Sunday, January 17, 2010

PeSaNaN BuAt sAhAbAt dAn DirIKu...

Pesanan buat Sahabat dan Diri ini..

Assalamu'alaikum sahabatku sekalian….

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadir usrah , tak sempat nak hadir mesyuarat ..dll . Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah saw. sibuk kerana:
i. Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
ii. Bermunajat kpd Allah setiap malam
iii. Mengajar ilmu kpd sahabat setiap hari
iv. Melayani isteri-isteri
v. Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
vi. Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
vii. Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
viii. Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)


Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara
i. Kerja
ii. Keluarga (isteri dan anak-anak)
iii. Melangsaikan hutang ...
iv. Dan lain-lain..


Renungkanlah kata-kata ini pula ;

 Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.

 Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.

 Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal..
same2 muhasabah diri..

No comments: