitu?

Sebagaimana saya perlu menghormati peraturan rumah antum, begitu juga antum perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh tuan kepada bumi ini, tuan kepada rambut kita, tuan kepada kaki kita... 
Kita hanyalah hamba kepada Tuan kita iaitu Allah... 
Kita berada di bumi Allah maka seharusnya kita perlu patuh kepada arahan Allah... 


api_dosa.jpg
*api neraka lebih panas..

Ah, kubur masing-masing, tak payah nak sibuk2... 
Benar, kubur masing-masing, tapi bila antum mati, antum akan menyusahkan orang ramai... Kalau kubur masing-masing, pergilah gali sendiri dan tanam sendiri bila dah mati nanti...
tapi tidak, antum tetap menyusahkan orang ramai yang tepaksa menanam antum sedalam 7 kaki kerana jika tidak pasti mudharat lebih besar kerana terpaksa menghidu mau mayat manusia yang sangat busuk...

Oleh itu, berhati-hatilah dalam berkata-kata dan berhati-hatilah dalam menulis... 
Antum antunna adalah apa yang antum antunna tulis... 
Kadang-kadang tahap kebijakan kita boleh dinilai dengan tulisan kita... 
Juga, jangan sekali-kali mendedahkan dosa anda yang Allah telah sembunyikan di blog kerana ia menggambarkan seolah-olah anda berbangga dengan dosa itu.

2 comments:

sesuci embun pagi said...

betul.. ana sokong..

Ruqaiyah Yusof said...

hmm...best2..lebih2 lagi yg kata-kata syeikh Abdul Kadir al-Jailani tu.