Sunday, October 10, 2010

UkHwAh...SiNeRgi....

bismillahirrahmanirrahim...
Bagaimanakah ukhwah antum antunna dengan saudara sesama muslim? 
Tak kira lah sahabat sekelas, teman sekerja, atau jiran tetangga di sekeliling antum...
Adakah sangat mantap, mantap sikit-sikit , suam-suam kuku kaki (apa aku merepek ni) atau hampeh biasa-biasa cap ayam sahaja...?
Sila jawab sorang-sorang dan sengih sorang-sorang kalau jawapan kamu adalah jawapan yang terakhir?
Jawapan aku untuk soalan di atas?..
aku tak sengih..haha (
start merepek balik)..
ok,be serious,be serious...
kalau nak dibicarakan tentang ukhwah ni,mmg xkan akan abes..
manusia x akan hidup tenang jika ukhwah yg terjalin tu ada keretakan atau tandus kat mane2 bahagian..
pasti dihantui ngan pelbagai perasaan yg mgganggu gugat jiwa...
"akukah yg salah??"
"akukah yang menyebabkan semua ini berlaku??"
"akukah yang .......??


nak jaga ukhwah ni bukanlah suatu yang mudah..
ukhwah sesama manusia ni adalah suatu perasaan yg kita kena selalu perbaharui setiap hari melalui doa dan juga ingatan kasih sayang...
berbohonglah jika saya katakan ukhwah antara saya n sahabat2 saya x pernah goyah n sentiasa berada dalam keadaan tenang n harmonis...
kadang2 ukhwah ni kena selalu berbunga-bunga..
kalau x disirami air,bunganya akan layu..
dan akan terus menjadi layu sekiranya tiada seorang pon yg berbelas kasihan tuk merawat bunga itu..
dan akhirnya bunga itu akan mati..
so,persoalannya,adakah bunga itu akan hidup semula?
kalau ada pon,bunga tersebut x akan secantik n seharum dulu...
akan terdapat perbezaan yg ketara selepas itu...
begitulah jua ngan perasaan manusia...

ingatlah selalu satu perkara ni...
syaitan x akan senang duduk bila melihat 2 org muslim itu mnjalinkan ukhwah kerana Allah...
kerana,ngan ukhwah yg kuat,akan terbina sebuah cetusan yg besar!
terkesan dengan novel sinergi karya Hilal Asyraf yang mmpunyai jalan cerita yg sungguh menarik...
sumpah x bohong..
novel ni berkisar tentang ukhwah antara sahabat terbina atas dasar iman..
subhanallah,mumtaz!! 5 bintang saya bagi kat Hilal atas novelnya ni..
irfan,watak utama, merupakan seorang sahabat yg paling baik dan dikagumi di kalangan pelajar2 melayu di Irbid Jordan...
sahabat yang sentiasa tersenyum..dan seorang yang amat2 penyabar..
seorang sahabat yang sentiasa mendekati musuhnya agar dia dapat mentarbiyah musuhnya ke arah kebaikan..
sumpah,mmg amat jatuh hati bila jumpa orang sebegini...(ape yg aku mrepek ni)


sahabat yang baik akan sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan..
bersangka baik dan berlapang dada kepada sahabat merupakan tingkat yang paling rendah dalam mnjalinkan ukhwah..
dan tingkat yang paling tinggi adalah melebihkan sahabatnya dalam apa jua keadaan atau juga dikenali sebagai itsar..
itsar...tringat satu cerita ni..

Abdullah ibn Mas’ud menceritakan bahawa, apabila Ikrimah ibn Abu Jahal gugur, ada lelaki yang memberikannya air... 
Tetapi belum sempat air itu diteguknya, kedengaran suara Suhail ibn Amr meminta air...
Ikrimah berkata: Berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan.. 
Kemudian, apabila pembawa air itu sampai kepada Suhail, kedengaran pula suara Haris ibn Hisyam. 
Ketika itu, Suhail berkata: Berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan. 
Kemudian pembawa air bergerak kepada Haris. 
Tetapi dia mendapati Haris telah meninggal dunia. 
Kemudian dia kembali kepada Suhail, dan Suhail juga telah meninggal dunia. 
Dia kembali kepada Ikrimah, Ikrimah bin Abu Jahal juga sudah tiada di dunia ini ..

inilah dia persahabatan atas dasar iman..kita mncintai sahabat mlbihi cinta kita kpd diri sendiri...subhanallah!
agak2, antum antunna sampai x pada peringkat ni?
tepuk dada,tnya iman..
dan sahabat yang sangat baik adalah sahabat yang tidak pernah melupakan sahabatnya dalam doanya kpd Rabbul 'Izzati..
sentiasa mndoakn ksejahteraan sahabatnya didunia dan akhirat..

saya sendiri bukanlah merupakan sahabat yang baik..
adakalanya tnpa disedari melukakan sahabat2 sendiri..
dan kekadang juga melukakan dengan sengaja...
teringat zaman persekolahan sewaktu masih di SMKA Wataniah...
suatu hari, perangai nakalku mnjadi2 sehingga melukakan sahabat2 dengan sedar...
niat hnya bergurau..tp perkara itu tidak disangka2 mnjadi virus bahaya untuk ukhwah kami..
tapi virus itu sempat dihapuskan..
dalam jangka masa yang agak lama juga,kami kembali berbaik..

"jadi,eratkah ukhwah kita?"
pertanyaan ini saya lontarkan kepada diri saya juga...
agar sentiasa menyiram bunga2 ukhwah ini bila kelihatan kering...
tanamkan dalam hati bahawa kita berukhwah bkn hanya di dunia,tp juga di akhirat...
peringatan tuk diri saya sendiri...
kekuatan ukhwah lillahi ta'ala itu sgt diperlukan..
dan insyaAllah akan mnjadi suatu snjata bg umat islam tika berlakunya huru hara nanti...
Sebab itu kita harus bina ukhwah kita atas keimanan...
Ketaqwaan kita kepada Allah SWT akan membuatkan kita tidak akan berpecah belah.”
            
    “Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” 
Surah Az-Zukhruf ayat 67. 
ukhwah itu indah bila 2 insan bertemu dan berpisah kerana Allah...
wallahua'alam...
p/s: saya sayang sahabat2 saya..
pp/s: jangan lupa baca sinergi tau!! best...



No comments: