gmbr hiasan..xde kna mgena ngn tjuk post pon..
Hari ini saya mahu kongsikan sedikit kelebihan mengenai berdiam diri. Seringkali orang menganggap bahawa orang yang berdiam diri ini adalah manusia yang tidak berguna, tidak mempunyai kelebihan. Menyembunyikan sesuatu ataupun takut. Yang saya mahu jelaskan di sini bahawa diam itu adalah unsur terbesar dalam membentuk perkara-perkara yang besar.
Kelebihan berdiam diri adalah:
* Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
* Perhiasan tanpa berhias
* Kehebatan tanpa kerajaan
* Benteng tanpa pagar
* kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain
* Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
* Menutup segala aib
Jadi hebatkan orang-orang yang banyak berdiam diri, menyenangkan malah memudahkan orang lain dan tidak menyusahkan orang lain. Sering kali orang yang banyak mendiamkan diri ini lebih terpercaya dan kerjanya lebih berkualiti berbanding orang yang banyak cakap tapi hasilnya hanya "janji siap..."
Dan orang yang berdiam ini lebih menjurus memikirkan kepada membentuk perkara yang besar. Kerana sikap yang tidak suka membuang masa dengan banyak bersembang dengan perkara yang tidak berfaedah. Jadi, sesiapa mahu menjadi orang yang banyak idea untuk melakukan perkara-perkara yang besar, banyakkan berdiam diri dan fikir dan terus fikir. (offer nih...)
Nabi SAW bersabda:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )*
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat at-TARMIZI )
Hukama dan bijak pandai pun pernah mengatakan:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Jadi, banyakkanlah berdiam diri dari berbicara tentang yang tidak manfaatnya buat kita.So, muslin yang hebat adalah muslim yang banyak mendiamkan diri tapi memikirkan tentang perkara-perkara yang bermanfaat bagi dirinya khususnya ummat Islam! Itu adalah salah satu ciri-ciri mukmin yang profesional.
No comments:
Post a Comment