Sunday, February 28, 2010

KeMaTiAn SeMaKiN DeKaT...

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,udah lma ku tidak menaip n mengepost sesuatu..
n ari ni mrupakn pluang jubli emas untukku membuat sedikit senaman buat jari jemari menaip ttg 1 hal ni..
bukan ape,mncari ilham n idea nak tulis sal pe..
kalau post2 saya sblom ni bercakap sal kejayaan,ari ni saya nak mengajak sahabat2 berbicara ttg kematian..
tapi,knapa sal mati plak??
Hukama berkata,"barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akn mati,maka dia tidak layak hidup!"
persoalannyer...UNTUK APA KITA MATI??
jawapannya,UNTUK HIDUP..
aik,pesal plak mati untuk hidup?
ya,mati bukanlah suatu pengakhiran tapi hanya 1 permulaan..it's a beginning of our life..
yes,permulaan untuk khidupan kita yang sebenar..
1 permulaan?? dat's mean mati adalah 1 permulaan kpada hidup yang x mati2 lagi..
iaitu alam akhirat..ingat x kata2 Umar Abdul Aziz??
Umar pernah berkata,"manusia diciptakan untuk hidup selamanya.Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!"..
hidup di sini yakni kat dunia ni adalah untuk menuai tanaman sbagai bklan di alam sana..
itulah tujuan hidup yang fana ini,iaitu demi kelangsungn hidup yang baqa itu..

jika di pikirkan,kmatian itu semakin dekat..
setiap saat kematian mghampiri kita..
tahu x sahabat2 sumer?
kita diziarah setiap 21 minit..sape yang ziarah ne?
kita diziarah Malaikat Maut setiap 21 minit..



Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanya, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawa". Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkare-perkare ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.  
1 hari=24 jam= 1440 minit 1440 minit/70=20. 571 minit INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT ..






Pernahkan kita berhenti sejenak, dan bertanya pada diri kita sendiri, apa yang terjadi pada kita di malam pertama ketika kita meninggal?



Apa yang telah kita persiapkan untuk kematian—sesuatu yang pasti datang kepada kita? Apakah kita akan berada di tempat yang baik ataukah di tempat yang buruk? Seberapa sering kita mengingat mati? Pikirkanlah sejenak, saat dimana tubuh kita dimandikan dan akan segera dikuburkan.



Pernahkah kita memikirkan saat dimana orang-orang membawa tubuh kita ke pekuburan? Dan ketika semua keluarga kita menangis.


Pernahkah kita memikirkan saat tubuh kita diletakkan di dalam liang lahad? Semuanya gelap, dan hanya tanah dan tanah belaka!!



Di saat itu, kita sedar kita sendirian. Tak ada orang lain, dan semuanya begitu sempit. Tulang-tulang kita bahkan saling berdesakkan.terasa begitu sempit skali..



Mungkin saat itu kita tengah menyesali semua perbuatan buruk kita di dunia. Kita mungkin baru menyesali akhlak kita terhadap orang tua kita, kita menyesal mengapa kita tidak mengenakan hijab. Tak ada harta. Tak ada perhiasan pon yang menemani kita.. Yang ada hanya semua perbuatan kita.just our indeed in our lifetime!! sedarlah sahabat2 sumer..



Dan ketika kita ditutup, mungkin kita ingin berteriak dan menyeru semua orang agar jangan pergi dari kuburan kita. Tapi kita tak bisa mendengar. Kita mendengar langkah kaki mereka menjauhi kita. Dan kemudian, di situlah kita berada, rumah masa depan kita yang pasti akan kita tempati. masyaAllah..



kalau dulu,aku seperti kanak2 len..
menanti ulangtaun klahiran ngn hadiah n ucapan sahabat2..
mngira hari untuk tiba saat girang itu..
tapi tidak lagi kini setelah aku tau yang ape yang ku tunggu itu adalah umurku bertambah n jgka hidupku berkurang..


sahabat2…
Usia…makin dikejar makin dibelakang…
Sambutlah kedatangan tarikh ulangtaun kelahiran dgn amal dan taubat..
Syukurlah masih diberi kesempatan bernafas dan masih lagi kekal dlm iman dan islam..
Mohonlah agar 2 ni’mat ini tak lari dari sisa usia yang berbaki..

renungilah firman ALLAH s.wt..

“katakanlah: Kematian yang kamu jauhi akan segera menjemputmu, dan kamu akan dikembalikan pada Yang Mahu Tahu, baik yang rahsia maupun bukan, dan Dia memberitahumu (segala kebenaran mengenai) hal-hal yang kamu kerjakan!” (SurahAl-Jumu’a (62): 8)


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati..

sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada Penciptanya.
Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita..semakin kita 'lari' semakin 'dia' menghampiri..



disini aku nak share 1 cter,harap sahabat2 enjoy reading this..



Seorang isteri bercerita.pagi itu berlaku sedikit perselisihan faham dengan suaminya.Bagi menunjukkan rasa protes,dia tidak menoleh sedikit pun ketika suaminya melangkah keluar pergi kerja.Sedangkan pada hari2 sebelumnya dia akan menghulurkan tangan memperbetulkan tali leher atau kolar baju di samping mencium mesra tangan suaminya.Sekuntum senyuman manis terukir di bibir seorang yang bergelar isteri.

Namun,hari itu perasaannya sedikit terluka dan itu perlu ditunjukkan kepada suaminya.Itulah yang ada dalam fikirannya.Tengah hari itu,ketika perasaannya masih sebal tetapi menunggu2 panggilan telefon daripada suaminya yang berhelah bertanya khabar tetapi sebenarnya ingin memohon maaf.Seikhlasnya ketika itu nalurinya ingin benar menutur bicara meluah rindu buat suami tercinta.

Telefon berbunyi,hati berbunga,namun jangkaannya meleset sekali.Itu bukan panggilan daripada suaminya,sebaliknya panggilan dari balai polis yang memintanya segera ke hospital.Dia perlu dating bagi membuat pengecaman kepada mayat seorang yang hancur akibat satu kemalangan yang dasyat.

Dan benar,itulah sekujur tubuh suaminya yang melangkah keluar pagi tadi tanpa dia menoleh kepadanya.

Yang melangkah pergi dengan sekelumit kesedihan kerana kolar bajunya tidak diperbetulkan.

Yang tidak sempat pun bersalaman buat kali terakhir.

Yang hanya memendam rasa cinta yang dalam.

Yang melangkah pergi buat selama-lamanya.

Isteri itu kini hanya mampu menangis,menangis, dan menangis lagi…..



jazakallah..
sekian untuk post kali ini..
wassalam..

No comments: