Saturday, November 17, 2012

Red..


*sisters in red..
walaupun sepatotnya hari tu patot pakai baju kaler BIRU untuk Hari Diabetes..
kaler MERAH untuk meraikan hari teristimewa 2 sahabat aka roomate..

p/s: saje mengisi kekosongan entri yang telah lama menghilang..:'(

Monday, August 27, 2012

bawalah roh Ramadhan itu bersama..

bismillahirrahmanirrahim..
em,pagi2 yang masih sejuk membeku ni,rasanya sangat nyaman tuk tido..
tapi saya tak pilih itu..masih terngiang2 citer KCB bila mata layu ingin membuai mimpi..
teringat dialog mak mas azzam..
" kalau nak cari calon isteri,jangan pilih yang suka tidur pas subuh"-lebih kurang gitulah bunyinye..
haa..kan dah kena sebutir atas dahi..
orang kata tak baik tido pas subuh..takut tak masuk rezeki..
Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam(suami), biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut...
Buat bakal isteri pula, buatlah ape2 yang mendatangkan manfaat..kemas rumah ker..dan sebagainya lah. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak kan bising..:)) *highlight biru gitu..

sedikit muhasabah..daripada teman.
time bulan Ramadhan, ibadah dilakukan terasa ringan.
puasa terasa nikmat, 
Al-quran dijadikan teman, 
bangun malam terasa senang dan 
begitu juga dengan amalan2 yang lain terasa sangat mudah untuk dilakukan.. 

Tapi kini setelah berakhirnya Ramadhan,semua amalan terasa susah... 
Ianya berlaku saban tahun bukan tahun ini sahaja.. 
Aku beramal apabila datangnya Ramadhan tetapi selepas Ramadhan segala amalan yang aku lakukan ketika Ramadhan tidak lagi kulakukan...
Apakah mungkin kerana aku beribadat kerana Ramadhan dan bukan kerana Allah??
muhasabah diri masing2..
kalau dahulunya kita sering menghidupkan malam dengan ibadat2,tapi kini berjaga malam dengan menonton cerita2 korea,
kalau dahulunya kita sangat rasa bersalah untuk lakukan dosa,tapi kini tiada rasa apa2,
kalau dahulunya kita sering membaca kalamullah,tapi kini membacanya tidak,apatah lagi mentadabburnya..
itulah tanda2 iman kita semakin lemah..
na'uzubillah min zalik..mohon dijauhkan..
same2lah kita recharge balik iman.
bukan sahaja bateri handphone,lappy jer perlukan charger..kita juga perlukannya..

*tertarik ngan kata2 dia..

-------------------------------------------
alhamdulillah,sudah sebulan kita berpuasa, Aidilfitri pula disambut sebagai suatu kemenangan.
bukan sahaja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan,malah menang juga dalam menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, yang mana kalau kita buat,batal puasanya..
Kerana tu lah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

rasanya masih sempat lagi ana nak ucapkan 'Taqabbalallahu minna wa minkum,taqabbal ya kareem.."
Selamat hari raya kepada semua umat Islam terutamanya pembaca tegar blog yang sentiasa tak terhupdate ni..(musykil,masih ada lagikah pembaca blog ni? :))
asal raya jer,mesti dapat kad raya..tu dulu laa..sekarang semua pakai IT..FB,mesej,twitter,etc..
senang kan? tapi kemanisan kad raya tu da ilang..
kalau pakai mesej,mesti pakai forward punya je..kan? haa..kat situ dah ilang dia punya manis..sebab bukan dari hati kita sendiri..so,bila si pembaca mesej tu baca mesej 4ward kita,tak akan masuk ke dalam hati kemaafan yang dipinta..sebab bila seorang tu tak ikhlas,tak jadik..xde feel kata orang..biar2 sama2 ikhlas..
kan kalau pakai kad,nampak lah sikit kesungguhan kita tu..tulis sendiri pakai tangan,beli sampul,beli setem n pos..hik2..

caner rayer tahun ni? mungkin meriah pasal tu hari bahagia dia..hari dia naik pelamin kan..
mabruk kepada semua yang sudah mengikat hati menjadi satu..baru tersedar,dah tua.
tapi alhamdulillah,usia bukan penghalang untuk mengumpul duit raya..mungkin muka terlebih awet muda..mungkin..kot...:p
tapi orang kata petanda tidak mendapat duit raya adalah petanda besar..petanda kita untuk mendirikan rumahtangga..:)) 

tup2 tinggal seminggu lebih lagi cuti..aduh..rasanya baru semalam cuti..*hiperbola*
hah,cuti 3 bulan ni,tak sentuh hape2 sal ubat..habis semua nama2 ubat pun ana da lupa..
kalu dulu,siap ejaan pun boleh betolkan,apatah lagi nama yang pelik2 tu..
masuk sem depan,jadi budak suci yang tak tahu pape lah alamatnya..
*muhasabah diri sebagai seorang student pharmacy.


*tema raya tahun ni: HIJAU..
tengok sape yang pilih kain kan..:)

p/s: bawalah roh Ramadhan itu bersama..:)



Friday, August 17, 2012

Akan Kurindui Dia..


Aku lihat Ramadhan dari kejauhan….lalu ku sapa ia,

“Hendak kemana?”

Dengan lembut ia berkata, “Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukminah.
Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA.

Itupun Syawal..ia sudah tiba. “.

Ku lihat Ramadan pergi…jauh..
Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

memandangkan raya esok lusa insyaAllah,ana nak share something lah sikit...


*kalu xnampak,tekan yer..:)


"Ya Rabb, terimalah amal ibadah puasa kami dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan di tahun depan. Jadikanlah kami manusia baru seperti bayi yang masih suci ketika dilahirkan. Mdh2an, akn dipertemukan ramdhan yg akn dtg, insyaAllah...Amin"...:)


Tuesday, August 7, 2012

Lapar dan Dahaga..=_=''

bismillahirrahmanirrahim..
tup tap tup tap dah masuk hari ke 19 Ramadhan dah hari ni..^^
macam mana tadarus? harapnya dah lebih juzuk 19 lah kan..sahabat2 kan hebat2 semuanya..insyaAllah..
puasa pula? penat? biasalah tu.. :)
teringat satu hadis ni..pernah menyentap diri sendiri suatu masa dahulu..

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani)

 

haa..ada tiga kemungkinan orang berpuasa tapi hanya mendapat rasa lapar dan dahaga :
1. Puasanya tidak ikhlas

sebabnye amalan setiap orang tu tergantung niatnya dan dia akan mendapatkan apa yang dia niatkan.seperti hadis pertama dalam hadis 40..
dan juga hadis ni:

“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan bagi setiap orang akan mendapatkan apa yang dia niatkan” (HR. Bukhari – Muslim)

so,puasa kita kenalah ikhlas semata2 untuk mendapatkan pahala besar dari Allah..insyaAllah..
tapi,jika puasa kita tidak ikhlas dan hanya untuk tujuan-tujuan duniawi (seperti puasa utk riya’, diet, sihat dll) maka yang kita dapat rasa lapar dan dahaga je lah...
kan ruginya namanya tu..:)

2. Puasanya tidak sesuai dengan tuntutan Nabi
“Barang siapa yang beramal bukan di atas petunjuk kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)

Oleh sebab tu puasa orang itu tertolak dan yang dia dapat hanyalah lapar dan dahaga saja.
Maka kita kena banyak belajar dan menuntut ilmu agama untuk mengetahui bagaimana cara Nabi beribadah lebih khusus dalam masalah puasa..
oh ye,nanti jika ade yang nak tengok permasalahan berkenaan puasa,sudi2kanlah diri klik photo di FB ana yer..:)
3. Orangnya puasa tapi still lakukan maksiat

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada pahala di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari) 

 

Yang perlu kita ketahui untuk dapatkan pahala yang sempurna dalam puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je, tetapi juga menahan diri dari nafsu syahwat supaya tidak terjebak dalam maksiat..

overallnya,puasa ni macam kita bercucuk tanam lah jugak..
Orang bercucuk tanam,jika nak hasil yang lumayan harus memilih benih yang baik, itu ibarat niat yang ikhlas... 
Dia juga harus memelihara tanamannya dengan teknik2 yang sesuai dengan ilmu pertaniannya, itu ibarat selari dengan tuntutan nabi...
Dan tak lupa juga, kalau menanam xsah jika tak meracun binatang perosak dan membaja supaya tanaman hidup subur, itulah ibarat maksiat yang harus kita jauhi..
Semoga puasa kita mendapat balasan pahala yang sempurna dan dijauhkan dari golongan orang yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga saja..nauzubillah..

p/s: jom khatamkan Al-Quran!

*sekadar gambar hiasan..:))


Saturday, July 28, 2012

"aku bukan hamba ramadhan.."

bismillahirrahmanirrahim..
salam buat semua pembaca tegar blog yang tak terhupdate sejak *tut*..tatau dah berapa lama dibiarkan begitu saja tanpa secebis pun peringatan..
mungkin harus ditutup blog ni..mungkin..
memandangkan penulisnya pun dah rasa macam hilang feeling tuk menulis macam dulu lagi..mungkin..
mungkin juga penulis merasakan tulisannya tak dihirau kerana tulisannya yang tak cukup 'kaw' tuk menyedarkan manusia lain..
mungkin juga penulis merasa rendah diri apabila melihat tulisan sahabat blogger lain yang sangat mantap penulisannya..terpaksa dia akur n akui bahawa dia tidak pandai menulis cerita,berblogging dan sebagainya..
Allahuma amin..



Alhamdulillah hari ini dah hari ke 9 Ramadhan... 
kalau diikutkan, patutnya rata-rata kita semua dah masuk juzu' ke 9 tadarus Al-Quran...
sape dah lebih juzuk tu,mabruk! sedikit suggestion lah dari ana kepada kaum muslimat, agar buat lebih dari juzuk sembilan..ye lah..kita kan nanti ada 'cuti'nya..baik bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian..xdelah pulun habis-habisan akhir Ramadhan nanti..kan? 
hah,time pusa ni lah nak tanya macam-macam soalan pasal hukum hakam dalam bulan Ramadhan, 
n time ni la nak banyak-banyak qiamulail, n time ni jugak la nak rebut-rebut habiskan khatam Al-Quran..
kenapa tak pada bulan2 lain? muhasabah jugak lah tuk diri sendiri terutamanya..

teringat kata setengah dari Hukama’ atau cerdik pandai Islam yang pernah mempopularkan seruan dan slogan : Kun Rabbaniyyan Wa Laa Takun Ramadhaniyyan..
yang bermaksud : Jadilah kamu Rabbani - penyembah Allah dan jangan kamu jadi Ramadhani - penyembah Ramadhan...
seolah-olah ade batu yang besar yang bterjatuh kat atas kepala..*head shot* =_=''

inilah kita semua..sifat taat dan cintakan ibadah sangat ketara dan menonjol dalam bulan Ramadhan je..
padahal Allah yang kita sembah di bulan ini jualah yang kita sembah di bulan-bulan yang lain..


seharusnya kita PERLU merasa hairan dan tanyakan pada diri sendiri secara jujur..
mengapa kita taat kepada perintah Allah di bulan Ramadhan sedangkan kita sanggup mengingkari suruhan Allah di bulan-bulan yang lain...?
mengapa kita sanggup meletihkan diri menahan lapar dan dahaga tanpa sikit pun mempersoalkan perintah tersebut, tetapi kita berani mepersoalkan hukum Allah dalam perintah-perintahnya yang lain di bulan-bulan yang lain..
mengapa kita mengamalkan sikap taat secara berpilih? 
adakah kita percaya, yakin dan beriman dengan SEBAHAGIAN suruhan atau larangan Allah dan kita ingkar, menolak serta mempertikaikan SEBAHAGIAN suruhan atau larangan yang lain. 

Firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud : ”Apakah kalian beriman dengan sebahagian al-kitab dan kufur ingkar dengan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian itu dari kalangan kamu melainkan kehinaan hidup di dunia dan di hari qiamat mereka akan dikembalikan kepada sepedih-pedih azab. Dan tiadalah Allah lalai terhadap apa yang kalian kerjakan.” [Al-Baqarah : 85]

katakan kepada diri yang:



aku bukan hamba ramadhan pada bulan itu sahaja aku solat sunat..
aku bukan hamba lailatulqadar pada malam itu sahaja aku beribadat..
aku bukan hamba puasa pada saat itu sahaja aku menahan nafsu..
aku hanya hamba Allah dan Allah wujud setiap waktu..


moga ramadhan menjadi titik tolak kita untuk berubah menjadi lebih baik, bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja kita menjadi baik, bulan lain kita menjadi hantu... 
sbb Allah tidak hanya wujud dalam bulan ramadhan, Allah tetap menilai amalan kita selepas itu...

Kita menyembah Allah, bukan menyembah Ramadhan.
Kita beribadat kerana Allah, bukan kerana Ramadhan.
jadikan Ramadhan sebagai pemula kepada sebuah perubahan yang berterusan. bukannya habis je Ramadhan, semua amal-amal ibadah yang istiqamah dilakukan dalam sebulan itu terus ditinggalkan...


teringin tuk share bait kata dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kita sama-sama renungi dan fikirkan.

"Ihya' maksudnya menghidupkan, jika jam hidup dengan bateri, jika lembu hidup dengan rumput... maka Ramadhan hidup dengan ibadah.. puasa, qiyam dan bacaan al-quran ialah di antara program-program yang menghidupkan Ramadhan.."

Rasanya masih belum terlambat untuk ana berkongsi dengan anda semua Checklist Ramadhan kan?

Jadual ini menyediakan ruang tarikh daripada awal Ramadhan hinggalah ke penghujungnya. 

So, kita boleh monitor dan bandingkan sendiri samada amalan kita semakin bertambah, menurun atau pun statik berdasarkan bilangan tick yang kita dah buat dalam checklist tu. 
sila usya snapshot kat bawah untuk gambaran yang lebih jelas.


*klik untuk saiz lebih besar..

akhirul kalam,salam Ramadhan Kareem pembaca sekalian (bajet cam ramai gila orang baca blog ni!)

p/s: maafkan segala salah silap selama antum antunna mengenali diri ni..:)


sincerely,
Al-faqir ilallah..

Friday, June 15, 2012

Bila Cinta Datang Kembali..


*gambar sekadar hiasan..



Sedang asyik di depan laptop melayan FB, tiba – tiba handset berdering menandakan ada 1 mesej masuk. sedikit sebanyak membuatkan diriku terganggu.

“Salam. Apa khabar Farah di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah Farah pada Khalil?”

Khalil, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang lama menyepi hampir 3 tahun yang lepas. Nama yang pernah menyentuh hati ini, yang pernah mencuri hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis dalam sanubari ini dan nama ini lah yang inginku cuba lupakan. Waktu itu, aku terperangkap dalam jerat cinta lantaran kejahilan dan kenaifanku sendiri.

“Farah, maafkan Khalil. khalil masih menyayangi Farah. Perasaan Khalil masih segar seperti 3 tahun yang lepas…”

Aku tidak tahu apa yang nak dikatakan. Hatiku bagaikan keliru, adakah kata – kata yang Khalil lafazkan itu perlu digembirakan atau disedihkan. Dia kembali kepadaku. Namun, perlukah dia kembali?

Persoalan itu begitu ligat bermain di dalam mindaku. Mesej khalil sengaja tidak ku balas.. ku biarkan waktu yang berbicara.
Aku sudah tekad mahu menjaga diri ini daripada terjebak dalam kancah maksiat. Aku tidak mahu diperkotak katik nafsu yang begitu menyeru diriku terpaut pada cinta haram itu. Aku tekad ! meskipun “cinta pertama” itu sukar dilupakan.. bagi aku, apalah guna “cinta pertama” pun jika Allah tidak diutamakan. Waktu itu aku terlalu bodoh, aku terlalu murah menyerahkan hati ini pada insan yang tidak sepatutnya, insan yang belum pasti mampu memimpin aku ke syurgaNya.

Tetapi, aku ini hanya wanita biasa, yang lemah imannya.. jauh disudut hatiku, meronta – ronta inginkan seorang teman yang menemani aku di saat susah mahupun senang. Meskipun aku sudah cuba membenci dan membuang perasaan sayang kepada “cinta pertama” itu, tetap aku tidak berjaya. Hati wanitaku ini begitu lemah.. Kekadang rasa rindu dan sayang itu menjengah.. sudah beberapa kali airmataku tertumpah memikirkan kerananya..


********

“Wanita yang solehah takkan mengalah hanya kerana cinta seorang lelaki yang belum pasti menjadi suami”, nasihat sahabat ku, Nurul Iman.

kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. Nurul Iman, gadis yang bertudung labuh yang wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi ayah awak menghantar awak belajar di sini Farah”

Aku tertunduk lagi.. terdiam.
“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata."

“Berapa lama awak mengenali khalil itu? Pastinya tidak selama awak mengenali pencipta kita, benar bukan? Cinta yang awak sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia wahai sahabatku. Cinta duniawi itu telah berjaya menumbangkanmu, bangkitlah sahabatku. Teruskan mujahadahmu. Ini hanya ujian kecil dari Allah. ”

Airmata aku tidak dapat ditahan lagi.. kehangatannya dirasakan dipipi

“Lihatlah wajah-wajah ayahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah hampir terkulai layu.. awak takkan mampu menentang mereka, sebab awak tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu wahai sahabatku,”

Mendatar kalimah itu sambil bahuku disentuh lembut oleh Iman..

“Farah, Iman terlalu sedih, Farah hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kecintaan farah padanya itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang awak rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan mampu awak keluarkan, awak usir dari hati awak kecuali jika awak memiliki dua hal. Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hati kita. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika awak merasa merana kerana rindu kepada Allah, awak tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika awak sudah sibuk memikirkan Allah, awak tidak akan sibuk memikirkan yang lain. Saat ini, Kerana hati awak miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya awak dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindu awak pada si dia. Pada dia yang tak mampu memberi apa-apa kepada awak farah."

Dalam sungguh maknanya.. kerdil sangat dirasakan diriku ketika mendengar kata – kata Nurul Iman itu.. kerdilnya aku. aku selalu laungkan mahu akan cinta Allah. Tetapi dalam masa yang sama aku biarkan diriku melupakan Allah dan mencintai perkara yang dibenciNya..

“Farah, jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,” pesan Nurul Iman lagi sebelum dia memohon beredar kerna ada hal yang mahu diselesaikan katanya.


Alhamdulillah dengan izin Allah, nasihat dan pesanan Nurul Iman itu seolah – olah telah berjaya menyembuhkan imanku yang selama ini dihidap “virus merah jambu” itu.


Syukur !

Lantas SMS Khalil ku balas..

“Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar hati sunyi tanpa kemaksiatan, akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT”


p/s: Segala watak dan kisah dalam entri takder kaitan sama ada yang masih hidup or mati. moga mesejnya jelas. :)

pp/s :Tidak perlu dicari apa yang sudah seharusnya menjadi milikmu, yang pasti menjadi milikmu itu akan tetap untukmu, cepat atau lambat itu hanya waktu. Sebaliknya apa yang bukan milikmu itu, walau kau kejar, semakin jauh. cepat atau lambat, membuat dirimu semakin jenuh.

Yakinlah pada firman-Nya,
“Perempuan - perempuan yang keji untuk laki - laki yang keji dan laki - laki yang keji untuk perempuan - perempuan yang keji, perempuan - perempuan yang baik untuk laki - laki yang baik dan laki - laki yang baik untuk perempuan yang baik.”QS [24:26]


moga Allah redha :))

Friday, April 13, 2012

Tegurlah Andai Diri Ini Khilaf..

bismillahirrahmanirrahim...

assalamua'laikum sahabat2..dah cukup lama rasanya meninggalkan blog tanpa tinta2 rindu dan peringatan buat semua..insyaAllah kali ni berkesempatan jugak nak menulis walaupun masa terlalu mencemburui dan kerja2 esaimen,kuiz sentiasa menghambat dan menghantui di setiap malam tidurku..(erk!)

ape khabar kamu2 yang sudi membaca blog ni? diharapkan semua sihat dan menjaga amanah tubuh badan yang diberikan oleh Allah dengan baik..insyaAllah..:))

kalau dulu boleh goyang2 kaki beronline,tapi sekarang nak goyang2 kaki time online pon susah sebab selalu dok ingat keja...

time is limited now..suka ana nak petik satu rangkap nasyid ni..sangat memberi semangat sebenarnya..

mengharungi samudera kehidupan..
kita ibarat para pengembara..

hidup ini adalah perjuangan..
tiada masa tuk berpangku tangan..

yep,kita sebenarnya takde masa nak rehat2 kat dunia ni..
banyak masa yang ade ni kita perlu isi ngan bende2 yang bermanfaat..
contohnya berblogging ni laa..tapi dengan syarat ade isinya untuk dikutip,bukan sekadar blog untuk meluahkan perasaan..
blogging ni sebenarnya satu wasilah untuk ana nak berdakwah..berdakwah melalui mata pena taipan keyboard..kenapa gedik sangat nak berdakwah ni sebenarnya?
salah satu sebabnye adalah untuk menegur dan saling ingat-mengingati..
sekadar megulang imbau kembali apa yang ana belajar dalam usrah..


akak naqibah: ape hukum sebenarnya kita berdakwah ni? wajib ke..sunat ke..

semua saling berpandangan..ana senyum bersahaja,hanya mengharapkan jawapan dari 4 orang yang lain..(sebab ana dah pernah belajar sebelum tu..sebab tu dah tahu..:)) )

sahabat 1: wajib kot..

sahabat 2 terus menambah: a'ah..wajib kot ek..

akak naqibah: ok..camni..dakwah sebenarnya ade 2 hukum..wajib dan sunat..2-2 ni ikut waqi'( keadaan)..

1) fardu ain sebab masih belum ada khilafah islam

2) fardu kifayah bilamana sudah ada khilafah islam (gabungan beberapa buah negara islam)

bla..bla..

so,kalau ikut keadaan sekarang,macam mana hukumnya?

sahabat 3: fardu ain..(dengan yakin)..
so apabila fardu ain,maka wajib lah atas semua individu melakukan nya..bukan mengharapkan orang lain sahaja.. 


saya masih baru dalam dunia blog ni (3tahun,baru jugak kan?), tak pantas menegur, tak layak mencelah..
Tapi, sebagai orang yang punya kuasa penuh terhadap blog ni, 
selagi saya ada kuasa menghidupkan suis komputer di rumah/ bilik sendiri, 
selagi wifi UIA berfungsi untuk memasukkan saya ke alam maya ini, 
selagi otak berada pada tempatnya dan mampu berfungsi sebagai mana kejadiannya, 
maka selama itulah saya akan menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran. ~


Pertama sekali saya mohon maaf kerana diakui (sangat!) saya kurang melakukan aktiviti blogging sepanjang 2 bulan ni..
Tak perlulah saya berdolak-dalik, tapi alasan paling utama, saya bukanlah blogger sepenuh masa dan saya juga punya komitmen lain yang perlu diuruskan. 
Namun tidak bermakna saya meninggalkan terus dunia maya ini. Jika ada kelapangan saya turut melompat dari satu tempat ke tempat lain, mencari ilmu dan belajar daripada orang lain.

Jadi, sebagai artikel penutup untuk minggu ini (walupun mata sentiasa mengerling ke arah jam,sebab masa sentiasa mengejar saya), saya akan gunakan mukadimah di atas sebagai topik utama yang hendak saya sampaikan. Berkenaan dengan tegur-menegur sesama kita...
Namun sebelum tu, ketepikan soal siapa entum entunna tetapi cuba fikirkan sejauh mana entum entunna sanggup menerima teguran?

Dalam dakwah, ataupun apa sahaja perkara, jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.
sebagai contoh..sesuatu yang agak pelik apabila seorang akhwat sentiasa menyuruh akhwat yang lain rajin bangun malam untuk tahajud, sedangkan diri dia sendiri sentiasa berselubung di dalam selimut. 
Sebab itu, kalau kita suka menegur, pastikan dahulu teguran iu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga untuk ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. 
Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Sebagai penutup pula, saya ingin memetik kata-kata Horatio Caine dalam CSI Miami:

di penghujung hari jika kita tidak saling membantu, kita akan mati sendirian…


:)) fi amanillah..(sekadar peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)

Saturday, February 4, 2012

Kutemui Cinta Itu..

bismillahirahmairrahim...
alhamdulillah sempat jugak kita berada dalam bulan Rabiulawal tahun ni..
dan alhamdulillah harini merupakan hari maulidurrasul..! iaitu hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
sempena harini,saya nak post sesuatu..agar terisi sedikit masanya walaupun saya harus meninggalkan rumah esoknya..huhu
sebelum tu saya nak tanya,dah berapa ribu atau juta kali dah kita selawat kepada nabi?
alhamdulillah,sama2 muhasabah la yer..jangan pula kita menjadi umat yang kedekut dan bakhil yer..
sape umat yang bakhil tu?

Sabda Rasulullah s.a.w ,

البخيل من ذكرت عنده و لم يصل علي

" Orang yang bakhil itu adalah dia yang namaku disebutkan namun dia tidak berselawat ke atasku " HR Tirmizi


disini saya nak share 1 video yang saya kira memang femes lah kat utube tu..
dan sangat menyentuh hati si penonton..
walaupun banyak kali tengok pun, tak kering kolam air mata..sangat tersentuh..



Pernahkah kita tertanya-tanya, apakah yang kita akan minta jika Rasulullah S.A.W ada bersama kita? Pernahkah kita tertanya-tanya bagaimanakah perasaan Rasulullah S.A.W apabila Baginda melihat kita melakukan perkara-perakara yang telah Baginda larang?
Sungguh tingggi perasaan sayang wanita di dalam video di bawah kepada Rasulullah S.A.W sehingga menitiskan air mata apabila menyatakan hasratnya.

Kita pula bagaimana? 
Bagaimana kita menyatakan rasa kasih dan sayang kita kepada Baginda S.A.W? 
Apakah sunnah yang kita ikut? 
Berapa kali sehari kita bersalawat ke atas Baginda? 
Berapa jam kita luangkan masa kita untuk Rasul kita?
insyaAllah,sama2 hisab diri masing2..dan perbaiki amalan kita balik..

orang cakap tak kenal maka tak cinta..
seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda... Malah ade jugak segelintirnya langsung tak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah takde ape2 keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya...


Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW... 
Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? 
Allahu Allah..nauzubillah,janganlah kita termasuk dalam golongan yang ni..
jom kita kenal Rasulullah..dibawah ni saya sertakan biodata secara surface je..yang detail boleh baca buku2 sirah nabi yang melambak di kedai2 buku..
dan saya sarankan sape2 yang baru nak berjinak2 ngan sirah ni, bolehlah beli buku ni..
bahasa yang mudah difahami..berpatutan dengan harga..
kalau novel boleh beli,takkan buku untuk mengenal kekasih kita.kita tak mampu nak beli kan?? :)
(bila lagi nak guna voucher 1 malaysia tu..moleklah guna tuk wat beli buku2 sirah nabi ye..:D)

*best seller..beberapa kali cetakan dalam setahun..


BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama          : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir  : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun       
                        Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa  : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu     : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua    : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

--------------------------------

dikesempatan tu,saya nak sertakan selawat sikit..ingat,selawat2 ni bukan bermusim..tetapi haruslah berpanjangan..jangan hanya tunggu bulan maulud saje nak selawat banyak2 sedangkan bulan lain sepi tanpa selawat..
dan cinta kepada Rasulullah tu bukan hanya di bibir, tapi harus juga menzahirkan dengan perlakuan..
ikut sunnah nabi..paling kurang pun mulakan setiap pekerjaan dengan anggota kanan.. :)
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


mari berselawat bersama2.. :D

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
...
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ

أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ

حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ

رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

Sunday, January 29, 2012

Sahabat...

bismillahirahmanirrahim..sekelian lamanya tak berblogging..=_=''
kadang kala terdetik,"kenapa nak sangat berblogging ni? tak payah lah susah2..lagipun bukan pandai sangat nak menulis-nulis ni.."
Allah kan dah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6)

"tak boleh,aku mesti kuat,mesti sampaikan walau satu ayat sekalipun..dah terang lagi bersuluh itulah tipu daya hasutan syaitan yang sengaja dibisikkan supaya aku tak menyebarkan dakwah"..
dan inilah tujuan sebenarnya saya menulis..bukan kerana nama,tapi untuk sebarkan dakwah,ilmu..
bukanlah aku ini seorang yang alim, aku juga masih belajar..belajar ilmu Allah yang luas ini memang takde penghujungnya..
jadi terimalah ilmu yang tak seberapa dari blog ni dan manfaatkan sekali tau! 
(pesanan untuk orang yang malas nak hupdate blog.. especially me :D )

------------------------------
alhamdulillah pada jumaat yang lepas,saya dan sahabat punya masa bersama2 untuk pergi berkelah di Lata Belatan..
biarlah cuma sejarak dua dari rumah,tapi detik bersama mereka sangat bermakna..:)
plannya hampir digagalkan sebab hujan, tapi diteruskan jua atas tawakkaltu 'alallah..
dengan berbekalkan harapan plan BBQ kami menjadi,alhamdulillah dapat diteruskan memandangkan hujan takde lah lebat sangat..berBBQ di bawah pondok beratap.. 
walaupun jaraknya takdelah jauh sangat dari rumahku,namun sudah berbelas2 tahun tak menginjakkan kaki ke sana.. ye lah,dah besar,bukannya dapat mandi kat tempat2 awam cenggitu..=_=''

*ayam BBQ.. :D

kalau diikutkan,memang haritu kami boleh je mandi..sebab itu hari Jumaat..n supposely para2 muslimin kenalah pergi solat jumaat..
tapi,astaghfirullah,mungkin ramai para muslimin yang tak boleh solat (adoyai!), memang bertebaranlah mereka2 itu di sana sini..yang dewasa apatah lagi yang tua2 sekalipun..
mungkin ramai di antara mereka yang bermusafir?? agaknya lah(bersangka baik)

*best tau! tapi hanya dapat celup2 kaki sahaja..:)

sangat best andai persahabatan atas dasar ukhwah fillah..
walau dimana jua kita berada,hati kita tetap bertaut antara satu sama lain..
tapi bila kita fikirkan balik, apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah? 
seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? 
bagaimana kita menjaga ukhwah itu? 
banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula sebenarnya..
begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat...
kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan...
dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. 
bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu...

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat..

dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar... tahu tak apa maknanya ithar?
ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita…bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri..seperti sifat Rasulullah..dan juga sifat muhajirin dan ansar..
Allah turunkan firman-Nya :

“Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”(Al-Hasyr: 9)

pernah juga diri ini terkial2 belajar untuk ithar terhadap sahabat,namun ianya tak berkekalan..tetap juga nak pentingkan diri sendiri..tapi itulah, aku silap langkah..ithar adalah rukun tertinggi dalam UKHWAH..mana mungkin aku dapat capai jika meninggalkan rukun yang paling rendah:berlapang dada..dan juga rukun kedua: bersangka baik(husnuzzon)..


Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:
1) Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.

2) Bersifat toleransi dan memaafkan.

3) Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.

4) Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.

5) Setia dan berbuat baik pada sahabat.

6) Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.

7) Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.

8) Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.

9) Mendoakan sahabat.


Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?

1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang
mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)

2) Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang
hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan
bagimu juga seperti itu”.

3) Berjabat tangan bila bertemu- Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan
saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud
dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya
diampuni dosanya sebelum berpisah”.

4) Memberi senyuman ketika bertemu- Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika
engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)

5) Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi
Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.

6) Menyampaikan ucapan selamat- Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat
kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

7) Memberi hadiah- Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati”.

8) Memperhatikan keperluan sahabat- Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah
s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim
pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong
hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)

9) Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain,
Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.
Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.

Marilah kita renungi sejenak firmanNya:

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(al-anfal:63)

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..



ukhwah fillah Abadan abada...



*saya dan mereka.. :D

Wednesday, January 18, 2012

Kacang lah Panjang..:)

bismillahirahmanirrahim..
cuti2 ni rasa malas nak menulis..tapi time busy study,rajin pulak nak menulis..heran..:)
emm..tanggungjawab student kena lepaskan dulu kejap,now i'm a full time housewife (erk,macam pelik je bunyi kot bi)..senang citer, saya sekarang dah bekerja sebagai surirumahtangga lah..:)
memandangkan pagi2 hari sekolah,saya dah keseorangan,sebab si kecik nakal tu dah ke sekolah "dika" (katanyalah), so,kenalah buat sikit kerja kat rumah..lau tak buat pon akan ter'automatik' buat punye..hidup orang perempuan,mmg tak lari dari kerja rumah..:))


memandangkan pokok kacang panjang subur menjalar kat pagar belakang rumah, memang seminggu lah kami duk makan sayur tu jer..
em,ni first time kot saya nak post sal resepi dalam blog nih..
biarlah simple,tapi just ingin berkongsi..takpe kan? hee..


Sambal Kacang Panjang Ikan Bilis..


*pinjam Pak cik Google punye..:)

Bahan-bahan:
10 batang/jalar kacang panjang ~ dipotong serong
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci belacan ~ ditumbuk bersama bawang (tak nk letak pn boleh)
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
Garam dan sedikit gula
Air
Minyak

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan merah serta belacan sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan kacang pjg dan bawang besar, kacau rata.
4. Kemudian masukan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
5. Masak kacang sehingga lembut dan sebelum angkat masukkan ikan bilis. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

**Air blh digantikan dgn santan dan sambalnya pun jadi lebih sedap.


Kacang Panjang Tumis Kicap Asam..







Bahan-bahannya:
6-10 batang kacang panjang (dipotong serong)

3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (cili boh)gula n garam secukupnya
1/4 cawan air asam jawa
kicap manis

cara2 : 

1. tumis bawang2 n cili boh sampai naik bau.
2. masukkan gula n garam secukup rasa.
3. letak air asam jawa n biar mendidih.
4. masukkan kacang panjang n gaulkan dgn tumisan td.
5. letak sedikit kicap.
6. biarkan sekejap.
7. siap!!

*boleh je kalau nak letak bwg merah yg dipotong, cili besar, ikan bilis,
ayam yg dipotong kecil, etc. ikut kreativiti masing2...:)) 

selamat mencuba..:))


nak tahu petua untuk setiap masakan jadi sedap?
insyaAllah,mesti sedap punye lah..
ketika tangan sedang ligat menghayun sudip, mulut bolehlah sambil2 tu terkumat kamit berzikir dan berselawat..

p/s: masak2 ni saya cuma amatur..main campak je semua barang(petua ummi saya)
haritu ade masak paprik..big boss siap tegur lagi,ni dah sedap,tapi ade satu yang tertinggal..SERAI..
sebab malas nak amik serai belakang rumah (banyak katak kecik,katak pisang),so tak amiklah..:))

Saturday, January 14, 2012

Babai Sem 1!

bismilahirrahmanirrahim...
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...tali temali ku panjatkan syukur setelah selesai menamatkan satu sem di bumi Kuantan..
rasa sangat sekejap..bila dah packing2 barang nak balik, seolah2 saat pertama kali ku sampai di kuantan untuk mendaftar diri sebagai student first year..oh,pantaskan masa berlalu..?
alhamdulillah baru punya masa nak mengepost di laman sesawang ni memandangkan cuti final semester pun sudah bermula..
saya harap cuti ni akan banyak mendatangkan manfaat lebih2 lagi diri ni yang dhaif ilmu..


ahh...terseyum lega setelah berjaya menamatkan paper last untuk sem ni..begitu juga wajah2 sahabat yang jelas terpacar kegembiraan setelah melangkah keluar dari exam hall 2 KOP..walaupun masa untuk exam last ni di delay ke petang akibat kesilapan teknikal jadual disusun..tapi memang ada hikmahnya..sangat!
faiza azamta fatawakkal 'alallah..insyaAllah..
teringin untuk berkongsi kata2 sahabat:
usaha tanpa tawakkal = sombong

tawakkal tanpa usaha = angan kosong


exam selama 3 minggu,yang 'gap'nya tak berapa lama,yang seminggunya paper berturut2 sudah cukup membuatkan diri ini sebagai zombi Pharmacist..oh..penatnya exam kali ni..
yelah,mana nak sama life kat CFS berbanding life kat Kuantan..
sangat sangat sangat berbeza! tapi lebih fun lah bila kita manfaatkan..
asal2 dari tak reti buat ubat,bila dah masuk kampus ni dah reti buat ubat..sikit jer pun..
dan asal dari tatau ape2 tentang ubat,dah bleh tahu tentang dose ubat,storage ubat yang betul, life span ubat berapa lama n etc..
sape kata amik Pharmacy ni tak best..? tak best tu sebab busy lah kot..
tapi tang mana yang busynya kalau hari2 dapat online Facebook?? haha..
yang tu pandai2 lah bahagikan masa kan..kita manusia sama je..semua ade masa 24 jam...yang susahnya bagaimana cara nak manage time ngan betul..haa..tajuk Time Management pon dikupas dalam subjek Pharmacy..menarik kan? boleh aplikasikan terus dalam daily life..(tapi saya tak aplikasikan pun..ish2 sambil geleng kepala..tetiber teringat wajah arwah ustazah Mariah.ustazah yang pernah mengajarkan subjek BA time form 2 dulu.."ilmu bi la 'amalin kassyajari bila samarin"..) :((


ok..ape yang menariknya dan berbezanya kos Pharmacy UIA berbanding di universiti lain ialah subjek islamic input..subjek yang dapat melahirkan pharmacist yang profesional dan lebih islamik insyaAllah..
sebagai contoh: haram halal untuk melakukan pemindahan organ..bukan main hentam jer nak transplant organ yer..
topik islamik input ni lebih ke arah perubatan sebenarnya, sampaikan ade seorang student yang bertanya kepada lecturer..
student A: "ape peranan kita sebagai seorang pharmacist untuk belajar topik ini?"
lecturer   : "ini adalah ilmu,tak kisahlah awak adalah pharmacist ataupon tak,awak kena tahu.."
saya hanya tersenyum..yep itulah hakikatnya..UIA is the best! insyaAllah dapat melahirkan bakal2 doktor,dentist,pharmacist,dietitian n so on yang lebih islamik..


kata orang, pharmacy ni terkenal dengan kos yang sangat busy..
yep..memang..sebabnya kelas biasanya start dari 8 pagi  sampailah 5 petang atau pon 6 petang (bergantung kepada eksperimen lab sebenarnya),dan jadual lagi padat dari student medic dan dentist..
petang2 experiment, malam2 buat report..biasanya 3 lab report yang perlu dihantar.. 
kalau dulu kat CFS,main tiru jer lab report..skang ni,kena pandai2 lah nak buat report sendiri..kadang2 tatau ape pon nak ditulis2 last2 tangguh sampai due date nak dekat,barulah bertungkus lumus nak buat..(jangan jadi macam ni yer..)


dan yang part besnye, bila belajar gross anatomy yang memerlukan kita masuk lab mayat (orang tak panggil mayat,tapi nama lainnya adalah CADAVER)
tiap kali masuk lab tu,mesti ade je sisters yang menangis..bukan menangis mengenangkan nasib2 cadaver yang dirobek2 organnya,tapi akibat chemical fluid yang sangat menusuk hidung sehinggakan air mata pun turut bergenang..:)
time exam gross lagi best,sampaikan kita sendiri pun tatau part organ mana.last2 hentam jugak...:)) 


bangunan KOP (kuliyyah of Pharmacy)




insyaAllah,saya berani jamin yang kos farmasi ni sungguh interesting..
time dulu2,try jugak bajai minat..lama2 alhamdulillah, dah berbuah juga hasilnya..:)
insyaAllah moga istiqamah selama 4 tahun mendatang..doakan saya..


selamat bercuti semua..moga bermanfaat..!


p/s: sem depan sangat mencabar..sebab tempat tinggal dah berubah..moga lebih menarik life kat sana!


1 batch..:99 orang..:))