Saturday, October 30, 2010

beRmULanYa LaNgKaH BaRu..

bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah kerana masih lagi hidup di dunia yang fana ini..
Alhamdulillah kerana masih lagi hidup dalam nikmat iman dan Islam..
Alhamdulillah kerana masih lagi hidup dalam nikmat sihat..
ok..camner pula ngan antum antunna? sihat? harap2 nye sentiasa dalam Rahmat Allah..
teka..apa topik yang bakal saya bincangkan pada hari ni?
mestilah ttg tajuk di atas la kan..-bermulanya langkah baru..



InsyaAllah skrg dah masuk sem 2 sebagai 2nd year dalam matrik..
aik? cam pelik jer bunyi..ada jgk ker matrik 2 tahun?
tu la soklan yang femes yang banyak dilontarkan kpd saya..bohsan dah nak jawab byk kali..=_=
dan x kurang juga,mesti berpendapat bahawa saya repeat paper sampai 2 tahun matrik..
No...No...No...ok,take attention kpd yang blom tahu..
Hanya MATRIK UIA jer ey yang ada asasi 2 tahun(ye ker?rasenye)..so,jgn pandai2 buat andaian plik2..
ok..tu baru muqaddimah..isi point keciknyer,saya baru sedar yang saya harus mgmbil 1 lagi short sem..
aiseh..ni yang best ni(best ker?)...tak de ah otak mnjadi tepu..
fakta saya buat sndiri: otak akan turut bercuti apabila empunya badan pun cuti..
so,khulasahnya,mmg saya suka belajar lame2 camni..weee....


ok.tutup pasal kisah semester dua tu..
beralih kepada topik kedua..
Hari ini saya tersenyum sendiri bila pikir masa depan..of cos lah kita akan pikir bnda2 baik jer..tak perlu lah saya coretkan di sini apa yang saya fikirkan..
rasenye amat tinggi cita2 saya,tapi tataulah akan trcapai ke tidak..insyaAllah jika Allah mengizinkan..
fikir pasal kejayaan masa depan ni bukanlah satu angan2 kosong ,tapi bagi saya ia merupakan satu lonjakan semangat dan catalyst bagi saya..
tapi jganlah pula menjadi mat jenin,yang hanya berkhayal,tetapi tidak melakukan suatu usaha pun untuk ke arah cita-cita yang diimpikan..
seringkali kita akan terkndas dalam menuju perjalanan ke arah itu,namun janganlah pula kita mudah berserah..
bukankah dalam Al-Quran ada menyebutkan dalam surah As-Syarh,ayat 5 dan 6..


Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..






tapi masih ada lagi orang yang pesimis dan punya akal yang pendek..
mereka akan rasa tertekan bila mgalami kegagalan dalam hidup..
sbg contoh dalam pelajaran,cinta..
org sebegini akan merasa masa depannya sudah hancur dan x berguna lagi..
silap tu wahai sahabatku..jangan sesekali berfikiran seperti itu..
manusia masih punya peluang untuk berubah..jangan sesekali rebah dan tersungkur apabila menerima ujian dari Allah..
dalam dunia ni,xde yang mustahil..dan takde yang tidak mgkin..
semua persoalan itu pasti ada jalan keluarnya..
ingat kata-kata Imam Hassan Al-Banna ini..


“Mimpimu hari ini, adalah kenyataan hari esok. Kenyataan hari ini, adalah mimpimu hari kelmarin”


Semuanya, Aturan ALLAH SWT


Allah yang menciptakan kejayaan, Allah juga yang menciptakan kegagalan...
Allah yang menciptakan masalah, dan Allah juga yang menciptakan penyelesaian... 
Allah menciptakan penyakit, maka Allah juga ada menciptakan penawarnya...


Kenapa Allah ciptakan kegagalan bagi manusia? 
saya fikir, sebab Allah nak bagi kejayaan yang lebih bermakna setelah anda menempuhi pengalaman berselimut dengan kegagalan...
Namun saya pasti, sebelum Allah berikan kita kejayaan sesudah kegagalan, pasti sebelum itu anda sudah mendapat banyak kurniaan dari ALLAh tanpa anda sedari.


faham tak?


Baik. Begini, Allah takdirkan anda menemui kegagalan. 
tapi, disatu sudut yang lain, Allah sudah menyediakan kejadian/hikmah yang tersendiri untuk antum antunna meneruskan hidup antum antunna sebelum menemui kejayaan... Wah! Indah bukan? 
Cuma manusia saja yang kadang-kadang tidak membuka mata hati.


Lapangkanlah dadamu wahai sahabatku..
Sentiasa memperbaiki diri dan mencuba sedaya upaya. 
dan tetap pegang Cita-Cita yang kita khayalkan tu..!
Sesudah kegagalan, tegakkan kembali cita-cita dan impian . 
kita perlu menjadi lebih baik dari sebelumnya. 
Cita-cita itu, kita punya.. Maka kitalah yang perlu menjadikan ia suatu realiti. 


Jom menyahut seruan Allah!


“..Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.” – az Zumar : 53


Apa yang penting, sesudah kegagalan mahupun kejayaan. Jangan lupa diri sebagai seorang Muslim, Mukmin. 
Allah sentiasa di sisi. 
Allah sentiasa di sisi. 
Allah sentiasa di sisi.



Saya kongsikan untuk diri saya sendiri terutamanya. Moga saya mengambil manfaat.


Semoga ALLAh merahmati.


nota kaki: sebelum terlupa saya ada siapkan satu lagi cerpen..
Cinta Ini MilikMu..
harap terhibur..doakanku thabat dalam penulisan..insyaAllah..


nota tangan: perasan tak post kali ni? tulisan putih jer..hehe..cun jugak..


Wallahua'lam..

Sunday, October 24, 2010

LaDiEs..TaKe AttEnTion PLEaSe..!

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...


Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??


Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)


Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...


Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.


Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.


Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID
:


Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.


"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH :


1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.


- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.


-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)


-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!


Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat..
Wallahua'lam..

PrOmOte..

bismillahirrahmanirrahim..
memandangkan hari esok semester baru akan bermula,saya tiada mood untuk menulis sebarang makanan rohani..
kita santai-santai je lah..ok..
klik SINI...ni karyaku untuk cuti semester lepas.
harap terhibur..

p/s: kepada semua sahabatku di CFS IIUM,selamat menempuhi sem baru yer!


Thursday, October 21, 2010

MuJaHaDaH Al_nAFs...

bismillahirrahmanirrahim..
pada cuti yang masih berbaki ni,sempat lagi nak coretkan apa2 yang bermanfaat...
terasa cepat la plak cuti habes..(ahah,tipu laa..saje nak berkias)
tinggal beberapa hari lagi,so,apa yang antum antunna dapat sepanjang cuti ni?
harap2 baik2 blake2..(aku x...)
yelah,segala jenis setan duk hasut aku suh buat benda yang tak sepatutnya aku buat..
dan x lupa juga kepada nafsu yang sering mendorongku melakukan aktiviti2 yang tak mendatangkan faedah buatku..


Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Allah telah nyatakan di dalam Al Quran:


Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)


nafsu ni wataknya dah memang jahat,kalau dibiarkan ia tetap jahat...
saya pernah mendengar satu kisah berkenaan nafsu ni..tapi tatau la sahih tak..
dikisahkan bahawa nafsu itu adalah makhluk Allah..
namun ia bongkak dan x mahu mngaku Allah sebagai Tuhan yang telah menciptakannya..
lalu Allah masukkan ia ke dalam neraka yang sangatlah panas selama beribu2 tahun(x ingat dah berapa tahun)..
lalu dia dimasukkan pula ke dalam neraka yang sejuk selama beribu-ribu tahun juga..
setelah itu,dikeluarkan kembali dan ditanyakan siapakah Tuhannya..
tapi nafsu ini masih lagi bongkak..
so,Allah masukkan lagi ke dalam neraka lapar selama beribu-ribu tahun...
maka apabila dikeluarkan dan ditanya siapakah Tuhannya,barulah ia mengakui Allah sbg Tuhannya..
justeru diketahui bahawa kelemahan nafsu itu adalah lapar..
oleh itu,Allah mensyariatkan kepada manusia supaya berpuasa untuk mengawal nafsu..
so abes lah citer asal usul nafsu ni..
berbalik kepada citer asal..
Jadi nafsu ini perlu dididik...





sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu,ditingkatkannya daripada jahat kepada baik..
itulah janji Allah..


Sebab itu Tuhan ingatkan kita tentang ini di dalam firman-Nya: 

Maksudnya: “Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Berbeza pandangan manusia dengan pandangan Tuhan. 
Lihat sejarah ketika Rasulullah SAW balik dan peperangan Badar, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: 
“Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”
Para Sahabat bertanya: ` Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”
Jawab baginda: 
“Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi. 
Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu. Di dalam ajaran Islam, nafsu ada tujuh peringkat:
1. Nafsu Ammarah
  • Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. 
  • Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. 
  • Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. 

2. Nafsu Lawwamah
  • Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. 
  • Sentiasa kesal dengan din sendiri. 
  • Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. 
  • Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. 
  • Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. 
  • Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah
  • Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. 
  • Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya..maksudnya apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. 

4. Nafsu Mutmainnah
  • Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. 
  • Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.
  • Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan ayat:Maksudnya: “Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)
  • Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: “Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini.”
  • Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:Maksudnya: “Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau.” (Al Fajr: 28)
  • Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.
  • Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan.
  • Allah berfirman:Maksudnya: “Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga.Ku.” (Al Fajr: 29-30)
  • Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, barulah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.

5. Nafsu Radhiah
  • Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia meredhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. 
  • Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.

6. Nafsu Mardhiah
  • Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan.”
  • Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah
  • Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.



setelah kita mengetahui peringkat2 nafsu,muhasabah lah kita di peringkat nafsu yang mana.
dan juga selalu2 lah bermujahadah al-nafs...
Mujahadah al-nafs ni adalah perjuangan sungguh-sungguh atau jihad melawan ego atau nafsu pribadi. 
Kenapa jihad atau perang terhadap nafsu peribadi menjadi sesuatu yang penting? 
Menurut pandangan ulamak Sufi seperti yang dinukilkan oleh al-Marhum Sa'id Hawwa, gabungan antara ruh dan jasad akan melahirkan al-nafs. 
Roh kita memang telah berbai'ah sedari awal untuk memastikan ubudiyyah mutlak kepada Allah... 
Akan tetapi gabungan dengan jasad menyebabkan berlakunya banyak gangguan kepada manusia, antaranya dorongan untuk melakukan/mengulangi dosa. 
Justeru, kita perlu bermujahadah untuk melawan dorongan jahat tersebut.

Di dalam kitab Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, al-Marhum Sa'id Hawwa mencadangkan empat rukun mujahadah, seperti berikut:

1. Senyap - kurang bercakap, melainkan zikir dan perkara kebaikan.

2. Berlapar - kurangkan makan. Banyak makan akan melebarkan ruang/rongga syaitan yang masuk ke badan manusia melalui saluran darah.

3. Bersendirian (Uzlah) - prinsip asas (al-aslu) dalam hidup bermasyarat ialah perlunya bercampur gaul (khultoh). Akan tetapi, perlu ada masa untuk kita bersedirian untuk bertawajjuh di hadapan Allah.

4. Kurangkan tidur.
Cuba amalkan teori yang dicadangkan oleh Sa'id Hawwa seperti di atas. Di sana, terdapat banyak lagi teori yang dicadangkan oleh ahli tasauf yang lain.

Sekiranya masih melakukan dosa, bersegera dan seriuslah dalam bertaubat. 

Ramai manusia cuba bertaubat, tetapi hanya sedikit sahaja yang serius di dalam taubatnya. 
Bukankah antara rukun taubat ialah berazam untuk tidak mengulangi dosa tersebut ?

So,dalam masa yang sama, pertingkatkanlah amalan kebaikan, terutamanya amalan sunat. 

Sesungguhnya amal soleh, terutamanya amalan sunat itu akan menghapuskan dosa yang lalu.


--------------------------------------------------
ok..dah habis pasal peringkat nafsu dan juga mujahadah al-nafs...
di cuti yang masih tinggal sisa ni,sentiasalah kita menjauhi benda yang melalaikan..
nasihat untukku dan juga untukmu..
next sem is just around the corner..
so,dah ready ker? 
it is the last sem for me in foundation,so,bermakna kena lah maintain pointer above 3.5..
lau x,dush!(sound effect kena tendang dari course..)
selamat bermujahadah di semester yang baru!


akhirul kalam..





wallahua'lam...

Monday, October 11, 2010

MUET...MeNgHaNtUiKu...

bismillahirrahmanirrahim..
hey,MUET is just around the corner..!!
i'm also a candidate who will be sit for the coming MUET test..
so lets speaks english from today!
yo! what's your preparation to face this exam?
aiseh,macam ayat darjah tiga jer ni...xnak cakap da...
actually x pandai sangat berskiping berspeaking ni..
maklomlah da lame tinggal bi..ceh,bajet bertaun2 plak da..padahal baru satu sem meninggalkan bahasa itu..
ok lah,memandangkan masa sedang menjelesi saya sekarang ni,saya berterus terang saja la..
sebenarnya saya nak share cket tentang MUYET ni...
ni saya salin dan tampalkan kat blog saya..






Here are some useful tips for the coming speaking test.

General Guidelines in Speaking: MARKS FOR SPEAKING [45/300]
TIME [30 MINUTES]

Task A in Speaking component of the MUET.

-Given 2 minutes to prepare

-Arrange your thoughts logically and systematically

-Arrange your points and ideas in a mind map

-It will enable you to present the context of the questions thoroughly
 without missing out important details.

-*mind map helps to show a cause & effect relationship between
 ideas and links ideas systematically.

-When preparing a mind map, follow the Wh guidelines  (what,where,when,who,why,which,how)

-Impress the examiners that you are a candidate with the edge.
 Give examples from real life encounters.Prove that you have
 sufficient general knowledge.


Task B

Learn the basic language functions in a group discussion,such as to ask for and give opinion, to agree, to further support, to disagree, to interrupt, to sum up ideas, etc.

-You are given 10 minutes to come to a general agreement.

-Lead the discussion slowly to a conclusion

-Show initiative. Do not wait to speak, until spoken to.
 Make sure you are heard, not just seen.

-Do not let the discussion die down or reach a dead end.
 Keep finding avenues of discussion and be able to sustain the
 discussion for 10 minutes.

-Encourage the shy ones in your group to speak up by seeking
 their opinions, so that they will not be left out of the discussion.

-Likewise, intervene appropriately, when you find one or two
 persons dominating the discussion.



EXAMPLE OF SITTING ARRANGEMENT



1.Participating in a conversation or a discussion may involve the following:
a)Starting or joining a conversation/discussion
-Excuse me, can we discuss the topic now?
-I would like to start the discussion by saying that...
-I believe that genetically-modified food is harmfull...
-Excuse me, would you like to start first?
-I believe students today don't speak good English because...



b)Interrupting a conversation/discussion

-Excuse me, can i say something?
-Sorry to interrupt,but...
-Excuse me,could you please repeat...?
-Excuse me,could you please clarify...?
-Excuse me,but isn,t it true that...?



c)Maintaining a conversation/discussion

-
Can you please explain further...
-Well, I beg to differ...
-Let me explain how we can go about it...
-Your suggestion is good, but it may not be practical...
-As far as I'm concerned, I would like to...



d)Ending a conversation/discussion

-
Well, that's all I have to say.
-It's been an interesting discussion.
-That's my suggestion for the English Language Week.
-To conclude, I would like to suggest that we write to the press.



2.Use suitable social conventions and be polite in your conversation or discussion.

3.In a group discussion, there may be a facilitator or chairman who will start, maintain and end the discussion, he may have to round up what the speakers have said in the discussion.




Type of issues might be tested in MUET speaking test>>>>


[ social cultural ], [ economic ]
[ science and technology ], [ sports ]
[ environment ], [ education ], [health ]


* prepare your self for factual points and elaboration


Speaking skills
What you should aim for:

Accuracy: -how to use grammatically correct language.
- how to use correct pronunciation, stress and intonation

Fluency: -how to speak with confidence and fluently



TIME MANAGEMENT

Task A
preparation time: 2 minutes
presentation time: 2 minutes
Task B
preparation time: 2 minutes
presentation time: 10 minutes as a group

Tips on how to score for the Speaking Test

  • Read the situation and task carefully to know what you have to do
  • Plan what you want to say by listing the points on a paper. Rearrange the points so that the more inportant points come first (note that elaboration is very important.make sure you elaborate your point cleary)
  • Make sure that you introduce yourself first and inform the others what your task is.
  • Ensure that your input has convincing opening.
  • Move on to develop your points
  • conclude with satisfying conclusion..(if your already reach the time given but haven't conclude your points..just end the points without conclusion[Task A only]...eg:thats all from me thank you)

ok..saya harap perkongsian ini dapat membantu anda..
doakan agar permudahkan segala urusan saya dan sahabat2 yg lain..


wassalam..