Tuesday, February 16, 2010
kEkAsihKu..
Nak tau tentang KEKASIH ana? (ana type huruf besar tu sebab ana terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa ana susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila ana susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila ana dah ngadu kat DIA, terasa peace saja. For surelah…KEKASIH,kan?!
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH macam ni…tak pernah nak sakitkan hati ana. Bila-bila masa saja ana boleh contact DIA. Yang
seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye lah, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau ana tak ingat kat DIA. Tapi rugilah ana. Sebab,kalau ana ingat & contact saja DIA, sure macam-macam lah yang ana dapat.
Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!
Bila ana rindu kat DIA, baca saja surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh ana faham. Sebelum ni. Ana pernah juga frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye lah, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash begitu saja.
Tapi KEKASIH ana yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita ana frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA tak ada jeles pun. Cuma ana saja yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So. Ana pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so,
kalau ana usaha lebih sikit. Ana dapat lebih lah, kan?
KEKASIH ana ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang ana
tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau ana terjaga. Ana sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH ana ni kaya …millionaire…billionaire…dan entah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…percaya tak? Free of charge…Tapi ana tak sedap hati lah…
mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?
Mak ana kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambil saja lah…lepas itu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat ana sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!
DIA suruh ana belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH ana ni memang cerdik+bijak+genius etc…
DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang ana buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat ana kalau ana rajin belajar.
Malu lah sebenarnya nak cakap ni. Emm…ana sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia lah… tapi KEKASIH ana ni dah janji, satu hari nanti, mesti
jumpa. Sekarang ni menghitung hari lah ana ni. Tapi kecut perut juga! Takuut. Ana mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu. Ana tahu lah apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.
Mestilah ana nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang lah kat ana, kan? tak mengapa lah, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang ana tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!
KEKASIHKU..Aku BERJANJI. Aku AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG
INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA. Aku TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA
TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment