pada cuti yang masih berbaki ni,sempat lagi nak coretkan apa2 yang bermanfaat...
terasa cepat la plak cuti habes..(ahah,tipu laa..saje nak berkias)
tinggal beberapa hari lagi,so,apa yang antum antunna dapat sepanjang cuti ni?
harap2 baik2 blake2..(aku x...)
yelah,segala jenis setan duk hasut aku suh buat benda yang tak sepatutnya aku buat..
dan x lupa juga kepada nafsu yang sering mendorongku melakukan aktiviti2 yang tak mendatangkan faedah buatku..
Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Allah telah nyatakan di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
nafsu ni wataknya dah memang jahat,kalau dibiarkan ia tetap jahat...
saya pernah mendengar satu kisah berkenaan nafsu ni..tapi tatau la sahih tak..
dikisahkan bahawa nafsu itu adalah makhluk Allah..
namun ia bongkak dan x mahu mngaku Allah sebagai Tuhan yang telah menciptakannya..
lalu Allah masukkan ia ke dalam neraka yang sangatlah panas selama beribu2 tahun(x ingat dah berapa tahun)..
lalu dia dimasukkan pula ke dalam neraka yang sejuk selama beribu-ribu tahun juga..
setelah itu,dikeluarkan kembali dan ditanyakan siapakah Tuhannya..
tapi nafsu ini masih lagi bongkak..
so,Allah masukkan lagi ke dalam neraka lapar selama beribu-ribu tahun...
maka apabila dikeluarkan dan ditanya siapakah Tuhannya,barulah ia mengakui Allah sbg Tuhannya..
justeru diketahui bahawa kelemahan nafsu itu adalah lapar..
oleh itu,Allah mensyariatkan kepada manusia supaya berpuasa untuk mengawal nafsu..
so abes lah citer asal usul nafsu ni..
berbalik kepada citer asal..
Jadi nafsu ini perlu dididik...
sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu,ditingkatkannya daripada jahat kepada baik..
itulah janji Allah..
Sebab itu Tuhan ingatkan kita tentang ini di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Berbeza pandangan manusia dengan pandangan Tuhan.
Lihat sejarah ketika Rasulullah SAW balik dan peperangan Badar, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”
Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”
Para Sahabat bertanya: ` Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”
Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi.
Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu. Di dalam ajaran Islam, nafsu ada tujuh peringkat:
1. Nafsu Ammarah
- Nafsu yang paling jahat dan paling zalim.
- Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya.
- Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup.
2. Nafsu Lawwamah
- Nafsu yang mencerca dirinya sendiri.
- Sentiasa kesal dengan din sendiri.
- Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu.
- Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi.
- Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi.
- Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.
3. Nafsu Mulhamah
- Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah.
- Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya..maksudnya apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin.
4. Nafsu Mutmainnah
- Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya.
- Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.
- Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan ayat:Maksudnya: “Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)
- Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: “Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini.”
- Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:Maksudnya: “Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau.” (Al Fajr: 28)
- Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.
- Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan.
- Allah berfirman:Maksudnya: “Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga.Ku.” (Al Fajr: 29-30)
- Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, barulah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.
5. Nafsu Radhiah
- Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia meredhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya.
- Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.
6. Nafsu Mardhiah
- Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan.”
- Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.
7. Nafsu Kamilah
- Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.
setelah kita mengetahui peringkat2 nafsu,muhasabah lah kita di peringkat nafsu yang mana.
dan juga selalu2 lah bermujahadah al-nafs...
Mujahadah al-nafs ni adalah perjuangan sungguh-sungguh atau jihad melawan ego atau nafsu pribadi.
Kenapa jihad atau perang terhadap nafsu peribadi menjadi sesuatu yang penting?
Menurut pandangan ulamak Sufi seperti yang dinukilkan oleh al-Marhum Sa'id Hawwa, gabungan antara ruh dan jasad akan melahirkan al-nafs.
Roh kita memang telah berbai'ah sedari awal untuk memastikan ubudiyyah mutlak kepada Allah...
Akan tetapi gabungan dengan jasad menyebabkan berlakunya banyak gangguan kepada manusia, antaranya dorongan untuk melakukan/mengulangi dosa.
Justeru, kita perlu bermujahadah untuk melawan dorongan jahat tersebut.
Di dalam kitab Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, al-Marhum Sa'id Hawwa mencadangkan empat rukun mujahadah, seperti berikut:
1. Senyap - kurang bercakap, melainkan zikir dan perkara kebaikan.
2. Berlapar - kurangkan makan. Banyak makan akan melebarkan ruang/rongga syaitan yang masuk ke badan manusia melalui saluran darah.
3. Bersendirian (Uzlah) - prinsip asas (al-aslu) dalam hidup bermasyarat ialah perlunya bercampur gaul (khultoh). Akan tetapi, perlu ada masa untuk kita bersedirian untuk bertawajjuh di hadapan Allah.
4. Kurangkan tidur.
Cuba amalkan teori yang dicadangkan oleh Sa'id Hawwa seperti di atas. Di sana, terdapat banyak lagi teori yang dicadangkan oleh ahli tasauf yang lain.
Sekiranya masih melakukan dosa, bersegera dan seriuslah dalam bertaubat.
Ramai manusia cuba bertaubat, tetapi hanya sedikit sahaja yang serius di dalam taubatnya.
Bukankah antara rukun taubat ialah berazam untuk tidak mengulangi dosa tersebut ?
So,dalam masa yang sama, pertingkatkanlah amalan kebaikan, terutamanya amalan sunat.
Sesungguhnya amal soleh, terutamanya amalan sunat itu akan menghapuskan dosa yang lalu.
--------------------------------------------------
ok..dah habis pasal peringkat nafsu dan juga mujahadah al-nafs...
di cuti yang masih tinggal sisa ni,sentiasalah kita menjauhi benda yang melalaikan..
nasihat untukku dan juga untukmu..
next sem is just around the corner..
so,dah ready ker?
it is the last sem for me in foundation,so,bermakna kena lah maintain pointer above 3.5..
lau x,dush!(sound effect kena tendang dari course..)
selamat bermujahadah di semester yang baru!
akhirul kalam..
wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment